Travel ke Istanbul, Turki

Asia dan Eropah bertemu di Istanbul. Tahukah anda satu lawatan ke Istanbul membolehkan anda menjejakkan kaki ke dua benua.

Dari segi geografi, sebahagian Turki atau Istanbul (bahagian barat Bosporus) terletak dalam sempadan Eropah. Akan tetapi dari segi politikal, Turki bukan dianggap negara Eropah dan masih lagi dalam proses menyertai Kesatuan Eropah (EU).

Kami mengaku diri agak “lemah” menghafal sejarah peradaban dunia ketika di bangku sekolah. Tetapi disebabkan trip ini, kami menaruh minat untuk buka balik buku. Trip kami ke sini lebih bercorak lawatan ke tempat bersejarah.

Berikut kami kongsikan pengalaman, tips-tips dan panduan ke Istanbul dari segi bajet yang sederhana.


Kenapa mahu ke Istanbul?

Bosphorus Strait of Istanbul

Idea ke Istanbul ini asalnya bermula ketika kami mencuci mata di IKEA. Kami sungguh tertarik dengan corak permaidani yang dibentangkan dalam ruang tamu konsep IKEA. Lalu kami pun melihat harganya yang tidak masuk akal iaitu RM3,499!

Kami serta-merta membatalkan niat itu sebaliknya timbul idea yang lebih bernas untuk ke direct source yang pasti lebih murah. Maka itu muncullah idea ke Istanbul.


Sedikit pengenalan tentang Istanbul

Pada abad ke-19, Istanbul pernah digelar “Stamboul” oleh para pengembara. Sekarang ianya merupakan bandaraya terbesar Turki dengan populasi penduduk dianggarkan lebih dari 13 juta di mana 99% terdiri daripada muslim. Jumlah ini dikatakan sama dengan populasi negara terkecil Eropah iaitu Belgium.

Walaupun Istanbul pernah menjadi pusat Empayar Ottoman, ibu negara Turki bukanlah Istanbul tetapi Ankara.

Istanbul lebih popular disebabkan ianya satu-satunya bandaraya dunia yang direntasi oleh dua benua. Jadi tidak hairanlah berlaku pertemuan budaya disitu menjadikan seni dan warisan arkitektur Istanbul menakjubkan.


Tumpuan utama di Istanbul

1. Topkapi Palace

Istana ini adalah tempat permastautin sultan-sultan Ottoman selama hampir 400 tahun.

The Middle Gate
  • Buy Tastylia 20 mg Location: Berdekatan dengan Hagia Sophia.
  • enter site Getting there: Turun di stesen tram Sultanahmet dan berjalan kaki sejauh 880m.

Topkapı Sarayı yang dibina pada tahun 1478 merupakan istana tertua di dunia dan juga terbesar dengan keluasan dianggarkan 400,000 meter persegi. UNESCO telah mengiktiraf istana ini sebagai World Heritage Area sejak 1985. Pada tahun 1924, istana ini telah diubah menjadi muzium.

topkapi-palace-library-of-Sultan-Ahmed-III
topkapi-palace-the-audience-chamber-v1
topkapi-palace-the-conqueror's-pavilion
The sultan have had the custom to break his fast under this bower during Ramadan
topkapi-palace-the-imperial-gate
topkapi-palace-gate-of-felicity

The Harem

Terdapat sebanyak 400 buah bilik di ‘The Harem‘ yang pernah menempatkan sebanyak 300 orang gundik sultan pada satu masa dahulu.

The Harem

Sebelum ini, The Harem hanya boleh dilawati secara guided tour. Kini anda boleh pergi sendiri tetapi dikenakan bayaran TL15 yang berasingan dari pass masuk.

topkapi-palace-the-harem-3
topkapi-palace-the-harem-5
topkapi-palace-the-harem-4
topkapi-palace-the-harem-6
  • Entrance fee: TL15
  • Plan to stay: 1 jam

Tips:

  1. Disebabkan Topkapı tarikan utama, pastikan anda pergi dan beratur seawal yang boleh. Selepas dapat pass, cepat-cepat pergi ke Harem terlebih dulu untuk mengelakkan beratur panjang. Ini kerana Harem mengawal bilangan pengujung yang masuk pada satu-satu masa.
  2. Jangan terlepas ke Treasury di lokasi 3rd courtyard. Terdapat pameran batu permata, emas dan karya-karya seni.

2. Ayasofya (Hagia Sophia)

Ayasofya atau Hagia Sophia nama Greek, dibina dalam tahun 537 Masihi. Gereja ini menjadi landmark kepada Istanbul kerana ianya seni bina dari zaman Byzantine.

Hagia Sophia
  • Did you know: Hagia Sophia merupakan gereja yang terbesar pernah dibina sebelum St Peter’s Basilica di Rome siap 1000 tahun kemudian. Ayasofya berasal dari perkataan Greek iaitu “Kebijaksanaan Suci”.
  • Location: Sultanahmet
  • Getting there: Turun di stesen tram Sultanahmet

Sekali tengok, bangunan ini membuatkan kita tertanya-tanya sama ada ianya masjid atau gereja?

Hagia Sophia Interior
hagia-sophia-interior-5
hagia-sophia-interior-3
hagia-sophia-interior-4
hagia-sophia-interior-2

Hagia Sophia asalnya adalah sebuah gereja yang dijadikan masjid. Dan kini pula telah ditukar menjadi muzium.

Mihrab indicates the direction of Mecca. This mihrab was built in the 19th century to replace an older one
hagia-sophia-mosaic-panel-1
hagia-sophia-mosaic-panel-3
hagia-sophia-mosaic-panel-2

Mozek di atas (photo sebelah kiri) adalah karya agung tinggalan zaman pemerintah Justinian dari kurun ke-6. Mozek telah banyak terkupas dan photo sebelah kanan adalah gambar asal yang telah ditafsir.

Centuries of gold mosaics Jesus Christ enthroned 11th century
  • Entrance fee: 25 TL (adult). Dibuka dari jam 9AM-6PM dari hari Selasa sehingga Ahad dan tutup pada hari Isnin.
  • Plan to stay: 1-2 jam

Tips:

  1. Tingkat atas ada pameran galeri dan juga mozek lama seperti photo di atas. Anda tidak dibenarkan mengambil gambar menggunakan flash kerana lampu flash dari kamera dikhuatiri penyebab mozek tertanggal.
  2. Anda boleh membeli souveniers dari Museum Shop yang terletak di pintu belakang Hagia Sophia (tempat anda keluar).
  3. Datang sebelum jam 9.30AM bagi mengelakkan kesesakan dengan orang ramai dan juga tour bus.
  4. Jangan lupa mencuba “pomegranate” fresh juice sebaik selesai lawatan. Jus ini diperah terus daripada buahnya dan dijual hanya 5TL secawan.

3. Blue Mosque

Sultanahmet Mosque (better known as the “Blue Mosque”) dominate the skyline of Istanbul
  • Location: Sultanahmet
  • Getting there: Naik tram dan turun di stesen Sultanahmet.

Sultan Ahmet Mosque yang berusia 400 tahun ini lebih popular dengan nama “Blue Mosque” kerana interiornya yang berwarna kebiruan. Dianggarkan sebanyak 20,000 jubin biru Iznik terpaku di silingnya dari mana ia mendapat nama.

Blue tiles that give the mosque its popular name
istanbul-blue-mosque-interior-1
istanbul-blue-mosque-interior-3
istanbul-blue-mosque-interior-2
istanbul-blue-mosque-interior-4

Pembinaan masjid ini telah diilhamkan oleh Sultan Ahmet I pemerintah ketika itu yang berusia 19 tahun. Baginda bernekad membina tempat ibadat orang Islam yang lebih agung dari Hagia Sophia.

Ciri-ciri luar biasa masjid ini adalah memiliki 6 buah minaret. Ini adalah unik kerana kebanyakan masjid memiliki 1, 2 atau 4 minaret sahaja melainkan Haram Mosque di Mekah yang ada 7.

Selain itu, susunan kubah masjid ini dari luar membuatkan exteriornya juga kelihatan menarik.

cascade of domes spill down from the great central dome
  • Entrance fee: Kemasukan adalah percuma tetapi derma adalah sangat dialukan. Dibuka dari jam 9AM-6PM setiap hari dan tutup ketika waktu sembahyang (30min). Hari Jumaat dibuka setengah hari.
  • Plan to stay: 1 jam

Tips:

  1. Pastikan tidak memakai seluar pendek dan wanita perlu mengenakan pakaian yang berlengan panjang.
  2. Kedudukannya yang berdekatan Hagia Sophia sangat mudah dikunjungi dengan berjalan kaki.

4. Byzantine Hippodrome

Tempat ini pernah menjadi tumpuan aktiviti sukan dan pusat kegiatan sosial Constantinople iaitu ibu kota empayar Byzantine.

byzantine-hippodrome-walled-obelisk
byzantine-hippodrome-walled-obelisk-sign
byzantine-hippodrome-serpent-column-sign-v2
byzantine-hippodrome-serpent-column

Ketika zaman kegemilangannya, Hippodrome ini sering menganjurkan sukan lumba kuda seperti chariot race untuk perjudian selain pernah menjadi tempat perbahasan politik.

  • Location: Sultan Ahmet Square
  • Getting there: Naik tram dan turun di stesen Sultanahmet.
byzantine-hippodrome-egyptian-obelisk-1
byzantine-hippodrome-egyptian-obelisk-sign
byzantine-hippodrome-egyptian-obelisk-2

Walaubagaimanapun, tempat ini telah musnah disebabkan pergolakan politik dan kini hanya beberapa tinggalan struktur dan monumen yang masih utuh.

  • Entrance fee: Percuma. Lokasi tempat awam di dataran Sultan Ahmet.
  • Plan to stay: 15 minit

5. Turkish & Islamic Arts Museum

Semasa Empayar Ottoman, seni yang paling menarik adalah kesenian yang berunsur keagamaan.

Tempat ini menarik dilawati jika anda berminat dengan kesenian Islam. Ianya juga sebuah muzium yang mempamerkan karya seperti calligraphy (seni khat), Turkish carpets dan juga koleksi artifak dari tamadun Islam.

  • Location: Meydanı 46, Sultan Ahmet Square. Berdekatan Blue Mosque.
  • Getting there: Naik tram dan turun di stesen Sultanahmet.
  • Entrance fee: 20 TL (adult). Dibuka dari jam 9AM-7PM (kemasukan terakhir 6.30PM)
  • Plan to stay: 30 minit – 1 jam

Tips:

  1. Kafe muzium ada menawarkan sijil untuk sesiapa yang berminat belajar menyediakan Turkish coffee dengan bayaran 20 TL.

6. Basilica Cistern (Yerebatan Sarnici)

yerebatan-sarnici-wall
yerebatan-sarnici-history

Tempat ini dibina sebagai tangki air bawah tanah oleh maharaja Justinian pada tahun 532 Masihi. Ianya berkeluasan 2.5 ekar dan dikatakan mampu menakung air sehingga 21 juta gelen.

336 marble pillars supporting the roof
  • Did you know: Inferno merupakan sebuah filem 2016 yang melakukan pengambaran disini berdasarkan novel oleh penulis Dan Brown.
  • Location: Sultanahmet dan seberang Hagia Sophia.
  • Getting there: –

Bumbung terowong ini disokong sebanyak 336 buah tiang batu marmar. Anda boleh berjalan di atas laluan yang dibina kerana lantai dipenuhi air.

yerebatan-sarnici-medusa-head-2
yerebatan-sarnici-medusa-head-1
yerebatan-sarnici-medusa-head-3
  • Entrance fee: 10 TL. Dibuka dari jam 9AM-6.30PM setiap hari.
  • Plan to stay: 1-2 jam

Tips:

  1. Anda tidak akan perasan pintu masuk ke tempat ini sekiranya tidak kerana barisan para pelancong yang beratur untuk masuk membeli tiket.

    Line of people to get in Yerebatan Sarnici
  2. Pastikan anda tidak terlepas untuk melihat 2 buah kepala Medusa yang terletak di sudut belakang. Sehingga kini, kedudukan sebuah kepala yang terbalik dan satu lagi mengadapnya masih misteri. Yang menjadi persoalan; kenapa ianya berada disitu? Tiada siapa yang tahu.

    Story about Medusa

Lain-lain tumpuan di Istanbul

7. Bosphorus Cruise Tour

Bosphorus Cruise Tour

Menaiki bot adalah aktiviti yang wajib dilakukan untuk melihat neighbourhood Istanbul dari sudut berbeza. Walaupun bukan tarikan utama, ini termasuk dalam senarai kami yang “must see“. Bermaksud, lawatan anda ke Istanbul tidak lengkap tanpa aktiviti ini.

bosphorus-cruise-neighbourhood
bosphorus-cruise-structure
  • Did you know: Bosphorus adalah selat tersempit dan antara yang tersibuk dengan purata 48,000 kapal dagang setahun merentasi Black Sea dan Sea of Marmara.
  • Location: Eminönü
  • Getting there: Naik tram dan turun di stesen Sirkeci.

Terdapat banyak operator yang mengedalikan boat tour di pelabuhan Eminönü dan berlepas hampir setiap jam. Anda boleh memilih mana-mana yang sesuai dengan masa anda.

Ketika pelayaran, anda hanya perlu duduk sambil menikmati pemandangan tebing sungai sehingga ke Fatih Sultan Mehmet Bridge sebelum bot berpatah balik ke darat.

Bot belayar berdekatan dengan tebing membolehkan anda melihat pelbagai struktur arkitektur, masjid, rumah orang-orang kaya dan juga Topkapi Palace.

  • Entrance fee: 20 TL
  • Plan to stay: 90 minit

Tips:

  1. Kami memilih Bosphorus Cruise by Turyol. Ada juga mengesyorkan Scenic Bosphorus Tour yang dikendalikan oleh operator IDO – Istanbul’s Fast Ferry and Seabus Company.

Senarai aktiviti yang boleh dibuat:

  1. Galata Bridge – Menghubungkan Eminonu ke kawasan perbandaran Beyoglu. Anda boleh menaiki tram merentasi jambatan atau berjalan di laluan pejalan kaki dari bawah.
  2. Luangkan sedikit masa untuk relaks dan makan malam di bawah Galata Bridge ini. Terdapat pelbagai pilihan restoran dan kafe sisha di sepanjang jambatan. Harga sedikit mahal tetapi berbaloi pada kami kerana atmosphere yang unik. 

8. Galata Tower

Galata Tower

Anda pasti tidak terlepas pandang pada menara yang sangat menonjol ini. Ia menjadi salah satu landmark di Istanbul dengan ketinggian 66.9 meter.

Galata Tower pada asalnya dibina sebagai Tower of Christ oleh koloni Genoese pada tahun 1348 menggantikan menara sebelumnya dibina dari kayu oleh maharaja Anastasius dalam 507 Masihi.

  • Did you know: Pada tahun 1630, Hazarfen Ahmet Çelebi melakukan percubaan terbang dengan sayap ciptaannya dari atas menara ini. Sayap itu dikatakan berjaya terbang sejauh 6km dari Bosphorus ke Üsküdar.
istanbul-galata-tower
istanbul-galata-tower-surround
  • LocationBüyük Hendek Caddesi
  • Getting there: Naik tram dari Eminönü untuk menyeberangi Galata Bridge dan turun di stesen Karakoy. Dari Karakoy buat pertukaran ke funicular dan turun di perhentian Tünel.

Terdapat sebuah restoran di atasnya dan anda boleh menikmati pemandangan panorama 360 darjah kotaraya Istanbul.

  • Entrance fee: 25 TL. Dibuka setiap hari dari jam 9AM-7PM.
  • Plan to stay: 1 jam

Tips:

  1. Walaupun boleh menaiki funicular, kami berjalan mendaki Yuksek Kaldirim Cadessi ke Galata Tower. Kami mengesyorkan anda berbuat demikian kerana street ini agak menarik. Ikut arah papan tanda yang tertulis “Galata Kulesi”.
  2. Terdapat kafe dibawah Galata Tower dimana anda boleh berhenti minum atau menikmati coffee. Jangan lupa untuk mencuba baked rice pudding yang popular disini.
  3. Jika anda teruskan perjalanan, anda akan sampai di Istiklal Cadessi iaitu Tünel Square stesen perhentian funicular.

Shopping di Istanbul

Grand Bazaar

Bazar ini mula dibuka sejak 1461 dan kini menempatkan sebanyak 4000 buah gerai di dalamnya.

Tempat ini menjual bermacam-macam barangan dari souvenirs sehinggakan ke barangan kemas dan antik. Harga barangan di Grand Bazaar kebiasaan boleh ditawar hampir separuh dari harga jualan. Jika ada barangan yang anda suka, beli terus kerana kemungkinan besar anda sesat dan tidak menjumpai penjual yang sama.

  • Entrance fee: Free. Dibuka setiap hari dari jam 8.30 a.m – 7 p.m kecuali Ahad.
  • Plan to stay: 3 jam

Istiklal Street

Istiklal Avenue

Istiklal Street adalah avenue yang paling terkenal dan liveliest di Istanbul. Ianya adalah kawasan pejalan kaki sejak 1988 bermula dari perhentian stesen funicular, Tünel sehingga ke Taksim Square.

istanbul-istiklal-street-4
istanbul-istiklal-street-1
istanbul-istiklal-street-2
  • Location: Beyoğlu. Jarak Istiklal Caddesi sehingga ke Taksim Square adalah 1.4km

Pada waktu malam, street ini dihidupkan oleh beratus buah bars dan clubs yang dikatakan telah berpusat disini lebih 150 tahun. Pada sebelah siang pula, street ini dibanjiri para pelancong dan local yang menjadikan suasana lebih sibuk.

Terdapat bangunan bersejarah kedutaan (embassy), gereja Armenian dan Romaic, restoran, teater, kedai dan banyak lagi.

Selain tumpuan sebagai pusat hiburan, street ini mempunyai daya tarikannya tersendiri dan menjadi salah satu tempat yang perlu dikunjungi ketika lawatan anda ke Istanbul.

Di penghujung Istiklal Caddesi, anda akan sampai di dataran terbuka iaitu Taksim Square. Terdapat sebuah tugu patriotik Ataturk dan juga pejuang revolusi yang lain.

istanbul-taksim-square
taksim-square-patriotic-statue
  • Entrance fee: N/A
  • Plan to stay: 2-3 jam

Tips:

  1. Jika anda terpaksa balik semula ke stesen perhentian funicular Tünel, anda boleh menaiki Beyoğlu Nostalgic Tram dari Taksim Square. Tram ini beroperasi dari Taksim ke Tünel setiap 20 minit sekali. Waktu operasi adalah Isnin-Jumaat dan Sabtu: 7 a.m. – 10.45 p.m. Ahad: 7.30 a.m. – 10.45 p.m.

Pengangkutan di Istanbul

Tram

Istanbul Tram

T1 Bağcılar- Kabataş adalah tram yang bakal kerap anda naiki ketika di Istanbul. Tram akan sampai setiap 10-15 minit sekali bermula dari jam 6AM sehingga 12 tengah malam.

Tips:

  1. Bağcılar: Tram menuju ke westbound/ outbound sehingga ke penghujung trek dan berhenti di stesen Zeytinburnu, di mana anda boleh bertukar ke Metro untuk ke Atatürk Airport atau Otogar (bus terminal).
  2. Eminönü: Tram menuju ke eastbound/ inbound sehingga ke pusat bandar (Laleli-Üniversite, Beyazıt-Kapalı Çarşı, Sultanahmet, Sirkeci), tetapi berhenti di pangkalan feri Eminönü. Sebelum menyeberangi Galata Bridge ke Karaköy.
  3. Kabataş: Tram menuju ke eastbound/ inbound melalui semua perhentian sehingga ke penghujung trek iaitu Kabatas. Dari Eminönü menyeberangi Galata Bridge ke Karaköy, Tophane dan Kabataş.

Klik disini untuk peta laluan Tram


Pengangkutan dari dan ke Atatürk Airport

Atatürk Airport Arrival Hall

Anda akan mendarat di Atatürk International Airport yang terletak di Yeşilyurt 23km sebelah barat pusat bandar Istanbul. Terdapat beberapa cara untuk ke pusat bandar dari Airport :

Metro & Tram

Kami menaiki Metro train ke tempat penginapan kami di kawasan Sultanahmet kerana mahu merasa sedikit adventure. Ianya murah tetapi lambat dan tidak mudah jika anda membawa banyak bagasi.

ataturk-airport-metro-signpost
metro-interchange

Anda boleh menaiki Metro train (di bawah airport) dan turun di Zeytinburnu untuk bertukar ke Kabataş tram yang menghala ke Sultanahmet Square, Sirkeci Station, (pelabuhan feri) Eminönü, Galata Bridge, Karaköy, (pelabuhan feri) Kabataş, Füniküler dan Taksim Square.

Dari pusat bandar ke Airport pula, naik Bağcılar tram dan turun di Zeytinburnu. Selepas itu, naik Metro train menghala ke Havalimanı (airport) dan turun di sini iaitu perhentian terakhir.

Shuttle Van

Shuttle van ini membuat penghantaran terus ke depan pintu penginapan. Tetapi anda kena tunggu sehingga ia menurunkan penumpang lain dulu jika lokasi penginapan anda jauh.

Tips:

  1. Kami naik shuttle van ke airport kerana mudah terus dari penginapan. Anda boleh tempah seawal 24 jam dan naik 3 jam sebelum jadual penerbangan.
  2. Menaiki bas tidak digalakkan kerana bas tidak mempunyai lorong sendiri. Selain itu, keadaan trafik yang sesak menyebabkan masa perjalanan lebih lama.

Tempat penginapan di Istanbul

Untuk penginapan, kami tidak akan membuat perincian atas alasan terlalu subjektif. Ini semua bergantung kepada jenis travel anda sama ada secara solo, couple atau family. Tetapi jika hostel semestinya YHA:

  • Sultan Hotel – Lokasi di Sultanahmet. Walking distance ke tarikan pelancong di sekitar.

Tempat makan di Istanbul

Mencari tempat makan di Istanbul adalah mudah kerana selain halal, ianya enak ditelan oleh lidah semua orang.

Kami tidak membuat penelitian tempat makan kerana topik ini sangat luas. Bila kami rasa lapar, kami berhenti di restoran yang dikerumuni ramai orang yang sudah pasti enak.

Walau bagaimanapun, kami mengesyorkan anda singgah di Hafiz Mustafa 1864 iaitu cafe yang menyajikan dessert, teh dan baklava. Baklava merupakan sajian istimewa dari Turki yang sangat terkenal di dunia.

istanbul-tea-and-baklava-hafiz-mustafa-1864-v1
baklava-hafiz-mustafa-1864
  • Location: Hamidiye Caddesi Eminönü
  • Getting there: Naik tram dan turun di stesen Sirkeci. Kafe ini sejauh 4 minit berjalan kaki menghala ke Hobyar Mahallesi.

Selain itu, ada satu street food yang anda kena cuba iaitu “Balik-Ekmek“. Sandwich ini berintikan ikan mackarel segar (dari Black Sea) dan dipanggan di atas grill yang luas. Separuh sandwich ini berharga cuma 5 TL.

Balik-Ekmek is a “must try” street food at Istanbul

Tips:

  1. Kami mengesyorkan anda mencuba Balik-Ekmek di gerai berikut sekitar pelabuhan Eminönü.
  2. Jangan lupa mencuba fresh juice jus yang dijual di gerai tepi-tepi jalan. Bukan saja murah, minuman jus ini diperah terus dari buah-buahan tanpa dicampur air dan gula.

Mencari free Wifi di Istanbul

Bukan saja Istanbul, mana-mana lokasi di Turki adalah mudah untuk mengakses internet. Kebanyakan tempat penginapan kini ada menyediakan perkhidmatan wifi percuma kepada guest.

Ini termasuk restoran, kafe, bar serta sesetengah pengangkutan awam seperti bas, tren dan di airport sudah menawarkan wifi percuma.

Kadang-kadang wifi percuma dihadkan kepada beberapa jam sehari tetapi ia sudah memadai bagi sesetengah traveller. Walaupun tahap kelajuan internet berbeza-beza, yang penting ianya adalah percuma!

Tips:

  1. Download apps “Zomato”. Apps ini mencari lokasi kafe dan restoran yang menawarkan wifi percuma.
  2. Cara meminta password wifi dari hotel atau restoran dalam bahasa Turki: “Wifi şifre” (VEE-fee SHEEF-reh)
  3. Virtual Private Network (VPN) – Tidak kira dimana anda mengakses internet, pastikan guna VPN bagi mengelakkan hackers mencuri maklumat dan data peribadi seperti kredit kad dan password.

Masa yang sesuai melawat Istanbul

Istanbul adalah destinasi yang anda boleh kunjungi pada bila-bila masa sahaja. Off season adalah waktu terbaik kerana tiket flight jauh lebih murah.

Berikut maklumat cuaca sewaktu kami ke sana di bulan April:

  • Temperature: 12°C / Low 8°C High 16°C
  • Sunshine: 6 jam
  • Rainfall days: 11, 60mm
  • Season: Spring

April adalah permulaan musim bunga di Istanbul. Walaupun siang harinya lebih panas, suhu boleh turun ke takat bawah 10°C pada sebelah malam.

Pastikan anda bawa jaket dan sweater yang sederhana tebal dan tahan sejuk.


Bajet ke Istanbul

Exchange rate: TRY₺1 = RM1.70

  1. Flight ticket: RM1510 (Malaysia Airline) – One Way
  2. ETA Visa: (Note 4)
  3. Accommodation: RM640 (3D2N)
  4. Transportation:
    • Airport transfer: RM17 (10TL Airport Shuttle Bus one-way)
    • Public: RM50
  5. Food & drink: RM150
  6. Entrance fees:
    • RM60 (20TL Topkapi Palace + 15TL Harem)
    • RM34 (20TL Ayasofya / Hagia Sophia)
    • RM17 (10TL Basilica Cistern / Yerebatan Sarnici)
    • RM21 (12TL Bosphorus Cruise Tour)

Misc:

  1. Souvenir: RM100
  2. Shopping: –

TOTAL: RM2499

Note:

  1. Matawang TRY (Turkish Lira).
  2. Anggaran bajet berdasarkan tempoh masa 3 hari 2 malam.
  3. To be safe; tambah 10% peratus dari jumlah bajet kerana anggaran di atas adalah secara kasar.
  4. Warga Malaysia boleh memasuki Turki tanpa visa selama 90 hari dengan syarat passport masih sah minimum 6 bulan dari tarikh luput.

Kesimpulan dari travel ke Istanbul

Turki adalah sebuah negara Islam yang moden. Jangan terperanjat jika anda melihat wanita berhijab menghisap rokok di tepi jalan kerana ianya adalah normal di sana.

Memilih penginapan di sekitar Sultanahmet menjadikan pergerakan lebih efisien kerana kebanyakan tarikan utama adalah walking distance. Akan tetapi, jika lambat anda terpaksa beratur panjang untuk masuk ke semua tempat tarikan pelancong di atas. Kami akui kesilapan di situ kerana terpaksa bangun lambat disebabkan masih jetlag.

Lawatan ke Topkapi Palace bakal mengambil masa separuh hari kerana keluasan istana ini. Bawa bekalan snek dan air minuman jika perlu.

Tram adalah pengangkutan utama di Istanbul dan sangat menyenangkan kerana kekerapan waktu operasi menyebabkan kita tidak perlu menunggu lama.

Kepada solo traveler, berhati-hati kerana anda mungkin menjadi sasaran pemangsa scam. Jauhkan diri dari mana-mana kelab malam yang menawarkan “belly dance” di kawasan Taksim atau Reina Club. Jangan sesekali mengikut orang yang tidak dikenali yang cuba beramah-mesra.

Apa-apapun, travel ke Istanbul adalah selamat walaupun banyak kedengaran tentang serangan pengganas di news. Kami menasihatkan anda untuk sentiasa alert dan berhati-hati dengan keadaan sekitar sebelum meninggalkan bilik.


Note: This article was accurate when it was published. Please confirm all details directly with the companies in question before planning your trip.

2 thoughts on “Travel ke Istanbul, Turki

  • October 22, 2017 at 10:59 am
    Permalink

    Bro, berapa hari sesuai untuk cover istanbul?

    Reply
    • October 22, 2017 at 2:28 pm
      Permalink

      kami rekomen 4 hari 3 malam (minimum) utk cover tempat2x seperti di atas..tapi kalau ikutkan trip kami di atas cuma 3 hari..terasa sedikit rush..

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *