Packing List Travel

Packing list template MS-Excel spreadsheet

Packing amat melecehkan bagi yang tidak biasa travel. Kalau boleh semua benda mahu dibawa bersama kerana risau bila kita memerlukannya.

Packing yang tidak perlu bukan sahaja menambah berat bagasi tetapi menyukarkan pergerakan dari satu lokasi ke lokasi lain. Berikut kami kongsikan tentang packing yang perlu untuk travel.

Packing ikut stail travel

Senarai packing akan dipengaruhi oleh lokasi, bagaimana cara travel, berapa lama tempoh masa dan juga cuaca di tempat yang ditujui.

Biasanya kelengkapan seperti snorkel, cooler box, khemah dan perkakas memasak akan menjadi senarai packing kalau roadtrip dengan kereta sendiri.

Kalau travel ke tempat yang beriklim sejuk, bagasi akan menjadi bertambah berat kerana pakaian dan kelengkapan sejuk yang dibawa.  Iklim panas pula sepatutnya lagi ringan, tetapi boleh menjadi berat disebabkan tempoh masa travel yang panjang.

Senarai pakaian untuk dibawa

Anda tidak perlu membawa banyak pakaian. Anda cuma perlu memilih pakaian secara praktikal, selesa, ringan dan compact.

Senarai packing berikut dipilih berasaskan cuaca negara kita yang panas:

  • Pakaian seharian: Shorts, t-shirts/tops, trousers, skirts, dan pakaian tidur
  • Pakaian dalam: Undergarments x3 pasang
  • Pakaian tebal: Sweater atau jaket yang nipis – untuk dipakai ketika dalam flight.
  • Pakaian formal: Long-sleeved shirt, trousers – untuk dipakai ketika melawat tempat-tempat  keagamaan.
  • Pakaian basah: Baju hujan atau jaket kalis air yang berhood.
  • Pakaian renang: Swimsuit atau pakaian yang mudah dikeringkan. Jangan lupa bawa sarong untuk mudah bersalin pakaian. Tuala mandi yang nipis, tidak bulky dan mudah dimasukkan ke dalam beg. Selain sunscreen, selipar dan topi.
  • Pakaian outdoor: Kasut jogging atau hiking boot, stoking x3 pasang.
  • Toiletries: Bawa yang basic sahaja kerana boleh dibeli di kebanyakan lokasi.
  • First-Aid-Kit: Panadol, Dettol, plaster, pil Chi-kit’ Teck Aun untuk sakit perut.

Lupakan hair dryer atau hair straightener dan produk-produk kecantikan seperti make-up kerana cuaca yang panas sudah pasti menyebabkan anda berpeluh.

Senarai Gajet

  • Kamera
  • Smartphone
  • Power bank
  • Universal travel adapter
  • Portable hardisk

Bawa laptop sekiranya perlu untuk tujuan kerja. Kami cadangkan anda tinggalkan saja kerana banyak kemudahan internet seperti cybercafe di kebanyakan lokasi. Atau anda boleh bawa saja iPad.

Senarai lain-lain

  • Bahan bacaan: Buku, majalah atau Travel Guide – untuk dibaca ketika menunggu flight, train atau ketika bersantai di tepi pantai.
  • Journal: Buku nota – untuk mencatatkan pengalaman anda. Atau catat saja dalam Apps dari smartphone.
  • Sunglasses: Selain bergaya – untuk penglihatan ketika memandu dan berjalan dibawah cuaca matahari yang terik.

Apa yang pasti, tidak semua barang yang kita bawa akan digunakan. Oleh itu adalah penting untuk kita membuat senarai packing supaya lebih organize dan sampai ke destinasi dengan lebih efficient.

Bagi kami, setiap kali travel mesti ada saja benda yang lupa dibawa. Jadi kami telah membuat senarai berdasarkan stail travel kami.

Klik link dibawah untuk download packing list template MS-Excel spreadsheet.

Packing List Template

  1. Packing List Template MS-Excel spreadsheet
  2. Packing List Template PDF

Dari senarai tersebut, anda boleh mengubah mengikut stail travel yang anda pilih. Walau apapun, amalkan travel light pada setiap trip.

Apa lagi packing yang kami lupa masukkan dalam senarai diatas yang anda rasakan perlu?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *