Hooker Valley Track, Mt Cook

http://alpine-transfer-company.com/en/transfers/services Aoraki Mount Cook yang berketinggian 3,754 meter (12,316 kaki) merupakan gunung tertinggi di New Zealand.

Kawasan ini dikategorikan sebagai National Park dan merupakan syurga Alpine yang mudah dikunjungi dengan kenderaan. http://limgeomatics.com/wp-json/oembed/1.0/embed?url=http://limgeomatics.com/events/ State Highway 80 adalah satu-satunya jalan raya menuju ke sini.

go to link Mount Cook Village adalah sebuah perkampungan yang terletak di dalam taman negara ini.

mount-cook-village-map-3

Berikut kami kongsikan tips-tips dan pengalaman kami ke Aoraki Mount Cook National Park.


Kenapa mahu ke Aoraki Mount Cook?

Aoraki Mount Cook by Avenue

Glasier meliputi 40% dari kawasan taman negara ini. Tasman Glacier adalah glasier yang terpanjang di New Zealand (27km) selain terdapat lebih 60 glasier lain (termasuk Franz Josef dan Fox Glacier) menjadikan taman negara ini salah satu kawasan Alp terunggul di dunia.

Mountaineers menganggap kawasan ini salah satu tempat pendakian terbaik di Australasia. Manakala traveller seperti kami ke sini kerana mahu menyaksikan salah satu daripada glasier.

Jika glasier menjadi tarikan utama anda ke sini, Aoraki Mount Cook National Park pula pasti tidak mengecewakan anda.


Sedikit pengenalan tentang Aoraki Mount Cook

Sebelum northern peak yang mengadap ke timur runtuh pada tahun 1991, Mount Cook adalah yang ke-37 tertinggi di dunia.

Statue of Hillary permanently gazing towards Aoraki Mount Cook by Jonathan Keelty
  • Did you know: Pendaki pertama Gunung Everest, Sir Edmund Hillary, membuat persediaan dan latihan mendaki Mount Cook sebelum menawan gunung tertinggi di dunia itu.

Pada tahun 1998, gunung ini dinamakan semula sebagai “Aoraki/Mount Cook” sempena gelaran asal oleh puak Maori (Ngai Tahu) yang bermaksud “Cloud Piercer”.

Terdapat kira-kira 140 puncak berketinggian melebihi 2000 meter di mana 19 daripadanya adalah melebihi 3000 meter.


Tumpuan utama Aoraki Mount Cook

Aktiviti utama di sini adalah mendaki (mountaineering), glacier viewing dan mountain walk. Mendaki Aoraki Mount Cook memerlukan kemahiran dan daya fizikal yang tinggi. Walaupun meminati aktiviti hiking, kami tidak mencapai level pendaki yang profesional lagi.

Tujuan kami ke sini adalah mahu meneroka kawasan sekitar kaki gunung Aoraki Mount Cook sambil membuat walking trail ke glasier.Terdapat 10 short walks yang bermula dari Mount Cook Village. Kesemua trek dibina dan ditandakan dengan jelas.

Hooker Valley Track adalah antara yang paling popular kerana trail ini melalui jambatan gantung serta mudah diakses oleh semua lapisan umur.

Berikut adalah detail perjalanan kami ke Hooker Valley Track.

1. Hooker Valley Track

Hooker Valley Track
  • Starting/ Ending Point: White Horse Hill campground/ car park
  • Getting there: 4km drive from Mt Cook Village
  • Difficulty: Easiest
  • Distance: 80m over 5km
  • Time: 3 jam return

Walk ini akan membawa anda ke Mueller Lake, Hooker Valley, melalui 3 jambatan gantung dan akhir sekali Hooker Lake.

Mt Sefton view from Mueller Lake Lookout

Sebelum tiba di jambatan gantung pertama, Mueller Lake dapat kelihatan dari atas lookout ini. Tasik glasier ini terbentuk hasil proses pencairan oleh Mueller Glacier.

Walaupun ais telah cair lebih dari 100 tahun, tasik ini dikatakan baru sahaja terbentuk pada 50 tahun yang lepas.

First suspension bridge and Hooker River view from Mueller Lake Lookout
hooker-valley-track-1st-suspension-bridge-2
hooker-valley-track-1st-swingbridge-1
hooker-valley-track-1st-suspension-bridge-3

Trek akan menyeberangi Hooker River dan seterusnya ke jambatan gantung yang kedua iaitu Hooker Bluff Bridge.

Hooker River

Trail ini dikategorikan mudah walaupun permukaan trek beralun-alun dan terdapat bonggolan batu di antara jambatan gantung pertama sehingga jambatan gantung yang kedua.

Hooker Valley Track after crossing the first suspension bridge
Mount Sefton (left) and The Footstool

Dari photo di atas, Stocking Glacier adalah glasier yang berskala kecil terletak betul-betul di bawah The Footstool.

Sewaktu zaman ais 20,000 tahun lepas, Hooker Glacier dan Mueller Glacier pernah bergabung meliputi lembah ini sehingga ke Tasman Valley dan terbentang lagi 45km sehingga ke Lake Pukaki.

Hooker Bluff Bridge (second bridge) across the Hooker River looking down valley towards Lake Pukaki
hooker-valley-track-2nd-suspension-bridge-4
hooker-valley-track-2nd-suspension-bridge-river
hooker-valley-track-2nd-suspension-bridge-5
New boardwalk beyond the second bridge (Construction completed in summer of 2013)
Hooker Valley boardwalk

Dari boardwalk ini, sebahagian Aoraki Mount Cook mula kelihatan iaitu bahagian Low Peak dan Middle Peak. Bahagian High Peak adalah terselindung kebelakang dan tidak dapat dilihat dari sini.

The Hooker River and Aoraki Mount Cook
Upper Hooker Bridge (third suspension bridge)
hooker-valley-track-3rd-suspension-bridge-2
hooker-valley-track-3rd-suspension-bridge-3
hooker-valley-track-9
hooker-valley-track-8

Jambatan gantung ketiga ini membawa anda ke East Hooker iaitu punca Hooker River. Trek akan berakhir di tasik ini dimana anda akan dapat menyaksikan pemandangan Aoraki Mount Cook, Hooker Glasier dan juga Southern Alps/Kā Tiritiri o te Moana.

hooker-lake-terminal
hooker-glacier-mount-cook-3
Hooker Glacier and Aoraki Mount Cook by kakitravel365

Dari photo di atas, Hooker Glacier kelihatan menyusut hari demi hari. Iceberg yang runtuh hanyut terapung ke saluran keluar tasik ini.

Hooker Lake Terminal by kakitravel365

Dari Hooker Lake, patah balik melalui trail yang sama dan nikmati pula pemandangan melalui lembah ini dari arah bertentangan.

Hooker Valley Terminal Lake
  • Plan to stay: 1/2 hari

Tips:

  1. Floral dan fauna di kawasan ini adalah unik terutamanya wildflower seperti celmisia dan Mount Cook buttercup/kōpukupuku.
  2. Alpine Memorial – adalah tugu yang didirikan bagi memperingati para pendaki yang terkorban ketika mendaki Aoraki Mount Cook. Singgah disini untuk pemandangan panorama yang cantik.
  3. Permulaan Hooker Valley Walk adalah dari White Horse Hill Campground. Dari Mount Cook Village, anda kena pandu lagi sejauh 4km untuk tiba di sini.

Lain-lain walking trails di Mount Cook Village

Jika Hooker Valley Track terlalu mainstream buat anda, berikut lain-lain walking trail di sekitar sebagai option anda.

2. Kea Point Track

Permulaan trail ini adalah dari tempat yang sama ke Hooker Valley.

  • Starting/ Ending Point: White Horse Hill campground/ car park
  • Getting there: 4km drive from Mt Cook Village
  • Difficulty: Easy
  • Distance: 180m over 3km
  • Time: 1 jam return

Walk ini berakhir di podium yang bakal memukau anda dengan pemandangan Mount Sefton, The Footstool, Hooker Valley, Mueller Glacier Lake dan Aoraki Mount Cook.

Trek akan melalui landskap tapak asal Hermitage Hotel yang dibina 1895 sebelum musnah dalam banjir 1913.

  • Did you know: ‘Kea bird’ adalah sejenis burung kakak tua alpine yang liar.
  • Plan to stay: 3 jam

3. Tasman Valley Walk

Trail ini akan melalui tasik Tasman Glacier yang beku di musim winter. Iceberg akan kelihatan terlerai di musim panas dan terapung di atas tasik ini.

Icebergs break away and floating in Tasman Glacier Lake
  • Starting/ Ending Point: Blue Lakes Shelter/ car park
  • Getting there: 8km drive unsealed road
  • Difficulty: Easy with some rock steps
  • Distance: 3km
  • Time: 45 min ke 1 jam return

Walk ini bermula dari Blue Lakes Shelter dan berakhir dengan pemandangan Tasman Glacier dan tasiknya yang menjadi punca kepada Tasman River.

  • Did you know: Tasman Glacier (27km) merupakan glasier terpanjang di New Zealand. Tasiknya dianggarkan sepanjang 7km dengan kelebaran 3km.

Blue Lakes mendapat nama kerana warna tasiknya yang biru walaupun sekarang lebih kelihatan kehijauan-hijauan.

  • Plan to stay: 3 jam

Tips:

  1. Jalan ke sini sepanjang 6.5km tidak berturap dan berbatu. Pastikan anda menyewa snow chains pada musim winter.

Pengangkutan ke Mount Cook Village

Highway 80 ke Mount Cook National Park

Jarak pemanduan ke Mount Cook Village adalah kira-kira 55km, iaitu 45 minit dari persimpangan State Highway 8 dan 80.

Lake Pukaki by kakitravel365

Highway 80 melalui pinggir Lake Pukaki yang berlatarbelakangkan pergunungan Aoraki Mount Cook. Laluan ini sememangnya terkenal sebagai salah satu scenic drive yang pasti membuatkan anda terpegun.

Jika anda memandu dari selatan South Island, berikut route kami cadangkan supaya anda tidak terlepas ‘point of interest’ di sepanjang perjalanan.

1. Memandu dari Queenstown ke Wanaka

Titik permulaan adalah dari Queenstown → Wanaka → Omarama → Twizel → Aoraki Mount Cook Village.

Pemanduan dari Queenstown ke Arrowtown kira-kira 22km dan tidak sampai pun setengah jam. Anda boleh terus memandu dari Queenstown, tetapi kami sarankan anda melawat Arrowtown.

Dari Arrowtown, terdapat 2 pilihan ke Wanaka sama ada melalui Crown Range Road ataupun melalui State Highway 6 ke Cromwell.

Route 1: Crown Range Road – Wanaka

Jalan ini sangat popular sebagai scenic drive. Jaraknya lebih pendek ke Wanaka tetapi sedikit mencabar pada awal pemanduan.

  • Route: Highway 6 > Cardrona Valley Rd
  • Travel Time: 0.75 jam
  • Distance: 44.8km (Crown Range Rd) / 67km (dari Queenstown)
  • Road Condition: Curam dan bengkang-bengkok dengan beberapa selekoh tajam
  • Speed Limit: 100 km/h
  • Driving Speed: 60 km/h

Pada waktu cuaca yang cerah, anda akan dapat melihat satu pemandangan yang sungguh cantik berlatarkan pergunungan, Lake Wakatipu dan juga Kawarau River.

Crown Range Road Lookout Point view

Senarai lokasi mengikut km:

km Location Note
11 Scenic Lookout Point 15-20min non-stop
21.6 Cadrona Hotel Built in 1870
24 Mt Aspiring view 3033.6m
44.8 Wanaka

Jika anda memandu dari arah bertentangan, menuruni jalan ini bakal memberi anda pandangan pertama Queenstown dan Lake Wakatipu sepintas lalu.

Tips:

  1. Pandu perlahan dan kawal kenderaan anda dengan berhati-hati ketika memandu di Crown Range Road. Jalan raya adalah sempit dan banyak selekoh tajam.
  2. Cardrona Skifield ialah tempat bermain ski yang terletak selepas Cardrona Hotel.
  3. Cardrona Hotel – sudah terpacak sejak 1870 semasa zaman gold miners lagi. Hotel ini mengekalkan bahan-bahan lama seperti buku-buku, mesin jahit, foto dan juga cerobong api. Kami mengesyorkan anda singgah seketika di sini untuk secawan kopi.

    Cardrona Hotel

Route 2: Cromwell – Wanaka

Cromwell adalah sebuah pekan kecil yang terletak di daerah Central Otago.

Walaupun laluan ini lebih jauh, pemanduan lebih mudah kerana ianya lebuh raya utama. Memandu melalui jalan ini bakal melihat Kawarau Gorge.

  • Route: Highway 6, Gibbston > Kawarau Gorge Rd
  • Travel Time: 2.5 jam
  • Distance: +/- 100km (Arrowtown)
  • Road Condition: Keadaan jalan yang baik.
  • Speed Limit: 100 km/h
  • Driving Speed: 60 km/h

Kawarau River merupakan aliran sungai dari Lake Wakatipu yang mengalir sehingga Lake Dunstan berdekatan Cromwell.

Selepas Cromwell, pastikan anda pandu menghala arah ke Luggate. Anda ada lagi 55km pemanduan sebelum sampai di Wanaka.

Tips:

  1. Kawarau Bridge Bungy – salah satu ‘bungy jumping’ yang popular dan terletak di Kawarau Gorge.
  2. Roaring Meg – stesen tenaga hidroelektrik dijana dari curahan air Kawarau River yang deras. (di sebelah kanan jalan).

Wanaka

Pekan Wanaka terkenal dengan aktiviti seperti hiking, boating, fishing, mountain biking, skiing dan juga snowboarding.

Lake Wanaka adalah tasik ke-4 terbesar di New Zealand. Terdapat pelbagai pilihan restoran bertentangan dengan tasik ini serta iSite sekiranya anda memerlukan informasi atau peta.

Glendhu Bay yang sejauh 12.7km iaitu kira-kira 15 minit pemanduan dari Wanaka. Teluk ini sangat cantik ketika musim luruh. Anda boleh picnic sambil menikmati pemandangan Mount Aspiring.


Tempat penginapan di Mount Cook Village

Untuk penginapan, kami tidak akan membuat perincian atas alasan terlalu subjektif. Ini semua bergantung kepada bajet anda dan jenis travel anda sama ada secara solo, couple atau family. Tetapi jika hostel semestinya YHA (Youth Hotel):

YHA Aoraki Mt Cook – 1 Bowen Drive, Mt Cook.

Kami menginap di Aoraki Mt Cook Alpine Lodge.

Kami memilih penginapan ini kerana:

  1. Harga yang murah standard hotel 3 bintang.
  2. Bilik mandi dan private toilet.
  3. Dapur dan kelengkapan memasak yang sedia.
  4. Bilik jenis “upstairs front facing double”.

Selain itu, terdapat juga penginapan lain di sekitar dari jenis backpacker, motel, camp site serta 17 pondok disediakan khas oleh DOC (Department of Conservation) untuk para pendaki. Walaupun begitu, penginapan adalah terhad disini. Option lain adalah menginap di pekan terdepat iaitu Twizel atau Lake Tekapo.

The Hermitage Hotel adalah salah satu penginapan yang bertaraf hotel mewah disini. Ianya terkenal dengan bar beranda yang luas mengadap kawasan pergunungan Aoraki Mount Cook.

Tips:

  1. Masa check-in adalah bermula dari jam 2PM dan check-out dari jam 10AM.
  2. Tempahan dibuat dari laman web agoda.com

Tempat makan di Mount Cook Village

Kebanyakan traveller yang datang akan membawa bekalan stok makanan dan kami juga mengesyorkan anda berbuat demikian. Restoran adalah terhad dan yang ada pun di The Hermitage Hotel.

Tempat penginapan kami ada menyediakan dapur memasak yang lengkap. Terdapat juga kedai grocery di dalam yang menjual barangan runcit dan lain-lain keperluan.

Tips:

  1. Anda boleh membeli stok makanan di pasaraya yang terdapat di Twizel atau Lake Pukaki.

Mencari free Wifi di Mount Cook Village

Malangnya tiada wifi percuma di taman negara ini melainkan yang dibekalkan oleh tempat penginapan kepada tetamu.


Masa yang sesuai melawat Mount Cook Village

Kerana ketinggiannya, Aoraki Mount Cook sering diliputi awan dan terselindung. Pada pendapat kami hari yang cerah atau kurang berawan adalah waktu yang sesuai untuk ke sini.

Anda boleh datang pada mana-mana musim dan masih boleh melihat salji di atas pergunungan. Cuma pada penghujung musim autumn dan winter, salji lebih banyak sehingga meliputi kaki pergunungan.

Bagaimanapun musim salji lebih cantik kerana anda bakal menyaksikan latar belakang banjaran (Ben Ohau Range) yang putih pemandangan dari depan Lake Pukaki.

Lake Pukaki and background of Ben Ohau Range

Berikut maklumat cuaca sewaktu kami ke sana di bulan April:

  • Temperature: 15°C / Low 12°C High 17°C
  • Sunshine: 8 hours
  • Rainfall days: 13 (40mm)
  • Season: Autumn

Bajet ke Mount Cook Village

Exchange rate: NZD$1 = RM2.7943 (2015)

  1. Flight ticket: RM952 (Jetstar) from Melbourne to Queenstown one-way
  2. ETA Visa: –
  3. Accommodation:
    • RM516/ $189 (1N at Aoraki Mt Cook Alpine Lodge)
  4. Transportations: RM360
    • Car rental: RM130 ($46/day)
    • Fuel: RM230/ $77.5 ($2.40/litre)
  5. Food & drink: RM140 ($50 – groceries at MacKenzie Supermarket Four Square, Twizel)
  6. Entrance fees: –
  7. Activities: –

TOTAL: RM1,968

Note:

  1. Matawang NZD (New Zealand Dollar). Untuk memudahkan pengiraaan, kami bundarkan NZD$1=RM3 di dalam post ini.
  2. Anggaran bajet berdasarkan tempoh masa 2 hari 1 malam.
  3. Bajet diatas tidak termasuk tiket penerbangan pergi dan balik dari Malaysia.
  4. To be safe; tambah 10% peratus dari jumlah bajet kerana anggaran di atas adalah secara kasar.

Kesimpulan dari trip ke Aoraki Mount Cook

Masa memandu

Google map menjangkakan masa pemanduan kira-kira 3 jam, tetapi kami telah menyimpang ke route yang lebih jauh untuk menikmati tempat lain.

Kami telah menjadikan pemanduan ke sini satu road trip yang menyeronokkan dan mengambil separuh hari untuk tiba di sini.

Berapa malam

Penginapan di Mount Cook Village adalah terhad jika anda tidak menempah awal. Kerana kelesuan memandu, kami bercadang menginap di sini untuk menjimatkan masa.

Kami hanya mensasarkan untuk menghabiskan satu walking trail dan pada pendapat kami, satu malam adalah lebih dari mencukupi.

Jika anda ingin mengalami pengalaman glasier yang lebih dramatik, kami mengesyorkan anda melawat ke Frank Josef Glacier.

Adakah berbaloi?

Pada kami yang datang dari negara beriklim khatulistiwa, trip ke sini adalah sangatlah berbaloi. Melihat glasier adalah satu pengalaman tidak dapat dilupakan lebih-lebih lagi berjalan di lembah yang pernah berjuta tahun lalu diliputi oleh ais.

Menyaksikan glasier yang cair juga menyebabkan kami berfikir sejenak disitu betapa cepatnya perubahan alam sedikit demi sedikit akhirnya hilang untuk tatapan generasi masa depan.

Meskipun begitu, trip ke sini betul-betul menggambarkan landskap New Zealand seperti yang kita lihat di kaca mata TV.


Note: This article was accurate when it was published. Please confirm all details directly with the companies in question before planning your trip.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *