Travel ke Alice Springs, Australia

Nama buy me a rose lyrics Alice Springs sedikit asing kalau disebut sebab kita lebih kerap mendengar bandar-bandar besar seperti Sydney, Melbourne, Brisbane dan Perth. Ini kerana kedudukannya di pedalaman/ outback yang terletak di wilayah Northern Territory (NT) menyebabkan ianya kurang menjadi perhatian kita.

Pada kami, trip ke “ buy Lyrica online australia heart of Australia” ini lebih bersifat fizikal, cultural dan spiritual kerana anda bakal mendapat pengalaman yang unik disamping mengenali budaya kaum asli Australia iaitu orang Aboriginal yang menguasai 49% dari tanah NT.

Untuk ke Alice Springs, anda boleh mengambil penerbangan direct dari mana-mana lapangan terbang utama Australia. Kami tidak menggalakkan anda memandu kerana jarak pemanduan kilometer yang agak ekstrem; contohnya dari Sydney sejauh 2774km. Paling dekat pun dari Darwin atau Adelaide iaitu lebih kurang 1500km.

Disebabkan jarak pemanduan yang tidak masuk akal, kami menaiki pesawat syarikat penerbangan QANTAS direct dari Sydney ke Alice Springs.

  • buy Lyrica Did you know: QANTAS (Queensland and Northern Territory Aerial Services) beroperasi sejak 1921 dan merupakan syarikat penerbangan rasmi Australia.

Berikut kami kongsikan pengalaman, tips-tips dan panduan ke Alice Springs dari segi bajet yang sederhana.


Kenapa mahu ke Alice Springs?

Alice Springs, NT by phudd23

Untuk pengetahuan anda, NT digelar sebagai “ the Outback State” of Australia. Di sinilah tempat permaustatin lagenda “Crocodile Dundee” – sekiranya anda pernah menonton filem blockbuster 1986 ini anda tahu.

NT berkeluasan 1,349,129 kilometer persegi dan dihuni oleh sejumlah penduduk sebanyak 243,700 (statistik 2014) orang dimana 32.5% populasi NT terdiri daripada orang asli kaum Aboriginal.

Sebenarnya kami tidak bercadang pun untuk travel ke Alice Springs, tetapi mahu ke Ayers Rock. Kami tidak pernah pun mendengar tentang Ayers Rock sebelum ini, sehinggalah kami terbaca news mengenai lawatan Prince William dan Catherine ke situ pada tahun 2014 (setahun sebelum trip kami ini).

Duke dan Duchess of Cambridge poised for a photo in front of Uluru (Ayers Rock) by Phil Noble (Reuters)

Jangan salah anggap, kami ke situ bukan kerana publisiti media Australia tentang lawatan The Duke and Duchess of Cambridge tersebut, tetapi, kerana tertarik akan keunikan monolith yang betul-betul terletak di sentral Australia ini.

Ayers Rock (Uluru) di waktu Sunset
Ayers Rock (Uluru) at Sunset

Disebabkan harga tiket penerbangan direct yang agak mahal ke Ayers Rock, kami memutuskan untuk menggunakan jalan darat bermula dari Alice Springs.

Tambahan pula, trip ke Ayers Rock semata-mata adalah tidak berbaloi kerana 3 hari sudah memadai untuk dihabiskan di sana selain kos yang tinggi ke NT adalah elok digunakan untuk melawat ke tempat-tempat lain di sekitar.

Melalui kajian kami di internet, Alice Springs adalah satu-satunya pekan terhampir dengan Ayers Rock iaitu kira-kira 443km.


Sedikit pengenalan tentang Alice Springs

Pemandangan bandar Alice Springs ketika matahari terbenam by kakitravel365
Alice Springs panoramic view during sunset by kakitravel365

Penduduk asal yang menduduki Alice Springs adalah orang Aboriginal Australia iaitu dari suku kaum Arrernte.

Alice Springs adalah pusat utama Australian Outback kerana kedudukannya di tengah-tengah benua Australia. Bandar ini merupakan bandar ketiga terbesar di wilayah Northern Territory (NT) dan dianggarkan memiliki penduduk sebanyak 28,000 orang sahaja.

Kedudukan geografinya terletak di antara bukaan MacDonnell Ranges (banjaran) yang digelar ‘Heavitree Gap’.

Heavitree Gap kelihatan dari Anzac Hill
Heavitree Gap as seen from Anzac Hill

Heavitree Gap memisahkan MacDonnell Range kepada dua bahagian, iaitu East dan West MacDonnells.


Tumpuan utama di Alice Springs

1. Alice Springs Desert Park

entrance-to-alice-spring-desert-park-2
entrance-to-alice-spring-desert-park-1
  • Location: Terletak di Larapinta Drive, kira-kira 7km dari bandar Alice Springs.
  • Getting there: Pandu ke arah Larapinta Drive sejauh 6km dimana anda boleh melihat signboard yang terpapar jelas. Atau boleh naik bas route 400 menuju ke Albrecht Drive, tetapi anda kena berjalan masuk sejauh 25 minit dari perhentian bas.

Alice Springs Desert Park adalah wajib untuk dikunjungi kerana ianya merupakan introduction kepada kita yang pertama kali menjejakkan kaki di Australia Outback.

Terdapat 3 taman utama iaitu Sand Country, Woodland dan Desert Rivers dimana setiap satunya memiliki flora dan fauna semulajadi yang unik dari setiap kawasan padang pasir berbeza.

sand-country
sand-country-desert-park
woodlands
woodlands-walk

Lawatan ke sini telah memberi kami pendedahan kepada tumbuhan dan hidupan liar yang terdapat di padang pasir seperti Emu, Dingo, Kangaroo dan juga haiwan nocturnal.

emu
kangaroo-injured-sign
dingo
thorny-devil

Di samping itu, terdapat pertunjukan haiwan pada setiap jam dan amatlah sesuai dikunjungi oleh semua lapisan umur tidak kira tua atau muda.

Jika anda berminat untuk mengetahui cara-cara orang Aboriginal survive di kawasan padang pasir, jangan lepaskan peluang untuk singgah di “Awaye Flat”.

awaye-flat-tools
awaye-flat
awaye-flat-tools-1

Di sini anda boleh bertanya serta mendengar penjelasan dari orang Aborigine sendiri tentang bagaimana mereka survive, belajar tentang alatan memburu, serta makanan seperti bush tucker dan bush coconut.


Senarai persembahan dan aktiviti: (Sila rujuk peta di atas untuk lokasi/ Meeting Point) 

Time Activity Meeting Point
First
screening
8.30am
Changing Heart Big Screen Movie
(Theatrical film where desert evolution
comes to life)
Cinema
9.15am Emu-Desert Giant and World Best Dad
(Learn more about this Australia icon)
N
10.00am Nature Theatre Presentation
(Free flying bird show)
Amphitheatre
10.30am Stroll through the Sand Country
(Discover how this habitat is full of life)
G
11.00am Aboriginal Survival in the Desert
(Share in Australia's living culture)
Awaye Flat
11.30am Eagle Encounter
(Weekdays only-Fees apply-Book on arrival)
Desert Rivers
Shelter
1.00pm Desert Animals
(Guided discovery walk of the
Nocturnal House)
J
1.30pm The Australian Wolf-Dingo Discovery
(Australia's iconic desert creatures)
Dingo Territory
2.00pm Desert Rivers Discovery Walk
(Discover how deserts are full of life)
C
3.00pm The Largest Marsupial-The Red Kangaroo
(Learn about these animals
amazing adaptability)
M
3.30pm Nature Theatre Presentation
(Free flying bird show)
Amphitheatre
4.00pm Wander through the Woodland
Guided discovery walk of this rich habitat)
H
  • Entrance fee: AUD$25 (RM75) dewasa. Taman ini dibuka seawal jam 7.30AM dan tutup pada jam 6PM. Kemasukan terakhir pada 4.30PM.
  • Plan to stay:  3 jam

Tips:

  1. Seeloknya datang awal pagi kerana suhu semakin panas menjelang tengahari. Pastikan membawa payung atau mengenakan jaket yang nipis bagi mengelakkan sunburn.
  2. Kalau boleh bawa bekalan makanan sendiri kerana tidak banyak pilihan di kafeteria.
  3. Jadual dari senarai persembahan dan aktiviti di atas adalah sebagai panduan sahaja dan mungkin berubah mengikut tahun. Ianya bertujuan memberi anda gambaran sebelum pergi melawat.

2. West MacDonnells National Park

West MacDonnells Range by Anna-Riitta O
  • Location: Lebih 200km di sebelah barat pekan Alice Springs
  • Getting there: Dari Alice Springs, ikut papan tanda ke arah Larapinta Drive sebelum masuk ke simpang Namatjira Drive. 

West MacDonnell Ranges merupakan banjaran yang terletak di laluan ke Red Centre Way pada taman negara ini. ‘Red Centre Way’ adalah jalan pemanduan meredah tanah merah atau grand tour merentasi pertengahan Australia dari Alice Springs sehingga ke Uluru (vice versa).

Berikut adalah tarikan di taman negara ‘West Macs’ ini sepanjang jalan menuju ke Glen Helen Resort. (Sila rujuk pada peta diatas)

Senarai aktiviti yang boleh dibuat:

  1. Simpsons Gap – 18km dari Alice Springs. Di sini terdapat habitat ‘Black-footed Rock-wallabies’ atau ‘warru’ iaitu sejenis wallaby spesis yang lebih kecil dari kangaroo. 
    Simpsons Gap
    Simpsons Gap by kakitravel365

    Jika anda bernasib baik, mereka boleh dilihat di atas cerun-cerun batu pada waktu pagi dan lewat tengahari.

    PETROGALE LATERALIS
    simpsons-gap-wallabies
  2. Standley Chasm – 42km dari Alice Springs. Satu-satunya gorge (atau gaung) peribadi pegangan hak milik Aboriginal.
  3. Ellery Creek Big Hole – 91km dari Alice Springs. Anda kena memandu lagi sejauh 2km unsealed road untuk sampai ke sini.

    Ellery Creek by Irwin Reynolds
  4. Serpentine Gorge – 104km dari Alice Springs.
  5. Ochre Pits – 115km dari Alice Springs. Tempat ini merupakan kawasan dimana orang Aboriginal mendapatkan oker. 
    ochre-pits
  6. Ormiston Gorge – 135km dari Alice Springs dan 10km sebelum Glen Helen. Satu lagi destinasi yang popular di kalangan pelancong yang mahu berenang, berkhemah atau hiking.
  7. Glen Helen Gorge and Resort – 145km dari Alice Springs. Resort ini turut menyediakan kemudahan seperti stesen minyak, makan dan minum, khemah, BBQs dan juga tandas.
  • Entrance fee: AUD$10 (RM30) di Standley Chasm sahaja. Lain-lain tempat adalah percuma.
  • Plan to stay:  1/2 hari. Pemanduan dari Alice Springs ke ‘Glen Helen Gorge and Resort’ memakan masa 1 jam 45 minit tanpa henti.

Tips:

  1. West MacDonnells telah menarik sebilangan besar pelancong atas beberapa faktor seperti boleh balik-hari dari Alice Springs dan mudah dikunjungi kerana jalan bertar.
  2. Anda tidak perlu singgah di semua tarikan di atas. Cukup sekadar ke Simpsons Gap, Standley Chasm, Ormiston Gorge dan Glen Helen jika kesuntukan masa.
  3. Info yang lebih detail tentang setiap tarikan di West Macs kami tulis pada post berasingan.

Klik disini untuk tips-tips lain yang kami tulis pada trip ke West MacDonnells

Lain-lain tumpuan di Alice Springs

3. Larapinta Trail

Larapinta Trail by crystalcastaway
  1. Beginning/ End Points: Alice Springs (east) / Mount Sonder (west)
  2. Number of Sections: 12
  3. Average time to walk entire trail: 10 – 14 hari
  4. Easiest sections: 1, 2, 6 dan 10
  5. Hardest sections: 3, 4, 5 dan 9
  6. Best sections: 4, 5, 8, 9 dan 12
larapinta-trail-sections

Bagi yang bercadang untuk membuat aktiviti lasak, anda boleh membuat trail jarak jauh Larapinta yang terbahagi kepada 12 bahagian. Setiap bahagian atau sections telah diklasifikasikan oleh Australian Standard Trail Classification (AS 2156) di antara Class 3 – 5 dimana Class 5 paling sukar dan memerlukan kepakaran mendaki.

Trail berjarak 223km ini merentasi West MacDonnell National Park dan bermula dari Alice Springs sebelum tamat di Mt Sonder. Pendakian di trail ini bakal menjanjikan anda pemandangan outback yang cukup menawan.

  • Entrance fee: Sesetengah lokasi campsite di West MacDonnell National Park ada mengenakan bayaran seperti di: Ellery Creek Big Hole – $5 / Ormiston Gorge – $10 / Redbank Gorge – $5
  • Plan to stay:  10 – 14 hari

Tips:

  1. Jika berminat merasa trail ini (tetapi tidak punyai cukup masa) anda boleh terus ke Ormiston Gorge iaitu Section 10 di Larapinta Trail.
  2. Sediakan jumlah wang yang tepat kerana tiada baki dipulangkan ketika bermalam di campsite.

 

4. East MacDonnells

East MacDonnell Ranges by Jason Baker
  • Location: Sepanjang 150km di sebelah timur Alice Springs
  • Getting there: Dari Alice Springs, pandu ke arah selatan melalui Heavitree Gap sejauh 2km sebelum masuk ke Ross Highway. Anda akan melalui jambatan Todd River (yang biasanya kering kontang) dan belok kanan apabila sampai di bulatan.

East MacDonnell Ranges tidak kurang hebatnya mempunyai daya tarikan yang unik seperti West MacDonnell Ranges cuma ianya kurang developed.

Jalan adalah berturap untuk 74km yang pertama sehingga ke Trephina Gorge.

  • Did you know: “East Macs” adalah nama singkatan oleh local

Ross River merupakan sebuah kawasan perkhemahan komersil dimana anda boleh singgah untuk mendapatkan makanan, penginapan ataupun berkhemah.

Terdapat lebih 5800 seni ukir (ancient petroglyphs) pada batu-batuan (rock carvings) oleh kaum Aboriginal terutamanya di N’Dhala Gorge.

Arltunga pula tempat bersejarah penggali emas dimana anda boleh melawat ke tinggalan lombong sambil melihat bandar mati (ghostown) di sekitar.

Ruby Gap merupakan satu-satunya gorge tercantik disini tetapi malangnya hanya boleh diakses menggunakan 4WD sahaja.

  • Entrance fee: n/a
  • Plan to stay:  3-4 jam

Tips:

  1. Perjalanan ke East MacDonnell adalah sejauh 160km pergi dan balik dan boleh dibuat balik-hari dari Alice Springs.

5. Tumpuan-tumpuan optional

Telegraph Station by Scott Weatherson

Jika berkesempatan anda juga boleh melawat ke Telegraph Station Historical Reserve, Alice Springs Reptile Center, Olive Pink Botanic Gardens dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut sila ke laman web travelNT disini.


Shopping di Alice Springs

Satu-satunya pusat membeli-belah yang menjadi tumpuan pelancong di Alice Springs adalah Todd Mall. Ini kerana disitu terdapat Tourist Information Centre selain tempat makan, souvenir dan juga kedai seni Aboriginal yang terkenal.

Kami ke sini bukan untuk bershopping tetapi untuk mendapatkan groceries yang murah. Kami mencadangkan anda membeli supply di Alice Springs sebelum berlepas ke destinasi anda kerana harga barang makan yang jauh lebih mahal dijual di tempat pelancong.

Terdapat pasaraya lain yang jauh lebih murah jika anda bercadang untuk shopping seperti Yeperenye Shopping Centre atau Alice Plaza.


Pengangkutan di Alice Springs

Kereta Sewa

Kami telah awal-awal lagi menempah kereta sewa dari airport kerana rancangan kami untuk membuat pemanduan sehala ke Ayers Rock.

Terdapat banyak syarikat kereta sewa seperti Hertz, Avis, Budget dan Europcar tetapi kami memilih Thrifty kerana tawaran harga yang paling rendah untuk pick-up location dari Alice Springs Airport dan drop-off location di Ayer Rocks Airport.

Thrifty mengenakan T&C seperti pemanduan dihadkan kepada 100km sehari atau dikenakan bayaran AUD$0.28~0.35 sen bagi setiap kilometer yang ekstra bergantung kepada cc kenderaan anda.

Berikut adalah jenis-jenis charges yang anda kena tahu sebelum mengambil kereta sewa di Australia. Lain syarikat mengenakan charges yang berbeza.

Sedikit panduan charges sewa kereta:

Jenis Bayaran AUD
Deposit Pendahuluan yang akan dikembalikan $500
One-Way
Rental Fee
Dikenakan untuk pick-up dan drop-off
location yang berbeza
$350
Premium
Location
Surcharge
Dikenakan bagi kenderaan yang ditempah
dari airport
16.5%
x total
Vehicle
Registration
Recovery
Fee
Dikenakan untuk pendaftaran kenderaan $6.15
x bil. hari
Admin Fee Cas pengurusan 3.50%
x total
Credit Card Pembayaran dengan kad kredit 1.50%

Note:

  1. Table di atas berdasarkan charges yang dikenakan oleh syarikat Thrifty. Lain syarikat mungkin mengenakan kadar bayaran berbeza.

Sila lawati laman web vroomvroomvroom untuk perbandingan harga dan tawaran yang disenaraikan. Pastikan anda betul-betul faham T&C dan jangan terpedaya dengan harga murah ditawarkan.

Tips:

  1. Jika anda menyewa sedan atau wagon, anda dilarang sama sekali memandu di atas jalan yang tidak bertar.
  2. Larangan memandu pada waktu malam. Jika anda ingkar, risiko insuran kereta anda dibatalkan.
  3. Pastikan anda memulangkan kenderaan pada takat tangki petrol yang sama dengan sebelum anda ambil. Jika tidak, reverse charge akan dikenakan sebanyak AUD$3.30 bagi setiap liter petrol dan tidak termasuk service charge.

Pengangkutan Awam

Bas awam beroperasi bas dari Isnin hingga Sabtu kecuali pada cuti umum. Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman Alice Springs government website atau klik disini.

The Ghan

The Ghan by David Arnold

Pembinaan laluan keretapi Adelaide-Darwin ini siap pada Februari 2014 telah menghubungkan Alice Springs pada laluan sepanjang 2979km ini.

Trip menaiki train yang digelar “The Ghan” ini dianggap salah satu yang terbaik di dunia. Tetapi masih ada segelintir yang menyangkal dakwaan itu.

Jikalau kami mempunyai banyak masa, kami pasti cuba menaiki the Ghan dan menulis feedback sendiri.

Basikal Sewa

Menaiki basikal adalah cara terbaik untuk bergerak di kawasan bandar Alice Springs. Basikal boleh disewa dari tempat penginapan dengan harga sekitar AUD$30 sehari.

Salah satu syarikat yang menawarkan perkhidmatan sewa basikal adalah Outback Cycling. Sila lawati facebook mereka untuk maklumat lanjut disini.


Pengangkutan dari dan ke Alice Springs Airport

Shuttle Bus

Alice Wanderer Airport Transfers merupakan satu-satunya shuttle bus yang menawarkan perkhidmatan servis mengambil dan menurunkan penumpang terus ke tempat penginapan.

Tiket dijual pada harga AUD$16 (RM48) dan AUD$11 (RM33) seorang jika lebih dari 2 orang atau secara berkumpulan.

Jarak dari airport ke Alice Springs CBD (Central Business District) adalah kira-kira 15km.


Tempat penginapan di Alice Springs

Untuk penginapan, kami tidak akan membuat perincian atas alasan terlalu subjektif. Ini semua bergantung kepada bajet anda dan jenis travel anda sama ada secara solo, couple atau family. Tetapi jika hostel semestinya YHA (Youth Hotel Australia):

Alice Springs YHA – 2km ke Alice Springs Station.

Kami menginap di Alice Motor Inn yang terletak kira-kira 3km ke pusat bandar.

alice-motor-inn
alice-motor-inn-swimming-pool

Kami memilih penginapan ini kerana:

  1. Harga yang murah taraf motel 3 bintang.
  2. Harga termasuk breakfast.
  3. Tempat parking kereta yang luas.
  4. Wifi percuma.

Tips:

  1. Masa check-in adalah bermula dari jam 2PM dan check-out dari jam 10AM.
  2. Motel ini juga ada menawarkan perkhidmatan penghantaran terus ke airport (AUD$15 seorang)
  3. Tempahan dibuat melalui Agoda.com

Tempat makan di Alice Springs

Makan luar sedikit mahal di Alice Springs kerana tidak banyak pilihan restoran di pekan ini. Kami selesa membeli bahan mentah sendiri dan masak di tempat penginapan.

Jika mahu mencuba, terdapat beberapa restoran makanan Asia seperti Thai food dan juga restoran fast food seperti KFC.


Mencari free Wifi di Alice Springs

Tidak banyak lokasi public yang kami jumpa ada wifi percuma.

Kami sentiasa memastikan tempat penginapan kami ada wifi walaupun tidak percuma. Ini kerana masa yang kami ada untuk melayari internet adalah selepas balik ke hotel penginapan.

Tips:

  1. Download apps “Zomato”. Apps ini mencari lokasi kafe dan restoran yang menawarkan wifi percuma.

Masa yang sesuai melawat Alice Springs

Alice Springs dikategorikan memiliki musim seperti di padang pasir dimana perbezaan suhu yang ketara pada waktu siang dan malam.

Di antara bulan Jun-Julai, night frost adalah menjadi kebiasaan di sana. Suhu purata melebihi 30°C dalam bulan Oktober sehingga Mac, sama seperti cuaca di Malaysia, cuma tahap humiditinya yang lagi rendah.

Sedikit fakta tentang cuaca di Alice Springs:

  • Purata suhu di bulan April, Mei, Ogos, Sept dan Okt adalah yang terbaik.
  • Musim panas (summer) adalah di bulan Jan, Feb, Mac, Okt, Nov dan Dec.
  • Cuaca agak kering di bulan Apr, Mei, Jun, Julai, Ogos, Sept dan Okt.
  • Bulan Januari adalah yang paling panas secara purata.
  • Bulan Julai adalah yang paling sejuk secara purata.
  • Bulan Mac adalah yang paling lembap.
  • Bulan Sept adalah yang paling kering.

Pelancong mula datang seawal bulan April-Mei dan mula membanjiri Alice Springs dari bulan Jun sehingga Ogos.

Semuanya bergantung kepada apa yang anda hendak lakukan. Jika anda tidak kisah dengan kehadiran lalat, cuaca panas dan mahu pergi berenang, anda boleh datang pada bila-bila masa.

Tetapi jika anda bercadang untuk berkhemah atau membuat trail, bulan yang lagi sejuk adalah lebih sesuai (Mei-September).

Kami memilih awal bulan Mei bagi mengelakkan kesesakan dengan pelancong lain dan sebelum bermulanya cuti sekolah.

Berikut maklumat cuaca sewaktu kami ke sana di bulan Mei:

  • Temperature: 20°C / Low 15°C High 23°C
  • Sunshine: 8 jam, chance of sunny day 74%, cloudy 26%
  • Rainfall days: 2
  • Season: Autumn

Klik disini untuk persediaan sebelum ke Australia Outback


Bajet ke Alice Springs

Exchange rate: AUD$1 = RM2.9254

  1. Flight ticket: RM1235
    • RM650 (Qantas) from Sydney
    • RM585 (Jetstar) to Melbourne from Ayers Rock
  2. ETA Visa: RM60 ($20)
  3. Accommodation: RM1335
    • RM525 ($175 1N at Glen Helen Resort)
    • RM810 ($270 3N at Alice Motor Inn)
  4. Transportations: RM900 – 6 days
    • Car rental: RM150 ($50/day)
    • Fuel: $2.10-2.40/litre
  5. Food & drink: RM360 (budget $20/day)
  6. Entrance fees: RM105
    • RM30 ($10 Standley Chasm)
    • RM75 ($25 Alice Springs Desert Park)

TOTAL: RM3,995

Note:

  1. Matawang AUD (Australian Dollar). Untuk memudahkan pengiraaan, kami bundarkan AUD$1=RM3 di dalam post ini.
  2. Anggaran bajet berdasarkan tempoh masa 7 hari 6 malam.
  3. Bajet diatas tidak termasuk tiket penerbangan dari Malaysia masuk ke Australia.
  4. To be safe; tambah 10% peratus dari jumlah bajet kerana anggaran di atas adalah secara kasar.

Kesimpulan dari travel ke Alice Springs

Tempoh masa yang ideal untuk ke Alice Springs adalah seminggu atau paling minimum 4-5 malam. Kami berada di Alice Springs cuma 3 malam dan terpaksa mengetepikan lawatan ke East Macs.

Sebenarnya, kebanyakan travellers luar tidak terbang direct ke Alice Springs, sebaliknya bermula dari bandar-bandar utama di bahagian selatan Australia seperti Adelaide dengan menaiki bas atau The Ghan.

Kerana kesuntukan masa, faktor bajet dan kos, kami memutuskan untuk terbang direct ke Alice Springs. Kami tidak sanggup menghabiskan masa di atas jalan contohnya menaiki bas dari Adelaide ke Alice Springs saja mengambil masa selama 20 jam.

Plan asal kami adalah memandu 4WD melalui Red Centre Way sehingga ke Ayers Rock (Uluru). Walaupun tidak menjadi, 2WD telah berjaya membawa kami ke banyak lokasi melalui lebuh raya utama Stuart dan Lasseter sebelum tiba di Ayers Rock.

Dari pemerhatian kami, memandu sendiri adalah cara yang terbaik untuk bergerak di NT. Anda tidak perlu pun menyewa 4WD, tetapi dengan 4WD anda lebih fleksibel untuk lari dari crowd ke sesetengah jalan yang dibuka khas untuk 4WD sahaja.

Apa yang kami alami di Northern Territory (NT) cuma sedikit saja tapi sudah memadai kerana, untuk betul-betul merasai pengalaman sebenar adalah memakan masa. Anda tidak boleh ke seluruh continent dalam satu trip atau percutian kerana keluasan Australia. Dan pada pendapat kami, untuk betul-betul mengenali Australia anda kenalah ke outback (pedalaman) seperti Alice Springs.

Walaupun trip kami (one-way) berakhir di Ayers Rock, kami sangat berpuas hati bermula dari Alice Springs kerana jumlah pelancong yang kurang kalau dibandingkan di Ayers Rock. Anda boleh juga buat (return) trip yang mula dan berakhir di Alice Springs..kerana ini lebih menjimatkan dari segi kos sewa kereta.

Selain belajar history dan culture Aboringal Australia, outback telah mengajar kami melihat padang pasir sebagai suatu habitat yang unik. Bak kata slogan di Alice Springs Desert Park, “You will never look at deserts in the same way again“.


Himpunan photo travel di Alice Springs

simpsons-gap-walk-1
emu-desert-park-v1
simpsons-gap-walk-2
alice-spring-sunset

Note: This article was accurate when it was published. Please confirm all details directly with the companies in question before planning your trip.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *