Makanan yang mesti dicuba di Australia

Tak kira kemana kami pergi, mencari makanan (yang berasal dari negara itu) adalah sebahagian penting trip tersebut. Kadang-kadang bila kita tercium bau sesuatu makanan, kita boleh teringat kembali memori dari trip tersebut.

Kami pernah terbaca travel blog yang menulis artikel tentang bagaimana membuat penjimatan belanja makan ketika travel. Ini menyedihkan kerana banyak sebenarnya makanan yang mengagumkan terlepas sekiranya kami mendengar nasihat itu.

Kami mempersoalkan adakah mereka benar-benar memahami culture sesebuah negara yang dikunjungi tanpa menikmati makanan negara itu? Ini kerana makanan melambangkan culture sesebuah negara.

Jadi, berikut kami senaraikan makanan yang anda mesti cuba ketika di Australia:

1. Vegemite

Vegemite

Pes yang diperbuat dari lebihan yeast yang diekstrak. Produk sampingan dari proses pembuatan beer. Kaya dengan Vitamin B12.

Vegemite asalnya adalah produk British yang diserap ke Australia. Kerana permintaan yang tinggi, Vegemite telah dicatu di Australia semasa perang dunia ke-2 (WWII).

Pada tahun 1984, Vegemite adalah produk pertama yang diimbas oleh pengimbas elektronik dalam kedai runcit di Australia. Jumlah balang Vegemite yang dijual setiap tahun adalah 22 juta.

Ramai yang bertanya adakah ianya halal atau tidak? Disebabkan tiada kandungan alkohol, vegemite disahkan halal oleh The Australian Federation of Islamic Councils.

2. Lamington

Lamington

Kek span yang bersalut coklat dan kelapa parut yang dikisar halus. Lamington dianggap sebagai “National Cake of Australia”. Kek ini dinamakan sempena Gabenor Queensland (1836-1901); Lord Lamington.

Sejak 2009, orang Australia menyambut National Lamington Day pada setiap 21 Julai. Pada tahun 2011, kek lamington paling berat (2361 kg) pernah dibuat di Toowoomba yang bersamaan dengan 45,000 biji ketulan bongkah empat segi kek Lamington.

3. Tim Tam

TimTam

Biskut coklat yang berintikan coklat dan disalut dari luar dengan lapisan coklat yang nipis. Biskut ini bukan saja terkenal di Australia malah di pasar raya terkemuka dunia dan juga boleh didapati di Malaysia.

Dalam setahun, jumlah paket Tim Tam yang terjual mencecah angka 35 juta.

Arnott’s merupakan kompeni yang pertama menghasilkan Tim Tam di Newcastle, NSW pada tahun 1865.

Jika anda gemar makan biskut Tim Tam, cubalah “Tim Tam slam“.

4. Anzac Biscuits

Anzac biscuit

Biskut ini diperbuat daripada oats, kelapa, sirap dan gula. ANZAC adalah singkatan bagi “Australian and New Zealand Army Corps” kerjasama yang ditubuhkan semasa perang dunia pertama (WWI).

Biskut ANZAC ini menggantikan biskut yang pada asalnya diagihkan kepada askar sewaktu WWI.

Resipi biskut ANZAC buat pertama kalinya dicetak pada tahun 1917 di dalam buku “The War Chest Cookery Book”.

Kerana kekurangan telur sewaktu WWI, sirap digunakan sebagai ganti.

5. Macadamia Nuts

macadamia-nutsPenggemar coklat pasti pernah makan kacang macadamia yang disalut dalam coklat. Tahukah anda ianya berasal dari Australia?

Macadamia merupakan satu-satunya tanaman berasal dari Australia yang dijual secara komersial. Sebanyak 13 juta pokok Macadamia ditanam di Australia. Untuk berbuah, pokok ini mengambil masa selama 10 tahun.

Australia memiliki global share sebanyak 45% daripada perdagangan kacang Macadamia dunia.

 

6. Flat White

Minuman coffee yang dituang microfoam susu ke atas double shot espresso.

Dikatakan mula dibuat pada 1980-an di kafe-kafe sekitar Sydney. Ada yang kata “Flat White” telah dicipta oleh orang Kiwis (New Zealand) dan bukannya Aussies.

Apa perbezaannya dengan caffe latte?

flat-white-vs-caffe-latte

Faktor yang membezakan flat white dengan latte adalah cara penyediaan susu dan bagaimana ianya dituang ke dalam espresso shot.

Dengan itu, kami harap anda tahu makanan mana yang anda akan cuba ketika di Australia kelak ataupun boleh dibawa sebagai souvenirs.

Lain-lain makanan yang kami tidak tuliskan disini adalah seperti Pavlova, Damper, Fairy Bread, Chiko Roll dan “Bush Tucker”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *