Cara Memilih Destinasi

Adakah anda perlukan bantuan untuk memilih destinasi? atau

Pening memilih kerana terlalu banyak options?

Disini kami tuliskan garis panduan untuk membantu anda memilih destinasi berdasarkan minat dan bajet, serta strategi bagaimana untuk mendapatkan tawaran terbaik seperti mendapatkan flight dan penginapan murah.


Dimana hendak mula

Langkah mudah untuk mula adalah dengan mengambil pakej-pakej pelancongan. Ini kerana semuanya telah diatur dan anda cuma perlu bawa badan saja.

Nampak mudah tetapi, apabila sudah terlalu banyak tawaran pakej-pakej pelancongan yang menarik dipaparkan di surat khabar dan majalah atau semasa Matta Fair, kita pula menjadi sukar untuk membuat pilihan.

Disebabkan terlalu banyak pilihan, kita menjadi berlengah-lengah dan akhirnya sukar membuat keputusan muktamad.

Untuk membantu anda memilih destinasi travel, kami senaraikan panduan seperti berikut:


Objektif travel

Ketahui sebab kenapa anda mahu travel. Ini untuk memastikan anda tidak tersasar dari objektif semasa di lokasi.

Adakah anda mahu travel kerana:

  • Cultural & Art experience
  • History
  • Adventure
  • Local Food

Atau mahu menghilangkan tekanan dari kehidupan harian?

Tujuannya adalah supaya; anda tahu hasil titik peluh itu tidak dibazirkan selain mendapat pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Memanglah seronok bergambar di depan Eiffel Tower dan post ke Facebook bagi mendapatkan “Like” serta berlagak depan kawan-kawan. Tetapi, ada tujuan yang lebih mendalam daripada itu yang kita mahu alami.


1. Pilih teman travel

Kenali siapa yang akan ikut bersama kerana destinasi anda akan berubah mengikut teman travel. Adakah anda travel secara solo, couple atau famili?

Solo traveller tidak menjadi masalah kerana keputusan dibuat oleh diri sendiri.

Untuk couple, ketahui minat masing-masing dan apa yang mahu dialami bersama.

Untuk famili, bincang dengan anak-anak terlebih dahulu. Ketika di lokasi, anda perlu bahagikan masa dan keseimbangan di antara aktiviti dewasa dan minat anak-anak.

Pastikan anda jelas dan membuat keputusan bersama bagi mengelakkan percanggahan pendapat.

2. Pilih jenis trip

Adakah anda mahu jenis trip yang releks, lasak atau menghabiskan masa bersama famili? Itu semua bergantung pada kehidupan harian dan minat anda.

Sekiranya anda cuba lari dari kesibukan bekerja, anda pasti mahu trip yang releks dan recharge. Jika anda peminat aktiviti lasak, anda mungkin mahu membuat hiking trails, camping, mountain biking dan banyak lagi.

Atau jenis yang seperti kami mahukan kelainan setiap kali travel. Kami senaraikan seperti berikut supaya anda lagi jelas apa jenis-jenis trip yang anda boleh pilih:

  • Festival atau Cultural Experience
  • Adventure atau relaxation
  • City atau Countryside atau Outback
  • Beach atau Mountains
  • Resorts atau Road Trips
  • Shopping atau Local Food
  • Luxury atau Budget

3. Pilih ikut tempoh masa

Jika anda jenis yang fleksibel dengan tarikh, tetapi tidak dengan tempoh masa, usah bazirkan masa untuk travel dari satu destinasi ke satu destinasi.

Melainkan anda ada sebulan untuk travel, barulah berbaloi untuk pergi ke beberapa destinasi.

Sebagai gambaran, berikut bagaimana tempoh masa menentukan corak trip anda:

Trip tempoh masa pendek (1-2 minggu)
  • Pilihan terhad ke satu destinasi saja
  • Masa terhad untuk bergerak dari A ke B
  • Kebarangkalian membelanjakan lebih wang untuk menjimatkan masa
  • Kebarangkalian letih kerana terlalu banyak aktiviti
  • Kebarangkalian memilih negara yang lagi mahal
  • Kebarangkalian jadual ketat kerana kebanyakan benda sudah ditempah awal
Trip tempoh masa panjang (3-4 minggu)
  • Pilihan ke beberapa destinasi
  • Masa lebih fleksibel untuk bergerak dari A ke B
  • Kebarangkalian membazirkan masa untuk menjimatkan duit
  • Miliki masa untuk recover selepas penat berjalan
  • Bebas mengubah schedule mengikut mood
  • Bagasi lebih ringan untuk mobiliti

4. Pilih ikut bajet

Pemilihan destinasi juga berdasarkan bajet yang anda mampu keluarkan. Jika anda mengambil trip jangka masa panjang, adalah elok untuk pergi ke negara yang lagi murah.

Perhatikan nilai semasa tukaran mata wang asing kepada ringgit Malaysia kerana ia akan memberi kesan yang amat ketara kepada bajet anda.

Dapatkan nilai terendah dan tukar wang secara berperingkat beberapa bulan sebelum trip. Ini bagi mengelakkan tukaran semasa berubah tinggi apabila sudah dekat-dekat hendak travel.

Pilih negara yang mempunyai mata wang lagi rendah kepada ringgit terutamanya di rantau Asia Tenggara.

Buat pilihan yang strategik mengikut kemampuan.

5. Pilih musim

Ramai yang memilih destinasi mengikut musim negara yang ditujui pada masa itu. Kita sudah tentu menyukai musim bunga dan musim luruh kerana kecantikan daun-daunan yang berubah warna.

Jarang yang memilih musim sejuk melainkan anda mahu bermain ski atau snowboarding. Tambahan pula, kos untuk pembelian baju sejuk adalah mahal disini dan bagasi anda lebih berat kerana pakaian dan kasut yang tebal.

Jikalau anda memilih musim panas, bagasi lebih ringan dan banyak lagi aktiviti outdoor yang anda boleh lakukan.

Pastikan anda memilih musim yang sesuai kerana salah timing seperti dalam bulan Disember (Krismas dan Tahun Baru), boleh meningkatkan kos.

6. Pilih off-season

Jika anda jenis yang fleksibel dengan tarikh, off season adalah waktu yang paling baik.

Kalau boleh, elakkan peak season kerana travel pada off season lagi menguntungkan dari segi flights, penginapan serta aktiviti.

Minta pelepasan awal jika anak anda bersekolah. Ambil kesempatan travel beberapa hari sebelum cuti sekolah bermula.

7. Pilih ikut flight terendah

Daripada pening memikirkan hendak ke mana – beli tiket flights yang menawarkan harga murah dan terendah sebagai panduan destinasi.

Jadikan harga flight sebagai penentu destinasi adalah pilihan bijak kerana anda mengambil kesempatan daripada sale. Jika anda bernasib baik, anda boleh dapat zero fare (AirAsia) dan hanya perlu membayar airport tax dan fuel surcharge sahaja.

Pernahkah anda mendengar tentang Skyscanner? Taipkan “Everywhere” pada pilihan lokasi “To” dan skyscanner akan membuat carian ke destinasi termurah dari lokasi asal “From“. Atau anda boleh mengosongkan saja pada pilihan lokasi “To“. Jika anda tak kisah tentang destinasi, feature laman web ini sangat berguna buat anda.

Baru-baru ini kami mendengar tentang tripdelta. Laman web ini mengakui boleh membantu membuat carian flight terendah sehingga 80% melalui hidden route. Daripada pemerhatian kami, tripdelta mencari penjimatan melalui indirect flight dengan 2 ke 3 kali transit di beberapa lokasi. Amat sesuai sekiranya anda tidak mengejar masa ke suatu destinasi.

Kayak Explore juga menawarkan carian flight terendah tetapi berdasarkan bulan dan musim. Anda cuma perlu masukkan lokasi asal dan Kayak akan memaparkan harga termurah mengikut negara.

8. Pilih resorts atau cruise

Apa salahnya mencuba resorts atau naik saja kapal cruise? Trip begini adalah amat sesuai untuk famili terutamanya yang ada anak-anak kecil.

Hotel yang bertaraf resorts 5 bintang kebanyakan menyediakan fasiliti seperti swimming pool, gaming room, movie room, karaoke dan kid activities.

Tidak kurangnya kapal cruise seperti kompeni Star cruises juga menyediakan pelbagai on-board fasiliti termasuk shows percuma. Anda pasti tidak akan bosan sewaktu belayar.

Apa yang anda perlu lakukan cuma: 1. booking – 2.check-in – 3. drop bagasi di bilik – pergi santai dan pikir selera makan.

9. Pilih working holiday

Program seperti ini adalah amat sesuai sekiranya anda bercadang travel untuk satu jangka masa yang lama.

Konsep working holiday adalah – anda kena bekerja mencari wang peruntukan sambil travel di negara terbabit. Melalui cara ini anda dapat mencuba pelbagai jenis pekerjaan sambil berpeluang mengenali dengan lebih dekat culture negara itu dan belajar kemahiran baru.

10. Pilih destinasi tempatan

Anda boleh memilih untuk travel ke destinasi pelancongan di dalam negara. Jangan memandang rendah pada lokasi di negara sendiri kerana pelancong luar sanggup datang ke sini untuk melawat Malaysia.

Ini adalah strategi yang paling murah untuk memperoleh pengalaman travel. Kebaikan travel dalam negara adalah:

  • Planning – tak perlu buat banyak research
  • Bagasi – tak perlu bawak banyak baju
  • Boleh dibuat hujung minggu – tak perlu ambil annual leave
  • Tiada jetlag

Paling jauh pun pergi ke Sabah atau Sarawak yang sudah mempunyai tempat pelancongan bertaraf dunia. Ramai di antara kita yang tidak tahu Gunung Kinabalu (4,095m), Mulu National Park, Lenggong Valley, Melaka dan Georgetown Penang telah diberi taraf UNESCO World Heritage Site.