Kenapa mahu travel solo?

qtq80-BMPONc

Pada amnya, tak ramai orang kita yang minat travel solo di Malaysia. Ini kerana perasaan takut (sesat) dan keyakinan diri untuk survive bersendirian masih lagi menyekat mental kita. Akan tetapi, jika anda sudah terbuka mata dan bersedia untuk melihat dunia secara solo, kami tabik anda.

Perasaan gentar itu tidak dinafikan memang ada, tetapi pengalaman pertama ke tempat asing itu pasti menjadi memori peribadi yang tidak dapat dilupakan. Travel solo bakal membuka minda kepada dunia baru disekeliling kita selepas menjejakkan kaki ke tempat baru, berinteraksi, kebudayaan, pemandangan baru dan banyak lagi.

Keyakinan diri semakin terbina setiap kali “quest” dilengkapkan disamping perasaan baru yang menyeronokan, pembebasan dan kesedaran pada setiap trip.

Travel solo adalah suatu yang perlu dicuba oleh semua orang pada satu-satu peringkat hidup. Ini adalah cara terbaik untuk mengenali kelemahan yang ada pada diri kita dan memperbaikinya secara peribadi. Contohnya sebelum ini anda seorang yang malu bertanya, travel keseorangan akan memaksa anda lebih bertanya untuk survive.

Memang betul travel berkumpulan itu lebih senorok dan selamat kerana anda boleh berkongsi pengalaman, gelak ketawa dan keriangan, ianya juga memerlukan kata sepakat di antara ahli. Sebagai solo traveler, anda bebas menentukan hala tuju dan ke mana hendak pergi mengikut gerak hati. Masa anda lebih fleksibel dan ini sekaligus membuka ruang kepada lebih banyak penemuan baru.

Selain itu, travel solo juga lebih senang untuk berkenalan dan berkawan. Kadang-kadang anda tidak sedar pun orang bercakap tanpa memulakan perbualan. Orang lebih senang mendekati kita yang travel berseorangan daripada sekumpulan traveler yang ramai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *