Sebab kenapa tak travel – Keselamatan

 

sebab-keselamatanCuba anda tonton berita di TV1, TV2 atau TV3. Berapa banyak berita yang melaporkan tentang kes kecurian, kes ragut, kes bunuh dan lain-lain jenayah?

Bukankah semua kes-kes jenayah sebegini berlaku di tempat kita sendiri? Bagaimana boleh kita melangkah kaki keluar setiap hari sekiranya kita terlalu mengambil kira akan faktor keselamatan?

Sudah tentu anda takut, tetapi anda tutup sebelah mata dan memberanikan diri. Kalau tidak bagaimana hendak menjalani kehidupan seharian?

Yang menyedihkan berita sebeginilah yang telah menjadi penghalang kebanyakkan orang untuk travel sedangkan ianya hanya menggambarkan sebahagian kecil dari realiti.


Fokus pada perkara positif

Kita perlu fokus pada perkara yang positif ketika travel. Setakat ini, apa yang pernah kami alami adalah positif seperti diberikan makan minum, bergaul mesra bersama travellers lain dan ditawarkan bantuan pengangkutan serta penginapan.

Tiada perkara yang menakutkan sekiranya anda melihat dari perspektif berbeza. Kalau anda fokus pada perkara berbahaya sudah tentu anda melihat semua benda yang negatif. Bersikap pesimis menyebabkan anda tidak dapat menikmati sepenuhnya keseronokan travel dan perlu dielakkan segera.

Apa yang anda fokus, itulah yang anda akan dapat.

Apabila sudah terbuka mata dan menyedari kebanyakkan orang adalah baik-baik, anda pasti cuba menjadi sebahagian daripada mereka serta berusaha mengekalkannya.

Buat nasib di tangan anda

Tak kira betapa telitinya persediaan itu, nasib akan menjadi faktor penentu yang kedua. Ini sebab kita tidak dapat meramalkan apa yang akan berlaku ketika travel, tetapi kalau percaya nasib di tangan anda nescaya trip itu pasti lancar.

Walaupun begitu, sentiasa ada plan B sebagai persediaan untuk menghadapi jika sesuatu yang tidak diingini berlaku.

Buat peka pada persekitaran

Sentiasa berwaspada dan peka pada persekitaran. Contohnya seperti lihat ramalan cuaca sebelum membuat hiking trail atau ambil tahu jika ada gerakan rally yang berlangsung.

Jika anda membuat pilihan untuk pergi ke suatu destinasi yang dikatakan baru berlakunya kejadian tembak-menembak, sudah tentu adalah tidak selamat untuk ke sana.

Ketahui risiko dan bertindak mengikut situasi. Jangan buat keputusan yang melulu tanpa menyiasat latar belakang tempat.

Buat tindakan mengikut intuisi

Pernah tak anda merasa seperti tidak sedap hati sebelum melakukan sesuatu? Jika anda rasa macam ada sesuatu yang tidak kena, hentikan niat ke situ serta merta.

Kadang-kadang kita dapat merasakan suatu instinct yang cuba memberikan amaran atau message. Ikut gerak hati dan buat tindakan mengikut intuisi.

Buat pilihan yang bijak

Kunjungi portal rasmi Kementerian Luar Negeri untuk mengetahui maklumat tentang amaran travel ke destinasi yang tidak disyorkan oleh kerajaan Malaysia.

Senaraikan negara-negara yang anda akan kunjungi dan buat pilihan dengan bijak. Pastikan anda mencatatkan nombor telefon dan alamat kedutaan Malaysia di setiap negara yang anda pergi.

Kami juga tidak menggalakkan anda ke pergi tempat-tempat yang sedang bergolak dan kacau-bilau. Kami tahu anda boleh membezakan destinasi yang merbahaya dan mana yang tidak.

Buat konfiden dan agresif

Kami pernah tersesat ke lorong yang kecil ketika sedang leka mencari jalan. Disitu kami ternampak ada orang yang mencurigakan sedang memerhati.

Tanpa berfikir panjang kami terus menyapa dengan agresif dan melangkah pergi dengan konfiden. Ini merupakan psikologi yang berkesan untuk mengelakkan scam artist yang berpotensi menyerang anda. Dan pastikan anda jangan lupa memandang matanya ketika menyapa.

Anda kena buat konfiden kerana mereka kebiasaannya target pada orang yang seperti takut-takut atau kelihatan blur.

Buat travel plan yang diketahui orang lain

Beritahu rancangan trip anda bila dan kemana kepada orang yang dipercayai. Buat travel plan yang diketahui oleh orang lain terutamanya traveller solo yang akan pergi lama. Ini adalah sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya anda gagal dihubungi atau tidak sampai ke tempat yang dirancang.

Anda boleh saksikan sendiri movie  follow link 127 Hours dimana seorang pemuda yang mendaki di Grand Canyon pergi tanpa memberitahu rakannya. Filem ini boleh dijadikan sebagai pengajaran.

127_hours_quad_poster

Dengan media sosial seperti Facebook, Twitter anda boleh mengemaskinikan status atau menghantar email kerana sesetengah tempat ada menyediakan wifi percuma.

Buat interaksi

Jangan malu untuk buat komunikasi dengan orang yang tidak dikenali atau buat kawan baru dan travel sekali dengan mereka. Percayalah anda memerlukan teman untuk menikmati sepenuhnya keseronokan travel selain bersosial.

Kami tidak menyangkal ada kemungkinan perkara buruk yang berlaku, tetapi berhati-hati dan bertindak ikut intuisi. Kalau mengikut pertimbangan yang sewajarnya anda pasti selamat sampai ke destinasi anda.


Anda tidak boleh membiarkan rasa takut menentukan realiti. Memang benar anda lagi selamat kalau duduk sahaja diatas sofa, tetapi kena ingat, apa yang anda dapat dari segi pengalaman hidup dan kenangan manis untuk jangka masa yang panjang.

Tidak berbaloi menghabiskan masa berlalu begitu saja kerana hari demi hari kita semakin tua dan akhirnya impian itu akan berkubur.

http://crystalpalacemuseum.org.uk/artifact_003.html Adakah langkah-langkah yang kami jelaskan di atas mampu meyakinkan anda tentang keselamatan? atau a http://westwicklowfestival.com/2017-videos/?wc-ajax=get_refreshed_fragments nda masih risau akan keselamatan?

Anda boleh ikuti post yang berikutnya sebab-sebab lain kenapa anda tak travel:

  1. Anda tak sanggup berpisah dengan famili dan kawan-kawan?
  2. Anda banyak komitmen?
  3. Anda pentingkan kerjaya?
  4. Anda tidak memiliki wang yang mencukupi?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *