Penggunaan kad Opal pada sistem pengangkutan awam di Sydney

Opal merupakan kad pintar atau smartcard yang digunakan pada sistem tiket pengangkutan awam di Sydney dan kawasan lain di New South Wales.

Walaupun tiket boleh dibeli di kaunter atau pada vending machine di setiap stesen, kami mencadangkan anda menggunakan kad Opal kerana lebih menjimatkan.

Kad Opal

Operasi kad Opal adalah “pay-as-you-go” sama seperti Touch ‘n Go. Bayaran ditolak secara automatik dari mana anda tap-on dan di mana anda tap-off.

Opal card

Opal card

Kelebihan menggunakan kad ini ialah:

  • Tambang sehari tidak melebihi AUD$15 bagi dewasa dan AUD$7.50 bagi kanak-kanak (4-15 tahun)
  • Tambang pada hari Ahad cuma AUD$2.50 ke semua tempat. (Hanya sah untuk train)
  • Tambang diberi diskaun sebanyak 30% dari harga penuh, jika menaiki pengangkutan awam semasa off-peak.

Tips:

  1. Pastikan anda tap-off setiap kali sebelum turun. Jika tidak, anda akan dikenakan penalti sebanyak AUD$7 untuk feri dan AUD$8.10 untuk train.

Bila waktu peak hour?

Dimana boleh beli kad Opal?

Kad ini boleh dibeli di EzyMart atau 7-Eleven dengan harga AUD$6. Untuk mengetahui lebih lanjut faedah-faedah lain, sila lawati laman web Opal.

Berapa bayaran yang dikenakan?

Berikut kami buat perbandingan harga tambang yang dikenakan (dewasa) diantara tiket (sehala) dan kad Opal:

1. Train

  • MyTrain ticket: A$4 (10km)
  • Opal: A$3.38 / A$2.36 off-peak (10km)

2. Bus

  • MyBus ticket: A$2.40 (1 – 2 sections), A$3.80 (3 – 5 sections), A$4.70 (>6 sections)
  • Opal: A$2.10 (0 – 3km), A$3.50 (3 – 8km), A$4.50 (>8km)

3. Ferry

  • MyFerry ticket: A$6.20 (MyFerry 1), A$7.60 (MyFerry 2),
  • Opal: A$5.74 (0 – 9km), A$7.18 (>9km)

MyFerry 1 dan 2 adalah kategori jarak tambang feri dari Circular Quay.

4. Light Rail

  • Light rail ticket: A$3.80 (Zone 1), A$3.80 (Zone 2) atau A$4.80 (Zone 1 dan Zone 2)
  • Opal: A$2.10 (0 – 3km), A$3.50 (3 – 8km)

Pastikan anda tahu dari zon mana anda masuk dan zon mana anda turun. Dapatkan peta laluan light rail untuk info mengenai zon yang ditetapkan.

Zone 1 – Central ke Convention

Zone 2 – Pyrmont Bay (Darling Harbour) ke Dulwich Hill

Download aplikasi “Opal Travel”

Muat turun aplikasi “Opal Travel” ke dalam smartphone anda. Apps ini boleh memberi panduan ke lokasi serta menganggarkan jumlah tambang Opal yang akan dikenakan.

Informasi yang kami tuliskan di atas adalah ringkas dan padat. Untuk mengetahui dengan lebih terperinci, sila lawati laman web transport nsw.

Jika pengangkutan awam merupakan mode utama pergerakan anda di Sydney, gunakan kad Opal kerana banyak membantu saving dari segi bajet pengangkutan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *