Travel ke Sapporo, Jepun

Sapporo adalah antara bandaraya Jepun yang boleh diklasifikasikan sebagai baru jika dibandingkan dengan bandar-bandar lain di negara matahari terbenam ini. “Baru” yang dimaksudkan di sini adalah dari segi arkitektur bangunannya yang moden dan kurang unsur-unsur tradisional “kejepunan”.

Sebelum ini, kami pernah melawat ke Tokyo ketika masih berstatus single. Pada waktu itu, belum ada jadual perjalanan oleh AirAsia ke sini lagi.

Kerana melawat Sapporo di masa Golden Week, anggapan bahawa trip kami akan bersesak-sesak dengan orang ramai adalah jauh sama sekali. Ini amat mengagumkan kerana setiap kali menaiki Metro, kami pasti akan mendapat tempat duduk. Mungkinkah sebab kami membawa anak kecil agaknya? Cuma di Maruyama Park agak sesak kerana ramai orang mengambil peluang ber‘picnic‘ sambil menikmati sakura.

Berikut kami kongsikan pengalaman, tips-tips dan panduan ke Sapporo bersama kanak-kanak berusia 3 tahun dari segi bajet yang sederhana.


Kenapa mahu ke Sapporo?

Teruja dengan rancangan “KeJepunKeKita” dan “JejakJepun“, penulis mengambil peluang untuk melawat Sapporo bersama keluarga pada musim sakura baru-baru ini.

Memandangkan musim sakura yang ditunggu-tunggu biasanya tertumpu kepada Tokyo, Osaka, Kyoto dan bandar-bandar sewaktu dengannya berlaku pada akhir bulan Mac dan April, ramai yang terlepas pandang kepada pilihan lain untuk menikmati sakura yang berlaku di Sapporo pada awal bulan Mei. Harus diingat, sakura bermula dari selatan hingga ke utara Jepun berdasarkan perubahan cuaca setempat.

Sumber maklumat japan-guide.com

Tips:

  1. Hujung minggu terakhir di bulan April merupakan permulaan untuk cuti seminggu bagi rakyat Jepun sempena Golden Week.
  2. Bandar-bandar utama biasanya akan sesak dengan pelancong terutamanya rakyat Jepun sendiri. Keretapi laju Shinkansen dan laluan utama JR dijangkakan fully booked pada tempoh tersebut.
  3. Terdapat pelbagai jenis bunga yang ditanam di sekitar Sapporo dan Hokkaido secara amnya, bersesuaian dengan cuaca dan bentuk mukabuminya. Berikut senarai musim bunga di Sapporo:

Sedikit pengenalan tentang Sapporo

Sapporo merupakan ibu negeri kepada Hokkaido. Bandarnya tersusun berdasarkan konsep negara barat kerana mengikut sejarahnya, Sapporo telah menggunakan penasihat dari Amerika sekitar tahun 1860-an dan 1870-an untuk tujuan pembangunannya.

Buktinya dapat dilihat di Odori Park dan juga bangunan pentadbiran lama di sekitarnya.

sapporo-snow-festival-4
sapporo-snow-festival-3
sapporo-snow-festival-2
sapporo-snow-festival-1

Sapporo juga terkenal dengan Sapporo Snow Festival iaitu binaan ukiran ais dalam pelbagai bentuk pada musim sejuk.

Bagi peminat bolasepak yang mengikuti perlawanan World Cup 2002, stadium Sapporo Dome tidak asing lagi kerana pernah menjadi gelanggang pertemuan perlawanan di antara Argentina dan England. Makanan di Sapporo juga tidak kurangnya enak sedap belaka seperti King Crab, Hairy Crab, Cheese Tart, Shiroi Koibito Chocolate dan banyak lagi.


Tumpuan utama di Sapporo

1. Odori Park

  • Location: Sapporo CBD
  • Getting there: Turun di Stesen Metro Odori – Exit 5 atau 6

Taman sepanjang 1.5 km ini terletak di tengah-tengah bandar Sapporo dan merupakan lokasi utama untuk Sapporo Snow Festival di bulan Februari (Susukino dan Tsudome, lokasi bersama untuk festival ini), Lilac Festival di bulan Mei, Yosakoi Soran Festival di bulan Jun, Summer Festival, Sapporo Autumn Fest dan White Illumination pada musim sejuk.

Sakura at Odori Park

Namun, pada musim bunga, tempat ini menjadi tempat rehat untuk keluarga dan orang ramai. Sesuai untuk anak kecil berlari-lari disekitar tamannya.

47
49
48

Memandangkan anak kami dalam proses membesar, Tulip di Odori Park amat sesuai untuk anak kami mengenal warna sambil bergembira dan berlari-lari diseliling taman ini.

  • Did you know: Sempena Sapporo Snow Festival, drone tidak dibenarkan sama sekali dimainkan di kawasan ini. Ini berdasarkan undang-undang tempatan yang dikuatkuasakan ke atas penggunaan drone di kawasan awam.
50
sapporo-tv-tower-odori-park
  • Entrance fee: –
  • Plan to stay: 2 jam sambil menikmati aiskrim dibawah matahari dan angin musim bunga

Tips:

  1. Terdapat pusat membeli belah bawah tanah yang bersambung di antara Stesen Metro Odori dan Sapporo. Stesen Sapporo merupakan hub utama JR Hokkaido iaitu Hokkaido Railway Company. 
  2. Tarikh untuk Sapporo Snow Festival 2018 yang ke-69 adalah 6-12hb Februari di tapak Odori dan Susukino. Manakala 1-12hb Februari di tapak Tsudome. Tarikh ini berdasarkan info dari tahun sebelumnya. Untuk maklumat lanjut sila klik link ini.

2. Maruyama Park

36
31
30
  • Location: 3km di sebelah barat bandar Sapporo
  • Getting there: 5 minit perjalanan dari Exit 3 Stesen Maruyama Koen T06 Tozai Line.

Taman ini adalah tempat yang paling ideal untuk menikmati Sakura di Sapporo. Maruyama Park yang berkeluasan 70 hektar merupakan taman rekreasi utama penduduk Sapporo.

Dua landmark popular disini adalah Hokkaido Shrine dan Maruyama Zoo selain terdapat stadium baseball, tennis court, taman permainan air dan lain-lain yang pasti akan melengkapkan jadual anda dari pagi sampai ke petang.

  • Did you know: Bunga sakura terdiri dari pelbagai jenis, bentuk dan warna. Ini bergantung kepada jenis pokok yang ditanam.

Cherry blossom commonly known in Japan as sakura

Kami menyarankan anda mengunjungi Maruyama Park yang sememangnya tidak mengecewakan.

Hokkaidō Shrine

34
38
40

Hokkaido Shrine merupakan kuil kepada penganut agama Shinto di Sapporo. Shinto merupakan agama rasmi dan kepercayaan orang Jepun turun-temurun selain Buddhism.

Mengikut fahaman Shinto, mereka tidak percaya kehidupan selepas kematian sebaliknya meraikan apa yang kita miliki pada kehidupan sekarang.

42
43
  • Did you know: Hokkaido Shrine adalah kuil terbesar di Hokkaido yang dibina 1869. Ianya berjaya menarik sebanyak 800,000 pelawat setiap tahun terutamanya pelancong luar.
  • Entrance fee: Percuma
  • Plan to stay: 3 jam

Maruyama Zoo

Terdapat pelbagai spesies dan haiwan ditempatkan di zoo ini dimana Polar Bear adalah yang paling popular di kalangan pengunjung. Lawatan ke zoo ini amat sesuai dilakukan bersama kanak-kanak.

  • Entrance fee: ¥600 (RM24) dewasa. Dibuka dari jam 9.30PM-4.30PM setiap hari dari bulan Mac-Oktober. Tutup pada hari Rabu minggu ke-2 dan ke-4 setiap bulan.
  • Plan to stay: 30 minit – 1 jam

Tips:

  1. Taman ini agak sesak dengan pengunjung sempena Golden Week dan Musim Sakura, penulis menyarankan anda untuk datang awal pagi kerana orang ramai akan mula ber barbecue untuk makan tengah ari dan keadaan akan menjadi lebih sesak apabila menjelang petang.Sesak dengan orang berpicnic namun masih mampu berjalan dengan teratur
  2. Bukan semua kawasan terbuka dan taman di Jepun dibenarkan untuk BBQ, namun anda boleh ber’barbecue’ di Maruyama Park sekiranya berpeluang.
  3. Jika berkelapangan, anda bolehlah melawat Okurayama Ski Jump Stadium/ Sapporo Winter Sports Museum yang terletak bersebelahan dengan Maruyama Park. Tempat ini terkenal dengan ski resort atau winter sport dan seharusnya tidak dilepaskan sekiranya anda datang pada musim sejuk (Nov-Feb).

3. Sapporo Dome

Sapporo Dome by Jowioo

Sappore Dome pernah menjadi medan untuk bola sepak Piala Dunia 2002.

  • Location: Toyohira-ku
  • Getting there: 10 minit perjalanan dari Stesen Fukuzumi H14 Toho Line.

Stadium ini juga bakal menjadi venue untuk pertandingan bola sepak Sukan Olimpik 2020 serta menjadi venue perasmian Sukan Asia Musim Sejuk 2017 dan juga dirancang untuk venue bagi Piala Dunia Rugbi 2019.

Visiting Sapporo Dome 2002 FIFA World Cup stadium

  • Did you know: Keistimewaan Sapporo Dome ialah stadium ini mampu untuk menukar padangnya mengikut sukan yang dianjurkan. Padang untuk sukan baseball yang terletak di bawah padang bola sepak akan digunakan apabila padang bola sepak di’tarik’ keluar.

Stadium ini merupakan home ground untuk pasukan bola sepak Hokkaido Consadole Sapporo dan pasukan baseball Hokkaido Nippon Ham Fighters.

72
73
71
70
  • Entrance fee: Observatory (¥520 dewasa,¥300 kanak-kanak)/ Stadium Tour (¥1000 dewasa,¥500 kanak-kanak). Tiket untuk ke perlawanan bola sepak atau baseball berbeza mengikut harga masing-masing.
  • Plan to stay: 1 jam. 2 jam untuk tour stadium.

Senarai aktiviti yang boleh dibuat:

  1. Sapporo Hitsujigaoka Observation Hill – Jika berkelapangan, anda boleh melawat ke sini dengan menaiki Chuo Bus (bas pelancong) ke Hitsujigaoka Tenbodai dari Fukuzumi Stesen dan berhenti di terminal bas Hitsujigaoka Tendobai. Anggaran masa perjalanan bas adalah 12min. 
  2. Monument of Professor Clark – Di sini terdapat tugu besar Dr. William S. Clark iaitu bapa yang terlibat dalam pembukaan Hokkaido dan juga sebuah ladang biri-biri yang cantik.Dr. William S. Clark

4. Sapporo Central Wholesale Market Curb Market

Curb Market Sapporo

Kepada penggemar seafood, disinilah syurga makanan laut segar yang sememangnya anda harus kunjungi ketika di Sapporo. Terdapat kira-kira 60 kedai dan restoran di sepanjang jalan yang terletak berhampiran Sapporo’s Central Wholesale Market.

The Curb Market merupakan pasar awam yang terbesar di bandar ini yang menjual makanan laut Hokkaido seperti ketam, landak laut, telur ikan Salmon, sotong dan tiram (crab, sea urchin, salmon roe, squid and scallops).

77
82
81
  • Location: Bersebelahan dengan Sapporo Central Wholesale Market.
  • Getting there: 10 minit perjalanan dari JR Stesen Soen atau Stesen Nijuyonken T04 Tozai Line.
79
80
78
  • Entrance fee: Dibuka seawal jam 6AM-5PM. Restoran mula dibuka jam 7PM.
  • Plan to stay: 1-1.5 jam. Makan ketam mengambil masa yang agak lama bergantung kepada individu.

Tips:

  1. Sebenarnya agak mencabar untuk sampai ke Curb Market kerana tiada papan tanda yang jelas menunjukkan arah. Anda disarankan menggunakan google map atau klik peta dibawah.
  2. Cadangan hidangan untuk seekor King Crab biasanya 5-6 orang. Kami memilih untuk menikmati kaki King Crab sahaja yang sememangnya sudah cukup mengenyangkan.
  3. Bajet makan untuk perjalanan kali ini sememangnya dihabiskan hampir separuh di kedai ini sahaja. Pastikan bajet mengikut selera anda.
  4. Sekiranya anda bercadang makan tengahari di sini, last order adalah sebelum jam 2.30 petang. Kami hampir terlepas kerana tidak sedar akan masa.

5. Shiroi Koibito Park

Chocolate Factory

  • Location: Berdekatan dengan Stesen Metro Miyanosawa
  • Getting there: 10 minit perjalanan dari Exit 5 Stesen Miyanosawa T01 Tozai Line.

Shiroi Koibito Park pada asalnya adalah sebuah kilang pembuatan coklat yang terkenal di Jepun. Kini ianya telah berjaya mempelbagaikan tarikan untuk mengajak anda ke ‘perkampungan’ mereka.

89
93
85
96

Selain lawatan ke kilang coklat, di sini juga terdapat pertunjukkan menara jam bersama patung-patung yang comel, bunga-bunga yang ditanam rapi, bangunan yang berkonsepkan Eropah, kedai-kedai cenderamata, keretapi berhias dan pondok-pondok kecil menjual aiskrim yang sangat sedap!

Sekiranya melawat Sapporo bersama anak kecil, pastikan anda tidak melepaskan peluang datang ke sini kerana banyak tarikan khasnya direka untuk kanak-kanak di sini.

95
94
86
98
  • Entrance fee: ¥600 (adult), ¥200 (children) ke Chocolate Factory Tour. Dibuka dari jam 9AM-6PM (kemasukan terakhir jam 5PM bergantung pada musim seperti cuti akhir tahun dan new year)
  • Plan to stay: 2 jam

Tips:

  1. Kemasukan adalah percuma kalau setakat duduk-duduk di luar dan semua kawasan dalam photo diatas.
  2. Biskut Shiroi Koibito adalah produk utama keluaran syarikat ini. Biskut ini terdiri dari 2 lapisan nipis butter cookies dan lapisan white chocolate diantaranya. Pastikan anda membeli kerana ianya souvenir terkenal dari Hokkaido.Shiroi Koibito Cookies

6. Ramen Houryu / Horyu Main Shop Ramen

Kami yakin tiada siapa di antara kita yang belum pernah merasa ramen lagi di Malaysia. Walaupun kebanyakan ramen dipasarkan berasal dari Korea, Ramen adalah masakan Jepun yang istimewa di Sapporo.

66
67
  • Location: Rujuk google map seperti berikut:
  • Getting there: 10 minit perjalanan dari Exit 5 Stesen Susukino N08 Namboku Line atau Exit 7 Stesen Hosuisusukino H09 Toho Line.

Oleh itu, kami mengajak anda singgah di kedai lagenda yang dikatakan telah beroperasi sejak zaman kemerdekaan Malaysia. Usah khuatir, Ramen mereka adalah muslim friendly.

57
58
55
64

Menu untuk muslim akan dihidangkan berasingkan pada bekas makanan yang ditanda dengan sticker hijau. Bahan mentah semuanya diperolehi dari pembekal daging halal. Insya Allah anda boleh makan tanpa was-was.

61
60
62
63
53
68
  • Did you know: Wak Doyok pernah makan di kedai ini!
  • Entrance fee: Dibuka dari jam 10.30 a.m. – 3AM (Isnin hingga Sabtu) & 10.30 a.m. hingga 2AM (Ahad dan Cuti Umum)
  • Plan to stay: 1 jam

Tips:

  1. Kami syorkan anda mencuba restoran ini sekiranya selera Jepun menepati bibir anda sebelum ini. Jika tidak, anda mungkin tidak menyukainya.
  2. Kedai ini sangat glamour dikalangan penduduk tempatan dan meja yang disediakan agak limited. Pastikan anda rancang perjalanan anda.

Lain-lain tumpuan di Sapporo

7. Moerenuma Park

Moerenuma Park merupakan sebuah taman yang direka berpandukan konsep green belt iaitu sebuah pelan perancangan luar bandar Sapporo.

Moerenuma Park by Tomomi Sasaki

  • Location: Terletak 40 minit dari pusat bandar Sapporo
  • Getting there: Menaiki Chuo Bus (Bas Pelancong) No. 69 dan 79 dari Stesen Kanko Dori Higashi H04 Toho Line ataupun No. 26 dari Stesen Subway Asabu N01 Namboku Line.

Landskap taman ini telah direka oleh Isamu Noguchi, iaitu seorang sculptor (pengukir) terkenal berbangsa Amerika-Jepun. Pembinaan taman ini bermula 1982 dan dibuka sepenuhnya pada tahun 2005. Walaupun dibuka separuh-separuh, taman ini telah berjaya memenangi beberapa anugerah antarabangsa dan yang terbaru adalah Good Design Award pada tahun 2002.

Glass Pyramid

“Hidamari” is a glass pyramid and the biggest symbol of the park

Terdapat taman permainan kanak-kanak, trek berbasikal, padang permainan dan beberapa objek seni ditempatkan di serata taman ini. Namun kami memutuskan untuk “skip” kerana tidak sanggup menghabiskan masa perjalanan 50-60 minit ke sini.

Jika tidak kesuntukan, taman ini sangat sesuai untuk aktiviti berkeluarga serta berkelah bersama anak-anak.

  • Entrance fee: Dibuka dari jam 7AM-10PM sepanjang tahun. Basikal boleh disewa ¥200 untuk 2 jam.
  • Plan to stay: 1/2 hari

Tips:

  1. Kerana saiz taman yang agak besar, anda disyorkan untuk menyewa basikal.
  2. Kiosk basikal tutup pada jam 5 petang dan last rental hanya diterima jam 4 petang.

8. Hokkaido University Sapporo Campus

Anda mesti pelik kenapa Hokkaido University menjadi tumpuan ke Sapporo?

Hokkaido University main gate by Rafiq Mirza

  • Location: Terletak berhampiran stesen JR Sapporo
  • Getting there: 10 minit dari North Exit di Stesen JR Sapporo menuju ke pintu utama kampus.

Kampus ini asalnya kolej pertanian yang ditubuhkan sebagai Sapporo Agricultural College pada 1876 oleh Prof Dr.William S. Clark.

Tidak hairanlah kenapa ianya menjadi tarikan kerana perancangan landskapnya direkabentuk menekankan kehijauan alam sekitar. Selain Maruyama Park, kawasan universiti ini merupakan salah satu pilihan untuk anda menikmati sakura.

Tips:

  1. Berikut liputan kawasan kampus Hokkaido University buat info anda.Kampus Universiti Hokkaido

9. Mt. Moiwa

  • Location: Mt. Moiwa
  • Getting there: Naik tram dari Stesen Odari dan turun di “Ropeway iriguchi” untuk menaiki kereta kabel.

Mengikut lawan web Tripadvisor, puncak gunung ini merupakan antara tempat wajib dilawati ketika berada di Sapporo. Pemandangan dari puncak gunung setinggi 531 meter ini dikatakan sangat cantikterutamanya pada waktu malam sehingga melangkaui keseluruhan bandar Sapporo.

  • Entrance fee: Ropeway + Morris Car (trip pergi-balik): ¥1700 (RM68) dewasa/ ¥850 (RM34) kanak-kanak
  • Plan to stay: 2 jam

Tips:

  1. Pada pertengahan perjalanan menaiki kereta kabel Ropeway (Base Station ke Mid Station), anda boleh bertukar menaiki kereta kabel mini Morris car untuk ke puncak gunung. Morris car merupakan “world’s first drive-type mini cable car”.
  2. Disebabkan faktor cuaca yang tidak mengizinkan, kami tidak dapat ke sini. Pastikan anda melihat ramalan cuaca terlebih dahulu kerana operasi kereta kabel naik ke puncak gunung bergantung kepada keadaan cuaca.

10. Otaru

5
4
7
  • Location: Bandar pelabuhan terletak di arah barat laut (northwest) bandar Sapporo
  • Getting there: 32 minit dari JR Stesen Sapporo untuk sampai di Stesen Otaru.

Otaru Canal terkenal di Jepun sebagai menjadi lokasi pengambaran filem tempatan serta mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Disini juga terdapat restoran makanan laut seperti King Crab dan sewaktu dengannya.

Berdasarkan review, Otaru lebih cantik dilawati pada musim sejuk. Disini juga diadakan Otaru Snow Light Path Festival yang biasanya diadakan semasa Sapporo Snow Festival pada Februari setiap tahun.

11
12
14
17

Tips:

  1. Kami memilih untuk tinggal di Otaru satu malam kerana dikhabarkan tempat ini agak menarik untuk dilawati. Mungkin bukan pada musimnya, Otaru yang terkenal dengan canal nampaknya seperti pekan kecil yang biasa sahaja.
  2. Anda boleh melawat Otaru terus dari Sapporo tanpa perlu menginap di pekan ini.

Tempat tumpuan selain Sapporo

Sekiranya anda mempunya masa yang lebih dan ingin meneroka Hokkaido dengan lebih menarik, anda dicadangkan menyewa kereta dan meneroka Hokkaido sebaiknya. Berikut antara cadangan perjalanan dan tempat yang boleh anda lawati.

Peta Hokkaido

Hakodate

Antara bandar penting di Pulau Hokkaido. Menawarkan permandangan kawasan istana yang cantik pada musim sakura. Bentuk kawasan istana ini direka berdasarkan bentuk senjata tajam yang digunakan oleh ninja pada zaman kegemilangannya.

*Ihsan Pakcik Google

Furano

Terletak 116km dari Bandar Sapporo, selain terkenal dengan ski resort, disini juga terdapat Furano Flower Fields di Farm Tomita.

Pada bulan Mei, anda akan berpeluang untuk melihat Lupines dan Tulips. Pada jun pula, terdapat Blue Salvia dan Poppies. Untuk akhir Jun sehingga Julai, Lavender yang memenuhi bukit dan Salvia serta Cosmos pada Ogos hingga September.

Lavender di Farm Tomita

  • Opening Hours: 8.30pagi hingga 6petang.
  • Fee: 1200yen untuk day pass atau 1500yen

Tips:

  1. Sekiranya anda perhatikan peta laluan Metro di Sapporo, setiap laluan mempunyai tarikannya yang tersendiri. Anda boleh melengkapkan hari anda untuk setiap laluan berdasarkan perancangan yang tersusun.
  2. Cadangan perjalanan – Hari Pertama: Landing di Sapporo-Shin Chitose Airport dan Check-in penginapan anda tengah hari. Pastikan anda makan tengah hari di Airport siap-siap kerana terdapat kedai halal di sana. Untuk hari pertama, berjalan di sekitar Odori Park dan window shopping di pusat membeli belah bawah tanah di Stesen Odori dan Stesen Sapporo.
  3. Hari Kedua: Tozai Line(Laluan Oren). i.Maruyama Koen T06 untuk ke Maruyama Park. ii. Lunch di King Crab Restaurant – Nijuyonken T04 iii. Santai di Shiroi Koibito Park – Miyanosawa T01.
  4. Hari Ketiga: Pusing-pusing Otaru
  5. Hari Keempat: Window Shopping di Stesen Odori, Stesen Sapporo dan Lapangan Terbang sebelum pulang.

Shopping di Sapporo

Kami tidak menekankan shopping di Sapporo kerana selain nilai matawang Yen yang lebih tinggi, kedai-kedai tersebut juga boleh didapati di Malaysia.

Jika setakat mahu berwindow shopping, anda bolehlah ke Sapporo Factory yang menempatkan pelbagai kedai dan butik jenama terkenal. Sapporo Factory lebih kepada pusat membeli belah moden dan pada kami adalah biasa.

Tips:

  1. Terdapat kemudahan dewan solat disediakan disini untuk pengunjung muslim menunaikan solat.

Pengangkutan di Sapporo

Metro

Pastikan anda membeli Tiket Harian Metro kerana sangat menjimatkan. Anda boleh mendapatkannya di setiap kiosk tiket Metro. Kemudahan locker juga disediakan untuk anda menyimpan beg pada harga yang berpatutan.

20
23
22
21

Pengangkutan dari dan ke Sapporo New Chitose Airport

Sememangnya pilihan utama anda ialah JR keretapi yang menyediakan perkhidmatan express dan henti-henti. Pastikan anda menaiki train yang betul.

Untuk perjalanan kali ini, kami memilih untuk tidak membeli JR pass kerana perjalanan kami lebih tertumpu di Bandar Sapporo dan tidak merangkumi keseluruhan pulau Hokkaido. Tiket Harian Metro sangat membantu kami berjimat.

Tips:

  1. Memandangkan semua perjalanan menggunakan pengangkutan awam seperti JR dan Metro, amatlah sesuai sekiranya anda menyimpan peta di bawah ini.
  2. Bagi yang mahu mengerjakan solat, terdapat sebuah surau yang terletak berhampiran dengan balai ketibaan. Surau ini terletak agak jauh dari restoran tempat makan di airport. Rancang perjalanan anda sebaiknya.

Tempat penginapan di Sapporo

Untuk penginapan, kami tidak akan membuat perincian atas alasan terlalu subjektif. Ini semua bergantung kepada jenis travel anda sama ada secara solo, couple atau family.

Kami menginap di Airbnb berhampiran dengan Odari Park pada harga yang berpatutan.

Hotel Nord Otaru Hokkaido


Tempat makan di Sapporo

Mencari tempat makan di Sapporo adalah tidak sukar bagi traveller muslim cuma anda memerlukan sedikit usaha mencari. Sila lawati laman web Hokkaido Explorer untuk senarai kedai makanan halal di Sapporo dan Otaru, atau klik pada link ini.

Produk Makanan Hokkaido

Bukan saja di Jepun, Hokkaido sememangnya terkenal dengan penghasilan produknya tersendiri di serata dunia. Anda boleh mendapatkannya di mana-mana kedai yang terletak di airport, pusat membeli-belah bawah tanah di Stesen Sapporo/ Odori dan lain-lain tempat.

Pada penggemar cheese tart, kedai francais Hokkaido Baked Cheese Tart memang tidak asing lagi di mana-mana komplexs beli-belah di KL. Jangan terlepas pula mencuba satu di Sapporo.

100
101

Selain itu, pelbagai aneka makanan lain seperti cheese omelette, Jaga-Pokkuru, coklat Royce’, chocolate potato chips, susu segar dan sebagainya yang sedap dan menarik untuk dinikmati di Sapporo.

Tips:

  1. Ketika memesan makanan, minta menu “Muslim friendly” untuk senarai makanan halal.
  2. Pada tingkat 3 airport terminal, terdapat sebuah restoran seafood Donburi Chaya Chaya yang muslim friendly. Dibuka dari jam 10.30 a.m. – 8PM.
  3. Makanan on the go seperti “nasi kepal segitiga” dijual di mana-mana kedai mart seperti Lawson dan siap dilabel dengan nama English, berbeza dengan 7E yang sekadar memaparkan gambar dan agak mengelirukan. Seketul berharga dalam ¥150 (¥100 ketika promosi) dan amat sesuai sebagai alas perut ketika bertravel.

Mencari free Wifi di Sapporo

Antara faktor terpenting pemilihan rumah Airbnb ialah mereka menyediakan pocket wifi percuma sepanjang penginapan kami di rumah mereka. Oleh itu kami tidak perlu bersusah payah mencari wifi percuma kerana pocket wifi sudah mencukupi untuk di bawak kemana-mana.

Untuk anda yang tidak biasa dengan Airbnb, kebanyakkan Airbnb akan menyenaraikan senarai kelengkapan rumah mereka. Pastikan wifi sebahagian daripada senarai perkhidmatan yang disediakan.

Namun jangan risau, anda akan mendapat wifi percuma di lapangan terbang dan kedai-kedai makanan segera.


Masa yang sesuai melawat Sapporo

Sapporo adalah destinasi yang anda boleh kunjungi pada bila-bila masa sahaja. Off season adalah waktu terbaik kerana tiket flight jauh lebih murah.

Berikut maklumat cuaca sewaktu kami ke sana di bulan Mei:

  • Temperature: Low 7°C High 26°C
  • Season: Spring

Akhir April adalah permulaan musim bunga di Sapporo. Walaupun siang harinya lebih panas, suhu boleh turun ke takat bawah 10°C pada sebelah malam.

Pastikan anda bawa jaket dan sweater yang sederhana tebal dan tahan sejuk.


Bajet ke Sapporo

Exchange rate ¥100 = RM4

  1. Flight ticket: RM1200 (AirAsia) – Return
  2. Visa: On arrival (Note 4)
  3. Accommodation: RM649 (3D2N) + RM1000 (Otaru Nord Hotel – 2D1N)
  4. Transportation:
    • Airport transfer: JR Train ¥1790/ RM72
    • Public: ¥520 daily (Golden Week) x 4 =¥2080/ RM83.20
  5. Food & drink: RM350 (Rujuk harga KingCrab)
  6. Entrance fees: N/A

Misc:

  1. Souvenir: RM65
  2. Shopping: RM150

TOTAL: (¥18,000YEN~RM720) + RM1200 + RM325 + RM500 = RM2745/pax

Note:

  1. Matawang Yen.
  2. Anggaran bajet berdasarkan tempoh masa 4 hari 3 malam.
  3. To be safe; tambah 10% peratus dari jumlah bajet kerana anggaran di atas adalah secara kasar.
  4. Warga Malaysia boleh memasuki Jepun tanpa visa selama 90 hari dengan syarat passport masih sah minimum 6 bulan dari tarikh luput.

Kesimpulan dari travel ke Sapporo

Sapporo sememangnya menjanjikan satu pengalaman yang menarik dan selesa untuk anda sekeluarga. Seperti anda melawat ke Perth – Australia, ketenangan yang sama sekali anda tidak akan dapati jika dibandingkan dengan hiruk-pikuk kota besar seperti Tokyo dan Osaka.

Cuma masa perjalanan yang agak jauh selama 8 jam dari Malaysia agak mencabar sekiranya anda membawa anak kecil. Untuk pergerakan di Sapporo pula, kami menyarankan anda cuba untuk tidak membawa stroller bersama kerana kebanyakan stesen hanya mempunyai access lift yang limited. Namun, masih bukan satu masalah yang besar kerana kemudahan tersebut masih boleh didapati di setiap tempat.

Jepun secara amnya telah banyak berusaha untuk menarik pelancong muslim dengan menyediakan kemudahan tempat solat dan makanan “muslim friendly” serta halal. Usaha murni ini amat dihargai dan patut dipuji.

Banyak yang akan anda belajar dari segi adat, kesopanan, kerja kuat dan kebersihan dari masyarakat setempat. Apa tunggu lagi??


Himpunan photo travel di Sapporo

46
39
86
94
84
98

Note: This article was accurate when it was published. Please confirm all details directly with the companies in question before planning your trip.

 

 

12 comments on “Travel ke Sapporo, Jepun”

  1. add says:

    thanks for the info esp the solat place

    1. kakitravel365 says:

      You’re welcome!!…happy to help with the infos

  2. Zan says:

    wah! saya suka, banyak info saya dapat utk plan travel saya ke sapporo dengan keluarga nanti. Terima kasih banyak! tapi trip yang ni, berapa dewasa dan berapa kanak2?

    1. The Admin says:

      Kami sekeluarga seramai 2 dewasa dan seorang kanak-kanak.
      Jika tuan ingin bermain salji, Sapporo pasti menjanjikan pengalaman yang amat menarik!

  3. azie says:

    Assalam.. can i have ur phone number.. mggu depan dah nk pegi tapi byk bnda lg yang masih xtahu…….. or can u please cntct me….. thankyou sis

    1. The Admin says:

      salam azie,

      saya dah fwdkan contact no kat gmail.
      Nanti boleh check email..

  4. Kamariah says:

    Hai..menarik sekali tips travel ke sapporo ni..saya juga akan ke sapporo pada 30.4.18~2.5.18… during GOLDEN WEEK… same as yours…bagaimana ya kesesakan orang ditourist attraction place? di train station? sy akan travel with 3 kids 5yr~10yrs.. terima kaish for your reply

    1. The Admin says:

      Hi Puan Kamariah,
      Seperti yang saya kongsikan di atas, travel ketika Golden Week di Sapporo sangat ‘convenience‘. Public transport tidak terlalu sesak berbanding bandar-bandar besar Jepun yang lain. Masih ada ruang untuk duduk di dalam metro/train.
      Tips: Pastikan anda sekeluarga melawat tempat-tempat seperti tanam sakura dan kilang coklat kerana timing sangat baik.

  5. Anjang says:

    Thanks atas info yg diberikan. Amat berguna sekali. In Sha Allah akan berada di Sapphoro dr 29/4 hg 3/5 depan.

    1. The Admin says:

      Hi Anjang,
      Perjalanan anda bakal melalui perkara yang sama seperti posting kami. Pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk ke setiap tempat yang kami lawati. Pasti anda tidak akan menyesal.Enjoy…

  6. Zurie says:

    Hi. Boleh saya dapatkan emeil untuk tanya details on transportation dia? Sebab confuse sikit! Thanks

    1. The Admin says:

      Hi Boss,

      Try tgk email. Saya dah PM tepi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *