20 tarikan pelancong popular ke Melbourne

Berikut kami senaraikan 20 tarikan pelancong popular ke Melbourne berdasarkan  follow site survey yang dijalankan oleh Melbourne Airport.

Dari 20 senarai berikut, 11 tarikan ke Melbourne adalah walking distance dari pusat bandaraya CBD (Central Business District). Ini antara penyebab yang menjadikan Melbourne destinasi popular terutamanya pelancong luar yang datang untuk short trip.


1. Federation Square

Federation Square from Eureka Tower Skydeck by wikipedia
Federation Square

Federation square atau Fed Square adalah tarikan No. 1 yang popular. Tidak hairanlah kenapa kerajaan Australia sanggup membelanjakan sebanyak AUD$450 juta untuk kos pembinaannya.

2. Queen Victoria Market (QVM)

Queen Victoria Market, Melbourne
Queen Victoria Market by kakitravel365

QVM juga dikenali sebagai “Vic Market” dan “Queen Vic”. Market ini merupakan pasar terbuka yang terbesar di hemisfera selatan dengan keluasan 170,000 m². Ianya mendapat nama kerana lokasinya yang terletak di antara persimpangan Queen dan Victoria.

3. Crown Casino

Crown Melbourne by Donaldytong

Crown Melbourne adalah casino dan resort yang terletak di pesisiran selatan Yarra River. Komplex yang berkeluasan 510,000 m² ini merupakan casino terbesar di hemisfera selatan dan juga salah satu yang terbesar di dunia.

4. Eureka Skydeck 88

eureka-skydeck-88-fed-square
"The Edge" - Eureka Skydeck 88
eureka-skydeck-88

Lawati Eureka Skydeck 88 untuk pemandangan bandaraya Melbourne yang terbaik. Terdapat viewing platform yang dikatakan tertinggi di Hemisfera Selatan untuk meninjau kota Melbourne dari bangunan yang berketinggian 297 meter ini.

5. Great Ocean Road

The Twelve Apostles by Richard Mikalsen. Remaining 8 Apostles after various collapses

Nikmati pemandangan pesisiran pantai dan cliff (tebing tinggi) yang dramatik pada roadtrip sejauh 243km bermula dari Torquay sehingga Warrnambool. Twelve Apostles adalah tarikan utama dan simbolik kepada GOR.

6. Melbourne Star

Melbourne Star by graciajimenez

Melbourne Star yang setinggi 120 meter ini adalah ferris wheel yang terbesar di hemisfera selatan dan memiliki 7 buah jejari yang melambangkan bendera Australia. Satu pusingan lengkap (360 darjah) memakan masa selama 30 minit.

7. Melbourne Zoo

Melbourne Zoo adalah yang tertua di Australia yang juga kembar kepada Zoo London. Ianya mula dibuka kepada awam tahun 1862. Zoo ini berkeluasan 22 hektar dan kini menempatkan lebih 5000 ekor haiwan.

8. Sea Life Melbourne Aquarium

Melbourne Aquarium by Christopher Corneschi

Melbourne Aquarium menyimpan lebih 550 spesies dan 10,000 ekor haiwan di dalamnya. Bangunan di atas dibina pada kedalaman 7 meter lagi ke dasar dan dirangkumi 2,200,000 liter air.

9. Phillip Island Penguin Parade

Selepas matahari terbenam, penguin di Phillip Island akan berarak naik pulang ke darat. Perarakan Little Penguins ini boleh dilihat secara langsung di depan mata para pengunjung.

10. Sovereign Hill

Sovereign Hill adalah tempat bersejarah yang menggambarkan replika kehidupan penduduk di Ballarat 10 tahun selepas penemuan emas pertama 1851. Aktiviti melombong emas yang pesat telah mewujudkan pekan cowboys ini.

11. Dandenong Ranges/ Puffing Billy

Banjaran ini terletak 35km dari Melbourne dengan puncak tertinggi Gunung Dandenong adalah 633 meter. Dandenong boleh dikunjungi sama ada day-trip atau bermalam di Bed & Breakfast yang ditawarkan di sekitar. Puffing Billy adalah tarikan popular menaiki kereta api stim dari Dandenong ke Gembrook.

12. Yarra Valley

Yarra Valley merupakan lokasi perladangan anggur tertua di Victoria sejak 1838.

13. National Gallery of Victoria (NGV)

Galeri ini merupakan muzium kesenian terbesar dan tertua (1861) di Australia. Popular dengan singkatan NGV, galeri ini turut menyimpan koleksi seni yang bertaraf antarabangsa.

14. Melbourne Museum / Museum Victoria

Melbourne Museum pula merupakan muzium sejarah kebudayaan terbesar di hemisfera selatan.

15. Melbourne Observation Deck


Observation Deck ini terletak pada ketinggian 234 meter di tingkat 55 Rialto Towers. Akan tetapi Melbourne Observation Deck telah ditutup kepada umum sejak 31 Disember 2009 dan ditukar menjadi restoran makan mewah.

 

 

 

 

 

 

16. Grampians

Grampians National Park atau “Gariwerd” merupakan sebuah taman negara yang terletak 260km dari Melbourne. Koleksi seni lukisan oleh orang Aboriginal merupakan daya tarikan utama pelancong ke sini.

17. The Arts Centre

Arts Centre menjadi pusat pementasan seni drama teater di Melbourne. Selain kompleks teater tempat ini juga menjadi tumpuan bagi aktiviti kebudayaan lain seperti konsert, sarkas, panggung dan juga persembahan tarian. Untuk pengetahuan anda, palang yang menjadi simbol Arts Centre ini berketinggian 162 meter.

18. Mornington Peninsula

Mornington Peninsula terletak di timur-selatan Melbourne. Tempat ini popular di kalangan pengunjung tempatan terutamanya sehingga digelar “summertime playground for Melburnians”.

19. The Snowfields

Mt Buller yang terletak 248km timur-utara Melbourne merupakan kawasan sukan bersalji yang paling mudah didatangi oleh para pengunjung. Kemudahan yang disediakan oleh resort The Village cukup menyenangkan dan mampu menampung sebanyak 7000 orang pada satu-satu masa.

20. Melbourne Cricket Ground (MCG)

Melbourne Cricket Ground (MCG) by Alexander Sheko

MCG dibina pada tahun 1853 adalah stadium ikonik paling popular di Melbourne. Bukan sahaja sukan kriket, stadium ini juga menjadi gelanggang utama Australian football (AFL) serta penganjur kepada acara bola sepak antarabangsa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *