Red Centre Way, Australia

Red Centre Way signboard by Peter WiredFotography

get link Red Centre Way adalah pemanduan meredah jalan tanah merah merentasi pertengahan Australia yang bermula dari Alice Springs sehingga ke Ayers Rock (Uluru) – atau sebaliknya.

Pemanduan melalui Red Centre Way ini akan membawa anda ke destinasi ikonik seperti West MacDonnell Ranges dan Kings Canyon. Di akhir pemanduan “Grand Tour” ini, anda akan sampai di destinasi utama iaitu Ayers Rock (Uluru).

red-centre-way-map

Jumlah jarak pemanduan adalah sejauh 690km. Trip ini disyorkan selama 5 hari untuk merasai pengalaman outback yang sebenar. Selain dapat menikmati landskap yang berbeza-beza dan unik, anda turut berpeluang melihat hidupan liar Australia seperti kangaroo, dingo, unta atau kuda liar dengan mata sendiri.

Anda disarankan memandu 4WD di Red Centre Way kerana unsealed road dan jalan bertanah merah. Walaupun boleh memandu 2WD atau campervan (pada waktu cuaca kering), risiko adalah tinggi semasa cuaca hujan. Pemanduan tidaklah begitu teknikal, tetapi memandu 4WD adalah untuk keselesaan dan keselamatan. Terutamanya ketika melalui go here Mereenie Loop Road dimana banyak bahagian permukaan jalan yang berombak.

west-macs-alice-springs
red-centre-way-1
red-centre-way-2

Kami mendapati pelancong travel ke Alice Springs kerana mahu merasai pengalaman ke Red Centre Way. Walaupun tidak melengkapkan pusingan pemanduan ini, kami berjaya melawat West MacDonnell Ranges iaitu bahagian Red Centre Way yang paling mudah dikunjungi.

Berikut kami kongsikan pengalaman, tips-tips dan panduan ke West MacDonnells Ranges bermula dari Alice Springs.

Klik disini untuk log travel ke Ayers Rock (Uluru)


West MacDonnells National Park

Sealed Road to West MacDonnells Range by Anna-Riitta O

West MacDonnell Ranges diiktiraf sebagai taman negara di Red Centre Way. Kerana jalan yang elok dan berturap sehingga ke Glen Helen Resort, kami ke sini dengan memandu 2WD.

west-macs-map

Dari pekan Alice Springs, anda kena memandu ke Larapinta Drive sebelum belok masuk ke Namatjira Drive (rujuk pada peta diatas). Berikut senarai tarikan di sepanjang West MacDonnells National Park bermula dari Simpsons Gap.

1. Simpsons Gap

Simpsons Gap
Simpsons Gap by kakitravel365

Di sini terdapat habitat Black-footed Rock-wallabies atau warru iaitu sejenis wallaby – spesis yang lebih kecil dari kangaroo.

simpsons-gap-1
simpsons-gap-2
  • Entrance fee: Percuma
  • Plan to stay:  ½ jam

Tips:

  1. Jika anda bernasib baik, wallaby ini boleh dilihat di atas cerun-cerun batu pada waktu pagi dan selepas tengahari (1-2PM)
    PETROGALE LATERALIS
    simpsons-gap-wallabies

2. Standley Chasm

standley-chasm-lone-tree
standley-chasm-1
standley-chasm-v1
  • Location: 42km dari Alice Springs.
  • Getting there: Dari persimpangan jalan utama Larapinta Drive, anda kena memandu masuk sejauh 8km untuk sampai di Chasm carpark.

Chasm sempit ini kelihatan sangat cantik kerana ianya membelah batu quartzite dan membentuk gaung semulajadi yang mempersonakan.

Satu-satunya gorge (atau gaung) peribadi hak milik Aboriginal yang mengenakan bayaran untuk masuk.

  • Did you know: Gorge ini digelar Angkerie oleh orang Aborigine. Chasm ini diberi nama Inggeris sempena penghormatan kepada Mrs Ida Standley yang merupakan cikgu pertama di Alice Springs pada tahun 1914. Chasm disebut KAS-um dan bukannya ‘chas-um’ cara menyebut perkataan ‘chair’ dalam English.

Perjalanan untuk sampai ke Standley Chasm ini mengambil masa 20 minit sehala. Pastikan anda memakai kasut yang sesuai kerana trek adalah berbatu-batu dan boleh menyebabkan kaki terseliuh.

standley-chasm-walkway-4
standley-chasm-walkway-3
standley-chasm-walkway-2
standley-chasm-walkway-1
  • Entrance fee: AUD$10 (RM30) dewasa. Dibuka dari 8AM sehingga 5PM. Anda dilarang masuk selepas jam 4.30 petang.
  • Plan to stay: 1½ jam

Tips:

  1. Tempat ini dipenuhi pelancong menjelang tengahari kerana ramai yang datang untuk melihat kecantikan warna cahaya matahari yang memancar dari celah-celah chasm ini.
  2. Waktu yang terbaik untuk melihat warna cahaya ini adalah lunch time yang juga merupakan waktu paling sesak dengan pelancong.
  3. Jika anda pergi pada hari Sabtu dan Ahad, anda boleh menyertai guided tour secara percuma yang dikendalikan oleh pemilik Aboriginal chasm ini.
  4. Jika sanggup, anda boleh melawat ke chasm ke-dua yang tidak ramai tahu. Tetapi sedikit pendakian diperlukan untuk sampai ke situ.
  5. Kafeteria ada menjual makanan. Tetapi elok membawa sendiri bekal kerana pastinya tidak halal.
    standley-chasm-kiosk
  6. Tiket boleh didapati dari kafeteria.

3. Ellery Creek Big Hole

Ellery Creek by Irwin Reynolds
  • Location: 91km dari Alice Springs.
  • Getting there: Dari persimpangan jalan utama Namatjira Drive, anda kena memandu lagi sejauh 2km (unsealed road) untuk sampai.

Waterhole terdalam di West Macs dan amat sesuai bagi yang mahu berenang. Airnya dikatakan sangatlah sejuk dan refreshing.

Ellery digelar Udepata (oo-DEP-pa-tuh) oleh orang Aborigine. Ianya merupakan tempat suci suku kaum Arrernte. Kaum wanita Arrernte gemar datang ke Ellery untuk memungut “pitchuri” iaitu sejenis tembakau.

  • Entrance fee: Percuma
  • Plan to stay: 1 jam

Tips:

  1. Bagi yang tidak mahu berenang, anda boleh membuat Dolomite Walking Trail sejauh 3km. Trail ini boleh dihabiskan selama 1½ jam.
  2. Anda mungkin ternampak Dingo sedang minum air di persisiran tebing air jika bernasib baik. Jangan sesekali cuba memberikan mereka makanan kerana mereka mungkin boleh mengancam keselamatan pengunjung lain.

4. Serpentine Gorge

Serpentine Gorge Waterhole by 335semi
  • Location: 104km dari Alice Springs.
  • Getting there: Pandu di Namatjira Drive dan ikut panda tanda.

Gorge ini kurang dikunjungi berbanding dengan tempat lain.

Kira-kira 8km dari sini terdapat Serpentine Chalet yang merupakan titik permulaan sejarah pelancongan di Central Australia.

Mengikut sejarah, Serpentine Chalet Bush Camp telah dibina disitu pada tahun 1958 hasil usaha sama diantara pengusaha pelancongan iaitu Len Tuit dan Ansett-Pioneer Company. Chalet ini telah menjadi tempat persinggahan semalam oleh pengunjung yang pada ketika itu (1950-an) melawat Ormiston dan Glen Helen. Malangnya disebabkan pelbagai masalah seperti kesulitan untuk membekalkan air menyebabkan ianya ditutup pada tahun 1963 selepas Ansett Company membeli Glen Helen Homestead.

Kami tidak singgah disini kerana jaraknya dengan Ellery (10km) berdekatan dan lagipun kami telah menghabiskan masa lama di Ellery.

5. Ochre Pits

ochre-pits

  • Location: 115km dari Alice Springs.
  • Getting there: Pandu di Namatjira Drive dan ikut panda tanda.

Tempat ini merupakan kawasan dimana orang Aboriginal mendapatkan oker.

Oker adalah pigmen semulajadi bumi dan mengandungi hydrated iron oxide yang membentuk warna kuning, oren dan coklat. Oker telah lama digunakan untuk tujuan melukis atau berhias sejak zaman prasejarah lagi.

Di lokasi ini, anda akan dapat melihat pelbagai corak warna oker pada permukaan cliffs yang telah menjadi sumber bahan orang Aborigine sejak beribu tahun dahulu. Sehingga kini, orang Aborigine dari suku kaum Arrernte masih ke sini untuk mendapatkan oker.

Untuk pengetahuan anda, tempat ini telah didaftarkan sebagai sacred site dan dibawah perlindungan oleh kerajaan Australia.

  • Entrance fee: Percuma
  • Plan to stay: 40 minit

Tips:

  1. Jangan membuat cubaan menyentuh atau membawa ochre dari cliff berkenaan. Denda akan dikenakan jika ditangkap oleh ranger yang meronda. 

 

6. Ormiston Gorge

Ormiston Gorge
Ormiston Gorge by kakitravel365
  • Location: 135km dari Alice Springs dan 10km sebelum tiba di Glen Helen.
  • Getting there: Pandu di Namatjira Drive dan ikut panda tanda.

Satu destinasi yang popular di kalangan pelancong yang mahu berenang, berkhemah dan hiking. Senang dikunjungi kerana jalan yang berturap, tetapi selepas hujan lebat yang disusuli banjir menyebabkan anda tidak boleh masuk.

  • Entrance fee: Percuma kecuali membuat berkhemah. Kawasan khemah terhad dan bayaran AUD$10 dikenakan untuk satu kepala.
  • Plan to stay: 1 jam

Tips:

  1. Jika anda mahu mendirikan khemah, pastikan anda datang awal untuk mendapatkan lokasi yang baik kerana agak crowded di bulan Mei-Oktober.
  2. Anda juga boleh meregangkan kaki dengan membuat Ghost Gum Walk sehingga ke lookout point untuk pemandangan Ormiston Gorge yang terbaik.
    ghost-gum-walk-1
    ghost-gum-walk-2
  3. Terdapat sebuah kiosk, gas masak percuma untuk BBQs dan stesen ranger dimana anda boleh mendapatkan guided walks dan mendengar ceramah tentang “Territory Alive Park Program”.

 

7. Glen Helen Gorge and Resort

Glen Helen Gorge
Glen Helen Gorge by kakitravel365
  • Location: 145km dari Alice Springs
  • Getting there: Pandu di Namatjira Drive dan ikut panda tanda.

Term “resort” disini bukanlah penginapan bertaraf 5 bintang seperti tempat peranginan di Malaysia. Pada asalnya resort ini merupakan stesen pengembala lembu sebelum diubah menjadi tempat penginapan dan persinggahan traveller ke Red Centre Way.

Glen Helen Resort
Glen Helen Resort

Beberapa meter ke depan dan bersebelahan dengan resort ini adalah Glen Helen Gorge dari mana resort ini telah mendapat nama.

glen-helen-gorge-resort
glen-helen-gorge
  • Entrance fee: Percuma
  • Plan to stay½ jam atau overnight.

Tips:

  1. Selain penginapan, resort ini turut menyediakan kemudahan seperti stesen minyak, makan dan minum, khemah, BBQs dan juga tandas.
  2. Kami menetap di resort ini untuk satu malam. Harga bilik jenis private room and toilet ini adalah AUD$175 (RM495). Foto paling bawah adalah kitchen ketika kami bersarapan pagi.
    glen-helen-resort-room
    glen-helen-resort-pantry

Kesimpulan dari trip ke West MacDonnells

West MacDonnells telah menarik sebilangan besar pelancong atas beberapa faktor seperti boleh balik-hari dari Alice Springs serta mudah dikunjungi kerana jalan bertar. Anda tidak perlu pun singgah di semua tarikan di atas. Cukup sekadar ke Simpsons Gap, Standley Chasm, Ormiston Gorge dan Glen Helen seperti yang kami lakukan.

Pemanduan sehingga ke ‘Glen Helen Gorge and Resort’ memakan masa kira-kira 2 jam dari Alice Springs. Plan kami adalah untuk melawat ke tempat-tempat di atas bermula dari Glen Helen Resort. Sebaik tibanya di Alice Springs, kami memungut kereta sewa dan terus memandu ke resort ini.

Sebelum membuat U-turn semula ke Alice Springs pada keesokkan harinya, kami sempat memandu beberapa kilometer ke hadapan sehingga ke Mt Sonder Lookout.

Panorama view from Mt Sonder Lookout

Selepas Glen Helen, kami menyeberangi Finke River yang kelihatan kering kontang ketika itu. Jika anda bernasib baik, anda akan dapat melihat air sungai Finke ini mengalir pada penghujung musim panas atau selepas hujan lebat.

Mengikut geologist, sungai Finke adalah “world’s oldest river” yang mengalir pada haluan yang sama selama 300-400 juta tahun yang lalu. Jalan adalah berturap sehingga ke persimpangan di antara ke Kings Canyon dan Hermannsburg sahaja.

Jika anda bercadang untuk terus memandu ke Uluru melalui Red Centre Way, pastikan anda memperoleh permit terlebih dahulu. Ini kerana sebahagian dari Red Centre Way yang anda lalui merupakan Aboriginal Land Trusts (private property) iaitu kawasan di antara Gosse Bluff dan King Canyon.

Permit boleh didapati di Visitor Centre Todd Mall (Alice Springs), Central Land Council (bahagian utara Stuart Highway di Alice Springs), Hermannsburg Store dan Kings Canyon Resort pada harga AUD$2.50.


Himpunan photo trip ke West MacDonnells

west-macs-photo-1
west-macs-ochre-pit
west-macs-standley-chasm
west-macs-photo-2
west-macs-photo-4
west-macs-photo-3

Note: This article was accurate when it was published. Please confirm all details directly with the companies in question before planning your trip.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *