Kenapa suhu sejuk dalam cabin pesawat?

Setiap kali menaiki pesawat, kami pasti tidak lupa untuk membawa sweater kerana kami tahu suhu dalam cabin yang sejuk itu.

Suhu rendah di cabin ada sebabnya kenapa sejuk iaitu kerana hypoxia.

Mengikut kajian yang dijalankan oleh American Society for Testing and Materials (ASTM), penumpang udara sangat cenderung untuk pengsan ketika menaiki pesawat jika dibandingkan ketika berada di darat.

Hypoxia terjadi apabila tisu badan dalam tubuh kita tidak menerima oksigen yang secukupnya. Keadaan ini biasanya berlaku di udara kepada penumpang pesawat kapal terbang. Satu lagi penyebab hypoxia ini adalah suhu cabin yang panas. Oleh itu, suhu di dalam cabin sentiasa dikawal pada paras rendah.

Walau bagaimanapun, pesawat jenis baru dikatakan mampu untuk mengawal suhu cabin mengikut kehendak penumpang di barisan tertentu. Tetapi kebanyakan pesawat yang lama menetapkan suhu mengikut purata suhu populasi dunia.

Jadi sekarang anda tahu kenapa suhu cabin terasa sejuk semacam lebih-lebih lagi ketika menaiki pesawat di awal pagi.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *