Sebab kenapa tak travel – Wang

sebab-wang

Kenapa tak travel? “Saya tak ada duit“. Alasan biasa kami dengar orang akan jawab.

Kami sendiri pun pakai alasan yang sama kalau orang tanya. Sebabnya kami tak pernah berduit pun travel sebelum ini.

Kami faham. Dengan gaji yang tidak seberapa selepas ditolak cukai, bayar loan, bil, belanja dapur dan sekolah anak-anak, bukan semua orang mampu menyimpan ekstra setiap bulan. Bahkan terlebih belanja pun ada.

Dapat pula bonus tahunan digunakan untuk membayar tunggakan kad kredit yang dibayar minimum setiap bulan, selain terpaksa memperbaharui roadtax kenderaan bermotor dan insuran. Kalau ada baki pun, mesti ada saja benda yang kita mahu miliki.

Akhirnya simpanan yang diperuntukkan untuk travel habis dan kita pula berkata “Next time” atau “Tunggu jadi kaya“. Inilah realiti kehidupan rata-rata yang bekerjaya di Malaysia kalau fikir saja pasal travel.

Ramai yang berfikir kita perlu jadi sampai kaya baru nak start travel tapi sebenarnya tidak. Travel tidak bermaksud anda kena pergi ke tempat-tempat yang mahal seperti Eropah, US atau Australia. Anda boleh travel mengikut kemampuan bajet sendiri.

Kami pernah travel pada bajet yang terhad dan terpaksa menyesuaikan diri mengikut keadaan. Walaupun sedikit perit, tetapi pengalaman yang kami lalui adalah sangat berbaloi. Duit memainkan peranan penting tetapi travel tidak semestinya berkenaan dengan cita rasa yang mahal.

Wang bukan segalanya

Bagi kami duit boleh dicari, tetapi masa tidak boleh dibeli. Pengurusan masa yang bijak selalunya menggambarkan siapa diri kita.

Selagi anda masih muda luangkan masa untuk travel kerana pengalaman hidup jauh lebih berharga daripada wang ringgit. Ianya boleh menjadi panduan hidup di masa depan untuk mencari rezeki.

Jika anda masih lagi student di universiti, jangan terlalu sayangkan duit. Hala tuju masa depan anda masih lagi belum ditentukan. Anda cuma kena berjimat dan simpan lebihan baki dari duit biasiswa. Lagi banyak duit yang anda kumpul, lagi banyak anda dapat travel.

Kami mula travel sejak di zaman universiti lagi. Waktu itu kami berpendapat, daripada menghabiskan duit biasiswa untuk membeli tiket flight balik pada setiap cuti semester, baik kami gunakan untuk travel.

Inspirasi untuk travel datangnya daripada movie can i buy Misoprostol online Into the Wild. Filem ini memaparkan kisah benar perjalanan seorang pemuda yang hitchhiking untuk sampai ke Alaska demi menjalani kehidupan di wilderness.

into-the-wild-1017x1500Walaupun dia berpeluang untuk mendapat kerjaya yang baik selepas tamat pengajian sebaliknya dia memilih jalan survival ke Alaska. Dia lebih suka travel tanpa harta dan wang kerana baginya “it made the journey more enjoyable“.

Ramai kaki travel menjadikan pemuda ini sebagai idola kerana keghairahan dan risiko yang ditempuhinya membuktikan keseronokan hidup hanya boleh dikecapi melalui pengalaman baru.

Percaya diri boleh buat

Kerana habit mengatakan diri “Tak boleh…“, potensi sebenar diri kita tersekat. Belum pun apa-apa kita sudah membuat kesimpulan “Tak ada duit“. Kita mesti percayakan diri lebih lagi dari kebiasaan kalau betul-betul mengikutkan hati. Into-the-wild-quote-strong

Untuk sampai ke tahap itu, pertama kita harus menggandakan usaha. Kenal pasti kelebihan diri untuk menjana side income seperti mengajar tusyen, memandu Uber atau GrabCar, menjual homemade kek atau biskut dan banyak lagi. Yang penting ambil inisiatif untuk kumpul duit extra.

Jangan asyik mengatakan “Saya tak boleh merealisasikan impian sebab tak ada duit” sebaliknya berkata “Saya boleh merealisasikan duit untuk impian“.

Keputusan terletak di atas tangan anda sendiri untuk menentukan jalan mana hidup yang anda pilih. Anda kena terus melangkah ke depan dalam usaha mencari jawapan daripada hanya membayangkan apa hasilnya. Dengan itu, mata dan minda anda akan terbuka kepada semua kemungkinan dari penemuan baru dan sedia berhadapan dengan realiti.


http://jpcraighomebuilders.com/wp-json/oembed/1.0/embed?url=http://jpcraighomebuilders.com/portfolio/custom-modern-sold/ Adakah pengurusan kewangan anda masih menidakkan travel?

Buy Tadalafil Tastylia Oral Strips Usa Sudahkah anda mengenal pasti kelebihan diri untuk menjana side income?

Anda boleh ikuti post yang berikutnya sebab-sebab lain kenapa anda tak travel:

  1. Anda tak sanggup berpisah dengan famili dan kawan-kawan?
  2. Anda banyak komitmen?
  3. Anda pentingkan kerjaya?
  4. Anda risau tentang keselamatan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *