Penggunaan kad Myki pada tram di Melbourne

Myki adalah kad pintar atau smartcard tanpa sentuh yang digunakan pada sistem pengangkutan awam di Melbourne dan kawasan lain di Victoria.

Selain tram, Myki boleh digunakan untuk menaiki metropolitan train dan bas di dalam Zone 1 dan Zone 2 termasuk SmartBus tetapi tidak pada Skybus.

Kad Myki

Operasi kad Myki adalah sama seperti Touch ‘n Go iaitu “pay-as-you-go”.

Masa yang diberikan adalah selama 2 jam untuk turun naik pengangkutan awam. Sentuhan pertama (hari tersebut) akan tamat dalam masa 2 jam tepat.

myki-card

Kelebihan menggunakan kad ini ialah:

  • Tambang dihadkan AUD$7.80 (RM23.40) sehari.
  • Tambang dihadkan AUD$6 (RM18) pada hujung minggu dan cuti umum.
  • Tambang train, tram dan bas merentasi Zone 1 dan 2 adalah pada harga Zone 1.
  • Kad yang disentuh selepas 6PM (sentuhan pertama) cuma dikenakan harga Zone 2 (sehingga jam 3AM)
  • Train tidak mengenakan bayaran jika keluar masuk dalam tempoh 15 minit. (Tram dan bas dikecualikan)

Tips:

  1. Pastikan anda mengimbas kad Myki pada alat pengimbas setiap kali sebelum turun.
  2. Pastikan anda mengimbas kad Myki dari Free Tram Zone sebelum masuk ke zon berbayar.
  3. Tidak perlu mengimbas kad Myki dalam Free Tram Zone jika anda turun naik dalam zon ini.
  4. Untuk memastikan kad Myki anda sah, imbas pada pengimbas Myki di perhentian dan semak baki pada skrin.
  5. Lampu hijau menyala pada alat pengimbas menandakan pembayaran telah dibuat.

Zone

Pengangkutan awam di Melbourne terbahagi kepada dua zon (Zone 1 dan Zone 2). Tambang yang dikenakan adalah berdasarkan zon; sama ada naik-turun di satu zon sahaja atau merentasi kedua belah zon.

Kad Myki mengenakan bayaran tambang terendah jika merentasi kedua belah zon ini.

Kebanyakan tram terletak dalam lingkungan Zone 1 kecuali tram No. 75, 86 dan 109.

Free Tram Zone

melbourne-tram

Turun naik tram dalam zon ini adalah percuma. Zon ini diperkenalkan untuk memudahkan pelancong bergerak dari satu tempat tarikan ke satu tempat yang lain di Melbourne CBD.

Naik train atau bas tidak termasuk dalam free zone ini.

melbourne-free-tram-zone
Klik pada image di atas untuk muat turun Free Tram Zone pdf

Perhentian tram terakhir dalam lingkungan Free Tram Zone:

last-tram-stops-free-tram-zone

Dimana boleh beli kad Myki?

Kad Myki boleh dibeli di Melbourne Visitor Centre (Federation Square), terminal Skybus (Melbourne Airport), Southern Cross Station dan di PTV Hubs. Kad dijual pada harga AUD$6 dan perlu di tambah nilai sebelum boleh digunakan.

Khas untuk pelancong, Public Transport Victoria memperkenalkan Visitor Value Pack yang dijual pada harga AUD$14 dan sudah termasuk “Myki money” sebanyak AUD$8.

Visitor Value Pack menawarkan diskaun bayaran masuk sehingga 25 peratus ke 15 buah tempat tarikan pelancong seperti Melbourne Aquarium, National Sports Museum, Eureka Skydeck dll.

Berapa bayaran yang dikenakan?

Bayaran Myki adalah berdasarkan zon dan masa.

myki-money-2hr-fare-table-2016

Tambang “Concession” adalah untuk kanak-kanak berumur dari 4 ke 16 (termasuk) tahun. Kanak-kanak di bawah 3 tahun adalah percuma.

Download aplikasi “Public Transport Victoria app”

Muat turun aplikasi “ http://jpcraighomebuilders.com/portfolio/good-harbor-lake-living-2/?portfolioCats=79 Public Transport Victoria app” ke dalam smartphone anda. Apps ini penting untuk merancang perjalanan anda.

Informasi yang kami tuliskan di atas adalah ringkas dan padat. Untuk mengetahui dengan lebih terperinci, sila lawati laman web Public Transport Victoria.

 

One thought on “Penggunaan kad Myki pada tram di Melbourne

  • May 17, 2016 at 12:46 am
    Permalink

    Extra tips.

    Utk Myki ni, baki kiter boleh jadi kepada -ve (negatif) value sebab baki kiter xcukup utk perjalanan itu, tp jgn risau, still boleh naik turun public transport diorg, cuma lepas ni once topup, kiter kena ganti balik baki yg -ve td. So kalo topup AUD$10 jgn terkejut kalo nilai semasa bukan AUD$10.. maybe kiter xsedar baki kiter dah -ve..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *