Travel ke Ayers Rock, Australia

follow Ayers Rock adalah nama popular yang terkenal di luar negara. Manakala  http://pacificpine.ca/site-usage-manual/works/column-three Uluru pula nama rasmi di Australia yang juga gelaran asal oleh Aboriginal.

Jika anda sedang merancang trip ke sini, sudah pasti anda mahu melihat Uluru iaitu sebuah monolith yang menjadi salah satu simbol Australia ini.

Ramai yang tidak tahu Ayers Rock atau Uluru terletak di wilayah Northern Territory (NT) Australia. Dan untuk ke sana, anda kena terbang ke Yulara iaitu sebuah pekan yang juga merupakan satu-satunya resort disini.

Direct flight ke Ayers Rock berlepas setiap hari dari mana-mana lapangan terbang utama di Australia. Selain itu, anda juga boleh memandu sejauh 450km dari Alice Springs, menaiki bas ataupun menyertai mana-mana tour berbayar.

Berikut kami kongsikan pengalaman, tips-tips dan panduan ke Ayers Rock bagi mengelakkan terjadinya kekecewaan pada trip anda.


Kenapa mahu ke Ayers Rock?

Bagi kebanyakan travellers, meratapi Uluru pada waktu matahari terbenam adalah saat yang paling dinanti-nantikan. Menjejakkan kaki di atas Uluru pula merupakan impian hidup bagi sesetengah travellers yang berniat mendaki.

Mana-mana pun, hampir semua pelancong yang datang ke Australia ingin melihat keanggunan Uluru dari kaca mata sendiri.

Driving road to Uluru

Pada kami trip ke ‘Outback NT’ pastinya tidak lengkap tanpa lawatan ke sini.

Objektif utama bukan sekadar bergambar di hadapan monolith ini, tetapi juga untuk belajar tentang adat istiadat dan budaya Aboriginal di samping menghayati keindahan alam semulajadi yang unik.


Sedikit pengenalan tentang Uluru

Berdasarkan kajian, Aborigines telah menduduki kawasan Uluru sejak 10,000 tahun yang lalu. Mereka menggelarkan diri “ http://kootenayhomes.com/listing/page/4/?sp_sort=price-high Anangu” (sebutan arn-ung-oo) yang juga pemilik asal batu ini.

William Gosse (yang bekerja sebagai surveyor) merupakan orang Eropah yang pertama melakukan lawatan ke batu tersebut pada 19 Julai 1873. Dia kemudiannya menamakan batu itu sebagai “Ayers Rock” sempena Sir Henry Ayers yang merupakan Chief Secretary of South Australia pada ketika itu.

Pada tahun 1950, Ayers Rock telah diiktiraf menjadi taman negara “Ayers Rock – Mount Olga National Park”, dan kemudiannya ditukar nama kepada  Uluru-Kata Tjuta National Park pada tahun 1995.

Sehingga kini, taman negara tersebut telah mendapat dwi-senarai oleh UNESCO sebagai World Heritage Area dari segi kepentingan alam semulajadi dan nilai kebudayaan yang dimilikinya.

Untuk melihat Ayers Rock, anda kena masuk ke dalam taman negara ini.

Dan untuk masuk, anda perlu membeli pass yang dijual pada harga AUD$25 (RM75) dan sah selama 3 hari.


Tumpuan utama di Uluru-Kata Tjuta National Park

1. Ayers Rock (Uluru)

Ayers Rock (Uluru) view at sunrise by kakitravel365
  • Location: Terletak di dalam Uluru-Kata Tjuta National Park, kira-kira 8km dari Yulara Resort sehingga ke depan pintu masuk (gate) taman negara, dan 10km lagi ke Ayers Rock.
  • Getting there: Pandu ikut signboard yang terpapar jelas menuju ke taman negara ini.

Ayers Rock (Uluru) terbentuk dari endapan batu jenis arkose sandstone – iaitu butiran kasar batu pasir yang kaya dengan mineral ‘feldspar‘.

  • Did you know: Uluru sebenarnya bukan bermaksud “waterhole”. Ianya expression oleh Aboriginal yang merujuk kepada 2 unsur iaitu “batu” dan “tempat minum air di atasnya”.
Ayers Rock (Uluru) view at sunset by kakitravel365
  • Terletak di pertengahan Australia
  • 862.5m ketinggian dari paras laut
  • 348m ketinggian dari dasar (base)
  • 3.6km panjang
  • 1.9km lebar
  • 9.4km ukuran lilitan (circumference)
  • 3.33km2 kawasan diliputi
  • 1.6km trek pendakian

Senarai aktiviti yang boleh dibuat:

  1. Base Walk – 9.4km mengelilingi dasar Uluru boleh dilengkapkan dalam masa 3-4 jam bergantung kepada kekuatan fizikal dan juga keadaan cuaca pada ketika itu.
  2. Liru Walk – 4km return (1 jam). Laluan trek bermula dari Cultural Centre sehingga ke dasar Uluru.
  3. Kuniya Walk – 1km return (30-45 minit).
    Walking Track to Mutitjulu
    Walking track to Mutitjulu on right side

    Mutitjulu Waterhole adalah tempat kediaman Wanampi iaitu nenek moyang kepada watersnake.

    kopi-mutitjulu-sign
    kopi-mutitjulu-waterhole

    Mengikut kepercayaan Anangu, Kuniya dan Liru (python woman and poisonous snake man) telah yang membentukkan Ayers Rock (Uluru).

    Gua yang terletak pada laluan ke Kuniya Walk
    Mutitjulu Cave

    Di kawasan ini juga terdapat sebuah gua iaitu Mutitjulu Cave yang masih digunakan oleh Anangu sehingga kini.

    Lukisan pada dinding Mutitjulu Cave
    Painting on Mutitjulu Cave
  4. Mala Walk – 2km return (1 jam). Anda boleh menyertai tour percuma dikendalikan oleh ranger taman negara ini bermula jam 8AM (Oct-Apr) atau 10AM (May-Sep). Tunggu renjer di kawasan Mala carpark.
  5. Lungkata Walk – 4km return (1.5 jam). Trek ini menghubungkan Kuniya dan Mala Walk. Laluan trek ini adalah yang paling dekat dengan batu (Ayers Rock).
    Pulari
    Pulari is Sensitive Site at Lungkata Walk

    Dari trek ini anda akan ternampak satu bahagian batu yang digelar Pulari. Ini merupakan kawasan kaum wanita Anangu yang dianggap suci oleh Tjukurpa. Bentuk dan struktur batu pada bahagian ini menyerupai lakaran pada kitab suci (mereka). Mengikut peraturan mereka, bahagian ini hanya dibenarkan dilihat dari lokasi anda berdiri sahaja. Pada kami, ianya kelihatan seperti honeycomb atau sarang lebah yang berlubang-lubang akibat dari proses hakisan air dan angin. Selain Pulari, kawasan sensitif lain di sekitar Uluru adalah Mala Puta, Warayuki, Tjukatjapi, Taputji dan Kuniya Piti. Pelawat dipinta supaya tidak mengambil sebarang foto atau merakamkan bahagian ini.

  6. Dune Walk – 500m return (20 minit). Laluan trek ini bermula dari ‘bus sunset viewing area’. Selain pandangan sunset, disini juga lokasi terbaik untuk menikmati sunrise.
    dune-walk-map-v1
  • Entrance fee: AUD$25 (RM75) dewasa dan sah selama 3 hari. Kemasukan ke taman negara dibuka seawal jam 5AM dan tutup pada jam 7.30PM mengikut musim.
  • Plan to stay:  4 jam

Tips:

  1. Kami menggalakkan anda membuat Kuniya Walk dan Mala Walk. Pada pendapat kami, 2 walks ini adalah “must do” ketika berada di dasar Ayers Rock.
    kuniya-walk
    tourist-at-lungkata-walk

     

  2. Tapi sebelum itu, kami cadangkan anda membuat lawatan ke Cultural Centre terlebih dahulu. Disitu anda boleh mendapatkan informasi serta mendengar cultural atau environmental presentation yang ditayangkan tentang taman negara ini. Dengan itu, anda pasti mengamati setiap walk yang menjadi kepentingan pada orang Aborigine dari kaum Anangu ini. 
  3. Cultural Centre dibuka dari jam 7AM ke 6PM dan kemasukan adalah percuma. Waktu kemasukan terakhir adalah jam 5.30 petang. Disitu juga terdapat kedai souvenir yang ada menjual lukisan Aborigines serta cafe untuk anda mendapatkan snek.
  4. Sebagai info, Ayers Rock Resort (Yulara) dan Uluru-Kata Tjuta National Park adalah dua badan berlainan dari segi pengurusan.

Lokasi sunset dan sunrise di Uluru-Kata Tjuta National Park

ayers-rock-map

Setiap pengunjung yang datang sudah pasti menjadikan ini aktiviti wajib untuk dinikmati bersama pasangan dan teman-teman kaki travel. Berikut adalah 5 lokasi utama sunset dan sunrise di taman negara ini. (Sila rujuk pada peta diatas)

  1. Car Sunset – Lokasi ini menjadi sangat crowded menjelang sunset. Kami agak sukar untuk mendapatkan clear shot disini kerana banyak tripod sudah dipacak seawal jam 5PM lagi. Atau anda boleh explore sehingga ke hujung viewing area dimana pemandangannya tidak kurang cantik dari view pada bahagian tengah.
    car-sunset-1
    car-sunset-3
    car-sunset-2
    car-sunset-4
  2. Bus Sunset Dune Viewing – Pemandangan 360 darjah Uluru dan Kata Tjuta dari sini. Kereta tidak dibenarkan masuk sejam (4PM) sebelum sunset untuk memberikan laluan kepada bas/ coach pelancong sahaja.
  3. Talinguru Nyakunytjaku – Ini adalah lokasi yang dikhaskan untuk sunrise. Terdapat 3 pondok jika anda terus explore sehingga ke hujung viewing area. Anda boleh mendapatkan clear shot disini kerana tidak ramai yang tahu.
    talinguru-sunrise-1
    talinguru-sunrise-3
    talinguru-sunrise-2
    talinguru-sunrise-4
  4. Kata Tjuta Dune Viewing – Ini adalah lokasi untuk melihat Kata Tjuta sahaja. Lokasi sedikit jauh dari di atas dan sesuai bagi yang ingin lari dari crowd di Ayers Rock.

    kata-tjuta-landscape
    Pemandangan lanskap Kata Tjuta
  5. Kata Tjuta Sunset – Tidak ramai yang sanggup datang hingga ke sini untuk menyaksikan sunset kerana lokasi lebih jauh. Tambahan pula, anda kena bertolak meninggalkan taman negara 45 minit sebelum ditutup dan memandu kira-kira 40km lagi dari sini.

Dari 5 lokasi di atas, kami sempat merasa pengalaman sunset di lokasi 1 dan 4 manakala sunrise di lokasi 3. Walaupun sedikit crowded, kami berpuas hati dengan foto dan video yang cantik.

(Video: Sunset)

Tips:

  1. Untuk mengalami sunrise di Ayers Rock, anda kena meninggalkan hotel seawal jam 5AM. Ini kerana, anda perlu menunggu taman negara dibuka sambil berbaris (dari dalam kereta) pada pintu masuk ke taman negara. Selain itu, keluar awal penting untuk mendapatkan hotspot sunrise.
  2. Dapatkan maklumat waktu sunset/ sunrise dari kaunter tempat penginapan anda sebaik saja anda sampai di resort.

Pendakian ke atas Ayers Rock (Uluru)

Please do not climb Uluru signboard
“Please don’t climb” Uluru signboard

Anangu meminta semua pengunjung untuk menghormati budaya dan peraturan mereka supaya tidak mendaki Uluru. Bagi mereka, Uluru adalah tempat suci.

Walaupun tertulis nyata pada papan tanda “Please don’t climb” Uluru, masih ramai pelancong yang mengendahkan rayuan pemilik tradisional batu ini.

Mengikut sumber di internet, Perdana Menteri Australia pada tahun 1983, Bob Hawke, waktu itu berjanji untuk melarang pendakian ke Uluru.

Akan tetapi beliau telah mungkir janjinya tahun 1985 dimana hakmilik tanah telah dipulangkan kembali pada pemilik tradisional (Anangu) dengan syarat mereka menyewakan kepada Australian National Parks dan Wildlife Service selama 99 tahun.

Pengurusan bersama ini secara langsung menyebabkan Uluru terpaksa dibuka kepada pendakian. Ada ura-ura yang mengatakan, Anangu akan menutup kembali pendakian pada suatu hari nanti.

Setakat ini, seramai 35 orang telah mati ketika membuat percubaan mendaki dan banyak lagi yang cedera. Kebanyakan kes disebabkan masalah jantung, tergelincir dan jatuh.

Pemandangan dari kaki pendakian
View at the start of the climb

Kami mengaku salah seorang yang degil kerana mendaki Uluru. Trek adalah sepanjang 1.6km sehingga ke titik tengah batu ini. Pendakian tidaklah teknikal tetapi boleh membahayakan jika keadaan fizikal anda tidak mengizinkan.

Jalan pendakian dan penurunan dari atas Uluru
Chains rope to assist climber up and down Uluru

Permulaan pendakian agak cerun walaupun anda boleh berpegang pada rantai yang disediakan. Semasa berada di atas, tiupan angin sedikit kuat dan anda perlu berhati-hati pada setiap langkah.

Pada kami, view 360 darjah dari atas batu ini sangat mempersonakan.

Geopoint ini terletak di tengah-tengah Uluru. Kata Tjuta kelihatan dari jauh.
Geopoint at the middle of Uluru. Kata Tjuta can be seen far above.

Selepas mendengar penerangan pemilik tradisional kawasan ini, kami rasa menyesal kerana ingkar dengan permintaan mereka. Kami difahamkan batu ini memiliki sejenis energy yang berbentuk spiritual.

Kepada yang mahu mendaki, lawatan ke Cultural Centre atau menyertai Anangu guided walks sekitar Uluru dan Kata Tjuta lebih berfaedah dan bakal memberi anda pemahaman yang mendalam tentang kepentingan batu ini.


2. Kata Tjuta (The Olgas)

Kata Tjuta aerial view by Christian Mehlführer
  • Location: Terletak di dalam Uluru-Kata Tjuta National Park. 50km dari Ayers Rock (Uluru).
  • Getting there: Pandu ikut signboard yang terpapar jelas menuju ke Kata Tjuta dari pintu masuk yang sama ke Ayers Rock (Uluru).

Kata Tjuta terdiri daripada 36 buah monoliths yang kecil. Monoliths ini terbentuk dari endapan batu jenis conglomerate – iaitu campuran dari butiran batu ‘gravel’ (kerikil), ‘pebbles’ dan ‘boulders’ yang bercantum dari endapan pasir dan lumpur.

  • Did you know: Kata Tjuta juga dikenali dengan nama ‘the Olgas’ dan ‘Mt Olga’ yang bermaksud “many heads”.
Perjalanan menuju ke Kata Tjuta
Road to Kata Tjuta
  • Mount Olga 546m adalah monolith tertinggi
  • 1066m ketinggian dari paras laut
  • 22km dalam lingkungan (circumference) 
  • 35km2 kawasan diliputi

Senarai aktiviti yang boleh dibuat:

  1. Walpa Gorge Walk – 2.6km return (1 jam).
  2. Valley of the Winds Walk – 7.4km circuit (3 jam). Pada kami, ini adalah walk yang “must do” di Uluru-Kata Tjuta National Park. Ianya berjaya memberikan kami rasa sebenar wilderness ditambah dengan pemandangan yang cukup mengagumkan – hasil dari pembentukan batu-batuan beribu tahun yang lalu.
    Pemandangan dari Karingana Lookout
    The view from Karingana Lookout

    Trek ini diklasifikasikan sebagai difficult. Terdapat bahagian yang cerun dan batu-batuan longgar memaksa kami lebih berhati-hati. Bagi yang tidak bercadang melengkapkan walk ini, laluan trek masih mudah sehingga ke Karu Lookout.

    Karu Lookout
    Karu Lookout

    Trek akan ditutup selepas jam 11 pagi sekiranya ramalan atau bacaan suhu melebihi 36°C. Tangki air minuman disediakan dan sentiasa diisi oleh ranger taman negara.

    valley-of-the-wind-water-tank
    valley-of-the-wind-warning-sign
    valley-of-the-wind-track-open
    valley-of-the-winds-loose-rock

    Walaupun begitu, kami nasihatkan anda untuk membawa bekalan air sendiri yang secukupnya. Melalui pemerhatian kami, air dari tangki adalah kurang bersih dan dibekalkan dari sumber air paip yang ditapis. Kecuali anda tiada pilihan.

    valley-of-the-winds-karingana
    valley-of-the-winds-2

Tidak seperti di Uluru, Kata Tjuta tidak ramai pengunjung. Kami berjalan seorang diri sewaktu membuat walk di Valley of the Winds pada kebanyakan masa.

Kawasan sekitar Kata Tjuta agak luas dan kurang berpokok. Pastikan anda mengambil serius pada keadaan suhu cuaca panas kerana heat-exhaustion dan dehydration boleh membawa maut disini.

Daripada 12 walks di sini, hanya 2 yang dibuka kepada pengunjung. Lain-lain walk telah ditutup untuk membolehkan Anangu menjalankan upacara tradisi mereka.

Tips:

  1. Waktu terbaik membuat walk disini sama ada awal pagi (selepas sunrise) atau lewat petang jam 2PM. Jika anda membuat walk dalam lingkungan waktu tersebut, anda akan berada keseorangan sepanjang masa.
  2. Pastikan anda meninggalkan kawasan Kata Tjuta 45 minit sebelum waktu taman negara ditutup.
  3. Kasut hiking yang sesuai adalah jenis yang low-cut, ringan dan sturdy. Elakkan pakai hiking boot jenis yang high-cut.

Lain-lain tumpuan di Uluru

Tumpuan utama diatas adalah senarai kami yang “must see“. Berikut lain-lain tumpuan yang kami rasakan optional dan lebih kepada yang berdompet tebal.

3. Sounds of Silence

Ini merupakan pakej tour yang dikendalikan oleh resort itu sendiri kepada para pengunjung yang mahu menikmati hidangan bufet makan malam sambil berlatar belakangkan Uluru dan Kata Tjuta di waktu sunset.

  • Entrance fee: AUD$196 (RM588) sekepala.
  • Plan to stay: 4 jam

4. Uluru Camel Tours

Anda boleh memilih salah satu dari 3 tour yand dikendalikan iaitu Camel Express, Camel to Sunrise dan Camel to Sunset dari satu-satunya pengendali unta yang sudah beroperasi selama 25 tahun disini.

Kandang unta terletak di dalam resort dan dibuka kepada semua pengunjung yang mahu merasa pengalaman menaiki unta ataupun melawat ke muzium unta.

Tour mengenakan bayaran diantara AUD$80-125 (RM240-375) seorang.

  • Entrance fee: AUD$80-125 (RM240-375) seorang untuk menyertai tour.
  • Plan to stay: 1/2 hari

Shopping di Uluru

Tiada pusat membeli-belah di Ayers Rock Resort, tetapi di ‘Town Square’ terdapat sebuah pasaraya iaitu IGA Supermarket. Kami ke sini untuk membeli supply bahan makanan seperti air mineral, buah-buahan dan snek.

Town Square juga merupakan pusat lokasi dimana acara pertunjukan cultural Aborigine diadakan. Selain itu, terdapat juga bank & ATM, post office, kedai-kedai souvenir serta tourist information centre.


Pengangkutan di Uluru

Kereta Sewa

thrifty-car-rental-1
thrifty-car-rental

Dengan adanya kereta, anda bebas dan flexible untuk bergerak kemana-mana mengikut timing sendiri. Cuma kena keluarkan duit pada petrol yang mahal di Australia.

Anda boleh memilih sama ada mahu pickup dari airport atau resort, 2WD atau 4WD dari tiga pengendali utama iaitu Hertz, Thrifty dan Avis. Berikut perbandingan harga sewaktu kami ke sana.

Hertz Thrifty Avis
$83/day (RM249) min. 2 days $94/day (RM282) min. 2 days $110/day (RM330) min. 2 days

Kami telah mengambil kereta sewa sejak dari Alice Springs dengan syarikat Thrifty. Pada asalnya, kami telah menempah kereta economy (Yaris) tetapi digantikan dengan model ‘Nissan Pulsar ST’ pada harga yang sama.

Tips:

  1. Jika anda booking melalui Voyages Travel Centre, anda akan diberi “Unlimited Kilometres” pada semua jenis kenderaan.
  2. Disebabkan bilangan kenderaan yang terhad, anda disarankan untuk pre-book sekurang-kurangnya 5 hari sebelum berlepas. Lagi awal anda booking, lagi murah dan lebih banyak pilihan kenderaan.
  3. Tiada sebarang cas dikenakan jika booking atau cancel melalui vroomvroomvroom sehinggalah hari anda pickup kenderaan.
  4. Kenderaan yang dipulangkan di Ayers Rock Airport dikenakan Premium Location Surcharge sebanyak AUD$40 (RM120). Cas ini adalah 16.5% dari Total Rental dan tidak dikenakan jika mengambil kenderaan dari lokasi selain airport.

Klik disini untuk tips-tips lain yang kami tulis pada log travel ke Alice Springs.

Free Resort Shuttle Bus

Bas ini disediakan oleh resort untuk beroperasi di sekeliling Yulara. Servis bas ini adalah pada setiap 20 minit sekali.

Bas ini akan mengambil dan menurunkan penumpang dari/di hotel, campgrounds, Town Square, Uluru Camel Farm, Visitor Centre serta muzium.

Tips:

  1. Shuttle bus ini tidak masuk ke dalam taman negara Uluru-Kata Tjuta.
  2. Waktu operasi adalah setiap hari dari jam 10.30AM hingga 6PM, dan berikutnya dari 6.30PM hingga 12.30AM.

Pengangkutan dari dan ke Connellan (Ayers Rock) Airport

Ayers Rock Airport (Connellan Airport)
Ayers Rock Airport (Connellan Airport)

Untuk pengetahuan anda, tiada perkhidmatan teksi dari dan ke airport. Airport ini adalah agak kecil. Anda cuma ada pilihan sama ada untuk mengambil kereta sewa atau menaiki ‘complimentary shuttle bus’ ke Ayers Rock Resort.

Complimentary Shuttle Bus

Bas ini disediakan oleh hotel-hotel tertentu kepada guest mereka sahaja. Antara tempat penginapan yang menyediakan perkhidmatan ini adalah:

  • Desert Gardens (Ayers Rock Resort)
  • Outback Pioneer Hotel & Lodge (Ayers Rock Resort)
  • Sails in the Desert Hotel (Ayers Rock Resort)
  • Longitude 131

Tips:

  1. Jarak dari airport ke resort (Central Business District) adalah 8km; iaitu lebih kurang 10-12 minit perjalanan.
  2. Tinggalkan resort kira-kira 90 minit sebelum waktu berlepas.
  3. Hubungi penginapan anda sebelum sampai ke sana jika hotel yang anda tinggal tidak tersenarai di atas.

Tempat penginapan di Uluru

Yulara adalah sebuah pekan kecil dan dikenali juga sebagai Ayers Rock Resort.

Yulara pernah mempunyai reputasi sebagai overpriced di Australia kerana merupakan satu-satunya kawasan penginapan di Uluru.

Mengikut kata local, Yulara bermaksud “crying” atau “weeping” (dalam perkataan Anangu) sesuai dengan gelarannya kerana itu akan terjadi kepada para pelancong apabila melihat bil mereka nanti.

Bergantung berapa bajet anda dan jenis travel (sama ada secara solo, couple atau family), resort ini menawarkan beberapa jenis penginapan dari bajet ke mewah serta campground untuk khemah dan campervan. Camping adalah tidak dibenarkan di dalam taman negara.

Kami memilih penginapan jenis Outback Pioneer Hotel selama 3 hari 2 malam.

Tips:

  1. Anda boleh membuat tempahan melalui Agoda.com untuk mendapatkan harga murah tetapi minimum untuk 2 malam. Surcharge 1.5% pada kad kredit semasa check-out jika anda ada mengambil sebarang makanan di hotel atau servis tambahan.

Tempat makan di Uluru

Berseberangan dengan tempat penginapan kami terdapat 3 buah restoran (Bough House Restaurant, Outback Pioneer BBQ & Bar dan Outback Pioneer Kitchen) yang dikhaskan untuk pengunjung yang bermalam di Outback Pioneer Hotel dan Lodge.

Makanan yang dihidangkan secara bufet barbeku dan agak mahal untuk standard kami.

Disebabkan kelaparan (sekembalinya dari melihat sunset di Uluru) kami terus mengisi perut dengan pizza dari Pioneer Kitchen. Pizza mereka agak sedap dan paling penting murah dan cepat kenyang.

Jika tiada selera, anda boleh pergi ke Town Square untuk mencari restoran lain seperti Geckos Cafe, Ayers Wok Noodle Bar dimana terdapat pilihan berbeza.

Jumlah restoran di resort ini adalah terhad. Harga untuk satu meal rata-rata agak mahal dan sangat digalakkan untuk masak sendiri atau membuat sandwich.


Mencari free Wifi di Uluru

Kami jumpa free wifi di sekitar kawasan lobby sewaktu check-in dan di airport ketika sedang menunggu untuk boarding.

Kerana lokasi resort yang terletak di tengah-tengah gurun ini, sukar untuk mendapatkan lokasi wifi percuma melainkan di kawasan penginapan anda.

Wifi memang ada disediakan di setiap kawasan penginapan, cuma kami tidak pasti sama ada wifi itu percuma kepada semua penginap (terutamanya di campground) atau tidak.

Pakej penginapan kami sudah termasuk dengan wifi.


Masa yang sesuai melawat Uluru

Uluru-Kata Tjuta National Park adalah beriklim gurun di mana perbezaan suhu yang ketara pada waktu siang dan malam.

Di winter malam boleh mencapai serendah -8°C dan summer pula mencecah 48°C. Suhu boleh mencapai takat ekstrem di sini dan anda kena berjaga-jaga dengan cuaca panas walaupun bukan di waktu summer.

Sedikit fakta tentang cuaca panas di Uluru:

  • Purata suhu adalah 30°C dari jam 11AM – 11PM.
  • Suhu paling tinggi pada jam 4PM.
  • Suhu direct expose pada cahaya matahari boleh jadi lebih tinggi 15°C dari suhu sebenar dilaporkan.

Jika anda bercadang membuat sebarang walk, pastikan anda lakukan di awal pagi sebelum jam 11AM. Suhu semakin panas selepas jam 11AM menyebabkan banyak kes kecemasan seperti dehydration dan heat exhaustion dilaporkan setiap tahun.

Purata suhu di Uluru pada musim panas
Purata suhu di Uluru pada musim panas dari weatherzone

Pelancong mula datang seawal bulan April-Mei dan mula membanjiri taman negara ini dari bulan Jun sehingga Ogos.

Cuaca panas kebiasaannya mengundang lalat yang cukup annoying di sini.

Pastikan anda membawa jaring lalat (flynet) atau membeli pewangi vanilla yang dijual di mana-mana kedai souvenir. Walaupun kami kurang yakin dengan keberkesanan pewangi vanilla ini, anda boleh mencuba dan feedback kami.

Sekiranya anda bercadang untuk berkhemah dan membuat banyak aktiviti outdoor, bulan yang lagi sejuk adalah lebih sesuai (Mei-September).

Kami ke sana pada awal bulan Mei. Cuaca begitu dingin di waktu pagi dan panas yang terik di waktu siang. Langit kelihatan biru tanpa awan sangat cantik untuk pencahayaan pada lensa kamera.

Apa-apa pun anda boleh datang pada bila-bila masa.

Berikut maklumat cuaca sewaktu kami ke sana di bulan Mei:

  • Temperature: 22°C / Low 8°C High 23.5°C
  • Sunshine: 8 hour, chance of sunny day 80%, cloudy 20%
  • Rainfall days: –
  • Season: Autumn

Klik disini untuk persediaan sebelum ke Australia Outback


Bajet ke Uluru

Exchange rate: AUD$1 = RM2.9254

  1. Flight ticket: RM1235
    • RM650 (Qantas) from Sydney to Alice Springs
    • RM585 (Jetstar) to Melbourne from Ayers Rock
  2. ETA Visa: RM60 ($20)
  3. Accommodation: RM1512 ($504 3D2N at Outback Pioneer Hotel)
  4. Transportations: RM450 – 3 days
    • Car rental: RM150 (estimated $50/day)
    • Fuel: $2.10-2.40/litre
  5. Food & drink: RM180 (budget $20/day)
  6. Entrance fees: RM75 (3 days $25 Uluru-Kata Tjuta National Park)

TOTAL: RM3,512

Note:

  1. Matawang AUD (Australian Dollar). Untuk memudahkan pengiraaan, kami bundarkan AUD$1=RM3 di dalam post ini.
  2. Anggaran bajet berdasarkan tempoh masa 3 hari 2 malam.
  3. Bajet diatas tidak termasuk tiket penerbangan dari Malaysia masuk ke Australia.
  4. To be safe; tambah 10% peratus dari jumlah bajet kerana anggaran di atas adalah secara kasar.

Kesimpulan dari travel ke Uluru

Kami berada di Ayers Rock cuma 2 malam. Ianya sudah mencukupi walaupun pada kami, tempoh masa yang ideal sebenarnya adalah 3 malam.

4 hari 3 malam itu elok sekiranya destinasi anda hanya ke Uluru semata-mata. Disebabkan kami sudah menghabiskan masa di tempat lain, bajet kami di Uluru telah diagihkan sama-rata.

Dari segi penginapan, harga adalah sangat mahal. Itupun kami sudah booking 5 bulan awal dari Agoda.com untuk dapat harga terendah tetapi dengan T&C jenis yang “non-refundable, if no-show”.  Kami mengesyorkan anda untuk menginap di campground kerana lebih jimat dan berbaloi.

Dari segi pengangkutan pula, kami nasihatkan anda menyewa kereta. Dengan memandu sendiri, kami berjaya melarikan diri dari kepadatan pelancong serta organized tours yang membanjiri Uluru. Ini adalah punca kenapa sesetengah pelawat yang datang berasa kecewa. Kami difahamkan, ketika trip kami itu (Mei) belum cukup padat lagi.

Tidak kira anda terbang direct ke Yulara, kami tetap mengesyorkan anda mengambil kereta sewa untuk memudahkan pergerakan di kawasan resort dan taman negara ini.

Dianggarkan setengah juta orang datang mengunjungi Uluru pada setiap tahun. Jadi tidak hairanlah kenapa ramai yang merasakan trip ke Outback NT pastinya tidak lengkap tanpa lawatan ke monolith simbolik ini.

Melihat foto dengan menyaksikan sendiri Uluru di depan mata adalah cukup berbeza. Kami yakin, Uluru pastinya membuatkan anda rasa terpegun dan tidak terkata sebaik sahaja monolith ini berada di depan mata.

Menyaksikan perubahan warna pada Uluru di waktu sunset dan sunrise adalah satu pengalaman yang kami tidak boleh dilupakan.


Himpunan photo travel di Uluru

uluru-sunset-1
uluru-sunrise
kata-tjuta-trail
uluru-base-walk

Note: This article was accurate when it was published. Please confirm all details directly with the companies in question before planning your trip.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *