Sebab kenapa tak travel – Kerjaya

sebab-kerjayaMelalui pemerhatian kami, budaya kita di Malaysia sangat mementingkan kerjaya yang tetap. Orang yang bekerjaya dikatakan memiliki sekuriti kewangan yang terjamin serta berstatus sosial yang tinggi terutamanya yang memegang jawatan pegawai, eksekutif atau profesional. Tidak dinafikan disini kami juga bekerjaya.

Dan sebagai seorang yang bekerjaya, kita sudah pasti ada target seperti dinaikkan pangkat atau bergaji besar dalam tempoh masa tertentu. Jadi tidak hairanlah kenapa kerjaya menjadikan anda seorang yang workaholic. Anda mahu membuktikan diri dan tidak mahu terlepas peluang untuk mendaki tangga korporat.

Adakah itu yang anda mahu lakukan? Kami rasa tidak – kerana anda membaca blog ini.

Tidak salah mendaki tangga kerjaya jika itu matlamat hidup anda. Akan tetapi jika anda teringin travel dan pada masa yang sama berkata: “Saya mahu travel..nanti terlepas pula peluang nak naik pangkat“, anda kena fikir baik-baik.

Kami tahu society mengharapkan kita masuk universiti, bekerjaya dan reward diri sendiri sekali setahun. Ini tidak bermakna itu jalan hidup yang betul bagi semua orang.

Apa-apa boleh berlaku kerana kehidupan masih terbentang di hadapan kita dan peluang yang tidak terkira sedang menanti. Luangkan masa dan bebaskan diri untuk mencari potensi diri yang anda masih tidak tahu.

Kenapa mahu kerjaya?

  1. Apa value yang kerjaya akan bawa ke dalam hidup anda?
  2. Adakah anda tentukan hidup melalui satu jalan?
  3. Atau mengamalkan dasar terbuka untuk mencari peluang di tempat lain?
  4. Bagaimana anda tahu anda boleh mencari kerja di tempat lain?
  5. Bagaimana anda tahu peluang menarik tidak menanti anda di tempat lain?

Belum pun mula anda sudah diselubungi oleh rasa takut. Punca utama adalah society yang telah menyekat mentaliti dan cara kita dibesarkan.

Pernah tak anda mendengar ungkapan “belajar rajin-rajin sampai ke tahap degree, baru boleh dapat kerjaya yang bergaji besar“. Kita sudah lama di brainwash untuk mendedikasikan diri pada kerjaya.

Selain society, penyebab lain adalah sistem pembelajaran kita yang mendidik ke arah itu. Cuba kita bandingkan dengan negara maju, education adalah untuk pengetahuan dan kesedaran am.

Kesimpulannya anda boleh memilih hidup yang anda betul-betul mahu. Yang penting anda jelas dan nyata apakah itu sebelum membuat keputusan. Jangan terpaksa bekerjaya hanya sekadar untuk meneruskan hidup yang hakikatnya anda tiada keseronokan diri.

Travel boleh kembangkan kerjaya

Travel meluaskan pandangan serta boleh membuka mata dan minda dari pelbagai aspek. Anda tentu memperoleh banyak kemahiran sekembalinya dari travel seperti:

  • Keupayaan menyelesaikan masalah (problem solving)
  • Keupayaan menyesuaikan diri (adaptability)
  • Keupayaan membuat keputusan (decision making)
  • Keupayaan dalam perundingan (negotiation)
  • Keupayaan berfikiran terbuka (open-minded)
  • Keupayaan meluaskan kenalan (networking)
  • Keyakinan diri (self-confidence)
  • Kesedaran global (global awareness)

Kemahiran diatas merupakan aset kerjaya yang sangat berguna bagi mana-mana kompeni yang mahukan staf berkualiti. Selain itu kemahiran tersebut boleh dipraktikkan untuk memulakan business sendiri.

Apa-apa pun, anda tentukan sendiri sekembalinya dari travel nanti sama ada masih mahu terus mengejar kerjaya yang diminati atau memulakan business sendiri.

Bagi kami, travel seperti program internship. Ianya proses pembelajaran yang berterusan dimana anda akan sentiasa mengalami pengalaman baru setiap kali travel.

Travel boleh perbaiki kerjaya

Bagaimana prospek kerjaya anda boleh diperbaiki dengan travel?

Pertama, kenal pasti kedudukan dimana anda pada tangga kerjaya. Perhatikan bagaimana dan apa yang rakan sekerja anda buat untuk berada di tangga itu. Kemudian kenal pasti asas kemahiran yang diperlukan untuk sampai ke tahap itu?

Gunakan travel mencari pengalaman untuk memperbaiki kelemahan itu.

Travel sambil kerja

Pernah tak anda mendengar tentang working holiday scheme?

Skim ini telah ditubuhkan pada tahun 1980-an di antara New Zealand, Australia, Canada, Japan dan UK. Tujuan utama adalah untuk mewujudkan persefahaman di antara perbezaan budaya selain membantu travellers mencari peruntukan kewangan.

Untuk mengikuti skim ini, anda perlu memohon Working Holiday Visa. Visa ini dihadkan selama 6-9 bulan sahaja untuk membenarkan anda bekerja dan tinggal di negara terbabit sambil travel.

Kebanyakan yang mengikuti skim ini bekerja di bars, hostel, ladang anggur dan banyak lagi. Skim seperti ini adalah amat sesuai bagi graduan universiti yang baru mula bekerja tetapi masih lagi belum bersedia untuk komit sepenuhnya.


Pengalaman kami

Ketika travel New Zealand, kami pernah terserempak dengan beberapa Malaysian yang mengikuti skim ini. Salah seorang bekerja sebagai waitress di coffee shop yang kami singgah dan seorang lagi bekerja sebagai cleaner di hostel penginapan yang kami tinggal.

Melalui perbualan dengan mereka, ada yang bekerja 3 bulan sebelum berhenti dan sambung travel ke tempat lain. Ada pula yang bekerja tanpa gaji untuk mendapatkan makan-minum dan tempat tinggal percuma.

Salah seorang bercadang untuk extend tempoh visa sampai 9 bulan (maksimum 6 bulan) kerana masih tidak puas travel. Had umur untuk mengikuti skim ini adalah 18 ke 30 tahun sahaja. Kami sudah terlepas peluang kerana terlalu mementingkan kerjaya pada masa itu.

Sekiranya anda berkelayakan, kami menggalakkan anda mencuba kerana ini merupakan peluang travel yang pasti membawa pengalaman paling berharga dalam hidup anda.


http://alpine-transfer-company.com/cheap-transfers-turin-montgenevre/ Bagaimana kehidupan anda dalam masa 20 tahun lagi?

buy Lyrica in dubai Apa yang anda ingin lihat sekiranya anda mengenangkan kembali hidup anda?

Adakah anda menyesal dan berkata: “Kalaulah saya menghabiskan lebih banyak masa di ofis

Anda boleh ikuti post yang berikutnya sebab-sebab lain kenapa anda tak travel:

  1. Anda tak sanggup berpisah dengan famili dan kawan-kawan?
  2. Anda banyak komitmen?
  3. Anda risau tentang keselamatan?
  4. Anda tidak memiliki wang yang mencukupi?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *