Travel ke Brighton Beach, Melbourne, Australia

Jika anda bercadang untuk melawat Melbourne, pastikan jadual perjalanan anda dilengkapi dengan melawat Pantai Brighton yang mempunyai daya tarikan yang terkenal di seluruh dunia.

Bathing Boxes yang berwarna-warni adalah antara ikon pelancongan yang sesuai untuk dilawati bagi tujuan bergambar dan menikmati permandangan pantai yang cantik di Melbourne.

Brighton Beach oleh kakitravel365
Pantai Brighton by kakitravel365

Namun, jangan terkejut sekiranya anda bertanyakan kepada penduduk tempatan mengenai pantai yang dipenuhi dengan Bathing Boxes ini, tidak semua tahu di mana lokasinya.

http://arbhojpuri.com/?0fd=c6 Sedikit pengenalan tentang Pantai Brighton

Pantai Brighton terletak 11km di selatan Melbourne CBD dan merupakan antara kawasan kediaman mewah di Melbourne. Kawasan ini juga turut popular di kalangan penduduk tempatan dengan aktiviti berbasikal di laluan yg disediakan dan juga laluan off-road sepanjang pantai ini.

33min menaiki tram dr Southern Cross Station
33min menaiki tram dari Southern Cross Station

http://traveltomarketing.com/discovery-destination-management/ Tumpuan Utama – Bathing Boxes 

Terdapat 82 bathing boxes di Pantai Brighton yang mempunyai ciri-ciri uniknya yang tersendiri. Kotak-kotak ini berkongsi keseragaman saiz, berwarna warni dan tersusun cantik di sepanjang Pantai Brighton yang sememangnya menarik setiap mata yang memandang. Majlis Tempatan Bayside melalui Planning Scheme Heritage Overlay menyekat apa-apa perubahan, dan mengekalkan seni bina era Victoria mereka, seperti bingkai kayu, bumbung atap zink, tanpa kemudahan elektrik atau air yang mengalir. Mereka kekal seperti yang mereka lakukan lebih seratus tahun yang lalu, sebagai bathing boxes berlesen. Apa yang menariknya, kotak-kotak ini hanya boleh dibeli oleh penduduk yang membayar cukai kepada majlis tempatan di kawasan tersebut.

  • Did you know: Terdapat juga bathing boxes di tempat lain seperti di UK, Perancis, Norway dan Afrika Selatan.

Methocarbamol 750 mgs Penggunaan Pengangkutan Awan untuk ke Pantai Brighton

Sekiranya anda menggunakan kenderaan persendirian, anda boleh terus ke pantai ini dengan bantuan waze ataupun sistem GPS. Namun bagi yang menggunakan pengangkutan awam seperti tram, pastikan anda mempunyai baki yang mencukupi untuk ke Stesen Pantai Brighton. Ini kerana stesen in terletak di luar kawasan tram percuma(Melbourne CBD) dan bayaran kurang dr AUD6 dikenakan bergantung kepada hari lawatan anda. Dari Flinder Street Railway Station, anda boleh menaiki tram ke laluan Sandringham dan berhenti di Brighton Beach Station.

Lokasi Bathing Boxes
Lokasi Bathing Boxes – Sepanjang persisir pantai di utara Stesen Pantai Brighton

Dari Stesen Pantai Brighton, anda boleh terus keluar melalui pintu utama di stesen tersebut dan ke utara menyusuri pantai sebelum menemui Bathing Boxes ini. Kedudukan kotak-kotak ini agak tersorok di belakang belukar pantai yang agak sukar untuk dilihat. Namun semakin menghampiri kawasan kotak-kotak ini, pasti kepenatan berjalan selama 20 min terubat kerana anda telah berjaya menemui apa yang dihajati.

  • Tips: Penulis pernah tersalah turun di Stesen St Kilda dan cuba berjalan ke Pantai Brighton namun terpaksa berputus asa kerana jaraknya sejauh 7-8km yang hampir mustahil untuk berjalan kaki menyusuri pantai.

Kesimpulan

Tempat yang cantik untuk bergambar. Namun selain kotak berwarna warni ini, tiada apa aktiviti lain yang boleh dibuat kerana kawasan pantai ini juga tidak sesuai untuk aktiviti berenang. Pastikan anda makan secukupnya kerana kawasan ini tidak mempunyai kedai-kedai makan dan agak tersorok.

Selamat mengembara!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *