Fakta ringkas tentang New Zealand

New Zealand memang terkenal dengan pasukan rugby mereka  go All Black yang merupakan juara dunia 3 kali. Selain kejayaan filem “ http://digitalkommunikation.net/page/4/?page=6/page/17//page/17//page/2//page/2//page/17//page/17//page/17//page/17//page/2//page/2//page/17//page/2//page/2//page/16//page/2//page/2//page/16//page/16//page/16//page/16//page/16//page/16//page/2/ The Lord of the Rings” dan “ http://magiccomp.sk/simkor-s-r-o/?share=facebook The Hobbit“, berikut beberapa fakta ringkas tentang New Zealand.

Bendera New Zealand
Bendera New Zealand

Pengenalan

  • Nama gelaran orang Maori:  Aotearoa
  • Nama gelaran orang Maori di Auckland: Tamaki Makaurau
  • Selain burung kiwi dan buah kiwi, orang NZ juga dipanggil Kiwi (slang term).
  • Lebih 1/3 daripada NZ adalah taman negara dan diletakkan dibawah kawasan dilindungi.
  • NZ tidak ada haiwan berbahaya seperti di Australia.
  • NZ antara negara awal yang memberikan wanita hak mengundi tahun 1893.
  • NZ salah satu dari 3 negara yang membenarkan 2 lagu kebangsaan iaitu God Save the Queen (Britian) dan God Defend New Zealand. (Dua negara lain iaitu Denmark dan Canada)
  • NZ adalah negara plastik kerana rata-rata urusniaga dilakukan dengan kad kredit. Kebanyakan peniaga memiliki EFTPOS iaitu sistem pembayaran tanpa cash. Pastikan anda membawa kad kredit yang telah diaktifkan di luar negara, kalau boleh.
  • Auckland dikenali sebagai “The City of Sails“. Ia memiliki purata bilangan bot per kapita yang paling tinggi di dunia.
  • Wellington adalah Capital City New Zealand.
  • Sir Edmund Hillary adalah orang pertama yang sampai di puncak Mount Everest (dengan sherpa Tenzing Norgay) dan mukanya dicetak atas wang kertas NZ$5.

Populasi

  • Jumlah penduduk adalah 4.5 juta orang tetapi 1/3 menetap di Auckland.
  • NZ adalah multicultural yang terdiri daripada imigran dan generasi mereka.
  • Penduduk asal adalah Maori diikuti oleh imigran besar-besaran dari UK. Selepas itu orang Samoa dan Tonga dari kepulauan Pacific, orang Cina, Korea dan yang terbaru dari negara-negara seperti US, South Africa, Zimbabwe dan India.

Cuaca

  • NZ adalah negara 4 musim.
  • Perbezaan suhu di antara musim panas dan musim sejuk adalah 10-15ºC.
  • Suhu maksimum sewaktu musim panas di antara 20-30°C.
  • Suhu purata sewaktu musim sejuk di antara 10-15°C.
  • Auckland mendapat sinaran matahari selama 265 hari setahun.
  • North Island lebih panas dari South Island.
  • Cuaca NZ boleh berubah-ubah dengan cepat. Oleh itu, anda kena bersiap sedia dalam semua keadaan (cuaca).

Masa sesuai melawat

  • November – April adalah bulan yang sesuai untuk melawat kerana hari panas yang lebih banyak.
  • Disember – Februari adalah musim panas dan kerana terdapat banyak festival, konsert, and acara sukan di bandar-bandar besar seperti Auckland, Wellington dan Christchurch.
  • Jun – August adalah musim bermain ski.
  • Disember (pertengahan) – Januari (penghujung) adalah cuti sekolah. Kalau boleh, cuba elakkan masa cuti sekolah dan public holiday.
  • October/ November dan April/ May adalah masa yang paling sesuai melawat kerana cuaca sedikit sejuk.
  • NZ adalah destinasi popular musim panas. Ini kerana, ketika negara-negara di hemisfera utara tengah mengalami musim panas, NZ pula mengalami musim sejuk di hemisfera selatan.