Traveller vs Tourist

Pernah tak anda terfikir apakah perbezaan di antara see travellers dan buy Methocarbamol from india tourists?

Sebelum ini kami juga pernah tertanya-tanya sama ada betulkah ada perbezaan atau sama sahaja. Ada yang kata http://dentonstation.co.uk/revamping-denton-station/ travellers lebih independent tetapi tourists adalah mereka yang gemar mengikuti organized tour? Adakah anda kategorikan diri anda sebagai travellers atau tourists? Berikut pendapat kami.

Tourists dikawal oleh masa

Pergerakan tourists biasanya dikawal oleh masa. Mereka travel dalam tempoh masa pendek (1-3 minggu maksima) dan ini menyebabkan mereka akan terkejar-kejar masa.

Tourists akan merasakan perlu untuk melawat ke semua tempat tarikan pelancong sebanyak mana yang mungkin. Bagi mereka, adalah penting untuk melawat muzium, tempat bersejarah atau bangunan yang menjadi ikon sesebuah negara.

Mengambil foto di lokasi seperti ini membuktikan mereka telah sampai di negara tersebut dan boleh berbangga ketika pulang ke tanahair nanti.

Travellers lebih banyak masa

Sebaliknya pula bagi travellers. Mereka mengambil tempoh masa travel berbulan-bulan di dalam sesebuah negara. Mereka merasakan tidak perlu tergesa-gesa untuk ke suatu tempat kerana terdapat banyak masa.

Travellers lebih mementingkan apa yang mereka tempuhi dan intipati pengalaman dari perjalanan untuk ke tempat tersebut. Mereka tidak kisah pun kalau tidak sampai ke situ.

Kepuasan travel dicapai melalui interaksi dengan orang-orang local seperti bercerita dan mendengar kisah yang diketahui oleh local saja. Mendengar local bercerita tentang pasukan bola mereka boleh jadi menyeronokkan dari melihat matahari terbenam di Taj Mahal.


Sama ada anda setuju atau tidak dengan pendapat diatas, berikut senarai perbezaan yang kami rasakan jelas:

Tourists

  • Suka hotel menawan
  • Suka kedai souvenir 
  • Suka organized tours
  • Suka English speakers
  • Suka mengambil foto
  • Suka melawat muzium
  • Tidak suka membazir masa
  • Tidak suka pengemis
  • Tidak suka mengangkat beg berat
  • Tidak suka backpackers yang busuk
  • Tidak suka mencuba local food yang pelik

Travellers

  • Suka berkomunikasi dengan local
  • Suka mencuba local food
  • Suka bertukar-tukar cerita dengan sesiapa sahaja
  • Suka pelajari bahasa local
  • Suka wifi percuma
  • Tidak suka tourist attractions
  • Tidak suka organized tours
  • Tidak suka selalu berpindah-pindah lokasi

Pengalaman kami

Kerana tak mahu merasa leceh kami membayar saja agensi pelancongan untuk pergi ke satu lokasi. Ketika itu, kami baru mula berjinak-jinak travel.

Kami fikir kesenangan diri tetapi kami silap, bukan saja tidak puas malah kebebasan juga dikawal oleh travel guide. Tambahan pula travel dalam satu group yang ramai memang agak serabut kerana kita terpaksa menunggu orang lain untuk bergerak.

Pada trip yang berikutnya, kami membuat keputusan untuk travel backpack sendiri. Kami terlepas train dan terpaksa tidur semalaman di stesen.

Walaupun kami kerugian satu hari di hostel yang telah ditempah tetapi kami rasa lebih seronok kerana pengalaman yang dialami seperti meminta pertolongan dari local, berkenalan dengan travellers lain menjadi memori yang tidak dapat dilupakan.

Banyak cabaran yang kami tidak ceritakan disini untuk sampai ke lokasi. Apa yang kami mahu tekankan disini adalah tentang masa. Walaupun kami bebas bergerak kami kesuntukan masa kerana tempoh masa travel yang pendek.

Jadi kami kategorikan diri sebagai tourists tetapi gaya travel sebagai travellers. Kami buat apa yang travellers suka, tetapi tidak suka apa yang tourists suka. Atau lebih sesuai digelar sebagai “travellerists“.

Kesimpulannya tidak kira anda tourists atau travellers, ataupun travellerists, just go out there and travel.

Bagaimana? Anda tergolong dalam kategori yang mana satu?

Adakah anda setuju atau mempunyai pendapat berbeza dari kami?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *