Travel ke Xi’an, China

Sememangnya tempat ini agak asing bagi kebanyakan rakyat Malaysia, namun bagi golongan yang suka mengembara, Xi’an pastinya menjanjikan pengalaman yang amat unik dan tersendiri.

Mengikut laman web tripadvisor, Xi’an tersenarai sebagai destinasi ke-5 yang anda harus lawati di Tanah Besar China selepas Hong Kong, Beijing, Shanghai dan Macau.


Kenapa mahu ke Xi’an?

Antara tarikan utama Xi’an ialah Museum of Qin Terra-cotta Warriors and Horses (Muzium Pahlawan & Kuda Terra-cotta Dinasti Qin), Xi’an City Wall (bandar Xi’an yang dikelilingi dengan kota pertahanan), Xi’an Bell Tower (Menara Loceng Xi’an), tidak terkecuali Xi’an Mosque yang pernah menjadi nadi utama laluan sutera serta Muslim Quarter (Penempatan Muslim) yang menjual pelbagai makanan yang enak.


Sedikit pengenalan tentang Xi’an

Xi’an merupakan ibu kota kepada Wilayah Shaanxi dan merupakan bandar tertua di Tanah Besar China. Menurut laporan kajian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dari The World’s Cities in 2016, Xi’an memiliki penduduk seramai 6.2 juta orang.

Xi’an terletak ditengah-tengah China serta berada kira-kira 1200km dari Shanghai.

Mengikut sejarah, Xi’an pernah menjadi ibu kota untuk pelbagai dinasti bermula dari Dinasti Zhou (1046 B.C) sehinggalah Dinasti Tang (904 A.D). Xi’an juga merupakan titik permulaan Laluan Sutera antara Arab – China dan rumah kepada Muzium Pahlawan & Kuda TerraCotta Dinasti Qin.

Maharaja Qin merupakan individu penting yang berjaya menyatukan seluruh Tanah Besar China melalui perang pada tahun 230 Sebelum Masihi sehingga tahun 221 Sebelum Masihi.

Apa yang menarik ialah Pahlawan Terra-cotta & Kuda  merupakan arca tanah liat yang menyerupai setiap askar Maharaja Qin dan dibina serta ditanam semata-mata untuk mengiringi baginda di ‘kehidupan’ seterusnya.

*Untuk peta lengkap Bandar Xi’an, anda boleh klik disini.


Tumpuan utama di Xi’an

1.  Terracotta Warriors and Horses

Terra-cotta Warrior_horse
Terra-cotta Warrior_mid officer
Terra-cotta Warrior_high officer
Terra-cotta Warrior
  • Location: Mount Li. Terletak kira-kira 42km di timur laut bandar Xi’an.
  • Getting there: Naik public bas no. 5 (juga dikenali bas No. 306) dari Stesen Keretapi Xi’an dan berhenti di perhentian terakhir yang ke 12.

Tersenarai sebagai World Heritage Area oleh UNESCO pada tahun 1987, muzium ini terdiri daripada 3 pit yang merangkumi sebanyak lebih 8000 Pahlawan Terracotta, 130 Kereta Perisai, 520 ekor Kuda dan 150 Kereta Kuda, serta dipercayai masih banyak yang tertimbus di dalam pit berhampiran Makam Maharaja Qin.

Tapak UNESCO

  • Did you know: Sebelum dijumpai pada tahun 1974 oleh petani yang mengali perigi, kawasan muzium ini merupakan perkampungan penduduk tempatan sama seperti kawasan lain yang tidak dibangunkan.
TerraCotta-5.0
TerraCotta-4
TerraCotta-5.3
TerraCotta-10
TerraCotta-9
  • Entrance fee: CN¥150 (RM98) dewasa (Mac – Nov). CN¥120 (RM78) dewasa (Dec – Feb).
  • Plan to stay: 2 – 3 jam. Sila tambahkan perjalanan bas sejam pergi dan sejam pulang.

Tips:

  1. Selain bas, anda juga boleh menyewa kereta persendirian. Kebanyakan hotel ada menyediakan pakej kereta sewa berserta pemandu. Ada yang mengenakan cas hourly rate bergantung kepada jumlah jam kemana anda pergi. Harganya agak mahal tetapi subjektif kepada pakej yang anda pilih.
  2. Naik public bas adalah mode pengangkutan paling murah dan bakal memakan masa selama 1 jam. Tambang one-way dikenakan sekitar CN¥7-10 bergantung kepada no. bas yang dinaiki. Pastikan anda mengambil bas yang dikhaskan untuk pelancong iaitu No.5 (306) di kawasan tempat letak kenderaan yang terletak di depan Stesen Keretapi Xi’an. Bas pertama berlepas jam 7 pagi dan bas terakhir jam 7 petang. Jumlah perhentian sehingga tiba ke destinasi adalah 12.
    • Hentian No.01: Stesen Keretapi Xi’an
    • Hentian No.08: Air Panas Huanqing
    • Hentian No.12: Muzium Terracotta

  3. Pastikan turun di stesen terakhir kerana bas ini akan berhenti rehat di kawasan tempat letak kenderaan Muzium Terracotta.

2. Xi’an City Wall

  • Location: Terletak di tengah-tengah bandar Xi’an
  • Getting there: Terdapat 4 buah Gate di sepanjang City Wall ini. Gate yang paling hampir dengan stesen metro ialah South Gate yang terletak di Stesen Yongningmen.

Xi’an City Wall merupakan sebuah tembok pertahanan purba bandar Xi’an. Selain yang tertua dan terbesar City Wall bandar Xi’an ini juga paling terpelihara di kalangan tembok-tembok pertahanan purba lain di China.

CityWall-5
CityWall-9

Tujuan asal pembinaannya adalah sebagai sistem pertahanan bandar. Tembok ini telah dibaik pulih banyak kali semenjak dibina pada kurun ke-14.

Tembok ini merangkumi kawasan seluas 36km persegi dan berperanan sebagai ‘pagar’ kepada bandar Xi’an sehingga ke masa kini.

  • Entrance fee: CN¥54 (RM35) dewasa dan CN¥27 (RM18) kanak-kanak yang ketinggian 1.2 ke 1.4 meter
  • Plan to stay: 2 jam

*Untuk peta lengkap Metro Xi’an, anda boleh klik disini.

Tips:

  1. Untuk penggunaan masa yang maksimum, pastikan anda merancang ke sini pada waktu petang supaya anda dapat merasai pengalaman waktu siang dan malam.
  2. South Gate dibuka dari jam 8AM-10PM setiap hari. Masa dibuka lebih pendek untuk gate-gate lain.

3. Great Mosque of Xi’an

  • Location: Lorong masuk ke Masjid terletak betul-betul di kiri kawasan masuk ke Muslim Quarter selepas Drum Tower.
  • Getting there: Cari pintu gerbang dan anda harus melalui gerai-gerai cenderamata sebelum sampai ke Masjid.

Untuk pengetahuan anda, Masjid Besar Xi’an merupakan kompleks Masjid terbesar di China. Uniknya, keseluruhan kawasan masjid ini dibahagikan kepada beberapa bahagian utama mengikut fungsi dan kegunaannya yang tersendiri.

Masjid-6
Masjid-8
Masjid-5
Masjid-10

Terdapat bangunan yang berasingan untuk perpustakaan, klinik, tempat pameran, tandas, menara azan, tempat wudhuk dan dewan solat. Seni bina yang diterapkan sememangnya seratus peratus beridentitikan tempatan.

Tempat Wudhuk

Dianggarkan seramai 50,000 penganut islam dari Bangsa Hui menetap di Xi’an ketika ini. Berdasarkan rujukan terkini, selain Masjid Besar Xi’an, terdapat 6 buah lagi masjid-masjid yang terdapat di Xi’an.

Dari dalam dewan Solat

30 juzuk Al-Quran di ukir di seluruh dinding dewan solat

  • Entrance fee: Masuk percuma untuk orang Muslim. Walaubagaimanapun, anda digalakkan untuk bersedekah di Dewan Solat selepas selesai solat.
  • Plan to stay: 1 jam

Tips:

  1. Sekiranya anda tidak pasti di mana letaknya masjid, jangan segan silu untuk bertanyakan penduduk tempatan.
  2. Taman Tamadun Islam di Kuala Terengganu juga mempunyai replika menara ini.

4. Muslim Quarter

  • Location: Terletak berhampiran Drum Tower dan Masjid Besar Xi’an.
  • Getting there: Naik Metro Line 2 dan turun di stesen Zhonglou (Bell Tower). Keluar pada Exit B dan berjalan sejauh 6 minit menuju ke arah barat sehingga anda ternampak Drum Tower. Street ini terletak di belakang Tower.

Muslim Quarter menjadi hub kepada lebih 20,000 komuniti muslim di Xi’an. Tempat ini memang sesuai dilawati selepas melawat ke tumpuan-tumpuan lain di pusat bandar.

Muslim(2)
Muslim(3)
Muslim(7)
Muslim(5)

Muslim Quarter menawarkan pelbagai hidangan unik masyarakat Islam di Xi’an. Anda pasti merasa selesa dan tidak was-was untuk menikmati hidangan di sini kerana kebanyakan gerainya menghidangkan makanan halal. Apa yang lebih menarik, kedai yang menjual makan selain makanan halal juga memaparkan logo tidak halal.

Fresh lamb satay

Selain dari makanan, tumpuan lain di kawasan ini adalah ke Beiyuanmen Muslim Street di mana anda boleh mendapatkan souvenir.

  • Entrance fee: Kebanyakan kedai mula beroperasi dari jam 10AM sehingga larut malam.
  • Plan to stay: 1 jam

Tips:

  1. Sekiranya anda menetap di Bell Tower Hotel yang sememangnya sangat strategik, anda boleh ke sini untuk bersarapan, makan tengahari dan juga makan malam. Cuma untuk waktu pagi, hanya beberapa kedai di buka selepas waktu subuh.
  2. Seperti tempat-tempat lain di China, anda haruslah menggunakan teknik tawar-menawar untuk membeli souvenirs, t-shirts atau fridge magnet. Jika teknik anda menjadi, anda boleh mendapatkan harga sehingga 1/3 dari harga permulaan diletakkan oleh kedai tersebut!!
  3. Di China, anda boleh mendapatkan makanan halal dengan mencari kedai yang mempunyai tanda HALAL di papan tandanya. Dari pemerhatian kami, mereka memaparkan logo halal berwarna “hijau” pada tepi papan tanda kedai masing-masing.

Lain-lain tumpuan di Xi’an

Terdapat banyak lagi tempat-tempat lain yang menarik di Xi’an. Tempat yang kami senaraikan diatas adalah senarai kami yang “must see” untuk first timer.

Kebanyakan tempat tarikan lain adalah di sekitar Bandar Xi’an dan senang untuk dikunjungi.

Lain-lain tumpuan kami rasakan optional, bergantung pada objektif dan berapa banyak masa yang anda ada.

Dan sudah tentu bergantung pada bajet yang anda sanggup keluarkan.


Shopping di Xi’an

Kami tidak menekankan shopping di Xi’an kerana bukanlah objektif utama. Jika anda ingin membeli souvenirs, anda bolehlah ke Beiyuanmen Muslim Street (jalan sebelum ke Great Mosque Xi’an) ataupun ketika lawatan ke tempat Terracotta Warrior.


Pengangkutan di Xi’an


Pengangkutan dari dan ke Xi’an Airport

Bas Awam

Bus No. G42 from Xi’an Airport to Xi’an Railway Station

Terdapat beberapa destinasi perhentian bas ini. Bergantung kepada lokasi penginapan anda, kebanyakan traveller menaiki bas ini (dari airport) ke Xi’an Railway Station yang terletak di pusat bandar Xi’an sebelum menuju ke hotel masing-masing.

Setiap penumpang dikenakan tambang sebanyak CN¥25 (RM17) seorang untuk perjalanan sehala.

Arrival and departure location at Xi’an Railway Station

Tips:

  1. Bas ini akan berhenti di kawasan pakir bas di seberang jalan betul-betul di hadapan pintu keluar Metro Line 1 di Stesen Wulukou.
  2. Sebaik sahaja anda keluar dari stesen Metro Wulukou, cari bangunan seperti dalam photo di bawah ini. Di hadapan bangunan ini adalah tempat menaiki bas ke Xi’an Airport. 
  3. Laluan jalan masuk ke tempat perhentian bas adalah seperti berikut.
  4. Tempat yang sama terdapatnya kaunter untuk membeli tiket ke Xi’an Airport.
  5. Selain bas awam, anda juga boleh menempah kereta sewa dari Xi’an Airport terus ke hotel penginapan. Disebabkan bilangan kami sekeluarga yang ramai, kami menyewa MPV 7 seater pada harga CN¥300 (RM195) sehala.

Tempat penginapan di Xi’an

Untuk penginapan, kami tidak akan membuat perincian atas alasan terlalu subjektif. Ini semua bergantung kepada jenis travel anda sama ada secara solo, couple atau family.

Ketika di Athens, kami telah menginap di Bell Tower Hotel Xi’an.

Kami memilih penginapan ini kerana:

  1. Harga yang murah standard hotel 3 bintang.
  2. Lokasi betul-betul di tengah bandar Xi’an.
  3. Walking distance dan berhampiran dengan City Wall, Bell Tower, Drum Tower, Muslim Quarter dan Great Mosque Xi’an.

Masa yang sesuai melawat Xi’an

Xi’an adalah destinasi yang anda boleh kunjungi pada bila-bila masa sahaja. Kami memilih off season kerana tiket flight yang lebih murah. Namun kebiasaanya musim sejuknya agak sejuk dibandingkan dengan bandar-bandar lain seperti Shanghai, Guangzhou dan Hong Kong.

Berikut maklumat cuaca sewaktu kami ke sana di bulan Januari:

  • Temperature: 0°C / Low -4°C High 5°C
  • Sunshine:  07:43 ~ 07:50
  • Rainfall days: 4, 7mm
  • Season: Winter

Bajet ke Xi’an

Exchange rate: CN¥100 = RM65

  1. Flight ticket: RM650 (AirAsia)
  2. Visa: RM88
  3. Accommodation: RM195/ CN¥300 (3D2N/pax)
  4. Transportations:
    • Metro: RM20/ CN¥30
    • Airport transfer: RM32/ CN¥50
    • Bas ke Terracotta (Mount Li): RM13/ CN¥20
  5. Food & drink: RM130/ CN¥200
  6. Entrance fees:
    • RM78 (CN¥120 Terracotta)
    • RM35 (CN¥54 Xi’an City Wall)

Misc:

  1. Souvenir: RM33 (min. CN¥5/ item)
  2. Shopping: –

TOTAL: RM1,241

Note:

  1. Matawang Yuan. Untuk memudahkan pengiraaan, kami bundarkan CN¥100=RM65 di dalam post ini.
  2. Anggaran bajet berdasarkan tempoh masa 3 hari 2 malam.
  3. To be safe; tambah 10% peratus dari jumlah bajet kerana anggaran di atas adalah secara kasar.

Kesimpulan dari travel ke Xi’an

Tempoh masa yang ideal untuk ke Xi’an adalah 4-5 hari. Disebabkan kami berada di Xi’an cuma 3 hari 2 malam sahaja, kami belum puas secukupnya.

Bagi kami, penginapan amat murah dan sangat strategik. Metro juga amat mudah dan senang untuk di fahami.

Cuaca di Xi’an sangat sejuk pada musim sejuk. Pastikan anda membawa pakaian yang secukupnya.

Sesungguhnya, banyak yang dapat kami perolehi untuk lawatan singkat ini. Pengalaman berjumpa dengan penduduk Islam di Xi’an memberikan dimensi baru dalam erti memahami kemusyulan Islam. Pastikan anda juga merasai pengalaman yang menarik ini.


Himpunan photo travel di Xi’an

TerraCottaGroupPhoto
Masjid-17
Masjid-16
CityWall-10
Masjid-4
CityWall-7
BellTower-2
Masjid-17

Note: This article was accurate when it was published. Please confirm all details directly with the companies in question before planning your trip.

3 comments on “Travel ke Xi’an, China”

  1. Nanie fauzi says:

    Apakah cabaran yg tuan hadapi sewaktu berada di Xi’an? Adakah penduduk disana islamophobia.?

    1. The Admin says:

      Setakat kami menetap setahun di Shanghai dan telah menjejak kan kaki ke Xian, Suzhou, Hangzhou, Beijing, Nanjing etc…tiada masalah islamophobia yg kami hadapi. Walaupun jelas di mata umum dengan penampilan bertudung isteri saya, tiada sekatan untuk ke mana-mana.. cuma rakan saya pernah menghadapi masalah utk solat…mungkin silap dia jugak.. sebab dia cuba solat dia kawasan hujung tempat menunggu Metro/MRT di shanghai namun di nasihatkan utk solat di kawasan lain… tips.. boleh solat di masjid3 terdekat dan kalo tiada option, fitting room di shopping mall adalah pilihan terbaik.. utk wudhuk, minimum kan ‘banjir’ di toilet kerana toilet mereka biasanya kering…
      utk khusus tempat di Xian.. tiada pandangan serong utk muslim terutama wanita bertudung… plus, xian mmg terkenal dan ramai muslim… tarikan utama pun pasar muslim dan masjid besar Xi’an… jgn risau…selamat berkelana

      1. The Admin says:

        Maybe cabaran adalah untuk mencari bus dari town ker terra cotta…sebab perjalanan agak jauh(sejam perjalanan) dan pengalaman baru di tempat yg English sgt limited.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *