Travel ke Melbourne, Australia

Jika anda sedang merancang trip ke Melbourne, ini bermakna, bukan kali pertama anda pernah ke Australia.

Kenapa kami berkata demikian? Kebanyakan first-timer pasti akan memilih Sydney daripada Melbourne kerana Sydney merupakan pintu masuk utama ke Australia.

Walaupun begitu, Melbourne miliki daya tarikannya tersendiri. Bandaraya metropolitan ini telah diiktiraf sebagai “UNESCO City of Literature” kerana kaya dengan sejarah kesasteraannya yang pelbagai.

Penerbangan tanpa henti ke Melbourne mengambil masa kira-kira 8 jam dari KLIA. Pintu masuk utama adalah melalui Melbourne Tullamarine Airport.

Berikut kami kongsikan pengalaman, tips-tips dan panduan ke Melbourne dari segi bajet yang sederhana.


Kenapa mahu ke Melbourne?

World's Most Liveable City

Melbourne merupakan tumpuan kebudayaan antarabangsa untuk penganjuran events dan festival, drama, muzikal, komedi, muzik serta arts, architecture, literature, history, filem dan televisyen.

Pendek kata, Melbourne adalah pusat kegiatan kebudayaan atau cultural centre.

Events dan festival seperti; Moomba Festival, Melbourne International Arts Festival, Melbourne International Film Festival, Melbourne International Comedy Festival, dan Melbourne Fringe Festival sahaja – telah berjaya menarik jutaan pelancong domestik dan antarabangsa.

Jadi tidak hairanlah anda ke sana kerana tertarik dengan kebudayaan dan kesenian yang ditawarkan Melbourne.

Selain itu, Melbourne juga terkenal dengan coffee culture sehinggakan dianggap sebagai “the coffee capital of Australia“.


Sedikit pengenalan tentang Melbourne

Melbourne adalah ibu negeri kepada Victoria dan juga merupakan bandaraya metropolitan kedua terbesar di Australia selepas Sydney. Dianggarkan jumlah penghuni Melbourne sudah mencapai 4.5 juta orang.

Kerana taraf pendidikannya yang tinggi, kebajikan kesihatan, pengajian dan pembangunan, pelangcongan dan kesukanan Melbourne telah dinobatkan sebagai “World’s Most Liveable Cities” oleh The Economist Intelligence Unit selama lima tahun berturut-turut (bermula 2011).

Penduduk Melbourne menggelarkan diri mereka “Melburnian“.


Tumpuan utama di Melbourne

Berdasarkan survey yang dijalankan oleh Melbourne Airport; dari peratusan pelancong luar yang datang sebanyak 62% telah melawat ke Federation Square, 51% ke Queen Victoria Market, 47% Crown Casino, 35% Eureka Skydeck 88, 27% Great Ocean Road dan lain-lain yang dibawah 20% kami tidak senaraikan disini.

Disebabkan Melbourne lebih cenderung kepada culture & arts, tumpuan utama yang kami senaraikan berikut adalah subjektif. Bermakna, ianya terpulang kepada anda.

Sama ada anda ke Melbourne sebab mahu menikmati festival, culture, arts galleries, coffee, tempat bersejarah atau melawat zoo, aquarium, theme park, … semuanya bebas dilakukan.

 1. Federation Square

Federation Square from Eureka Tower Skydeck by wikipedia

  • Location: Persimpangan diantara Flinders St dan Swanston St
  • Getting there: Naik tram dan turun di Flinders Street Station. Lintas ke seberang jalan dari traffic light.

Fed Square dibuka kepada umum pada 26 Oktober 2002. Ianya dibina bagi menandakan ulang tahun ke-100 persekutuan negeri-negeri di sini yang berasingan menjadi Komanwel Australia. Pembinaannya sedikit kontroversi kerana telah menelan perbelanjaan sebanyak AUD$450 juta.

  • Did you know: Permukaan tengah diturapi dengan lebih daripada 500,000 biji batu buntar yang dipotong daripada batu pasir di Gunung Jowlaenga di Kimberley, Western Australia dan disusun dengan tangan. Rekaan bangunan bersalut 3 jenis bahan (batu pasir, zink dan kaca) disusun mengikut bentuk geometri yang terdiri dari 5 segitiga yang membentuk sebuah panel. Muka bangunan mencorakkan maksud “persekutuan” dimana kalau diterjemah dari chemistry terms seperti; pelbagai unsur yang berlainan bercantum menjadi satu.
Federation Square

Federation Square by kakitravel365

Fed Square dibina bagi tujuan kebudayaan dan kesenian. Setiap tahun, Fed Square menempatkan lebih 2000 acara seperti pesta kebudayaan, pertunjukan acara sukan secara langsung, pameran, peragaan fesyen, filem, konsert dan banyak lagi.

fed-square-1
fed-square-2

Deakin Edge, The Atrium, Flinders St Amphitheatre, River Terrace, The Square dan Federation Wharf adalah lokasi dimana events akan diadakan. Anda boleh semak pada laman web mereka untuk events yang akan dianjurkan disini.

Walaupun tiada events, anda masih boleh melawat ke exhibitions di ACMI (Australian Centre for Moving Image) atau ke NGV (National Gallery of Victoria) untuk melihat pameran seni Australia termasuk karya dari anggota komuniti Aboriginal (Orang Asli Australia).

Senarai aktiviti yang boleh dibuat:

  1. Sewa basikal dari Rentabike yang terletak di Federation Wharf (sebelah sungai). Anda boleh pergi mengayuh basikal di sepanjang trek basikal di tebing sungai. Harga sewa basikal adalah AUD$15 (RM45) untuk sejam pertama dan AUD$5 bagi setiap jam yang berikutnya.
  2. Yarra River Cruises – nikmati lawatan sepanjang sungai Yarra yang ditawarkan tiga pengendali bot terbaik di sini. City River Cruises, Melbourne River Cruises dan Williamstown Bay and River Cruises menawarkan pakej berbeza mengikut citarasa anda.
  • Entrance fee: n/a
  • Plan to stay:  30 min-1 jam di kawasan sekitar Federation Square.

Tips:

  1. Datang awal pagi (sebelum jam 8 pagi) jika ingin bebas mengambil foto. Menjelang waktu tengahari, ramai pelancong mula berhimpun di Federation Square untuk lepak.
  2. Disebabkan cuaca di Melbourne yang selalu mendung, waktu pagi adalah yang terbaik untuk mengambil foto (sebaik selepas matahari terbit).
  3. Jangan lupa singgah di Best of Victoria yang terletak di underground level bangunan Melbourne Visitor Centre (photo) tempat dimana anda boleh membuat pertanyaan, mendapatkan brochure atau guided tour dan juga membeli official souvenirs dari Australia.
  4. City Ambassadors – Sukarelawan yang berpakaian merah berkeliaran di city centre. Mereka sedia membantu sekiranya anda ada apa-apa pertanyaan.
  5. Tandas awam disediakan (percuma) di dalam bangunan The Atrium.

Tarikan lain berdekatan Federation Square

1.1 – Flinders Street Station

Melbourne’s Iconic Building – Flinders Street Station

  • Location: Persimpangan diantara Flinders St dan Swanston St
  • Getting there: Lintas St Kilda Rd dari Federation Square. 

Bersebelahan dengan Fed Square ialah bangunan ikonik iaitu Flinders Street Station. Stesen ini merupakan train station yang tertua di Australia.

Flinders Street Station merupakan hub utama pengangkutan di Melbourne. Dianggarkan lebih 1500 buah trains dan 100,000 penumpang berulang-alik setiap hari dari situ menjadikannya terminal stesen keretapi yang tersibuk di Australia.

flinders-st-station-melbourne-2
flinders-st-station-melbourne-3
flinders-st-station-melbourne-4

Pada asalnya tingkat atas dibina bagi menempatkan perpustakaan, gym dan dewan kuliah tetapi, kemudian dijadikan dewan serbaguna. Pembinaannya siap pada tahun 1910 tetapi reka bentuk dalaman sentiasa diubah dengan pengubahsuaian yang terkini siap tahun 2008.

Platform utama sepanjang 708 meter merupakan platform keretapi yang keempat terpanjang di dunia.

1.2 – St Paul’s Cathedral

St Paul's Cathedral
st-paul's-cathedral-fed-square
  • Location: Flinders St
  • Getting there: Dari Melbourne Visitor Centre (Federation Square), lintas jalan dan belok kanan dari traffic light.

Pembinaannya siap sekitar tahun 1891 manakala menara-menaranya pula ditambah pada tahun 1926. Cathedral ini merupakan gereja besar penganut Kristian Anglican.

Kathedral ini juga berseberangan dengan Federation Square. Senibina kathedral ini dikategorikan sebagai Gothic Transitional iaitu senibina zaman medieval.

1.3 – Hosier Lane

Hosier Lane

Hosier Lane by kakitravel365

  • Location: Hosier Lane. Berseberangan dengan bangunan ACMI dari Fed Square.
  • Getting there: Dari Melbourne Visitor Centre (Federation Square), lintas jalan dan belok kanan ke arah St Paul’s Cathedral. Hosier Lane lebih kurang 100 meter ke depan (selepas theatre) lorong di sebelah kiri.

Melbourne juga dikenali sebagai “stencil capital of the world“.

Lorong ini merupakan paling terkenal dan dikhaskan untuk street art. Jika di Malaysia perbuatan ini sudah dikira vandalism, tetapi di Melbourne, ianya dianggap sebagai seni. Mengikut sejarah, street art disini telah menerima pengaruh graffiti dari New York sekitar tahun 70 dan 80-an.

hosier-lane-melbourne-1
hosier-lane-melbourne-2
hosier-lane-melbourne-3

Pelukis street art terkenal, Banksy pernah melukis “parachuting rat” di Hosier Lane sebelum pekerja majlis perbandaran Melbourne secara tidak sengaja mengecat balik untuk tujuan penyelenggaraan.

"Parachuting rat" oleh Banksy

“Parachuting rat”

Untuk pengetahuan anda, karya Banksy dijual beratus ribu di galleri-galleri seni. Banksy menjadi perhatian dunia kerana hasil karya seni yang unik dan mempunyai ciri-ciri tersendiri.


2. Queen Victoria Market (QVM)

Queen Victoria Market, Melbourne

  • Location: Persimpangan diantara Queen St, Elizabeth St dan Therry St.
  • Getting there: Naik tram dan turun di perhentian Elizabeth St.

Juga dikenali sebagai “Vic Market” atau “Queen Vic”. Market ini dibuka setiap hari dari jam 6 pagi dan tutup pada hari Isnin dan Rabu. Setiap gerai di market ini terletak di bawah bangsal atau shed, kecuali bahagian “delicatessens” dan kafe-kafe di hadapan yang selari dengan pintu masuk utama. Delicatessens adalah bahagian dimana anda boleh mencari coffee beans, breads, cheese, serta pelbagai jenis makanan yang dijual dengan murah.

  • Did you know: Tapak pembinaan QVM adalah di atas tanah perkuburan pertama di Melbourne.

Market ini adalah sangat besar dan terbahagi kepada dua kawasan utama:

  1. Food area – dimana bermacam jenis makanan dijual dari buah-buahan segar, organik sehingga ke keju tua. “Delicatessens” (photo) adalah section dimana anda kena pergi dan lihat sendiri.Delicatessens - Queen Victoria Market, Melbourne
  2. Merchandise area – dimana pakaian dijual, alat-alat mainan, souvenirs dan bermacam lagi.

Senarai makanan yang mesti dicuba: 

  1. American Doughnut Kitchen – Kepada penggemar kuih donut, jangan lepaskan peluang untuk menikmati keenakan “Hot Jam Doughnut” yang lagenda di QVM ini. Bebola donut ini digoreng fresh dan memang lazimnya terkenal di kalangan local sejak 1950-an lagi. Harga sepaket dijual AUD$5.50 untuk 5 biji donut. Lokasi gerai “van” ini parking tepi jalan di Queen St berdekatan dengan “I” Shed.
    Shed "I" - Lokasi American Doughnut Kitchen, Queen Victoria Market, Melbourne

    Shed “I” – Lokasi American Doughnut Kitchen, Queen Victoria Market, Melbourne

    Queueing

    Hot Jam Doughnut

    Hot Jam Doughnut

  2. Market Lane Coffee – Terletak di Therry St bangunan beseberangan dengan QVM. Kepada penggemar coffee, cubalah minum flat white disini kerana kafe ini menggunakan susu lembu organik yang berkualiti tinggi.
  3. BoreksTurkish bread yang semurah AUS$3. Terdapat pelbagai pilihan tetapi Spicy Lamb adalah yang terbaik. Kedai terletak di Deli Hall nombor 95-96.

Tiada yang paling nikmat bersarapan pagi dengan hot jam donut sambil minum flat white. Begitulah cara kami mulakan hari di QVM.

coffee-and-hot-jam-doughnut-QVM

Market ini bukan saja menjadi tumpuan pelancong, tetapi juga di kalangan local yang mencari bahan mentah fresh.

  • Entrance fee: n/a. Dibuka dari jam 6AM-2PM pada hari Selasa & Khamis. 6AM-5PM pada hari Jumaat. 6AM-3PM pada hari Sabtu. 9AM-4PM pada hari Ahad. Tutup pada hari Isnin dan Rabu.
  • Plan to stay: 1-2 jam.

Tips:

  1. Kami cadangkan anda datang seawal pagi yang boleh untuk mengelakkan crowd terutamanya pada hari Sabtu.
  2. Jika berminat, anda boleh mengambil tour untuk meneroka kawasan market yang bersejarah ini dengan lebih terperinci. Tour akan mengambil masa kira-kira sejam dan bayaran yang dikenakan dalam AUD$20 (RM60).
  3. Jika luggage anda masih banyak kosong, beli sabun di Soapbox. Kami membeli lemongrass kerana baunya yang sangat harum.
  4. Membeli souvenirs, t-shirts atau fridge magnet dengan harga lebih rendah di sini berbanding di kawasan pelancong lain.
  5. Kami menasihati anda supaya datang awal kerana market ini sangat luas dan banyak area untuk di cover. Jangan lupa bawa shopping bag sendiri.

Klik disini untuk peta-QVM-market

2.1 – Queen Victoria Night Market

Pada sebelah malamnya pula, QVM akan menganjurkan night market atau kita panggil “pasar malam” di Malaysia. Bezanya dengan Malaysia, pasar malam ini tidak dianjurkan sepanjang tahun.

Queen Victoria Night Market ini cuma diadakan pada musim panas dan sejuk sahaja dan hanya dibuka setiap Rabu dari jam 5 petang hingga 10 malam.

Kerana sambutan yang menggalakkan, ianya telah menjadi acara tahunan di Melbourne sejak mula dianjurkan pada tahun 1998.

Sekarang (2016) sudah masuk musim ke-18, night market ini berjaya menarik lebih 25,000 pelanggan setiap minggu. Terdapat 200 gerai di night market ini yang terdiri lebih dari 60 gerai makanan, (coffee) bars, live bands, wine tasting dan banyak lagi.

Jangan lepaskan peluang ke night market ini, kerana ianya merupakan pasar malam berbentuk karnival yang pasti meriah berbanding dengan di Malaysia. Night market ini juga dikenali sebagai Suzuki Night Market kerana jenama Suzuki adalah penganjur utama.

Sayangnya, kami tidak sempat ke sini kerana night market ini sudah berakhir seminggu sebelum kami sampai.

3. Eureka Skydeck 88

eureka-skydeck-88-fed-square
eureka-skydeck-88
  • Location: Riverside Quay
  • Getting there: Naik tram dan turun di Flinders Street Station. Dari situ berjalan kaki merentasi jambatan sungai Yarra lebih kurang 10 minit.Laluan pejalan kaki ke Eureka Skydeck 88 dari Flinders Street Station

Lawati Eureka Skydeck 88 untuk pemandangan bandaraya Melbourne yang terbaik. Terdapat viewing platform yang dikatakan tertinggi di Hemisfera Selatan untuk meninjau kota Melbourne dari bangunan yang berketinggian 297 meter ini.

  • Entrance fee: Harga tiket masuk untuk ke Skydeck adalah AUD$20 (RM60) dewasa. Dibuka dari jam 10AM-10PM setiap hari.
  • Plan to stay: 2 jam.

Tips:

  1. Jika anda bercadang untuk ke “The Edge”, anda kena upgrade tiket dengan menambah AUD$12 (RM36). The Edge adalah glass cube yang membonjol keluar dari Skydeck. Awas! Bukan untuk orang yang lemah semangat dan gayat.

    "The Edge" at Eureka Skydeck 88

    “The Edge” at Eureka Skydeck 88

Lain-lain tumpuan di Melbourne

Terdapat banyak lagi tempat-tempat lain yang menarik di Melbourne. Tempat yang kami senaraikan diatas adalah senarai kami yang “must see” untuk first timer.

Kebanyakan tempat tarikan lain adalah di sekitar Melbourne CBD dan senang untuk dikunjungi. Lain-lain tumpuan kami rasakan optional, bergantung pada objektif dan berapa banyak masa yang anda ada. Dan sudah tentu bergantung pada bajet yang anda sanggup keluarkan.

Klik disini untuk 20 tarikan pelancong popular ke Melbourne


Shopping di Melbourne

Kami tidak menekankan shopping di Australia kerana bukanlah objektif utama. Jika anda ingin shopping, anda boleh ke Bourke Street Shopping Mall, Swanston atau Little Collins Street.

Swanston St

Anda juga boleh membeli souvenir di Swanston St. Bagi kami sedikit murah dari tempat-tempat lain di Melbourne selain di QVM.


Pengangkutan di Melbourne

City Circle Tram (Free)

City Circle Tram

City Circle Tram by kakitravel365

Servis tram ini adalah percuma dan beroperasi setiap 12 minit sekali dari kedua belah arah. Tram ini  membuat pusingan mengelilingi sentral Melbourne sehingga ke Docklands sebelum kembali.

Rangkaian laluan City Circle Tram juga berhubung dengan pengangkutan awam lain seperti tram, train dan bas di Melbourne.

Pastikan anda naik dari perhentian tram yang ditandakan dengan “City Circle.”

Waktu operasi adalah; dari jam 10AM – 6PM pada hari Ahad hingga Rabu. Khamis, Jumaat dan Sabtu sehingga jam 9 malam.

Kami menaiki tram ini dari depan St Paul’s Cathedral dan berhenti di Melbourne Central Station. Kami nasihatkan anda menaiki tram ini jika berkesempatan.

Klik disini untuk peta laluan City Circle Tram

Melbourne Visitor Shuttle

melbourne-visitor-shuttle

Melbourne Visitor Shuttle ini berhenti di 13 buah lokasi yang merupakan tarikan pelancong. Bas ini menawarkan perkhidmatan wifi serta komentari audio sambil bergerak.

Konsep bas ini adalah hop-on-hop-off dimana anda bebas untuk berhenti dan naik di perhentian yang ditandakan. Perjalanan tanpa henti kesemua 13 perhentian mengambil masa selama 1-1/2 jam.

Tiket dijual pada harga AUD$10 (RM30) dan valid selama 2 hari. Kanak-kanak berumur 9 tahun dan kebawah menaiki percuma. Bas ini beroperasi setiap 30 minit sekali dari jam 9.30AM-3.45PM.

Tiket boleh dibeli online, di airport atau Best of Victoria di Melbourne Visitor Centre (Federation Square) dan juga pada mesin tiket di setiap perhentian.

Untuk maklumat lanjut, sila muat turun risalah Melbourne Visitor Shuttle

Pengangkutan Awam

flinders-st-station-tram-stop-v1
flinders-st-station-tram-pass-by
Route 3:3a

Bermula dari 1 Januari 2015, Public Transport Victoria memperkenalkan “Free Tram Zone” di Melbourne CBD. Sekiranya anda menaiki tram dalam lingkungan zone ini, anda tidak perlu menggunakan myki, melainkan anda turun atau naik luar daripada zone ini. (Myki adalah kad “pay-as-you-go” sama seperti Touch ‘n Go)

Menaiki tram adalah cekap dan mudah di CBD. Ini kerana tram yang datang adalah kerap dan masa menunggu cuma beberapa minit.

tram-melbourne-1
tram-melbourne-2

Untuk menaiki tram, anda kena membeli kad myki.

Sila lawati laman web Public Transport Victoria untuk maklumat lanjut, atau klik pada link berikut untuk maklumat yang kami sudah rumuskan:

Klik disini untuk mengetahui penggunaan kad Myki pada tram di Melbourne


Pengangkutan dari dan ke Melbourne Airport

Airport Skybus Bus
skybus-airport-melbourne

Skybus ini hanya beroperasi ulang-alik dari Melbourne Airport ke Southern Cross Station sahaja. (Southern Cross Station adalah terletak city centre seperti KL Sentral).

Servis skybus ini adalah 24/7 termasuk pada cuti umum. Kekerapan bas ini adalah setiap 10 minit sekali. Harga tiket sehala ke terminal di Southern Cross Station adalah AUD$19 (RM57). Perjalanan ke Southern Cross Station mengambil masa 20-30 minit bergantung kepada trafik.

Kami mengambil Airport Skybus Bus ke Southern Cross Station kerana flight kami tiba pada jam 1 pagi. Bas ini ada menyediakan perkhidmatan wifi kepada penumpang dan kami sangat berpuas hati kerana sempat menghantar WhatsApp memaklumkan famili yang kami sudah selamat tiba.

Tips:

  1. Keluar saja anda di ketibaan antarabangsa belok ke arah kanan. Booth jualan tiket beberapa meter saja dari pintu keluar airport.skybus-stop-at-melbourne-airport-v1
  2. Skybus Hotel Transfer Service – Perkhidmatan pick-up atau drop-off percuma naik bas mini ke (atau dari) hotel penginapan. Waktu operasi; Isnin-Jumaat 6AM-11.30PM, Sabtu dan Ahad 6AM-7PM. Jika anda tiba di Southern Cross Station dalam waktu operasi bas mini ini, pergi ke booth Hotel Transfer Service dan minta drop-off. Anda juga boleh minta pick-up dari tempat penginapan paling kurang sejam awal – tertakluk kepada kekosongan.
  3. Bas mini ini tidak pergi ke semua tempat penginapan terutamanya yang jauh dari Melbourne CBD. Semak di sini untuk senarai hotel yang menyertai servis ini.

Kami terpaksa mengambil teksi kerana tiba pada jam 2.30 pagi di Southern Cross Station. Ketika pergi balik ke airport, kami minta bas mini pick-up dari depan hotel. Pastikan anda buat booking sehari sebelum check-out dari depan kaunter penginapan.

Sila lawati laman web Airport Skybus untuk dapatkan jadual waktu bertolak dari Southern Cross Station.

VHA Shuttle Bus

Usah risau kalau penginapan anda tidak tersenarai dengan Airport Skybus. Anda masih boleh menaiki VHA shuttle bus. Servis shuttle bus (atau kita panggil “van” di Malaysia) ini sama seperti Skybus, bezanya anda tidak perlu ke Southern Cross Station.

Van ini membuat penghantaran drop-off terus ke hotel dari airport. Harga yang dikenakan adalah AUD$20 (RM60) one-way dan AUD$36 (RM108) return. Booking boleh dibuat online atau 24 jam sebelum ketibaan. Van ini beroperasi dari jam 4.30AM – 8PM. Luar dari waktu ini, AUD$10 surcharge tambahan akan dikenakan.

Selain servis ulang-alik dari dan ke airport, VHA shuttle bus ini juga boleh disewa untuk tour ke Great Ocean Road, Phillip Island atau Sovereign Hill.

Tips:

  1. Jika anda travel berkumpulan (lebih dari 3 orang), mengambil servis van ini adalah berbaloi. Jika anda travel seorang atau dua, lebih baik menggunakan Skybus kerana lebih murah, servis yang kerap dan tidak perlu menunggu lama.
  2. Disebabkan van ini membuat untung atas bilangan kepala, anda terpaksa menunggu penumpang lain sehingga penuh baru van bergerak.
  3. Jika lokasi penginapan anda jauh, anda kena tunggu sehingga shuttle bus ini menurunkan penumpang lain dulu sebelum giliran anda.
  4. Penumpang dihadkan kepada 2 bagasi seorang (satu luggage besar dan satu hand carry) dan extra charge dikenakan jika terlebih.

Tempat penginapan di Melbourne

Untuk penginapan, kami tidak akan membuat perincian atas alasan terlalu subjektif. Ini semua bergantung kepada bajet anda dan jenis travel anda sama ada secara solo, couple atau family. Tetapi jika hostel semestinya YHA (Youth Hotel Australia):

Melbourne Metro YHA – 2.3km dari Southern Cross Station.

Kami menginap di Tune Hotel Melbourne, Carlton.

Kami memilih penginapan ini kerana:

  1. Harga yang murah standard hotel 3 bintang
  2. Lokasi dua tram stop selepas “Free Tram Zone”
  3. Tram stop (Queensberry St) cuma perlu berjalan 30 meter dari hotel
  4. Walking distance ke Queen Victoria Market dan Lygon Street
  5. Perkhidmatan pick-up mini bas (Skybus) dari depan pintu
  6. Wifi percuma (sudah termasuk harga hotel. Kalau tidak, AUD$10 untuk 24 jam)

Tips:

  1. Pastikan anda tahu masa check-in tempat penginapan anda. Kebanyakan penginapan hanya boleh dimasuki selepas jam 2 petang. Tune Hotel Melbourne mengenakan bayaran AUD$22 untuk early check-in.
  2. Untuk mendapat best deal, anda boleh tempah melalui Expedia. Kami rasa lebih murah berbanding Agoda dan Booking.com

Tempat makan di Melbourne

1. Degreaves Street

Degreaves Street

Degreaves Street by kakitravel365

  • Location: Degraves Street terletak diantara Flinders Street dan Flinders Lane.
  • Getting there: Dari Flinders Street Station, lintas ke seberang jalan di traffic light. Lorong ini betul-betul berhadapan dengan Flinders Street Station berdekatan United Backpackers.

Street ini berkonsepkan suasana Eropah dimana terdapat banyak kafe sebelah-menyebelah. Anda dapat menghidu aroma coffee yang kuat kerana disinilah coffee street yang menjadi tumpuan coffee lover seperti kami.

Tidak hairanlah kenapa Melbourne digelar “coffee capital of Australia“. Dimana-mana saja terdapat kafe yang menjual coffee yang sedap belaka.

Cafe & Burger Bar at Degreaves Street

Antara kafe yang popular di street ini adalah Degreaves Espresso, The Quarter dan Cafe Andiamo. Jika anda ingin menukar selera, pilihan lain seperti Waffle On yang menjual French baguettes atau The Organic Food & Wine Deli (TOFW) yang menjual pies, salads, sandwiches, burgers dan wraps.

2. Lygon Street

Street ini dikenali sebagai “Melbourne’s Little Italy“. Terdapat banyak restoran menghidangkan sajian Itali di sepanjang street ini.

Jika anda teringin makan pizza, cubalah Tiamo pizza. Atau minum kopi di Seven Seeds coffee dan makan pastries di La Colline. Kami ke sini untuk mencuba pastri lagenda di Brunetti Cafe.

Brunetti Cafe, Carlton
brunetti-carlton-pastries-4
brunetti-cafe-melbourne
  • Location: Lygon Street
  • Getting there: Naik Tram 1 (East Coburg) dan turun di Elgin Station. Jalan 5 minit menuju ke arah stesen minyak Shell.

Kafe ini berasal dari Rome dan cukup terkenal sehinggakan menjadi ikon Melbourne. Jika anda penggemar pastri, tempat ini adalah heaven. Selain pastri, kafe ini juga menghidangkan makanan tradisional Itali seperti pizza, pasta, spaghetti dan banyak lagi.

Pastikan anda mencuba pastri doughnut (photo) “bigne” ini.

brunetti-carlton-pastries-1
pastry-at-brunetti-carlton-melbourne
Bigne di Brunetti Charlton, Lygon St, Melbourne

Bigne

  • Did you know: Bigne istimewa bagi orang Itali kerana ia dibuat sempena mengingati suami Mary. Bigne dijamu khas ketika Saint Joseph’s Day yang disambut setiap 19 Mac. Di Rome, pasti ini dikenali sebagai “Bigne di San Giuseppe”

Anda akan rambang mata kerana pelbagai pilihan pastri di kafe ini. Kalau anda tengah berdiet, jangan datang kerana anda pasti tidak mampu menahan.

Tips:

  1. Pada weekend, kafe ini sangat sibuk dan susah untuk mendapatkan tempat duduk.
  2. Anda kena berbaris terlebih dahulu mengambil nombor sebelum boleh membuat order.
  3. Seketul pastri berharga AUD$2.50. Sekali order diantara AUD$6-20 bergantung pada saiz pastri yang anda pilih.

Food Trucks

Street food adalah merupakan food culture di Melbourne. Terdapat banyak food trucks yang berniaga di sekitar Melbourne dan lokasi mereka berubah-ubah.

Jika anda ternampak food truck yang tengah parking di tepi jalan, cuba tengok menu mereka. Bukan saja murah, bahkan makanan yang dibuat adalah sedap belaka.

Mr Burger adalah salah satu yang famous dan pernah mendapat gelaran ‘Best Food Truck of 2012‘. Selain itu, pelbagai lagi food trucks yang ada di sekitar Melbourne seperti Gumbo Truck (New Orleans – inspired food), Afrofeast (African), Taco Truck (Mexican) dan banyak lagi.

Klik disini untuk mengetahui apa makanan yang mesti dicuba di Australia


Mencari free Wifi di Melbourne

Baru-baru ini, banyak wifi hotspots percuma di lokasi tarikan pelancong sekitar Melbourne. Tidak terkecuali di Flinders St Railway Station, anda boleh connect ke “Metro Wi-Fi” network. Kafe, bars dan restoran juga ada menyediakan wifi percuma dimana anda cuma perlu beli minuman atau makanan.

Lokasi lain yang kami jumpa ada wifi percuma adalah di:

  • Melbourne Airport
  • Airport Skybus
  • Federation Square
  • Melbourne Visitor Centre
  • State Library Victoria
  • Queen Victoria Market

Kami sentiasa memastikan tempat penginapan kami ada wifi walaupun tidak percuma. Ini kerana masa yang kami ada untuk melayari internet adalah selepas balik ke hotel penginapan.

Tips:

  1. Download apps “Zomato”. Apps ini mencari lokasi kafe dan restoran yang menawarkan wifi percuma.
  2. Berhati-hati menggunakan wifi percuma di public kerana maklumat anda boleh terdedah. Pastikan anda pasangkan VPN (Virtual Public Network) atau muat turun aplikasi ke dalam smartphone anda.

Masa yang sesuai melawat Melbourne

Melbourne adalah destinasi yang anda boleh kunjungi pada bila-bila masa sahaja. Kami memilih off season kerana tiket flight yang lebih murah.

Berikut maklumat cuaca sewaktu kami ke sana di bulan April:

  • Temperature: 19°C / Low 14°C High 24°C
  • Sunshine: 8 jam, chance of sunny day 12%, rain 29%, cloudy 30%, windy 45%
  • Rainfall days: –
  • Season: Autumn

Bajet ke Melbourne

Exchange rate: AUD$1 = RM2.9254

  1. Flight ticket: RM1852 (Emirates)
  2. ETA Visa: RM60 ($20)
  3. Accommodation: RM730 ($80-100/night)
  4. Transportations:
    • Airport transfer: RM108 ($36 Airport Skybus-return)
    • Public: RM42 ($14 myki value pack starter) + RM70 ($7.52 daily cap)
    • Taxi: RM45 ($15)
    • Melbourne Visitor Shuttle: RM15 ($5)
  5. Food & drink: RM360 ($30 daily)
  6. Entrance fees:
    • RM60 ($19.5 Eureka Skydeck 88)
    • RM375 ($125 Great Ocean Road Tour)

Misc:

  1. Souvenir: RM150 (min. $15 per item)
  2. Shopping: –

TOTAL: RM3,492

Note:

  1. Matawang AUD (Australian Dollar). Untuk memudahkan pengiraaan, kami bundarkan AUD$1=RM3 di dalam post ini.
  2. Anggaran bajet berdasarkan tempoh masa 4 hari 3 malam.
  3. To be safe; tambah 10% peratus dari jumlah bajet kerana anggaran di atas adalah secara kasar.

Kesimpulan dari travel ke Melbourne

Tempoh masa yang ideal untuk ke Melbourne adalah seminggu. Disebabkan kami berada di Melbourne cuma 4 hari 3 malam sahaja, kami belum puas secukupnya.

Plan asal kami adalah ke New Zealand. Disebabkan tiada direct flight dari KL, kami terpaksa ke Melbourne dulu sebelum menaiki Jetstar ke Queenstown.

Sambil menghilangkan jetlag, apa salahnya singgah di Melbourne? Lagipun kami memang sudah lama tertarik dengan coffee culture, cafestreet arts dan budaya hipster Melbourne.

Kalau dibandingkan dengan Sydneysider, Melburnian lebih fashionista dan minat karya seni, lebih suka berbasikal, lepak di kafe, budaya food truck, suka muzik, konsert live dan cerewet minum coffee.

Bagi kami, penginapan sedikit mahal di Melbourne kalau compare dengan Sydney. Tetapi pengangkutan awamnya lebih murah dan reliable terutamanya tram.

Cuaca di Melbourne pula selalu mendung dan susah untuk melihat hari yang cerah. Kami bernasib baik kerana dapat melihat awan biru sekali, itupun pada sebelah petangnya pula hujan turun.

Seperti yang kami katakan sebelum ini, Melbourne lebih cenderung kepada culture & arts. Tidak hairanlah kenapa mereka menjadi tuan rumah kepada events dan festival antarabangsa, kerana budaya mereka yang menghargai segala jenis seni. Malaysia belum sampai lagi ke tahap ini, tetapi ada harapan di masa hadapan kerana budaya kita yang pelbagai.

Jika anda berkesempatan ke Australia, ambillah peluang untuk ke mana-mana events dan festival di Melbourne. Dengan itu, barulah anda akan tahu kenapa bandaraya ini dipanggil “World’s Most Liveable City“.


Himpunan photo travel di Melbourne

fed-square-early-morning
melbourne-city-scrappers
fed-square-walk
market-lane-coffee
fed-square-central
brunetti-carlton-melbourne

Note: This article was accurate when it was published. Please confirm all details directly with the companies in question before planning your trip.

5 comments on “Travel ke Melbourne, Australia”

  1. Amir says:

    Melbourne merupakan antara bandar yg mempunyai DFO (Direct Factory Outlet) di dalam bandar. Boleh diconsider ala-ala JPO, A Famosa FO and Mitsui la ni. Selaku org Malaysia, tak sah la kan kalo kiter xshopping. Sebab ada benda murah kalo kena dgn caranya.
    Terletak tak jauh dari Southern Cross Station and Dockland, terdapat DFO South Wharf. Kalo kiter naik Free Tram ke Harbour Town, ada Harbour Town Melbourne Outlets & Shopping Centre.
    Utk yg premium shopping centre, boleh la melawat Chadstone Shopping Centre, ala-ala
    Pavilion dah tempat ni. Terletak setengah jam dr Federation Square dan mempunyai bas percuma setiap hari. Bas ni akan menunggu penumpang yg ingin ke Chadstone ni di Federation Square. Mostly, barang yg dijual high end namun ada juga kedai yg buat sale and mampu milik.

  2. Lela says:

    Link – 20 tarikan pelancong popular ke Melbourne, Australia – tak berfungsi =(

    1. kakitravel365 says:

      Hi Lela..kami dlm proses memperbetulkan link tersebut..thnx for highlighting..

  3. rahimi abdullah says:

    saya ingin ke melbourne pd 27 nov 17-2 dis 17 dengan thtravel.
    1.berapa jam kah dari kuala lumpur-melbourne
    2.bagimana dengan tandas ditempat pelancong buffing billy,philips island-chocolate factory,peguin paradde,koala convention center,ballarat,sovereign hill,harbour tour DFO,
    harbour factory outlet,harbour tour factory,ocean road avenue dll tempat pelancongan.ini pertama kali keautralia untuk melancong.ingin maklumat dari semua.tk

    1. kakitravel365 says:

      1. KL-Mel akan mengambil masa lebih kurang 8 jam
      2. Tentang kemudahan tandas di tempat2x senarai diatas, usah risau kerana tandas adalah tersedia dan bersih seperti di shopping mall Msia.

      Pastikan anda print/ simpan copy semua itinerari, tiket penerbangan, hotel, visa pelancong untuk mengelakkan ditahan pihak imigresen. Tempoh masa lawatan diatas adalah musim panas dan pastikan anda membawa sun-screen kerana panas di Australia lebih terik berbanding di Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *