Travel ke Sydney, Australia

Sydney merupakan pintu masuk utama ke Australia. Jika anda sedang merancang trip ke Australia, anda tidak boleh terlepas ke Sydney.

Tempoh masa yang ideal untuk betul-betul menikmati Sydney sepenuhnya adalah seminggu. Tidak mengapa jika anda bercadang kurang daripada itu, kerana bagi kami, 4 hari 3 malam sudah memadai selepas mengambil kira kosnya yang tinggi.

Berikut kami kongsikan pengalaman, tips-tips dan panduan ke Sydney dari segi bajet yang sederhana.


Kenapa mahu ke Sydney?

Sebut saja Australia, imej pertama yang terbayang di kepala anda pasti tidak lain tidak bukan Opera House. Bangunan ini terkenal sebagai ikon negara itu selain daripada kangaroo.

Opera House
Symbol of Australia by kakitravel365

Sydney dikelilingi oleh pelabuhan yang cantik, pantai yang ikonik, world-class restoran, pubs, kafe dan festival. Ia juga memiliki World Heritage Site yang menjadi tarikan sampingan pengunjung dari serata dunia.


Sedikit pengenalan tentang Sydney

Sydney adalah ibu negeri kepada New South Wales (NSW) dan juga merupakan bandaraya metropolitan terbesar di Australia. Dianggarkan jumlah penduduk Sydney adalah seramai 5 juta orang. Walaupun begitu, Sydney bukan ibu negara Australia.

Sydney telah dinobatkan sebagai “ see World’s Best City” oleh majalah Condé Nast Traveler pada October 2011 dan juga mendapat undian pertama sebagai “ Where can i buy some cytotec online only using cash or money orders World’s Friendliest Cities for Tourist 2015” dari majalah yang sama.

Penduduk Sydney menggelarkan diri mereka “ enter site Sydneysiders“.


Tumpuan utama di Sydney

1. Opera House

Opera House
Opera House by kakitravel365
  • Location: Bennelong Point
  • Getting there: Turun di Circular Quay Station kalau menaiki tren atau bas. Berjalan kaki ke Opera House hanya mengambil masa 5-7 minit dari stesen ini.Sydney Train - Circular Quay Station-v2

Opera House adalah bangunan paling ikonik dan wajib menjadi tempat utama dikunjungi walaupun anda bukan peminat drama berteater.Map 2D Opera House

Selepas selesai tour, jangan lupa untuk singgah sebentar di Ground Level. Anda boleh membasahkan tekak sambil menikmati pemandangan Sydney Harbour Bridge dari Opera Kitchen.

  • Entrance fee: Jika anda berminat untuk masuk ke Opera House, bayaran untuk menyertai tour adalah AUD$37 (RM110). Tour bermula dari jam 9AM ke 5PM setiap hari.
  • Plan to stay: 1-2 jam. Tour bakal mengambil masa lebih kurang sejam.

Tips:

  1. Berjaga-jaga ketika berehat di Opera Kitchen kerana chips anda boleh disambar oleh Seagull.
  2. Tempahan tiket Tour yang dibuat secara online bakal mendapat lagi diskaun 10%.

2. Sydney Harbour Bridge

Sydney Harbour Bridge
Sydney Harbour Bridge by kakitravel365
  • Location: Anda tidak mungkin terlepas kerana lokasinya yang kelihatan jelas dari Circular Quay. Jambatan ini kelihatan begitu cantik sebagai latar belakang photo dari Opera House.
  • Getting there: Turun di Milsons Point Station (arah tuju ke Luna Park). Perjalanan merentasi jambatan ini akan mengambil masa 1/2 jam pergi balik dari laluan pejalan kaki.Sydney Train - Milsons Point

Dikenali sebagai “Coathanger“. Pembinaannya saja memakan masa selama 6 tahun sebelum dibuka pada 19 Mac 1932. Sydney Harbour Bridge adalah sepanjang 1,149 meter dan seberat 58,000 ton.

Untuk melihat jambatan ini dengan lebih dekat, anda bolehlah ke Pylon Lookout dengan bayaran masuk cuma AUD$13 (RM40). Selain bergambar di atas pylon, anda dapat melihat pameran sebanyak 3 tingkat disamping belajar sejarah pembinaannya.

  • Did you know: Sydney Harbour Bridge merupakan “world’s largest steel arch bridge” tetapi bukan yang terpanjang di dunia (New River Gorge, USA).
Pylon Lookout
Pylon Lookout by kakitravel365

Atau anda juga boleh mendakinya sekalipun. Namun kami tidak menggalakkan anda mendaki kerana aktiviti ini memakan masa dan agak meletihkan.

  • Entrance fee: AUD$158-268 (RM470-800) bergantung kepada level pendakian yang anda pilih.
  • Plan to stay: 1-2 jam.

Tips:

  1. Menaiki feri ke Kirribilli dan berjalan kaki pulang merentasi jambatan ini bakal memberikan pemandangan panoramik yang mempersonakan.
  2. Pendakian jambatan ini mengambil masa selama 1½ ke 3½ jam. Maklumat lanjut di BridgeClimb dan boleh ditempah secara online.

3. Bondi Beach

Bondi Beach
Bondi Beach by kakitravel365
  • Location: 2km dari Bondi Junction Station
  • Getting there: Naik train dan turun di Bondi Junction Station. Dari Bondi Junction, anda kena menaiki bas ke Bondi Beach No. 380, 381, 382 atau 333.Laluan bas dari Bondi Junction ke Bondi Beach

Pantai yang sepanjang 1km ini bukan saja yang paling terkenal di Australia malah di dunia. Bondi (sebutan Bondai) bermaksud “bunyi air yang memecahkan batu” dari perkataan asal Aboriginal.

  • Do you know: Realiti tv shows bertajuk Bondi Rescue? Siri ini memaparkan kisah bagaimana sekumpulan lifeguard membuat aktiviti menyelamat sebanyak 5000 kali pada musim panas sahaja.
Bondi Beach
Bondi Beach panorama by kakitravel365

Bentuk pantainya yang luas, air yang jernih, dan pasir yang halus menyebabkannya dikunjungi lebih 2.5 juta orang setahun. Bondi Beach juga amat terkenal di kalangan windsurfers kerana ombaknya yang berketinggian sederhana.

Senarai aktiviti yang boleh dibuat:

  1. Jika anda datang untuk mandi, pantai ini boleh jadi overcrowded pada musim panas (Dec-Feb).
  2. Majoriti kedai dan kafe boleh dijumpai di sepanjang Campbell Parade (jalan pesisir pantai).
  3. Bondi Markets – Dibuka setiap Ahad menjual barangan seperti designer clothing, hand made jewellery, arts, crafts, retro furniture vintage clothes dll.
  4. Coogee to Bondi Coastal Walk – Jarak sepanjang 6km dan boleh dilengkapkan dalam masa 2 jam. Anda boleh mula dari Bondi atau Coogee. (Naik bas No. 353 dari Bondi Junction dan berhenti di Coogee)
  • Entrance fee: n/a
  • Plan to stay: 2-3 jam

Tips:

  1. Kawasan pantai ini sangat luas dan agak meletihkan kami sewaktu berjalan-jalan di Campbell Parade. Kami mencadangkan anda pergi ke Bondi Pavillion yang terletak betul-betul di depan pantai. Disitu terdapat kemudahan seperti changing rooms, lockers, selain kafe dan art galleries.
  2. Bas No. 333 lebih cepat sampai tetapi tiket adalah jenis pra-bayar (prepaid). Tiket perlulah dibeli dari vending machine yang terletak pada stesen. (Kad Opal tidak sah digunakan).

Markets di Sydney

4. The Rocks Market

The Rocks menjadi tumpuan pelancong yang ingin mencari barang buatan Australia dan souvenir.

  • Location: Berdekatan dengan Circular Quay Station di seberat barat.
  • Getting there: Jalan kaki mengambil masa 7-10 minit dari Circular Quay Station.

Senarai aktiviti yang boleh dibuat:

  1. The Rocks Markets dibuka setiap Sabtu dan Ahad dari jam 10AM – 5PM. Gerai-gerai yang dibuka sepanjang jalan menjual barangan seperti jewellery, fashion, arts & crafts, music & books health & beauty dan souvenir.
  2. The Rocks Friday Foodie Market dibuka setiap Jumaat dari jam 9AM – 3PM. Lokasi berdekatan Jack Mundey Place.
  3. Free Walking Tour – Sertai “I’m Free Walking Tours” jika anda mempunyai banyak masa. Salah satu tour akan bermula di The Rocks pada jam 6 petang. Tour guide akan membawa anda berjalan sambil bercerita sejarah dan fakta-fakta tentang Sydney.
  4. Pancakes on The Rocks – Untuk pancakes lover, trip ke Sydney pasti tidak lengkap tanpa menikmati keenakan buttermilk pancakes yang terkenal di seluruh dunia. Restoran terletak di 4 Hickson Rd, dibuka 24 jam, 7 hari seminggu.

    Strawberry Patch
    Strawberry Patch AUD$14.95
  • Entrance fee: n/a
  • Plan to stay: 2-3 jam

Tips:

  1. Terdapat juga open market lain yang kami tidak senaraikan disini seperti Paddington Markets, Paddy’s Markets dan Sydney Fish Market.

Membeli Souvenir

Boomerang adalah souvenir yang unik untuk dibawa dari Australia.

Boomerang Souvenir

Membeli boomerang di tepi-tepi jalan jauh lebih murah daripada yang dijual di markets dan kedai souvenir. Bukan saja murah, kualitinya juga lebih bagus dan banyak pilihan.

Tips:

  1. Bagi perhatian jika ternampak Aboriginal bermain didgeridoo di tepi-tepi jalan kerana lokasi mereka berubah-ubah. Kami ternampak di Circular Quay wharf dan membeli 2 (dua) buah boomerang dengan hanya AUD$14 (RM42) satu. Size yang lagi kecil dijual AUD$25 (RM75) di kedai souvenir. (Harga sekali ganda mahal jika dibeli di kedai official)

Lain-lain tumpuan di Sydney

Tumpuan utama diatas adalah senarai kami yang “must see“. Berikut lain-lain tumpuan yang kami rasakan optional. Bermaksud, kalau tak pergi pun tidak mengapa.

6. The Sydney Tower Eye

Sydney Tower Eye berketinggian 309 meter dan merupakan bangunan tertinggi di Sydney. Dibuka dari jam 9AM-10PM.

  • Location: Market St, di antara Pitt dan Castlereagh Street. Boleh dikunjungi dari Pitt Street Mall
  • Getting there: Beberapa langkah sahaja dari Town Hall atau St James Station
  • Entrance fee: AUD$26.50 (RM80). Tiket lagi murah dibeli online iaitu $18.55 (RM56)
  • Plan to stay: 2 jam

7. Taronga Zoo

taronga-zoo-giraffe
taronga-zoo-koala
taronga-zoo-merkat
  • Location: Bradleys Head, Mosman.
  • Getting there: Menaiki feri dari Circular Quay adalah cara paling mudah dan cepat. Perjalanan feri mengambil masa selama 12 minit setiap ½ jam sekali. Sediakan kamera kerana feri ini akan melintas dari hadapan Opera House.

Zoo yang bertaraf dunia ini terletak di Sydney Harbour. Kami pergi ke zoo kerana mahu melihat haiwan asal kelahiran negara ini seperti kangaroo, koala, wombat dan plytypus dengan lebih dekat. Zoo dibuka dari jam 9.30AM-5PM.

  • Entrance fee: AUD$53 (RM160) dewasa. ZooPass termasuk tiket pengangkutan feri, bas dan Sky Safari Cable Car dan boleh dibeli dari Circular Quay wharf 2.
  • Plan to stay: 3 jam

Tips:

  1. Anda mudah sesat di zoo ini kerana signboard yang kurang jelas. Ikut green dots pada lorong pejalan kaki untuk sampai ke semua 9 trails. Rancang dulu kemana hendak pergi. Jika tidak, anda terpaksa turun-naik mendaki kawasan zoo ini yang bertanah tinggi.
  2. Kalau sudah ada kad Opal, beli tiket di pintu masuk Taronga Zoo yang berharga AUD$46 (RM140) dewasa, AUD$26 (RM80) kanak-kanak 4-15 tahun dan percuma bawah 4 tahun. Tiket yang dibeli online dapat 20% diskaun.

8. Royal Botanic Gardens

Taman botani ini sebesar 30 hectar. Bagi anda yang sudah bosan dengan hutan konkrit, luangkan masa beberapa jam ke taman ini untuk menghirup udara yang menyegarkan dari angin laut.

  • Location: Cuma ada satu taman di tepi pelabuhan Sydney CBD dan anda tidak mungkin terlepas pandang.
  • Getting there: Cuba jalan dari Opera House ke Mrs Macquarie’s Point. Lokasi yang strategik untuk mengambil photo berlatarbelakangkan Opera House dan Harbour Bridge. Dan juga cantik untuk melihat matahari terbenam. 

9. Blue Mountains

Three Sisters
Three Sisters by James Lodge
  • Location: Katoomba. Jarak 109km – lebih kurang 2 jam dari Sydney.
  • Getting there: Naik Intercity Train dari Central Station dan turun di Katoomba Station.

National Park yang diiktiraf sebagai World Heritage Site. Tarikan utama adalah Wentworth Falls, Three Sisters dan Jenolan Caves. Three Sisters di Echo Point menjadi simbol ikonik Blue Mountains.

Kalau anda bercadang balik hari, naik Blue Mountains Explorer Bus bila tiba di Katoomba Station. Hop-On-Hop-Off Bus yang berharga AUD$40 (RM120) ini memudahkan pergerakan ke tempat tarikan utama seperti Three Sisters dan Scenic World.

  • Entrance fee: AUD$40 (RM120) dewasa Hop-On-Hop-Off Bus.
  • Plan to stay: Reserve sehari untuk trip ke Blue Mountains.

Tips:

  1. Untuk mendapat pemandangan yang terbaik, cuba dapatkan tempat duduk di sebelah kiri train.
  2. Stesen terakhir sebelum Katoomba ialah Leura. Dari sini, anda hanya ada 4 minit untuk bersiap-siap sedia sebelum turun. Sebaik saja turun, perhatikan papan tanda Blue Mountains Explorer Bus pada tangga laluan keluar.
  3. Menyewa kereta lebih fleksibel tetapi bila diambil kira kos minyak dan parking – menjadi mahal. Selain itu, pemanduan yang bengkang-bengkok ke kawasan pergunungan memerlukan konsentrasi dan meletihkan.
  4. Menaiki coach tour pula tidak bebas untuk bergerak kerana terpaksa mengikut jadual yang telah disusun.
  5. Cara paling efficient untuk ke Blue Mountains adalah dengan menaiki train dan Hop-On-Hop-Off Bus. Jika pakai kad Opal, tambang sehala dari Central Station cuma AUD$8.30 (RM25).

Shopping di Sydney

Pasar raya yang terkemuka di Sydney adalah MYER dan DAVID JONES. Jika anda berminat untuk membeli produk kecantikan organik jenama KORA oleh Miranda Kerr, hanya boleh didapati disini.

Kami tidak menekankan shopping di Australia kerana bukanlah objektif utama. Tempat-tempat shopping berikut adalah sangat besar dan memenatkan untuk berwindow shopping.

10. Queen Victory Building (QVB)

Terdapat banyak butik, jewellery dan perkakasan rumah selain kafe dan restoran.

  • Location: George St, Sydney CBD

11. Pitt Street Mall

Dikenali sebagai “Sydney’s Fashion Centre”.

  • Location: Pitt St, Sydney CBD

Shopping street lain yang terkenal di Sydney adalah Oxford Street di Darlinghurst, Paddington yang digelar “Paddo” oleh local, dan Newtown’s King Street.

12. Chinatown

Jika anda bercadang untuk membeli banyak souvenir, sudah tentu Chinatown Markets Sydney adalah tempatnya.

  • Location: 12 minit berjalan kaki ke Chinatown Markets dari Dixon Street Plaza
  • Getting there: Turun di Chinatown, Paddy’s Market, dan Haymarket Station.

Pengangkutan di Sydney

Free City Shuttle Bus

Free City Shuttle Bus - Route 555

Servis bas No. 555 ini adalah percuma pada setiap 10 minit sekali. Bas ini membuat pusingan loop mengelilingi Sydney CBD dari Central Station ke Circular Quay melalui Elizabeth St dan George St.

Bas ini memudahkan pergerakan di CBD kerana turun-naik dan berhenti dari kedua belah arah. Pastikan anda naik dari perhentian bas yang ada green shuttle logo sahaja. Waktu operasi adalah; Isnin hingga Jumaat dari jam 9.30AM – 3.30PM. Khamis sehingga jam 9 malam dan hujung minggu 9.30AM – 6.30PM.

Klik disini untuk peta laluan Free City Shuttle Bus Route 555

Hop-On-Hop-Off-Buss Tour

Sydney Explorer adalah bas persiaran double-decker yang berhenti di 34 buah lokasi termasuk Sydney Harbour Bridge, Opera House, Circular Quay, The Rocks, Darling Harbour, Kings Cross dan Bondi Beach. Bas ini menawarkan komentari yang telah direkodkan dalam 8 bahasa asing termasuk English.

Terdapat dua jenis bas persiaran double-decker ini iaitu Red Route (Sydney Tour) dan Blue Route (Bondi Tour).

Kelebihan menaiki bas persiaran ini adalah; dengan satu tiket anda dibenarkan turun-naik atau bertukar dari Red Route ke Blue Route seberapa kali yang boleh.

Bagi kami, harga tiket seorang dewasa AUD$40 (RM120) valid 24 jam dan AUD$60 (RM180) valid 48 jam agak mencekik darah para pelancong. Melainkan anda tiada pilihan dan tak cukup masa, bas persiaran sebegini memudahkan pergerakan bagi yang mahu melihat bandaraya metropolitan Sydney dalam 360 darjah.

Pengangkutan Awam

Kami lebih suka menggunakan pengangkutan awam seperti City Rail Trains kerana murah dan kerap. Sebab itu kami mencari tempat penginapan yang berdekatan dengan train station.

Untuk mendapatkan lebih penjimatan, kami membeli kad Opal. Penggunaan kad ini adalah digalakkan jika tempoh masa anda di Sydney lebih dari 3 hari.

Klik disini untuk cara penggunaan kad Opal pada sistem pengangkutan awam di Sydney


Pengangkutan dari dan ke Sydney Airport

Airport Shuttle Bus

Kami mengambil shuttle bus ke tempat penginapan kerana lebih murah berbanding teksi. “Shuttle bus” disini ialah “van” yang boleh muat 8 orang penumpang.

Selain murah, kebaikan shuttle bus ini adalah membuat penghantaran terus ke depan pintu penginapan. Keburukannya pula adalah, jika lokasi penginapan anda jauh, anda kena tunggu sehingga shuttle bus ini menurunkan penumpang lain dulu sebelum giliran anda. Penumpang dihadkan kepada 2 bagasi seorang dan extra charge dikenakan jika terlebih.

Tiket boleh dibeli di airport atau ditempah secara online dari jayride.com. Harga bergantung kepada berapa jauh lokasi penginapan dari airport.  Shuttle bus ini beroperasi 24 jam dan boleh ditempah online sehingga 12 jam sebelum ketibaan flight.

Tips:

  1. Minta receptionist penginapan anda untuk membuat tempahan shuttle bus sehari sebelum flight. Ambil masa pick-up sekurang-kurangnya tiga jam sebelum flight.
  2. AWAS: Jika pemandu menawarkan anda return ticket yang lebih murah dari syarikat shuttle bus yang mereka pandu, katakan “tidak!” Itu adalah scam. Kami terkena dengan pemandu warga Turkey. Kami menyedari itu adalah scam selepas membuat percubaan berkali-kali untuk menghubungi nombor telefon yang tertulis pada tiket itu.
Sydney Trains

Anda boleh juga memilih untuk menaiki train. Untuk pengetahuan anda, Airport akan mengenakan Station Access Fee sebanyak AUD$13.40 (RM41) sebaik saja anda tap-on atau tap-off.

Tips:

  1. Dua stesen selepas airport adalah sangat sibuk pada peak hours (Mascot Station & Green Square Station)
  2. Elakkan masuk dari bahagian tengah train ketika peak hours. Masuk sedalam yang mungkin terutamanya bila berhenti di stesen di atas.

Tempat penginapan di Sydney

Untuk penginapan, kami tidak akan membuat perincian atas alasan terlalu subjektif. Ini semua bergantung kepada jenis travel anda sama ada secara solo, couple atau family. Tetapi jika hostel semestinya YHA:

  • Sydney Harbour YHA – Lokasi di The Rocks District. Dibina diatas tempat peninggalan penempatan kulit putih Australia yang pertama.
  • Sydney Central YHA – Lokasi yang strategik untuk ke tempat-tempat tumpuan di CBD.

Kami menginap di Kings Cross Neighbourhood. Apabila malam menjelma, kawasan ini tampak hidup. Sesuai bagi yang meminati nightlife dan party.

Kami memilih lokasi ini kerana:

  1. Lokasi yang strategik untuk ke Bondi Beach dan city centre
  2. Walking distance ke perhentian bas dan Kings Cross Station
  3. Airport Shuttle pick-up terus dari penginapan
  4. Wifi percuma, guess laundry, luggage storage, kafe, restoran berdekatan
  5. Cafe Hernandez – Kafe yang berpengalaman 40 tahun ini pakar dalam membuat roast coffee beans mereka sendiri. Interior dan exterior kafe ini dikatakan tidak pernah berubah semenjak dibuka pada tahun 1972. Selaku peminat coffee, kedai ini menarik perhatian kami kerana aroma kopinya yang dikatakan klasik dan punyai ciri-ciri tersendiri.

Tips:

  1. Pastikan anda tahu masa check-in tempat penginapan anda. Kebanyakan penginapan hanya boleh dimasuki selepas jam 2 petang.
  2. Sekiranya anda sampai awal, tinggalkan dulu bagasi anda dekat perkhidmatan luggage storage. Hubungi tempat penginapan anda jika ada menyediakan perkhidmatan ini.

Camping

Kepada yang minat berkhemah, anda boleh camping di Cockatoo Island pada khemah yang sudah dipacak. Jika anda bukan camper, penginapan lain seperti rumah dan apartment juga dibina oleh kerajaan Australia pada pulau yang berstatus UNESCO world-heritage ini.


Tempat makan di Sydney

Mencari tempat makan di Sydney adalah mudah kerana populasinya yang multicultural. Persoalannya, berapa bajet makan yang anda tetapkan?

Kami tidak membuat penelitian tempat makan kerana topik ini sangat luas. Bila kami rasa lapar, kami makan apa saja yang kelihatan ketika itu. Walau bagaimanapun, terdapat banyak restoran halal di Sydney yang menghidangkan kebab, nasi briyani serta terdapat juga restoran Malaysia.

Kami lebih mementingkan makanan yang menjadi simbolik sesebuah negara. Untuk mengetahui apa makanan yang mesti dicuba di Australia, sila klik pada link berikut.

Klik disini untuk mengetahui apa makanan yang mesti dicuba di Australia


Mencari free Wifi di Sydney

Tempat penginapan yang kami tinggal ada menyediakan perkhidmatan wifi percuma kepada guest. Lokasi yang kami jumpa ada wifi percuma adalah di:

  • Starbucks
  • Airport
  • McDonald
  • Circular Quay

Tips:

  1. Download apps “Zomato”. Apps ini mencari lokasi kafe dan restoran yang menawarkan wifi percuma.
  2. Virtual Private Network (VPN) – Tidak kira dimana anda mengakses internet, pastikan guna VPN bagi mengelakkan hackers mencuri maklumat dan data peribadi seperti kredit kad dan password.

Masa yang sesuai melawat Sydney

Sydney adalah destinasi yang anda boleh kunjungi pada bila-bila masa sahaja. Kami memilih off season kerana tiket flight yang lebih murah.

Berikut maklumat cuaca sewaktu kami ke sana di bulan April:

  • Temperature: 19°C / Low 15°C High 23°C
  • Sunshine: 8 jam, chance of sunny day 28%, rain 46%, cloudy 20%, windy 43%
  • Rainfall days: 11
  • Season: Autumn

Bajet ke Sydney

Exchange rate: AUD$1 = RM2.9254

  1. Flight ticket: RM1300 (AirAsia)
  2. ETA Visa: RM60 ($20)
  3. Accommodation: RM860 ($100/night)
  4. Transportation:
    • Airport transfer: RM90 ($15 Airport Shuttle Bus one-way)
    • Public: RM180 ($15 daily – Opal card)
    • Blue Mountains Explorer: RM120 ($40)
  5. Food & drink: RM360 ($30 daily)
  6. Entrance fees:
    • RM100 ($33.3 Opera House Tour-online)
    • RM40 ($13 Pylon Lookout)
    • RM56 ($18.55 Sydney Tower Eye-online)
    • RM125 ($41.40 Taronga Zoo-online)

Misc:

  1. Souvenir: RM150 (min. $15 per item)
  2. Shopping: –

TOTAL: RM3,441

Note:

  1. Matawang AUD (Australian Dollar). Untuk memudahkan pengiraaan, kami bundarkan AUD$1=RM3 di dalam post ini.
  2. Anggaran bajet berdasarkan tempoh masa 4 hari 3 malam.
  3. To be safe; tambah 10% peratus dari jumlah bajet kerana anggaran di atas adalah secara kasar.

Kesimpulan dari travel ke Sydney

Travel ke Sydney tidak semurah yang kita jangkakan. Tetapi jika dirancang awal dan teliti, banyak penjimatan boleh dibuat terutamanya dari segi pengangkutan dan bayaran masuk.

Kebanyakan yang ditempah online akan mendapat diskaun 10% ke 20% daripada harga jualan di kaunter.

Sebelum itu, pastikan anda faham T&C yang ditawarkan. Tempahan online memang murah, tetapi jika anda cancelled, kemungkinan bayaran balik tidak akan dikembalikan atau hanya dikembalikan separuh.

Pengangkutan dan penginapan pula berkait rapat. Tempat penginapan yang jauh dari CBD lebih murah tetapi terpaksa mengeluarkan kos untuk pengangkutan. Penginapan di CBD rata-rata average AUD$70 semalam. Itupun di Youth Hostel dormitory room yang dikongsi 4-6 orang satu bilik.

Dengan kad Opal, kos pengangkutan dapat diturunkan sebanyak 44% daripada harga asal tiket sehala serta tidak melebihi AUD$15 sehari.

Jika anda kesuntukan masa ke Sydney, (terutamanya yang flight transit beberapa jam atau yang datang untuk business trip) anda hanya perlu pergi ke Circular Quay kerana tarikan utama seperti Opera House, Sydney Harbour Bridge serta The Rocks berdekatan.

Apa-apapun, kami menasihati anda untuk merancangan trip seawal yang mungkin sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum berlepas.


Himpunan photo travel di Sydney

Sydney-Harbour-Bridge-Coathanger
sydney-opera-house
sydney-bondi-beach
sydney-circular-quay

Note: This article was accurate when it was published. Please confirm all details directly with the companies in question before planning your trip.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *