Perkara asas tidak patut diabaikan ketika travel

Apakah perkara pertama yang anda lakukan apabila sedang merangka travel plan?

Pastinya anda akan menyenaraikan kesemua tarikan utama di situ serta senarai restoran yang anda mahu lawati.

Anda mungkin mahu memikirkan semula kerana tidak kira kemana jua anda pergi, berikut perkara asas yang tidak patut diabaikan ketika travel.


Longgarkan jadual perjalanan

Cuba elakkan schedule yang terlampau padat dan ketat. Lebih fleksibel jadual perjalanan anda lagi bagus. Anda pergi bercuti kerana mahu menikmati trip tersebut dan bukannya tertekan kerana mahu pergi ke semua tempat dalam masa sehari.

Kosongkan sehari jadual perjalanan

Jika boleh, ambil extra atau kosongkan sehari tanpa sebarang aktiviti. Bukan sahaja punyai masa mengekplorasi hidden place, anda juga boleh mengambil kesempatan datang balik ke tempat yang anda suka atau terlepas. Extra day ini sesuai dilakukan pada hari terakhir trip anda.

Berkomunikasi dengan masyarakat setempat

Bukan sekadar melawat, anda juga patut berkomunikasi dengan masyarakat setempat tentang recommendation yang ada pada tempat tersebut. Jika tidak, anda mungkin terlepas peluang merasai keistimewaan sebenarnya yang ditawarkan disitu.

Menaiki pengangkutan awam

Dengan menaiki pengangkutan awam, anda turut merasai pengalaman berbeza pada destinasi tersebut.

Rekod jurnal perjalanan

Walaupun banyak photo yang diambil, bukan semua kita akan ingat suatu masa nanti. Tulislah jurnal tentang pengalaman sendiri sebelum tidur untuk rujukan dan perkongsian.

Cuba sesuatu yang baru atau menakutkan

Bukan senang untuk membuat kerja “gila” ketika travel. Cabar diri untuk mencuba suatu yang baru atau menakutkan yang pasti menjadi memori yang anda tidak boleh lupakan pada trip tersebut. (pstt..contohnya seperti bungee jumping?)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *