Travel ke Queenstown, New Zealand

Queenstown merupakan destinasi pelancongan yang paling popular di New Zealand dan sememangnya terkenal sebagai alpine resort terunggul di dunia.

Flight dari East Coast Australia ke Queenstown, New Zealand
Flight dari East Coast Australia ke Queenstown, New Zealand

Untuk ke sini, anda tidak perlu landing di Auckland terlebih dahulu sebelum mengambil flight domestik. Sebaliknya, syarikat penerbangan Air New Zealand, Qantas, Jetstar dan Virgin Australia terbang direct dari sebelah East Coast Australia.

Berikut kami kongsikan pengalaman, tips-tips dan panduan ke Queenstown dari segi bajet yang sederhana.


Kenapa mahu ke Queenstown?

Queenstown Bay
Queenstown Bay

Queenstown menerima kemasukan lebih 2 juta pelancong setiap tahun dari dalam dan luar negara. Ianya memegang reputasi sebagai destinasi pelancongan 4 musim yang terunggul di hemisfera selatan. Pendek kata, tidak kira musim apa anda datang sekali pun, Queenstown tetap menjanjikan apa jua aktiviti menyeronokkan bersesuaian dengan musim.

Traveller luar biasanya menjadikan Queenstown sebagai destinasi terakhir mereka di New Zealand.

Akan tetapi, kami memulakan siri jelajah dari sini selepas mendapati South Island lebih cantik berbanding North Island. Mengikut pendapat kami yang pernah menjelajah dari North Island sebelum ini, landskap South Island lebih dramatik kerana banyak kawasan bergunung-ganang.

Queenstown menggambarkan New Zealand sebenar yang kita bayangkan. Pekan ini sangat tenang dengan landskap pergunungan dan udara yang segar menjadikannya titik permulaan travel yang amat sesuai ke New Zealand.


Sedikit pengenalan tentang Queenstown

Queenstown terletak di pinggiran Lake Wakatipu, pertengahan daerah Otago dan berkedudukan 310m dari paras laut. Populasi penduduk secara keseluruhannya dianggarkan sebanyak 28,224 orang.

Pemandangan pusat bandar Queenstown
Pemandangan pusat bandar Queenstown

Mengikut sejarah, Queenstown dulu kalanya terkenal di kalangan Maori dengan moa (flightless bird) dan pounamu (native greenstone) sebelum penemuan emas di Arrow River oleh orang Eropah sekitar tahun 1862.

William Gilbert Rees dan Nicholas Von Tunzelmann adalah pengembara Eropah yang pertama mendirikan penempatan di Queenstown pada tahun 1860.

Disebabkan kebanjiran pelombong emas, Rees mengubahsuai kandang biri-birinya menjadi hotel “Queen’s Arms” yang sekarang dikenali sebagai follow Eichardt. Rees juga telah dianggap sebagai pengasas Queenstown.

Tastylia Sedikit fakta tentang Lake Wakatipu http://ipjornal.com/tema/noticias-de-desporto/futebol-noticias-de-desporto/page/14 :

Lake Wakatipu sepanjang 84km dan merupakan tasik terpanjang di New Zealand dengan keluasan 291km2. Dasar terdalam tasik ini adalah 380m dan dikatakan lagi dalam dari paras laut di hemisfera selatan.

Lake Wakatipu boleh dinikmati sepanjang perjalanan menuju ke Glenorchy atau pendakian ke atas Queenstown Hill untuk mendapatkan pemandangan panorama tasik ini.


Tumpuan utama di Queenstown

Sewaktu musim sejuk, Queenstown menjadi tumpuan utama sukan bersalji. Pelancong Eropah atau dari negara-negara di hemisfera utara (yang ketika itu mengalami musim panas) akan datang untuk bermain ski dan snowboarding.

Selain sukan bersalji, Queenstown turut menjadi pusat aktiviti lasak seperti bungy jumping, paragliding, sky diving, jet boating, mountain biking serta banyak lagi sehinggakan digelar sebagai “ Adventure Capital of New Zealand“.

Jika anda bukan penggemar aktiviti lasak, Queenstown turut menawarkan aktiviti outdoor yang relaks seperti bermain golf, memancing, berkayak, hiking, menaiki gondola dan banyak lagi.

Memandangkan Queenstown adalah sebuah pekan resort, tumpuan utama disini adalah subjektif. Tiada tarikan khas yang simbolik tetapi terdapat banyak aktiviti outdoor yang simbolik jikalau dibuat di sini – salah satunya ialah skydiving.

Berikut adalah tumpuan yang kami rasakan optional dan bergantung pada minat dan bajet anda.

1. Skyline Gondola

Skyline Gondola ini mendaki setinggi 450m dan merupakan yang tercuram di hemisfera selatan.

queenstown-skyline-gondola
Skyline Gondola
  • Location: Brecon Street

Gondola ini adalah jalan penyelesaian mudah bagi yang tidak mahu bersusah-payah mendaki sehingga ke Bob’s Peak.

Senarai aktiviti yang boleh dibuat:

  1. AJ Hackett Bungy – Membuat bungee di sini adalah terbaik latar belakang pergunungan Remarkables yang ikonik.aj-hackett-bungy-ledge-swing
  2. Queenstown Luge – Naik gondola sampai atas dan menggelongsor ke bawah atas luge (sejenis go-kart). Ini adalah aktiviti yang sesuai untuk semua peringkat umur.
  • Entrance fee: NZD$30 (RM90) dewasa tidak termasuk Luge.
  • Plan to stay: 2-3 jam

Tips:

  1. Anda disarankan membuat luge di antara waktu 10AM-1PM kerana masa menunggu giliran boleh mencecah 45 minit selepas jam 2PM.
  2. Tempahan awal yang dibuat secara online (dari laman web: bookme.co.nz) akan mendapat diskaun.

2. KJET Jet Boat Tour

queenstown-kjet-2
queenstown-kjet-boat-tour-marine-parade
  • Did you know: KJet Queenstown merupakan syarikat pertama di dunia komersil Jet bot ini
  • Location: Main Town Pier/ Marine Parade

Pengalaman menaiki bot laju yang pasti tidak dapat dilupakan selama 60 minit. Bot ini memecut dengan kelajuan 85km/sejam (pada kedalaman kurang dari 10cm) melalui Kawarau dan Shotover River. Ianya bakal memberikan anda rasa gentar dan adrenalin tanpa henti sejauh 43km.

  • Entrance fee: NZD$129 (RM387) dewasa
  • Plan to stay: 1 jam

Tips:

  1. Pakai sunglasses untuk melindungi mata dari percikan air semasa bot membuat pecutan.
  2. Baju hujan dan jaket keselamatan telah disediakan. Walau bagaimanapun bawa baju spare just in case basah.
  3. Tiket lebih murah jika ditempah online.

3. Skydiving

Ini adalah aktiviti yang tidak asing lagi di Queenstown. Hampir semua yang datang menjadikan ini sebagai bucket list mereka.

Cuba bayangkan melihat kesemua pemandangan Queenstown dari ketinggian 12,000 kaki sekaligus pada kelajuan 200km/hr terjun bebas?

Bagi yang teringin skydiving tetapi masih kurang yakin, NZONE Skydive adalah pakar dalam aktiviti ini lebih 20 tahun. Mereka telah melakukan beribu terjunan dan keselamatan anda adalah diutamakan.

Terdapat 3 level terjunan yang boleh dipilih. Ramai yang mensyorkan untuk membuat 12,000 kaki untuk merasa sebenar “life changing experience”.

queenstown-nzone-tandem-skydive-prices-level

  • Entrance fee: >NZD$299 (RM900-1800)
  • Plan to stay: 3 jam

Tips:

  1. Harga di atas tidak termasuk package photo dan video yang boleh ditambah kemudian.
  2. Kami mengesyorkan anda membuat tempahan awal kerana jumlah terjunan dalam sehari adalah terhad.
  3. Kalau boleh, buat awal-awal sewaktu sampai di Queenstown kerana cuaca yang terlampau berangin dan kabus yang tebal boleh menyebabkan terjunan dibatalkan atau reschedule.
  4. Selain NZONE Skydive, sebuah lagi operator iaitu Skydive Paradise turut pakar dalam mengendalikan aktiviti ini.

Lain-lain tumpuan di Queenstown

4. Kiwi Birdlife Park

Kiwi & Birdlife Park, Queenstown, New Zealand
Kiwi & Birdlife Park
  • Location: Brecon Street. Jalan ke arah Skyline gondola di sebelah kanan.

Terdapat lebih 30 spesies haiwan termasuk burung kiwi, tuataras (iguana) dan rainbow lorikeets di sini.

Sekiranya anda bercadang ke sini, ambil peluang untuk melihat persembahan dan memberi kiwi makan.

Untuk maklumat lanjut sila klik pada laman web mereka disini.

  • Entrance fee: NZD$48 (RM144) dewasa/ NZD$23 (RM69) kanak-kanak 5-14 tahun. Family passes untuk 2 dewasa dan 3 kanak-kanak NZD$110 (RM330).
  • Plan to stay: 2 jam

5. Dari Ballarat Street ke Queenstown Mall

Ini adalah shopping street dan tempat yang paling banyak dibanjiri oleh para pelancong.

Peta pusat bandar Queenstown
Peta pusat bandar Queenstown
  • Location: Queenstown Mall bermula dari Camp St sehingga ke Rees St/ Marine Parade.

Shotover Street dan Stanley Street adalah jalan utama di pusat bandar ini.

Lokasi Queenstown iSite di Shotover Street
Lokasi iSite pada Shotover Street

Shotover Street dan Stanley Street adalah jalan utama yang menghubungkan Queenstown.

queenstown-downtown-view-4
queenstown-downtown-view-3

Di sinilah pusat bandar Queenstown dan tumpuan segala aktiviti atau membuat booking.

Senarai aktiviti yang boleh dibuat:

  1. Marine Parade – Luangkan masa bersiar-siar di kawasan wharf ini. Terdapat flea market dibuka setiap pagi Sabtu dari jam 8.30AM.

    Keadaan flea market seawal jam 8.50 pagi
    Keadaan flea market seawal jam 8.50 pagi
  2. Eichardt’s Hotel – adalah bangunan hotel yang dibuka oleh Rees pada tahun 1862 yang masih utuh berdiri di pusat bandar ini.

    Eichardt's Hotel
    Eichardt’s Hotel
  3. Patagonia Coffee Shop – Cafe ini ada menawarkan wifi percuma serta coffee dan brownies yang enak. View adalah cantik menghadap wharf. Cafe terletak di 50 Beach Street, dibuka 10AM-10PM, mengikut musim.
  • Plan to stay: 1-2 jam

Tips:

  1. Parking di pusat bandar ini adalah terhad. Pastikan anda membayar parking sebelum meninggalkan kenderaan kerana jikalau tidak, saman NZD$20 akan dikenakan dan perlu dibayar di City Council.
  2. iSite atau Visitor Information Centre merupakan tempat dimana anda boleh bertanyakan info, mendapatkan peta atau brochure secara percuma, dan juga membuat segala jenis bookings.

6. Scenic drive to Glenorchy

Pemanduan sambil menikmati pemandangan indah melalui kawasan pergunungan dan tasik sebelum akhirnya tiba di Glenorchy.

queenstown-glenorchy
queenstown-glenorchy-scenic-drive
  • Route: Glenorchy-Queenstown Rd
  • Travel Time: 45 minit
  • Distance: 44km
  • Road Condition: Jalan berturap penuh, berliku-liku dan berbukit
  • Speed Limit: 100 km/h
  • Driving Speed: 60-70 km/h

Keindahan pemandangan di Glenorchy sangat memukau sehingga dijadikan latar belakang dalam banyak filem terkemuka yang salah satunya adalah The Lord of The Rings.

Jika anda memperuntukkan banyak masa di Glenorchy, pelbagai aktiviti boleh dilakukan seperti horse riding, kayaking dll.

Terdapat juga beberapa walking trail yang popular seperti Bob’s Peak, One Mile dan juga Lake Dispute di antara Queenstown-Glenorchy Road.

Kami sekali-sekala berhenti picnic untuk menikmati pemandangan sambil menuju ke Glenorchy.

  • Plan to stay: 3 jam

Tips:

  1. Pastikan petrol kenderaan anda mencukupi sebelum bertolak ke Glenorchy.

7. Arrowtown

Buckingham Street, Arrowtown

Arrowtown merupakan sebuah pekan kecil yang terletak 20km dari pusat bandar Queenstown. Pekan ini dibina oleh pelombong berbangsa Eropah dan Cina pada tahun 1862 selepas penemuan emas di Arrow River.

Sehingga kini, Arrowtown masih mengekalkan bangunan lama yang dibina di tapak asal tinggalan pelombong emas. Pekan ini menjadi tumpuan disebabkan kecantikan daun-daun pada musim luruh yang berwarna merah dan keemasan.

Buckingham Street
Buckingham Street, Arrowtown

Kebetulan pula kami ke sana pada bulan April dan sewaktu Arrowtown Autumn Festival tengah diadakan. Pada waktu itu, Arrowtown dibanjiri pelancong yang ingin turut serta dalam events dan festival seperti perarakan kereta berhias, menyaksikan pertunjukan, menonton konsert dan banyak lagi.

Dengan reka bentuk asal bangunan bersejarah dan latar belakang berwarna merah keemasan musim luruh, Arrowtown kelihatan begitu cantik dan memukau mata.

Lake District Museum yang terletak di Buckingham Street
Lake District Museum yang terletak di Buckingham Street
  • Location: 20km dari Queenstown atau pemanduan selama 20 minit sehingga ke Buckingham Street
  • Getting there: Terdapat dua laluan jalan raya yang berjarak sama iaitu;
    1. Scenic Route dari Queenstown melalui Shotover St dan ke Gorge Rd.
    2. Dari Queenstown menggunakan jalan ke airport dan dari bulatan Frankton Junction ikut ke arah Cromwell. Selepas Lake Hayes, belok kiri pada papan tanda yang terpapar jelas atau
    3. Menaiki Connectabus dari Queenstown/ Airport setiap 15 minit sekali.

Senarai aktiviti yang boleh dibuat:

  1. Arrow River Walk – bersiar-siar di tepi sungai yang menjadi kawasan pelombong emas suatu masa dahulu. Terdapat penempatan pertama pelombong emas yang masih dikekalkan di tempat asal.
  2. Arrowtown Bakery & Cafe – singgah di cafe leganda ini untuk breakfast atau brunch.
  • Plan to stay: 1-2 jam untuk aktiviti

Tips:

  1. Information Centre terletak di Lake District Museum.
  2. Wilcox Green di Arrowtown Recreation Reserve adalah lokasi mengambil photo yang cantik.

    Kelihatan daun-daun musim luruh yang merah dan keemasan di Arrowtown Recreation Reserve
    Kelihatan daun-daun musim luruh yang merah dan keemasan di Arrowtown Recreation Reserve
  3. Hantarkan poskad dari pejabat pos yang terletak di Buckingham St sebagai souvenier atau kenangan.

8. Queenstown Hill Walk

Untuk mendapatkan pemandangan Lake Wakatipu yang terbaik, kami mengesyorkan anda membuat pendakian ke bukit ini.

Starting/ending point pendakian ke Queenstown Hill Walk
Starting/ending point pendakian ke Queenstown Hill Walk
  • Location: Belfast Street

Starting/ending-point pendakian adalah dari laman parking kereta di Belfast Terrace.

Tempat parking kereta di Belfast Terrace
Tempat parking kereta di Belfast Terrace

Pada awal pendakian, trail agak curam dan berterusan sehinggalah tiba pada pintu gate masuk. Dari sini (Time Walk Gateway), jalan trail akan mula masuk melalui hutan. Keadaan boleh menjadi sedikit gelap terutamanya ketika cuaca mendung atau di awal pagi dan lewat petang.

Trail ini sejauh 2km dan mengambil masa 1½ – 3 jam (pergi dan balik) sebelum sampai di Basket of Dreams (sculpture).

basket-of-dreams-queenstown-hill
basket-of-dreams-plaque

Dari lokasi ini, anda dapat menikmati pemandangan Lake Wakatipu, The Remarkables dan Cecil Peak. Selepas puas menikmati pemandangan, patah balik melalui jalan datang tadi.

Jika masih punyai banyak tenaga, anda boleh teruskan mendaki 900m sehingga ke puncak bukit yang mengambil masa 15-20 minit.

  • Plan to stay: 2-3 jam

9. Queenstown Gardens/ Frankton Arm

Laluan masuk ke taman ini adalah melalui The Bathhouse Cafe di hadapan Lakefront. Taman ini amat sesuai untuk aktiviti bersiar-siar atau lepak.

Kami dapati orang berkelah sambil menikmati pemandangan Lake Wakatipu pada lewat petang.

Jika hendak berjogging atau berjalan lebih jauh, anda boleh sambung di trek pesisir tasik iaitu Frankton Arm Walk. Jika tidak larat, naik Shopper Bus atau water taxi untuk berpatah balik ke pusat bandar.

  • Plan to stay: 10 minit – 1.5 jam

10. Milford Sound

Milford Sound adalah antara tempat semulajadi yang dicalonkan sebagai “eighth wonder of the world”. Walaupun bukan terletak di Queenstown, tempat ini termasuk dalam senarai kami yang “must see”.

Untuk ke sini, anda boleh mengambil tour dari Queenstown balik hari atau dengan memandu sendiri.

Klik disini untuk entri travel trip ke Milford Sound


Shopping di Queenstown

Queenstown Mall adalah pedestrian mall yang wajib dikunjungi oleh anda yang datang buat pertama kalinya. Terdapat banyak pilihan restoran dan cafe di kawasan ini dan semestinya dipenuhi oleh para pelancong.

Untuk barang dan keperluan outdoor, terdapat beberapa kedai di Beach Street yang terkenal seperti dari jenama Macpac dan Kathmandu.

Untuk groceries, kami menyarankan anda membeli supply di pasaraya New World yang terletak di Frankton. Ini kerana harga barang makan jauh lebih mahal di tempat lain.

Pasaraya 'New World’ di Frankton
Pasaraya ‘New World’ di Frankton
  • Location: Remarkables Park Town Centre. Dari Queenstown ke Frankton 8km, area berdekatan dengan Queenstown Airport.

Tips:

  1. Kathmandu adalah jenama outdoor popular yang berasal dari New Zealand. Sewaktu sale, dapatkan sweater atau fleece yang berkualiti disini dengan diskaun sehingga 40%.
  2. Small Planet Outlet Shop menjual barangan outdoor yang bajet rendah dan juga barangan second-hand yang masih elok.
  3. Remarkables Park Town Centre adalah kawasan baru yang dibangunkan di Frankton. Selain dari pasaraya New World terdapat juga restoran dan cafe, pharmacy, bank, kedai pakaian dll di dalam kawasan ini. Kami singgah di sini untuk stock up barang makan kerana lokasinya terletak dalam perjalanan ke Queenstown (dari airport).
  4. Remarkables Market dibuka pada setiap Sabtu dari jam 9AM – 2PM (Oct-Apr). Terdapat gerai makanan dan juga produk kraftangan dijual buatan tempatan. Market ini terletak di Hawthorne Drive di Remarkables Park.
    frankton-remarkables-park-red-barn
    frankton-remarkables-park-red-barn-1

Pengangkutan di Queenstown

Kereta Sewa

Memandu sendiri adalah cara terbaik untuk benar-benar menikmati New Zealand. Lagipun driving side adalah sama seperti di Malaysia.

Pada asalnya, kami bercadang untuk menyewa Caravan tetapi kurang yakin untuk memandu ke Milford Sounds (destinasi selepas Queenstown) dengan kenderaan jenis ini disebabkan jalannya yang berliku-liku dan banyak mendaki.

Terdapat banyak syarikat kereta sewa seperti Hertz, Avis, Budget dan Europcar tetapi kami memilih Thrifty kerana tawaran harga yang sesuai dengan trip kami. Selain unlimited km itu, Thrifty juga menyediakan perkhidmatan multi island hire terus ke North Island.

Sila lawati laman web vroomvroomvroom untuk perbandingan harga dan tawaran yang disenaraikan.

Tips:

  1. Multi island hire adalah untuk pemanduan di kedua-dua belah pulau dimana tidak perlu membuat 2 booking yang berbeza. Sebelum menyeberangi pulau (Picton-Wellington), kenderaan asal akan ditinggalkan di ferry terminal dan diganti dengan kenderaan baru selepas sampai di pulau berikutnya.
  2. Menyeberangi pulau dengan kenderaan menelan kos yang tinggi. Tambang boleh mencecah $200 dan harga bergantung kepada peak/off peak serta bayaran tambahan jika kenderaan melebihi 5.5 meter panjang.
  3. Pick-up dan drop-off location di airport akan dikenakan surcharge sebanyak $40 (tidak termasuk GST). Tiada bayaran deposit jika anda membuat booking dengan menggunakan kad kredit tetapi surcharge dikenakan sebanyak 1.9%.
  4. Pastikan anda memulangkan kenderaan pada takat tangki petrol yang sama dengan sebelum anda ambil. Jika tidak, reverse charge akan dikenakan sebanyak $2.26 bagi setiap liter petrol dan tidak termasuk service charge.

Pengangkutan Awam

Connectabus mengendalikan pengangkutan awam di antara Queenstown dan Arrowtown sehingga ke Wanaka.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web Connectabus atau klik disini.

Tips:

  1. GO-CARD – beli dari pemandu bas pada harga $5. Dengan kad ini, anda boleh top-up dan mendapat 10% diskaun dari harga tambang biasa.
  2. 7-Day Saver – naik Connectabus tanpa had pada semua routes untuk 7 hari berturut-turut. Adult – NZD$47, Child – $30 (5-15 yrs).
  3. Day Pass – naik Connectabus tanpa had selama sehari. Adult – NZD$33, Child – $17 (5-15 yrs)

Pengangkutan dari dan ke Queenstown Airport

Ritchies Connectabus

Connectabus beroperasi setiap hari dari airport ke pusat bandar Queenstown. Bas ini berjalan setiap 15 minit sekali.

Tambang dikenakan sebanyak NZD$12 (RM36) di antara sentral Queenstown dengan Queenstown Airport.

Menaiki Connectabus adalah cara yang paling efektif dari airport ke Queenstown. Jarak dari airport ke pusat bandar Queenstown adalah kira-kira 10km.

Teksi

Tambang kira-kira NZD$35 (RM105) dari airport ke mana-mana hotel penginapan di central Queenstown.

Berikut senarai teksi yang beroperasi di Queenstown:

Super Shuttle Bus

Shuttle bus lebih murah berbanding teksi dan tidak perlu tunggu 15 minit untuk Connectabus. Penghantaran terus dibuat ke depan pintu penginapan.

Menaiki shuttle bus adalah option yang sangat baik jika anda travel secara berkumpulan.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web Super Shuttle atau klik disini.


Tempat penginapan di Queenstown

Untuk penginapan, kami tidak akan membuat perincian atas alasan terlalu subjektif. Ini semua bergantung kepada bajet anda dan jenis travel anda sama ada secara solo, couple atau family. Tetapi jika hostel semestinya YHA New Zealand:

YHA Lakefront atau YHA Central – 10 minit ke pusat bandar

Berikut senarai penginapan jenis backpacker buat rujukan anda:

  • Absoloot Accommodation
  • Adventure Queenstown Hostel
  • Alpine Lodge
  • Aspen Lodge
  • Base Discovery Lodge, Qtn
  • Black Sheep
  • Bumbles Backpackers
  • Bungi Backpackers
  • Butterfli Lodge
  • Deco Backpackers
  • Flaming Kiwi
  • Hippo Lodge
  • Lakeside Backpackers
  • Nomads Qtn
  • Pinewood Lodge
  • Reavers Lodge
  • Shotover Lodge
  • Scallywaggs
  • Southern Laughter
  • Haka Lodge
  • The Last Resort

Kami menginap di penginapan jenis holiday park iaitu Queenstown TOP 10 Holiday Park Creeksyde.

Top 10 Holiday Park Creeksyde
Top 10 Holiday Park Creeksyde

Kami memilih penginapan ini kerana:

  1. Harga yang murah untuk bilik Double Room with Shared Bathroom.
  2. Dari penginapan ke pusat bandar cuma 1km/ 5 minit.
  3. Tempat parking kereta yang luas.
  4. Boleh memasak dan membasuh pakaian.

Lain-lain holiday park adalah seperti berikut:

  • Frankton Motor Camp
  • Qtn Lakeview Holiday Park
  • Top 10 Holiday Park – Shotover
  • 12 Mile Delta Camp Ground

Tips:

  1. Masa check-in adalah bermula dari jam 2PM dan check-out dari jam 10AM.
  2. Wifi dicas $3 selama 30 minit.
  3. Terdapat mini supermarket di berdekatan penginapan.
  4. Tempahan dibuat melalui booking.com

Tempat makan di Queenstown

Mencari tempat makan di pekan Queenstown adalah mudah kerana ianya tumpuan pelancong dari serata dunia. Dari fast food, kebab, nasi, ramen, sushi semuanya ada cuma tanya pada selera dan bajet anda.

Kami tidak membuat penelitian tempat makan kerana topik ini sangat luas. Bila kami rasa lapar, kami makan apa saja yang menyelerakan ketika itu.

Kami lebih mementingkan makanan yang menjadi simbolik sesebuah negara. Untuk mengetahui apa makanan yang mesti dicuba di New Zealand, sila klik pada link berikut.

Fergburger

Walau bagaimanapun, terdapat satu restoran yang anda kena cuba di Queenstown.

Apa yang istimewa tentang Fergburger ialah; bahan mentah yang segar dengan patty daging asli lembu New Zealand. Selain burgernya yang bersaiz besar disertakan pula dengan fries yang dipotong fresh, Fergburger memang cukup enak diratah ketika perut kosong!

queenstown-fergburger-patty

  • Location: 42 Shotover Street

Fergburger senantiasa dibanjiri oleh para pelancong. Tempat duduk adalah limited dan selalu penuh. Ketika waktu peak (lunch hour/ dinner) satu hidangan mengambil masa selama 20-30 minit. Restoran dibuka dari jam 8AM – 5AM setiap hari.

Tips:

  1. Datang sejam awal sebelum waktu makan di antara 10 pagi atau 4 petang untuk mengelakkan kebulur.
  2. Minus 5 Ice Bar – diukir dari bongkah ais yang unik untuk anda yang ingin merasa pengalaman antartic sebenar. Sesuai dilawat pada semua peringkat umur. Sekali masuk adalah NZD$20 tidak termasuk minuman.

Mencari free Wifi di Queenstown

Kebanyakan wifi adalah percuma di restoran dan cafe.

Kami sentiasa memastikan tempat penginapan kami ada wifi walaupun tidak percuma. Ini kerana masa yang kami ada untuk melayari internet adalah selepas balik ke hotel penginapan.

Tips:

  1. Download apps “Zomato”. Apps ini mencari lokasi kafe dan restoran yang menawarkan wifi percuma.

Masa yang sesuai melawat Queenstown

Queenstown adalah destinasi pelancongan 4 musim yang boleh dikunjungi pada bila-bila masa sahaja.

Kami memilih April kerana bulan April bukanlah bulan yang sibuk dengan pelancong kecuali Arrowtown yang menjadi daya tarikan festival dan events.

Waktu malam di bulan April adalah agak dingin. Terutamanya di South Island yang lebih sejuk berbanding North Island.

Secara purata, cuaca di bulan April sukar diramal dan sentiasa berubah-ubah. Kami mencadangkan anda agar merancang aktiviti untuk cuaca kurang baik atau membuat plan B.

Ini kerana pengalaman kami sendiri yang dibatalkan aktiviti atas sebab faktor cuaca yang kurang elok dan terpaksa menukar plan.

Walaupun masih di pertengahan musim luruh, kami telah dihujani salji yang lebat di Queenstown pada hari kedua kami disana.

Nasihat kami, sediakan pakaian yang sesuai untuk cuaca sejuk dan hujan.

Berikut maklumat cuaca sewaktu kami ke sana di bulan April:

  • Temperature: 11°C / Low 6°C High 16°C
  • Sunshine: 11.5 jam, chance of sunny day 34%, cloudy 66%
  • Rainfall days: 16
  • Season: Autumn

Bajet ke Queenstown

Exchange rate: NZD$1 = RM2.7943 (2015)

  1. Flight ticket: RM952 (Jetstar) from Melbourne one-way
  2. ETA Visa: –
  3. Accommodation: RM700
    • RM464 ($166 2N at Queenstown TOP 10 Holiday Park Creeksyde)
    • RM235 ($82.85 1N at Copthorne Hotel)
    • RM282 ($99 1N at New Orleans Hotel)
  4. Transportations: RM500 – 3 days
    • Car rental: RM130 ($46/day)
    • Fuel: $2.40/litre
  5. Food & drink: RM300 (budget $20/day)
  6. Entrance fees: –
  7. Activities: RM-
    • Skydiving: RM ($)

TOTAL: RM2,452

Note:

  1. Matawang NZD (New Zealand Dollar). Untuk memudahkan pengiraaan, kami bundarkan NZD$1=RM3 di dalam post ini.
  2. Anggaran bajet berdasarkan tempoh masa 3 hari 2 malam.
  3. Bajet diatas tidak termasuk tiket penerbangan dari Malaysia masuk ke Melbourne, Australia.
  4. To be safe; tambah 10% peratus dari jumlah bajet kerana anggaran di atas adalah secara kasar.

Kesimpulan dari travel ke Queenstown

Tempoh masa yang ideal untuk bercuti di Queenstown adalah 3 malam.

Ini adalah kali ke-2 kami sudah ke Queenstown. Pertama 2005 (sewaktu di zaman student) dan kali ini pula 2015. Walaupun jaraknya dalam tempoh 10 tahun, Queenstown tidak banyak berubah dan kami masih ingat lagi keadaan sewaktu itu dengan kini masih sama seperti 10 tahun sebelumnya.

Kawasan penginapan di Queenstown agak mahal terutamanya di kawasan pusat bandar. Kami tinggal di pusat bandar kerana mahu menjimatkan masa untuk balik dan berehat.

Jika anda bercadang melakukan aktiviti, rancang awal dan buat online booking. Ada kemungkinan aktiviti yang anda mahu lakukan fully booked pada hari tersebut.

Queenstown memang sesuai dengan gelarannya sebagai “Adventure Capital of New Zealand” kerana aktiviti outdoor disini adalah pelbagai – cuma tanya saja pada poket anda.

Walaupun agak mahal, trip lawatan ke New Zealand pastinya tidak lengkap jika tidak sampai di Queenstown. Sama ada anda adrenalin junkies atau tidak, percutian ke sini pasti seronok dan menjadi memori yang tidak dapat dilupakan.


Note: This article was accurate when it was published. Please confirm all details directly with the companies in question before planning your trip.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *