Travel ke Hong Kong (dengan baby)

Hong Kong antara destinasi pilihan ramai kerana jaraknya yang tidak jauh (4 jam perjalanan udara dari Kuala Lumpur), mempunyai banyak tarikan yang menarik serta taman-taman tema bertaraf antarabangsa.

Tempoh masa yang ideal untuk melawat dan menikmati Hong Kong adalah 5-6 hari bergantung kepada perancangan masing-masing. Namun bagi kami, cuti hujung minggu berserta tambahan dua hari sudah memadai berdasarkan perkiraan kos makanan dan penginapan yang mahal di Hong Kong.

Berikut kami kongsikan pengalaman kami sepanjang berada di sana, tips travel bersama infant berusia kurang dua tahun, cabaran mencari makanan halal, pilihan pengangkutan dan paling penting, mampu menjadikan Hong Kong sebagai destinasi bajet!!


Kenapa mahu ke Hong Kong?

Pasti ramai pernah ke Universal Studio Singapore (USS) untuk menikmati pengalaman yang mengujakan di sana. Memandangkan USS lebih menjurus kepada golongan dewasa, salah satu pilihan bagi mereka yang berkeluarga adalah taman tema Disneyland yang terletak di Hong Kong. Selain itu, pemandangan bangunan pencakar langit di siang dan malam hari amat mengagumkan. Boleh dikatakan secara umumnya, percutian ini lebih menjurus kepada percutian di dalam bandaraya yang moden.


Sedikit pengenalan tentang Hong Kong

Hong Kong adalah Wilayah Pentadbiran Khas Republik Rakyat China dan mempunyai penduduk seramai lebih 7.3 juta orang pada pertengahan tahun 2016. Berdasarkan statistik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 2015, Hong Kong berada di tangga kelapan di dalam senarai bandaraya terpadat di dunia.

Walaupun Hong Kong diserahkan secara rasmi kepada Republik Rakyat China pada 1997 (apabila pajakan selama 99 tahun hasil penjajahan British tamat), Hong Kong masih mengekalkan sistem politik dan ekonomi yang berasingan dari China. Ini adalah berdasarkan prinsip “Satu negara, dua sistem” yang diamalkan dalam pelbagai ‘bidang yang sesuai’.


Tumpuan utama di Hong Kong

1. Victoria Peak

  • Location: Victoria Peak
  • Getting there: Turun di Central jikalau menaiki MTR. Cari Exit J2 ke ground level, belok kanan ke Chater Garden. Jalan terus melintasi taman dan sehingga nampak Bank of China Tower di sebelah kiri. Jalan terus melintasi lampu isyarat dan cari “The Peak Tram“. Alternatif lain ke sini adalah turun di Admiralty Station. Menyusuri Hong Kong Park dan anda akan sampai di stesen “The Peak Tram“. (Rujuk peta: Laluan dari stesen CENTRAL ke The Peak Tram)Dari Stesen CENTRAL ke The Peak Tram
    bank-of-china
    route-to-the-peak

    tram
    the-peak-tram

Antara destinasi popular bagi menikmati pemandangan bangunan pencakar langit di sekitar pulau Hong Kong. Turut dikenali sebagai The Peak oleh penduduk tempatan.

Sky terrace

Untuk sampai ke Victoria Peak, anda kena menaiki tram menuju ke Sky Terrace. Terdapat pelbagai restoran dan tarikan menarik di atas sana. Antaranya seperti Madame TussaudsBubba Gump, Hard Rock Cafe, Pacific Coffee dll.

  • Entrance fee: HK$78 (RM39) dewasa. Trip pergi-balik untuk The Peak Tram & Sky Terrace.
  • Plan to stay: 2 – 3 jam (tambah masa sekiranya anda bercadang menjamu selera di sini)

Tips:

  1. Untuk ke puncak, anda harus menaiki tram seperti ke Bukit Bendera (Penang). Untuk sampai ke stesen Tram dari MTR, jalan agak berbukit dan agak jauh. Kurang sesuai untuk menolak stroller. Pastikan anda memakai kasut yang sesuai.
  2. Terdapat pelbagai pakej ditawarkan untuk ke Victoria Peak. Anda boleh membeli tiket terlebih dahulu di Kaunter CTS (China Travel Service) yang terletak di Lapangan Terbang Hong Kong – Terminal 1. Berdasarkan tinjauan kami, harga yang ditawarkan adalah antara yang termurah. Hanya pembayaran dalam wang tunai diterima.

    Kaunter CTS di Terminal 1

    Kaunter CTS

    Kaunter CTS hujung yang paling kanan

    Harga Pakej yang ditawarkan CTS

    Senarai harga pakej yang ditawarkan oleh CTS

  3. Kami menyarankan anda datang seawal yang mungkin. Sekiranya anda sampai selepas jam 10 ke 11 pagi, besar kemungkinan anda terpaksa beratur panjang menaiki tram. Ditambah pula dengan cuaca tengahari bahangnya cukup terasa.
    Baris pendek di pagi hari untuk menaiki tram

    Barisan pendek di pagi hari beratur menaiki tram

    Anda mungkin terpaksa beratus sehingga ke luar stesen tram

    Barisan sehingga ke luar stesen tram menjelang tengah hari

Senarai aktiviti yang boleh dibuat:

  1. Hong Kong Park – Selepas selesai tour, jangan lupa untuk singgah sebentar di sini. Taman yang menghijau betul-betul di depan stesen tram sememangnya sesuai untuk anda ‘lari’ dari kesesakan di The Peak
    hong-kong-park-1
    hong-kong-park-2

2. Hong Kong Disneyland

  • Location: Pulau Lantau
  • Getting there: Sekiranya anda menaiki MTR dari Stesen Central, anda perlu menuju ke arah airport dan bertukar di Stesen Sunny Bay dan sebelum ke Stesen Disneyland Resort. Pintu masuk HK Disneyland betul-betul di depan anda.
    disneyland-train
    disneyland-train-1

Di Hong Kong, terdapat dua taman tema yg sememangnya menjadi pilihan ramai. Taman Tema Ocean Park dan Taman Tema Disney semestinya menjadi pilihan ramai dan penulis memilih Taman Tema Disney memandangkan hanya terdapat 6 taman tema Disney diseluruh dunia pada ketika artikel ini ditulis.

disneyland-3
disneyland-4
disneyland-2
disneyland-5

Sila lawati laman web Hong Kong Disneyland untuk maklumat lanjut.

disneyland-6
disnyeland-6
disneyland-10
disneyland-13
  • Entrance fee: HK$539 (RM270) dewasa (online ticketing).
  • Plan to stay: Sepanjang hari sehingga pertunjukkan bunga api.

Tips:

  1. Rancang hari anda untuk ke Disneyland. Hari minggu sememangnya lebih ramai pengunjung berbanding hari biasa.
  2. Pastikan anda tidak membawa makanan ke dalam Disneyland kerana beg anda akan di periksa sebelum melepasi pintu masuk.
  3. Terdapat surau dan kedai makanan halal di dalam Disneyland, usah bimbang dan risau kerana pihak Hong Kong Disneyland amat prihatin keperluan pelancong yang beragama muslim.
  4. Perkhidmatan untuk Tetamu Antarabangsa disediakan di Hubungan Tetamu di City Hall.
    disney-city-hall-1
    disney-city-hall
  5. Stroller boleh disewa dengan harga HK$100 (RM50) sehari.
    disneyland-1
    disney-stroller
  6. Pada sebelah malamnya pula, terdapat perarakan kereta berhias memeriahkan suasana serta menceriakan lagi mood kami yang keletihan.
    disneyland-15
    disneyland-8
    disneyland-18
  7. Terdapat dua restoran halal di sini iaitu Explorer’s Club Restaurant dan The Tahitian Terrace

    Explorer’s Club Restaurant

    halal-disney-1
    halal-disney-2
  8. Sebelum ini, lokasi tempat solat terletak di City Hall. Kini pihak Disneyland telah mengambil inisiatif untuk menyediakan bilik solat yang lebih selesa dan terletak bersebelahan dengan Explorer’s Club Restaurant.
    disney-prayer
    disney-prayer-1
    disney-prayer-2
    disney-prayer-4

3. Avenue of Stars

Pertunjukkan bunga api sempena hari kebangsaan Republic Rakyat China

  • Location: Tsim Sha Tsui
  • Getting there: Turun di Stesen East Tsim Sha Tsui menuju ke arah Exit J. Lokasi Avenue of Stars betul-betul di tepi laut selepas keluar dari exit ini.

Antara aktiviti di waktu malam yang boleh anda lakukan ialah menonton persembahan lampu dan laser di sini. Lebih dikenali sebagai Symphony of Lights, persembahan bermula pada pukul 8 setiap hari adalah percuma.

Terdapat juga Menara Jam yang menjadi mercu tanda dari zaman arang batu dan mengingatkan tentang Hong Kong sebagai warisan jajahan kolonial.

  • Entrance fee: Percuma. Persembahan bermula jam 8PM setiap hari
  • Plan to stay: 1 jam.

Tips:

  1. Hari minggu sememangnya lebih ramai pengunjung berbanding hari biasa. Pastikan anda sampai awal sebelum pukul 8PM untuk mendapatkan lokasi dengan pemandangan terbaik.

Lain-lain tumpuan di Hong Kong

Terdapat banyak lagi tempat-tempat lain yang menarik di Hong Kong. Tempat yang kami senaraikan diatas adalah senarai kami yang “must see” untuk first timer. Lain-lain tumpuan kami rasakan optional, bergantung pada objektif dan berapa banyak masa yang anda ada. Dan sudah tentu bergantung pada bajet yang anda ada.

4. The Golden Bauhinia Square

  • Location: Golden Bauhinia Square
  • Getting there: Turun di Stesen MTR Wan Chai

Lambang pada bendera Hong Kong, Bunga Bauhinia merupakan pemberian kerajaan pusat untuk melambangkan penyerahan kepada Republik Rakyat China pada 1997.

Tips:

  1. Terdapat majlis menaikkan bendera setiap hari pada pukul 7.50 pagi ke 8.03 pagi. Acara dilakukan oleh anggota polis Hong Kong yang berpakaian uniform penuh serta diiringi oleh lagu kebangsaan. Pada hari pertama setiap bulan, majlis upacara bermula pada pukul 7.45 pagi sehingga 8.13 pagi. Aturcara ditambah dengan persembahan muzikal 10 minit oleh Police Pipe Band.

Shopping di Hong Kong

Kerana kekangan masa perjalanan, kami mengambil keputusan untuk singgah sebentar di tempat berikut.

5. Ladies Market & Temple Street

Pasar malam yang seakan-akan Petaling Street ini menjual barangan yang boleh dijadikan cenderamata dan ole-ole. Dari segi harga, anda perlu bijak melakukan tawar-menawar.

Pada kebiasaannya, pasar malam ini dibuka seawal pukul 2 petang sehingga lewat malam dalam pukul 11-12 malam. Ramai mengatakan ole-ole seperti keychain, fridge magnet boleh didapati lebih murah di pasar malam Temple Street ini. Tetapi, bergantung kepada kemahiran tawar-menawar anda

  • Location:
  • Getting there: Temple Street terletak berhampiran MTR Jordan manakala Ladies Market pula terletak berhampiran MTR Mongkok.

6. Citygate Outlets

  • Location: 10 minit dari Hong Kong International Airport.
  • Getting there:

Terkenal di kalangan pelancong kerana menawarkan diskaun hebat yang biasanya diperolehi di factory outlet. Promosi dan diskaun yang ditawarkan bergantung kepada musim serta perayaan tertentu.

Sila lawati laman web Citygate Outlets untuk maklumat lanjut serta promosi terkini.


Pengangkutan di Hong Kong

Memandangkan perjalanan di Hong Kong banyak menggunakan pengangkutan awam terutamanya MTR, pastikan anda menyimpan peta MTR seperti ini di dalam smart phone sebagai rujukan anda.

Hong Kong MTR


Tempat makan di Hong Kong

Islamic Centre Canteen

masjid-ammar-wan-chai
islamic-centre-canteen
icc-halal-cert
  • Location: Wan Chai
  • Getting there: MTR Wan Chai, Exit A3 menuju ke arah Times Square.

Terletak di dalam bangunan Masjid Ammar Causeway Bay, tempat yang sesuai untuk anda yang mencari makanan halal bercita rasakan tempatan dan yang paling penting, anda boleh makan tanpa was-was.

icc-menu-3
icc-menu-1
icc-menu
icc-menu-2

Menu-menu ini pasti mengujakan anda untuk merasai sendiri pengalaman merasa makanan tempatan. Memang sedap.

icc-dim-sum
icc-makanan

Tips:

  1. Tempat makan ini terletak di aras lima bangunan ini, tempat solat wanita di satu aras dan tempat solat utama untuk lelaki di aras lain.
  2. Harga untuk sebotol air mineral yang kecil adalah HK$9(RM4.50). Pada kami agak mahal.
  3. Kedai halal di airport terletak di dalam departure gate. Anda perlu check-in dahulu dan ke medan selera untuk mendapatkan kedai halal seperti Popeyes.
    halal-hk-airport

Masa yang sesuai melawat Hong Kong

Hong Kong adalah destinasi yang anda boleh kunjungi pada bila-bila masa…Namun, bulan Julai sehingga September adalah bulan yang biasa berlaku taufan. Pastikan anda menyemak dahulu ramalan cuaca pada masa tersebut.


Bajet ke Hong Kong

Exchange rate: HKD$10 = RM5.275 (Oktober 2016)

  1. Flight ticket: RM450 (AirAsia) – Return
  2. ETA Visa: (Note 4)
  3. Accommodation: RM430/pp (4D3N) Airbnb
  4. Transportation:
    • MTR (Octopus Card): RM50 (Topup $100 untuk 4 hari)
  5. Food & drink: RM150 (est. $300 daily)
  6. Entrance fees:
    • RM270 ($539 Hong Kong Disneyland – online ticket)
    • RM75 ($150 makan di restoran Hong Kong Disneyland)
    • RM56 ($38 The Peak dan Sky Terrace)

Misc:

  1. Souvenir: Min. $50 per item
  2. Shopping: –

TOTAL: RM1,931

Note:

  1. Matawang HKD (Hong Kong Dollar). Untuk memudahkan pengiraaan, kami bundarkan HKD$100=RM50 dalam post ini.
  2. Anggaran bajet berdasarkan tempoh masa 4 hari 3 malam.
  3. To be safe; tambah 10% peratus dari jumlah bajet kerana anggaran di atas adalah secara kasar.
  4. Tiada visa diperlukan untuk melawat Hong Kong tidak seperti melawat ke negara China dimana anda perlu memohon visa sebelum terbang ke sana.

Kesimpulan dari travel ke Hong Kong

Travel ke Hong Kong tidak semurah yang kita jangkakan. Tetapi jika dirancang awal dan teliti, banyak penjimatan boleh dibuat terutamanya dari segi pengangkutan dan bayaran masuk.

Sebelum itu, pastikan anda faham T&C yang ditawarkan. Tempahan online memang murah, tetapi jika anda cancelled, kemungkinan bayaran balik tidak akan dikembalikan atau hanya dikembalikan separuh.

Pengangkutan dan penginapan pula berkait rapat. Tempat penginapan yang jauh dari pusat bandar lebih murah tetapi terpaksa mengeluarkan kos untuk pengangkutan.

Apa-apapun, kami menasihati anda untuk merancangan trip seawal yang mungkin bagi memastikan anda dapat mengoptimumkan perjalanan anda sekeluarga.


Himpunan photo travel di Hong Kong

hong-kong-with-kid
disneyland

Note: This article was accurate when it was published. Please confirm all details directly with the companies in question before planning your trip.

20 comments on “Travel ke Hong Kong (dengan baby)”

  1. Aishah says:

    Blog yang bagus , banyak informasi.

    1. The Admin says:

      Terima kasih. Semoga bermanfaat

  2. nurul says:

    untuk infant masuk disneyland and mtr bayar tak?

    1. The Admin says:

      Untuk infant, Disneyland dengan MTR adalah percuma. Info tambahan, untuk kanak-kanak, HK Disneyland mengenakan bayaran HKD 419 bermula umur 3 tahun sehingga 11 tahun.

  3. Mama ieja says:

    Info sgt2 bagus tq bnyk2

  4. erynn says:

    App apa yang digunakan dlm HP untuk guide perjalanan?

    1. The Admin says:

      Apps “My Hong Kong Guide” oleh Hong Kong Tourism Board boleh membantu anda untuk ke tempat-tempat tumpuan pelancong dan yang paling penting, info terkini selalu dikemaskini oleh Apps ini.
      Tips – Apps ini juga menawarkan e-coupons untuk diskaun tertentu.

      1. The Admin says:

        Jangan lupa untuk mendapatkan Apps “Hong Kong Disneyland”. Sangat bagus kerana lengkap dengan masa menunggu untuk setiap tarikan/permainan.

  5. Fafachoc says:

    Boleh share nama hotel di hongkong?

    1. The Admin says:

      Di Hong Kong, kami tinggal di AirBnb, berdekatan dengan TimesSquare CausewayBay.
      Dua bilik dan satu dapur kecil. Sesuai utk 3-4 org.

      1. Mornizawati Abdullah says:

        air bnb yg mana yer sis duduk? ok ker?

        1. The Admin says:

          Hi Mornizawati,

          Airbnb yang kami pernah duduk terletak betul3 di depan Times Square Causeway Bay, jarak pun xjauh dari Muslim Canteen. Cuma agak kecik utk keluarga besar..cuma sesuai untuk 2 org dewasa dan 2 kanak-kanak. Sis boleh buat carian yg bersesuaian dgn harga dan tempat..cuma kawasan Causeway Bay tu sesuai sebab dekat dgn tarikan utama di Hong Kong.

  6. Lily says:

    Sgt2 membantu info anda.

    1. kakitravel365 says:

      terima kasih cik lily..kami pasti HK pasti tidak mengecewakan..selamat travel..

  7. Mardiana says:

    Salam sis…baby sis umur brp?? Bila trvl sis bawa skali ke keprluan makanan dia.? Shari dlm disneyland kan…

    1. The Admin says:

      Salam Mardiana,

      Umur baby kami ketika itu 1 tahun setengah. Untuk masuk ker Disneyland, mereka masih boleh tolerate sekiranya kita mampu membuktikan makanan itu milik baby seperti portion nya bersesuaian dengan baby dan ada label tertentu, khusus untuk baby. Yup, maksima kan hari anda di Disneyland dari pagi smpi ker malam…

  8. cikyus says:

    salam sis berbaloi ke bwk bby msuk disnyland

    1. The Admin says:

      Salam cikyus,

      Sebenarnyer utk bawak baby ker disneyland xde la merugikan atau membebankan..sebab disneyland mesra kepada baby dan kanak-kanak.
      Cuma permainan untuk baby amat limited. Namun memori yang akan di rakam bakal memberikan seribu satu makna selepas baby itu besar nanti.
      Plus sekiranya anda suka bergambar, sesi photo shoot bersama baby amat cantik dan sesuai kerana terdapat pelbagai spot-spot cantik di dalam Disneyland HK!

  9. cikja says:

    assalamualaikum sis,maaf bertanya..saya in sya Allah akan pegi bln 6 ni. umur anak saya time tu 2 thn lebih.bln 11 br ckup 3 tahun. kalau kita masuk ke disneyland, diorg akan kira 2 tahun@3 tahun jgk ye?klau 2 tahun free ke?terima kasih..

    1. The Admin says:

      Salam cikja, berdasarkan pengalaman kami, kanak-kanak di bawah umur 2 tahun dibenarkan masuk percuma. Untuk umur 2 tahun ke atas, pihak disneyland akan memeriksa setiap passport pengunjung dan dijangka cikja akan menghadapi sedikit masalah kerana pada pendapat sy, untuk umur anak cikja, tiket telah dikenakan berdasarkan perkiraan umur 3-11 tahun (kanak-kanak)… Namun, cara terbaik adalah cikja membeli tiket di kaunter walaupun harus beratur kerana ini akan memastikan pihak disneyland sendiri yg mengeluarkan kenyataan sama ada cikja harus membayar atau tidak. Memandangkan harga untuk kanak-kanak agak mahal jika di bandingkan dengan usia anak cikja. Harap membantu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *