Sebab kenapa tak travel – Komitmen

sebab-komitmenSetiap orang ada berlainan komitmen masing-masing. Tak kira besar atau kecil, komitmen itu telah menjadi tanggungjawab dan sebahagian daripada hidup kita.

Terlalu banyak komitmen menyebabkan kita akhirnya akur sahaja dengan komitmen seperti kerbau dicucuk hidung. Sekiranya itu anda, jangan biarkan komitmen yang mengawal kita sebaliknya kita yang mengawal komitmen.

Disebabkan komitmen, kita telah menyerahkan diri untuk melakukan perkara yang kita mahu.

Utamakan impian hidup anda dahulu.

Kami mengaku kami juga ada komitmen, tetapi kami mengambil langkah untuk meminimumkan demi mengecapi kegembiraan hidup. Anda juga harus berbuat demikian.

Sekiranya anda menghabiskan masa untuk melakukan perkara yang berkaitan dengan hobi atau impian, anda akan merasa lebih seronok dan dipenuhi. Anda menjadi lebih konfiden kerana anda mampu mengawal komitmen yang sebelum ini mengikat tangan anda.

Elak komitmen

Jika boleh, Tadalafil Oral Strips No Prescription elak komitmen yang tidak perlu demi impian anda menjadi kenyataan.

Bagi yang bujang dan baru mula bekerjaya usah bebankan diri dengan memiliki kereta. Bagi yang sudah terlanjur berkomitmen, tidak mengapa kerana masih belum terlambat. Yang pasti anda kena berusaha lebih untuk menyelesaikan beberapa perkara.

Jangan semata-mata hendak travel anda tidak berbuat apa-apa pada komitmen. Anda kena mula bezakan diantara “kehendak dan keperluan.”

Tanyalah diri anda sendiri: adakah komitmen yang anda tanggung itu membebankan? Adakah anda benar-benar mahu teruskan berkomitmen? Adakah dengan berkomitmen anda rasa betul-betul gembira atau terpaksa?

Masa dan komitmen

Kami lihat  follow url masa dan komitmen adalah berkadaran. Semakin besar komitmen itu semakin kita tiada masa. Ramai yang menjadikan faktor masa sebagai halangan utama. Sebab itu mereka tidak berjaya. Punca utama bukan tiada masa.

Sebaliknya anda tidak meletakkan travel sebagai keperluan tetapi kehendak. Komitmen pula yang sudah menjadi keperluan.

Perasan atau tidak hidup kita sentiasa dalam putaran yang berulang-ulang dan sama sekiranya focus kita pada komitmen. Cukup sahaja bulan, kita mula bayar bil, insuran, loan, hutang kad kredit dan lain-lain. Ianya bagaikan berlari di dalam hamster wheel.

Adakah ini kehidupan yang anda mahukan? Kehidupan yang berlalu begitu sahaja setiap tahun tanpa pengalaman hidup yang berharga.

Reward pada diri

Tidak salah berkomitmen. Tetapi luangkan masa untuk travel sebagai source reward pada diri.

Sekiranya anda sering mengatakan “tidak” – hidup anda akan sentiasa berada di takuk lama. Kehidupan ini sangatlah berharga untuk dipertaruhkan pada komitmen semata-mata.

Lupakan komitmen sementara waktu dan bagi ruang pada diri sendiri untuk menikmati hidup. Bebaskan jiwa dari kesibukan tugas harian yang memeningkan kepala. Travel merupakan salah satu cara untuk mengurangkan tekanan dalam kehidupan harian.

Ubah priority

Jika dulu anda membuat simpanan untuk membeli smartphone baru, kini ubah priority pada travel. Laburkan wang anda pada impian yang dapat memberi pengalaman berharga dan memori yang berkekalan.

Buat senarai apa yang anda perlu lakukan untuk mencapai impian itu dan satu lagi senarai apa yang anda kena lakukan sekarang. Mula dengan menyingkirkan benda-benda yang tidak perlu.

Dengan itu anda boleh lihat jelas matlamat hidup anda. Komit pada senarai tersebut dan lihat hasil titik peluh anda yang akan berbaloi.


Bagaimana mengubah priority tanggungjawab anda?

Adakah anda rasa komitmen masih lagi menjadi batu penghalang untuk travel?

Anda boleh ikuti post yang berikutnya sebab-sebab lain kenapa anda tak travel:

  1. Anda tak sanggup berpisah dengan famili dan kawan-kawan?
  2. Anda pentingkan kerjaya?
  3. Anda risau tentang keselamatan?
  4. Anda tidak memiliki wang yang mencukupi?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *