Sebab kenapa tak travel – Famili & kawan-kawan

sebab-familikawanKami selalu mendengar alasan seperti “Saya mahu travel, tapi tak sanggup nak berpisah dengan famili dan kawan-kawan“. Kami tahu kenapa. Sama ada anda tidak berminat sama sekali untuk travel atau anda cuba menjadikan famili dan kawan-kawan sebagai alasan?

Sesetengah orang tidak berminat sama sekali untuk travel. Tidak mengapa kerana itu pilihan hidup masing-masing.

Mungkin juga anda bimbang putus talian persaudaraan dengan famili dan kawan-kawan? atau bimbang ketidakselesaan travel yang jauh dari rumah?

Jika anda berminat untuk travel tetapi masih banyak alasan, mari kita brainstorm kembali dan renungkan apa halangan tersebut. Sebabnya hidup ini adalah terlalu berharga untuk disia-siakan begitu saja.

Hala tuju hidup

Kita hanya hidup sekali dan bukan buat selama-lamanya. Oleh itu, anda tidak boleh hidup untuk memenuhi kehendak orang lain, sebaliknya anda patut menentukan hala tuju hidup sendiri.

Famili sentiasa ada bila kita memerlukan mereka. Kami percaya tali persaudaraan itu tetap kukuh tidak kira apa jua yang anda lakukan, famili akan sentiasa memberikan bantuan dan pertolongan bila kita mengalami kesukaran.

Kawan-kawan pula: mereka datang-dan-pergi. Ada juga kawan-kawan yang rapat dianggap seperti famili.  Tetapi harus diingat hubungan persahabatan adalah terbatas. Mereka mungkin dapat memberikan bantuan pada saat ini, tetapi mungkin tidak pada masa hadapan atas faktor-faktor tertentu.

Katakanlah anda seorang yang berjiwa setia kawan. Cuba bayangkan, dalam masa 5 tahun dari sekarang, best friend anda mula berkahwin dan berpindah ke luar negara untuk mulakan hidup baru. Di mana anda pada waktu itu?

Mustahil anda tidak mengalami sedikit rasa kecewa, geram dan irihati. Anda mungkin juga mengidamkan kehidupan seperti dia. Yang pasti hubungan yang dulunya rapat kini berjauhan.

Dengan travel, anda bebas untuk berkawan dengan sesiapa saja. Anda boleh menambah kenalan dengan orang yang mempunyai minat yang sama dari pelbagai background. Tidak kiralah sama ada persahabatan itu pass-on-by-friendship atau berkekalan selepas itu.

Apa yang kami maksudkan: anda tidak semestinya mengehadkan tali persahabatan dengan orang yang anda kenal lama.


Pengalaman kami

Sebelum kami mula travel, kami adalah seorang yang pemalu dan kurang yakin dengan diri. Kami tidak pandai untuk memulakan perbualan dengan orang yang tidak dikenali lebih-lebih lagi bergaul dengan mat salleh.

Travel memberi kesan yang positif dimana kami kini selesa dan mudah mesra ketika bergaul dengan sesiapa saja. Selain berkongsi pengalaman, kami juga saling bertukar kongsi tips-tips ke suatu tempat.


Menerima kritikan secara positif

Tidak kira betul atau pun salah orang akan sentiasa memberi kritikan atas sebab:

  1. Mereka fikir cara hidup mereka adalah terbaik dan mengambil kisah jika ada pihak lain yang memilih suatu yang berbeza.
  2. Mereka irihati apabila mendapat tahu yang anda melakukan sesuatu yang mereka mahukan.
  3. Mereka risau akan keselamatan anda.
  4. Mereka risau tali persahabatan dengan anda akan terputus.

Walau bagaimanapun, anda kena menerima kritikan secara positif sebab anda sudah tahu pro dan kontra dan sudah bersedia dengan apa jua keadaan sekalipun.

Kami faham sukar untuk mendengar komen yang negatif  dari orang yang kita sayangi. Yang penting kena yakinkan mereka dengan keputusan anda itu dan berkata: “Terima kasih kerana mengambil berat. Tetapi inilah impian saya selama ini. Saya telah merancang dan membuat research dan saya tahu apa yang saya akan lakukan nanti“.

Tak sanggup beritahu ibubapa

Anda dilahirkan untuk menikmati hidup. Ibubapa sudah tentu mahukan anak-anak mereka hidup bahagia dan gembira. Jika travel boleh menggembirakan anda, kenapa anda masih tak sanggup beritahu ibubapa?

Mana-mana ibubapa sudah tentu risau tentang kebajikan dan keselamatan anak-anak. Kita tidak akan memahami tahap kerisauan mereka sehingga kita sendiri memiliki anak.

Akan tetapi jika anda jelas dengan tujuan anda, mereka pasti akan merestui hasrat hidup anda. Mereka tahu anda sudah dewasa dan tidak akan berada di bawah ketiak mereka selamanya. Suatu hari nanti mereka terpaksa juga membiarkan anda pergi.

Sebagai anak, kita perlulah menjalani kehidupan yang berguna supaya segala pengorbanan mereka bermakna. Travel boleh mengeratkan lagi hubungan dengan mereka sekiranya anda:

  • Kongsikan kisah suka-duka anda dengan mereka supaya mereka merasakan sebahagian penting dari hidup anda.
  • Sentiasa minta pendapat atau nasihat dari mereka. Ini menunjukkan betapa pentingnya mereka dalam hidup anda.
  • Libatkan mereka dalam travel plan anda. Jumpa mereka dimana-mana negara atau tempat. Kongsi kenangan manis travel bersama.
  • Hantarkan poskad. Walaupun ini cara lama tapi ianya membawa makna yang besar kepada mereka.
  • Hubungi mereka ketika travel supaya mereka tahu lokasi dan anda masih selamat.

Tunjukkan mereka betapa travel telah mengubah diri anda menjadi seorang yang lebih baik. Pasti mereka gembira dengan keputusan anda untuk berpisah dengan mereka.

Bagaimana nak beritahu ibubapa?

Kami tahu ini bahagian yang menakutkan kerana anda tidak tahu apa yang ibubapa anda akan kata. Tiada siapa yang sanggup melukakan hati ibubapa mereka. Kami mencadangkan anda:

  • Beritahu secara jujur. Jelaskan mengapa dan kenapa anda nekad.
  • Sediakan jawapan bagaimana sekiranya mereka tanya apa yang anda akan buat pada masa hadapan. Mereka risau anda cuma mensia-siakan peluang kerjaya yang ada kelak. Tunjukkan mereka bagaimana travel boleh membantu dan mematangkan anda.
  • Ceritakan mereka kisah traveller lain yang sudah lama berjaya . Bagaimana prospek kehidupan mereka selepas itu. Bagaimana travel telah merubah hidup mereka.
  • Beritahu mereka tentang travel plan, research, serta wang simpanan dan bajet yang mencukupi. Ini menunjukkan anda serius dengan keputusan anda.
  • Jangan lupa dengan backup plan sekiranya anda mengalami masalah. Apa yang anda akan lakukan apabila anda kehabisan wang? atau barang anda dicuri? dirompak ketika dalam perjalanan?
  • Beritahu mereka apa yang anda akan perolehi dari trip itu.

Terima perubahan

Jangan takut terima perubahan kerana ianya sebahagian daripada kehidupan. Anda tidak boleh berkembang maju jika anda takut pada perubahan.

Usah bimbang siapa diri anda dalam masa 2 tahun lagi. Yang penting hidup anda pada saat ini. Sikap kasih sayang terhadap famili atau kawan-kawan takkan berubah biarpun ditelan masa.

Adakah anda sanggup melihat ibubapa atau adik-beradik terpaksa berputus asa dan melupakan impian semata-mata untuk bersama anda? Fikirkan lah.


Tastylia (Tadalafil Oral Strips) Without Prescription Apa pendapat anda tentang berpisah dengan orang yang anda sayangi demi impian?

generic Misoprostol Bagaimana anda mengatasinya? Adakah sebab-sebab itu anda masih tak travel?

Anda boleh ikuti post yang berikutnya sebab-sebab lain kenapa anda tak travel:

  1. Anda banyak komitmen?
  2. Anda pentingkan kerjaya?
  3. Anda risau tentang keselamatan?
  4. Anda tidak memiliki wang yang mencukupi?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *