Info kena tahu sebelum ke Australia

Untuk menjadikan sesebuah trip lebih bermakna, kita perlulah mengetahui sedikit sebanyak latar belakang tempat yang akan dikunjungi.

Kami faham, disebabkan kesibukan bekerja kadang-kadang kita tidak sempat pun membuat research sendiri sehingga menjelang hari travel.

Berikut info penting yang anda kena tahu sebelum berangkat ke Australia hasil daripada research kami kumpulkan dari serata laman web:

1. Cuaca tidak sentiasa panas

Australia ada 4 musim. Suhu secara keseluruhannya adalah sederhana dimana hujan turun di beberapa tempat sekali-sekala sampai tidak berhenti. Ada kalanya suhu boleh mencecah sehingga 6°C.

Jangan tersilap, Australia terletak di hemisfera selatan jadi musimnya adalah terbalik dengan negara Eropah:

  • Dec – Feb: Musim panas (Summer)
  • Mar – May: Musim luruh (Autumn)
  • Jun – Aug: Musim sejuk (Winter)
  • Sept – Nov: Musim bunga (Spring)

Nasihat kamiDownload Apps ramalan cuaca ke dalam smartphone sebelum ke sana.

2. Cahaya matahari lebih panas

Bagi kita memang tidak ada masalah kerana kita berasal dari negara yang beriklim khatulistiwa. Tetapi jangan ingat kita kebal kerana matahari di Sydney agak menyengat disebabkan lapisan ozon yang semakin nipis.

Walaupun kami pergi ke sana pada musim luruh, bahang matahari adalah berbeza dari di Malaysia apatah lagi pada musim panas.

Nasihat kami: Bawa sunscreen untuk mengelakkan dari menjadi lobster.

3. Tempat shopping tutup jam 6.30 petang

Tidak seperti di Malaysia, atau Asia pada umumnya, tempat shopping di Australia rata-ratanya tutup pada jam 6.30 petang. Ini kerana selepas jam tersebut, orang-orang di sana gemar untuk menghabiskan masa ke bars, kafe dan restoran.

Kecuali pada hari Khamis, waktu shopping dipanjangkan sehingga jam 9 malam.

Kepada kaki shopping

Kerajaan Australia ada memperkenalkan Tourist Refund Scheme. Program ini akan memulangkan GST yang dikenakan ke atas barang yang dibeli melebihi AUD$300 in a single receipt.

Tetapi syaratnya; barang yang dibeli mestilah hand-carry dan dibawa atau dipakai masuk ke dalam cabin penerbangan. Anda boleh ke kaunter kastam di airport untuk menuntut balik GST.

4. Denda bawa makanan masuk ke Australia

Quarantine card akan diedarkan sebelum penerbangan mendarat. Jika ada membawa sebarang makanan, anda kena tulis di atas kad tersebut.

Sekiranya tidak mengaku dan tertangkap ketika pemeriksaan kastam, anda akan didenda on the spot minimum AUD$360 dan ke atas.

Antara makanan yang diharamkan untuk dibawa masuk seperti; daging-daging, produk tenusu, kekacang, bijiran buah-buahan dan banyak lagi. Anda boleh membaca lebih detail disini.

Nasihat kami: Elakkan membawa sebarang makanan ke Australia. Jika anda ada membawa sebarang coklat atau kacang, buangkan sebelum mendarat atau tuliskan di dalam quarantine card. Kebiasaannya akan dilepaskan sekiranya masih dalam paket.

5. Berbasikal tanpa helmet satu kesalahan

Juga menjadi satu kesalahan jika anda menunggang di atas laluan pejalan kaki; melainkan kanak-kanak yang berumur di bawah 10 tahun.

6. Tipping

Tipping adalah culture biasa di US. Baik di Australia mahupun di mana-mana, tipping semakin menjadi kebiasaan sekarang.

Jika anda berpuas hati dengan servis, tipping 10% adalah standard. Hulurkan tipping jika anda makan di restoran-restoran yang high class.

(Tips: Jika anda pergi membayar sendiri di kaunter, tidak perlu bagi tipping. Contohnya seperti di kafe-kafe kecil atau restoran fastfood.)

7. ETA (Electronic Travel Authority)

Jangan lupa untuk memohon visa ETA sebelum berlepas. ETA merupakan permit yang membenarkan anda tinggal selama 3 bulan di Australia.

Bayaran yang dikenakan adalah AUD$20 (RM60) dan permohonan boleh dibuat secara online.

(Tips: Tidak perlu membuat salinan atau print ETA kerana ia sudah link dengan passport.)

Contoh ETA (Electronic Travel Authority), Australia

Contoh ETA (Electronic Travel Authority), Australia

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *