Travel ke Athens, Greece

Travel ke Greece tidak pernah terlintas sekali pun di fikiran sebelum kami merancang Travel ke Istanbul, Turki. Kami telah pun membuat research dan mendapati tiada direct flight dari Kuala Lumpur ke Greece. Ini menyukarkan kita traveller dari negara dunia ke-3 terutamanya Asia Tenggara kerana terpaksa transit lama di negara lain.

Setelah mengambil kira akan kos dan beberapa faktor lain, kami sependapat; “alang-alang” ke Istanbul kenapa tidak singgah di Athens? Tempoh masa penerbangan direct cuma 1 jam 40 minit dengan menaiki Olympic Air. Lagipun kami fikir, kita tidak memerlukan visa untuk datang ke sini sebagai pemegang pasport Malaysia.

Pada kami, lawatan ke Greece adalah combo dan satu-satunya peluang yang terbaik untuk mengetahui asal usul politik serta intelektual melalui sejarah Greek.

Berikut kami kongsikan pengalaman, tips-tips dan panduan ke Athens dari segi bajet yang sederhana.


Kenapa mahu ke Athens?

Acropolis of Athens, Greece by Adam L. Clevenger

Greece secara am sememangnya terkenal sebagai tempat perkembangan dan perdebatan tentang ilmu falsafah di dunia. Siapa yang tidak pernah dengar nama ahli falsafah seperti Socrates, Plato dan Aristotle dari zaman persekolahan.

Di Athens terdapat dua buah UNESCO World Heritage Sites iaitu Acropolis dan Daphni Monastery. Acropolis terkenal bukan sahaja kerana sejarahnya tetapi juga dengan rekabentuk arkitektur kuno bangunan seperti The Parthenon.

British Museum telah menjadikan senireka Greek ini asas kepada rekabentuk bahagian depan muzium di London ini. Bukan itu sahaja, malah Lincoln Memorial di Washington D.C, Prado Museum di Madrid, Downing College di Cambridge University juga menerima corak dari The Parthenon.

The Parthenon telah menjadi simbol kepada demokrasi walaupun ianya dibina selepas Greece mengamalkan demokrasi kira-kira 500BC. Pendek kata Western civilization telah lahir dari Greece dimana kemuncak dan zaman keagungannya di Athens.


Sedikit pengenalan tentang Athens

Mount Lycabettus rising from Athens

Athens ialah ibu negeri dan merupakan bandar terbesar Greece dengan jumlah penduduk sekitar 3 juta orang. Athens mendapat gelaran sebagai ibu negara bagi Benua Eropah sejak tahun 1834. Athens bermula dengan sejarah sistem pemerintahan rakyat, diikuti dengan sistem monarki beraja dan seterusnya sistem demokrasi.

Pada masa ini, ekonomi Greece sedang dipulihkan akibat rasuah yang memuncak pada tahun 2012.

  • Did you know: Greece mula menggunakan mata wang Euro pada tahun 2002. Sebelum menyertai kesatuan Eropah matawang Greece adalah Drachmas.

Tumpuan utama di Athens

Map Acropolis of Athens

The Acropolis atau “Sacred Rock” of Athens merupakan sebuah kubu kota purba paling penting di Greece kerana di atasnya terletak monumen yang paling terkenal di dunia iaitu The Parthenon.

1. The Parthenon

The Parthenon, erected in the 5th century BC, became most famous temple in the world

  • Location: Acropolis
  • Getting there:
    • Method 1 – Dari Plaka, naik (mendaki) sehingga anda sampai di lorong kecil dan mengarah ke barat. Pintu masuk dari sebelah batu Areopagos.
    • Method 2 – Cari Dionysiou Areopagitou iaitu lorong pejalan kaki berdekatan dengan Hadrian’s Arch. Ikut arah utara melalui jalan Apostolou Pavlou dan melepasi kafe di Thission (berdekatan tapak arkeologi Ermou dan Kerameikos) kawasan bawah Monastiraki.
    • Method 3 – Naik bas hop on – hop off yang dikendalikan oleh operator CitySightseeing dan turun di stesen A4 (The Acropolis & Parthenon).

Walau bagaimana cara sekalipun, anda tidak boleh datang ke Athens tanpa mendaki ke Acropolis untuk melihat The Parthenon. The Parthenon melambangkan pencapaian tertinggi dalam sejarah manusia. Persoalannya: Apakah yang menjadikan Parthenon begitu dikagumi? Pertama adalah dari segi pembinaannya.

  • Did you know: Istilah “Acropolis” (acro – edge, polis – city) bermaksud upper city. Kebanyakan bandar kuno Greece dibina sekitar acropolis supaya penghuni boleh berlindung dari ancaman serangan pihak musuh. Ini salah satu penyebab kenapa bangunan suci (temple) didirikan di acropolis kerana ianya merupakan tempat paling selamat.
acropolis-athens-view-from-afar-1
acropolis-athens-view-from-afar
acropolis-athens-blueprint

Anda pasti fikir yang ianya dibina dari kepingan-kepingan yang boleh ditukar ganti. Contohnya, kepingan yang digunakan untuk mendirikan satu tiang pacak boleh ditukar-ganti dengan satu tiang pacak yang lain.

Kenyataan itu adalah tidak benar. Setiap tiang pacak adalah unik dan dicantumkan seperti jigsaw puzzle. Garisan pada tiang yang kelihatan lurus sebenarnya tidak. Mengikut ilmu pembinaan orang Greek kuno, untuk menjadikan sesuatu garisan kelihatan lurus, ianya perlu diruncing dan dilengkung.

parthenon-structure-1
parthenon-structure-3
parthenon-structure-2
parthenon-structure-4

Kerja-kerja pembaik pulih yang anda lihat sebenarnya sudah bermula sejak 30 tahun yang lalu dan berterusan untuk 30 tahun lagi.

Mengikut sejarah, kemusnahan yang kita lihat sekarang adalah disebabkan kejahilan, peperangan dan gila kuasa manusia selain kesan sampingan dari pencemaran udara sejak 20 tahun kebelakangan.

Erechtheum

erechtheum-side-view-2
erechtheum-temple-acropolis-athens

Erechtheum dibina bagi memperingati Athena dan Poseidon. Ianya juga terletak di Acropolis dan merupakan tumpuan ke-2 selepas The Parthenon.

Mengikut mitologi Greek, Poseidon dan Athena telah bertarung untuk menentukan siapa yang layak untuk menjadi penaung bandar. Jelas sekali bandar Athens diberikan nama sempena kemenangan Athena.

Porch of the Maidens or Caryatids

Porch of the Maidens atau Caryatids adalah yang paling menarik perhatian kerana menggunakan patung berupa wanita sebagai tiang penyokong. Akan tetapi, apa yang anda lihat cuma dummy tiruan kerana 4 yang asal disimpan di Acropolis Museum.

Senarai tumpuan lain-lain di Acropolis:

  1. Odeon of Herodes Atticus – Teater yang berkapasiti 5000 ini digunakan sebagai tempat untuk mengadakan konsert muzik. Pembinaannya siap 161AD dan di digubah suai semula tahun 1950. Juga dikenali sebagai “Herodeon“. 
  2. Theatre of Dionysos – yang berkapasiti 17,000 ini dibina pada waktu ‘drama’ dan ‘teater’ mula dipertontonkan. Ia dianggap sebagai tempat permulaan teater Eropah yang pertama.
  • Entrance fee: €12 (RM48) dewasa. Dibuka dari jam 8AM-6.30PM setiap hari bergantung kepada musim.
  • Plan to stay: 3 jam

Tips:

  1. Pastikan anda memakai kasut yang sesuai kerana anda akan banyak mendaki. Bawa bekalan air dan sapukan krim sunblock kerana tidak banyak tempat berteduh dari terik matahari.
  2. Walaupun tarikan bersejarah, teater di atas telah dibaik pulih dan kini digunakan untuk menganjurkan event dan festival.

2. Acropolis Museum

  • Location: Terletak di lereng bukit berhampiran Acropolis
  • Getting there: Ikut papan tanda menuju ke Dionysiou Areopagitou

Muzium ini didirikan khas untuk menyimpan artifak-artifak arkeologi yang dijumpai di sekitar Acropolis.

  • Did you know: Muzium ini telah menyediakan ruang pameran untuk menerima kembali Parthenon Marbles yang masih disimpan di British Museum.

Artifak asal yang dipamerkan telah dibaik pulih semula dan dipamerkan untuk tatapan pengunjung dengan lebih dekat. Acropolis Museum didirikan di atas tapak penempatan purba Greek dan boleh dilihat dari lantai kaca muzium.

  • Entrance fee: €5 (RM20) dewasa. Dibuka dari jam 8AM-8PM dari hari Isnin sehingga Ahad. (Waktu berubah-ubah mengikut musim)
  • Plan to stay: 1-2 jam

Tips:

  1. Kunjungan ke muzium ini menyelamatkan kami dari bahang matahari yang panas di luar. Paling sesuai dilawati pada sebelah petang selepas selesai lawatan ke Acropolis.
  2. Souveniers boleh didapati dari Museum Shop yang terletak di bangunan yang sama.
  3. Terdapat kafe dan restoran di dalam dan luar bangunan muzium untuk anda berehat dan mengisi perut. Menu ikan herring iaitu hidangan tradisional Greece boleh didapati di sini.

3. Plaka

  • Location: Kydathineon dan Adrianou. Plaka meliputi sekitar bawah Acropolis sehingga ke Syntagma.
  • Getting there: –

Lupakan tempat bersejarah seketika dan marilah ke Plaka untuk menikmati suasana perkampungan di dalam bandar.

plaka-district-athens-1
plaka-district-athens-2

Plaka merupakan neighborhood yang popular dengan pelancong kerana keunikan pemandangan yang terdiri dari litupan kanopi, lorong berbatu serta kafe-kafe di kiri kanan jalan. Disini terdapat banyak restoran makanan Greek, gerai butik dan juga kedai souvenir.

  • Entrance fee: –
  • Plan to stay: 1 jam

Tips:

  1. Gerai-gerai yang menjual souvenir tidak jauh beza harga antara satu sama lain. 

4. Ancient Agora

Overlooking the Ancient Agora from its elevated position on the hill of Agoraios Kolonos

  • Location: Terletak di sebelah barat laut (northwest) Acropolis
  • Getting there: –

Tempat ini pernah menjadi tumpuan aktiviti pusat masyarat, kegiatan sosial, politik dan pasar penjual. Masyarakat Greek pada waktu itu berkumpul di sini untuk mencari segala jenis barang keperluan.

Dari pengajian sejarah, demokrasi menunjukkan kesan ianya pernah diamalkan di Agora. Kuil yang kelihatan di sebelah kiri (photo di atas) adalah Temple of Hephaistos yang memiliki struktur yang sama dengan Parthenon tetapi saiznya lebih kecil.

Kuil ini dibina pada kurun ke-5 BC dan telah di convert menjadi gereja Orthodox dari kurun ke-7 sehingga 1837.

  • Entrance fee: –
  • Plan to stay: 30 minit

5. Temple of Olympian Zeus

  • Location: Syntagma
  • Getting there: –

Berdasarkan struktur bangunan dan saiz tiang yang runtuh, kuil ini ternyata lebih besar dari The Parthenon. Pada asalnya terdapat sebanyak 104 buah tiang Corinthian dimana kini hanya tinggal 15. Salah satu telah roboh pada tahun 1852 disebabkan ribut petir.

Temple of Olympian Zeus ini telah mengambil masa hampir seribu tahun untuk disiapkan. Sebelum itu, banyak percubaan untuk menyambung kerja-kerja pembinaan semula kuil ini oleh banyak pemerintah.

Malangnya punca kemusnahan kuil ini tidak dapat dipastikan dan dijangka dari gempa bumi yang kuat.

  • Entrance fee: –
  • Plan to stay: 15 minit

Tips:

  1. Hadrian’s Arch – pintu gerbang ini diperbuat dari batu marmar jenis Pentelic sekitar 131-132 tahun Masihi. Ianya menandakan pemisahan kota lama Athens dengan yang baru dibina oleh Hadrian. Pintu gerbang ini boleh disaksikan ketika berada di tapak Temple of Olympian Zeus.

6. Syntagma Square

syntagma-square-athens-greece-1
syntagma-square-athens-greece-2
syntagma-square-athens-greece-3
  • Location: Bangunan parlimen di Syntagma Square (Plateia Syntagmatos)
  • Getting there: Turun di stesen metro Syntagma.

Syntagma Square menjadi point of interest para pelancong yang melawat ke Athens. Proses penukaran Guard oleh Evzones di hadapan Tomb of the Unknown Soldier menjadi aspek tarikan popular. sama seperti di Buckingham Palace.

Bangunan ini sangat familiar dan selalu keluar di kaca TV jika anda selalu menonton news. Bangunan yang dimaksudkan itu (photo di atas) adalah The Hellenic Parliament Building.

Rakyat Greece sering membuat bantahan dan tunjuk perasaan di hadapan dataran ini. Bukan itu sahaja, lain-lain event juga diraikan di sini yang turut menjadi pusat kegiatan aktiviti politik. Di dataran ini juga pernah berlakunya pengalihkan kuasa dari tentera Junta kerajaan yang digulingkan pada tahun 1974.

  • Entrance fee: –
  • Plan to stay: 15-30 minit

Tips:

  1. Changing of the Guard disaksikan setiap Ahad pada pukul 11AM. 
  2. Pada lain-lain hari (kecuali Ahad), pertukaran Guard dilakukan pada setiap jam dan berterusan selama 24 jam. Setiap Guard akan bertugas sebanyak 3 kali secara berpasangan dalam tempoh 48 jam.

Lain-lain tumpuan di Athens

7. Port of Piraeus

Port of Piraeus bukanlah tarikan tetapi merupakan pelabuhan feri untuk ke kepulauan di Greece.

Belayar menaiki feri ke Greek Island adalah satu aktiviti yang bakal membuatkan trip anda ke Greece lebih mengagumkan. Ini kerana kepulauan di Greece memainkan peranan utama dalam membentuk gaya hidup dari segi budaya dan tradisi mereka.

  • Location: Port of Pireaus
  • Getting there: Naik tren dan turun di stesen metro Pireaus.

Terdapat sebanyak 6000 kepulauan di sekitar laut Aegean dan Ionian dimana 227 daripadanya berpenghuni. Ini adalah fenomena unik bagi sebuah benua Eropah. Kebanyakan kepulauan terletak di Aegean Sea dan terbahagi kepada 7 kumpulan dari utara ke selatan seperti berikut:

Kerana kesuntukan masa, kami tidak sempat membuat trip ke mana-mana kepulauan ini. Walau bagaimanapun, kami memasukkan ini ke dalam senarai kami yang “must see” untuk anda merancang kelak.

Dalam banyak-banyak pulau di atas, kami bercadang untuk ke Santorini yang terletak di kepulauan The Cyclades. Santorini merupakan pulau yang popular di kalangan pelancong yang dikategorikan first timer melawat Greece.

  • Entrance fee: €40 (RM160) dewasa – tiket feri “sehala” dari Piraeus ke Santorini (200km)
  • Plan to stay: 3-4 hari. Menaiki feri sahaja sudah memakan masa sehari.

Tips:

  1. Selain feri, menaiki kapal terbang adalah option yang paling cepat sampai ke Santorini.

8. Mount Lycabettus

  • Location: –
  • Getting there: Cara yang paling mudah ke sini adalah dengan menaiki funicular dari Ploutarchou dan Aristippou Street. Atau jika mahu melonggarkan lutut, anda boleh membuat pendakian bermula dari Aristippou Street di Kolonaki.

Mount Lycabettus merupakan puncak tertinggi di Athens. Anda pasti tidak lepas pandang kerana ianya sangat menonjol dari Acropolis. Pendakian ke sini membolehkan anda melihat pemandangan menawan 360 darjah bandaraya Athens sehingga ke laut Aegean. Terdapat kafe dan sebuah gereja kecil St. George di atas gunung hijau ini.

9. Panathenaic Stadium

panathenaic-stadium-athens-1
panathenaic-stadium-athens-3
panathenaic-stadium-athens-2
panathenaic-stadium-athens-4
  • Location: Leof. Vasileos Konstantinou
  • Getting there: Cara yang paling mudah ke sini adalah dengan menaiki bas hop on – hop off yang dikendalikan oleh operator CitySightseeing dan turun di stesen A8 (Panathenaic Stadium)

Panathenaic Stadium juga dikenali dengan nama Kallimarmaro yang bermaksud “beautiful marble”. Ianya merupakan salah satu tarikan bersejarah kerana terbina sepenuhnya dari batu marmar.

Stadium ini pernah menjadi penganjur temasya Sukan Olimpik moden yang pertama pada tahun 1896. Sukan yang berlansung selama 10 hari ini telah disertai oleh 12 negara iaitu Britain, Australia, Austria, Bulgaria, France, Germany, Denmark, Switzerland, USA, Hungary, Sweden dan Chile.

Sehingga kini, stadium ini telah menjadi venue 3 sukan olimpik iaitu 1896, 1906 dan 2004 yang terbaru.


Shopping di Athens

Kami tidak menekankan shopping di Greece kerana nilai matawang euro yang lebih tinggi. Jika setakat mahu berwindow shopping, anda bolehlah ke flea market yang terletak di Monastiraki.

  • Location: Monastiraki Square
  • Getting there: Turun di stesen metro Monastriaki. Jika anda datang dari stesen Acropolis, anda kena tukar metro di Syntagma.

Pada hari-hari biasa (weekdays), terdapat kedai-kedai menjual barangan kebanyakan kecuali hujung minggu dan Ahad. Ramai penjaja datang membawa meja dan membentang tikar untuk berjual-beli barangan antik, buku-buku lama, barangan kemas “handmade“, lukisan seni dan tidak ketinggalan juga barangan tiruan.

Tips:

  1. Selepas jam 11 pagi, orang ramai mula datang dan tempat ini mula menjadi sesak.
  2. Rata-rata kedai menjual barangan biasa seperti di Adrianou Street, Plaka. Ada t-shirt “GREECE” yang mana sesetengah adalah buatan dari China.

Pengangkutan di Athens

Tram

Athens Coastal Tram boleh dinaiki dari Syntagma Square ke pantai Glyfada dan Voula dengan beberapa perhentian di sepanjang pantai. Tram adalah mode pengangkutan terbaik untuk ke pantai.

Hop On – Hop Off Bus

Walaupun terdapat pilihan untuk menaiki tren, kami sangat mengesyorkan anda mengambil perkhidmatan bas hop on – hop off yang dikendalikan oleh operator CitySightseeing.

Terdapat 3 pilihan route iaitu Athens Line, Piraeus Line dan Beach-Riviera Line.

Konsep bas ini adalah hop-on-hop-off dimana anda bebas untuk turun-naik di semua perhentian pada route pilihan. Bas ini turut menawarkan perkhidmatan komentari audio multilingual. Perjalanan tanpa turun kesemua 15 perhentian mengambil masa selama 1-1/2 jam pada route Athens Line. Operasi bas ini setiap 30 minit sekali dari jam 9.30AM-7.30PM dan lebih kerap pada musim panas.

Tiket dijual pada harga €22 euro (RM88) dan valid selama 2 hari. Kanak-kanak berumur 9 tahun dan kebawah menaiki percuma.

Tiket boleh dibeli online, di airport atau pada konduktor bas di perhentian A1 (Syntagma Square).


Pengangkutan dari dan ke Athens Airport

Athens International Airport dihubungkan dengan Larissis Station (Athens Central Railway Station) melalui Proastiakos-Suburban Railway.

Tren berlepas setiap 15 minit dan akan mengambil masa selama 38 minit untuk sampai di pusat bandar. Tren pertama berlepas dari Athens jam 6.06 AM dan terakhir jam 7.36PM. Dari airport ke Athens pula (yang pertama) jam 6.48AM dan terakhir jam 8.14PM.

Metro and Suburban Train

Stesen Metro & Suburban Train terletak di seberang jalan bertentangan airport. Anda kena keluar dari terminal dan berjalan sedikit ikut arah papan tanda.

Untuk ke Syntagma, anda perlu tukar ke Metro di (Blue) Line 3.

Syntagma Metro

Kami menaiki tren Metro ke tempat penginapan kami yang terletak berhampiran Syntagma kerana mahu beradventure. Selain mode pengangkutan terpantas ke pusat bandar, ianya sungguh menjimatkan pada kos hanya €8 euro sehala.

Tiket untuk Metro dan Suburban Train boleh dibeli di vending machine yang disediakan.

Express Bus

Option lain dari airport ke pusat bandar adalah dengan menaiki bas ekpress. Bas boleh dinaiki dari tingkat Arrival diantara Exit 4 dan Exit 5.

Bas bernombor X95 akan terus ke Syntagma Square, X93 ke Kifissos Coach Station, X97 Dafni Metro Station dan X96 ke Piraeus.

Tiket sehala ke Syntagma bernilai €5 euro dan boleh dibeli pada booth atau terus dari pemandu bas. Perjalanan bakal mengambil masa selama 90 minit.

Tips:

  1. Lapangan terbang antarabangsa ini juga dikenali sebagai “Elefthérios Venizélos” dibuka pada bulan Mac 2001.
  2. Selepas membeli tiket, pastikan tiket itu di validate sebelum menaiki Metro. Gagal berbuat demikian akan dikenakan denda yang besar (jika ditangkap).
  3. Tiket berkumpulan untuk 2 orang adalah €14 dari airport yang €8 sehala untuk individu.
  4. Untuk perjalanan dari pusat bandar ke airport, buat anggaran lebih kurang sejam menaiki metro dan 2 jam lagi untuk check-in, immigration dan sekuriti di airport. Jika menaiki bas express X95, buat anggaran paling kurang 2 jam untuk perjalanan ke airport sahaja.

Tempat penginapan di Athens

Mengikut kajian kami, anda bakal memilih 2 lokasi untuk penginapan sama ada di kawasan Syntagma atau Monastiraki.

Untuk penginapan, kami tidak akan membuat perincian atas alasan terlalu subjektif. Ini semua bergantung kepada jenis travel anda sama ada secara solo, couple atau family. Tetapi jika hostel semestinya YHA:

Ketika di Athens, kami telah menginap di Magna Grecia Boutique. Hotel yang bercirikan rekabentuk neoklasik ini direka pada tahun 1898 oleh Ernest Schiller.

Kedudukannya yang strategik di Plaka, 5 minit ke Syntagma Square dan view Acropolis yang menawan dari tingkap hotel kami menjadi faktor utama pemilihan hotel ini selain kemudahan pengangkutan yang mudah Syntagma Square yg 300 meter dari hotel.

magna-grecia-boutique-hotel-entrance
magna-grecia-boutique-hotel-living
magna-grecia-boutique-hotel-view-window
  • Location: Mitropoleos 54, Plaka
  • Getting there: Dari airport, turun di stesen metro Syntagma dan berjalan 5 minit menuju ke lorong Mitropoleos.

Berikut anggaran jarak dan masa ke tempat-tempat tarikan di sekitar:

  • Monastiraki Flea Market – 300 m
  • Natural Historic Museum – 6 min/1 km
  • Lycabetus Hill – 6 min/1 km
  • The Parthenon – 500 m
  • Ancient Agora – 600 m
  • The Acropolis – 400 m
  • Folk Art Museum – 6 min/1 km
  • National Archaeological Museum of Athens – 12 min/2 km
  • Ancient Athenian Cemetery – 12 min/2 km
  • National Gallery – 12 min/2 km
  • Theatre of Dionysos – 12 min/2 km
  • Museum of Cycladic Art – 12 min/2 km
  • Museum of Contemporary Art – 20 min/3 km
  • Ilias Lalaounis Jewelry Museum – 20 min/3 km

Berikut anggaran jarak dan masa ke pengangkutan awam dan airport:

  • Tempat parking (percuma) kereta: 50 m
  • Monastiraki Railway Station: 400 m
  • Airport dengan menaiki teksi: 30 min/19.6 km
  • Airport dengan menaiki Metro and Suburban Train (Syntagma Square): 40 min/19.6 km

Tips:

  1. Malangnya, hotel ini telah ditutup mengikut info terbaru kami. Pun begitu, anda boleh mencari hotel lain di kawasan berdekatan dan menjadikan lokasi hotel ini sebagai point of reference.
  2. Hotel seperti Magna Grecia Boutique ini adalah lebih sesuai untuk traveller couple.

Tempat makan di Athens

Mencari tempat makan di Athens adalah sedikit sukar bagi traveller muslim kerana kebanyakan makanan Greece adalah tidak halal.

Jika anda jenis yang adventurous, anda boleh mencuba Smile Cafe. Pada kami, menu di cafe ini adalah antara yang termurah dan berbaloi dengan portion yang dihidangkan.

smile-cafe-athens-calamari
smile-cafe-athens-marks

Tips:

  1. Untuk penjimatan, “menapau” lebih murah dari makan duduk di kafe atau restoran.
  2. Souvlaki dan Gyro adalah makanan Greek yang popular. Penyediaan Souvlaki seperti kebab dengan pilihan dari daging ayam, biri-biri dan ikan. Gyro pula biasanya dari daging babi.
  3. Frappé coffee pula adalah minuman yang paling popular di Greek cafés.
  4. Untuk traveller muslim, salah satu tips yang biasa dipraktikkan adalah dengan mencari lokasi masjid kerana akan ada restoran halal di sekitar. Al Salam Mosque adalah salah satu masjid yang didirikan oleh kaum muslim Greek dan populasi kecil immigrant.
  5. Bagi penjaga kesihatan, cubalah plain Greek Yogurt yang asli kurang gula, kurang karbohidrat dan kandungan protein yang sungguh berkhasiat. 

Mencari free Wifi di Athens

Kafe dan restoran di sekitar Athens ada menyediakan wifi percuma dimana anda cuma perlu duduk dan order minuman sahaja.

Kami sentiasa memastikan tempat penginapan kami ada wifi walaupun tidak percuma. Ini kerana masa yang kami ada untuk melayari internet adalah selepas balik ke hotel penginapan.

Tips:

  1. Download apps “Zomato”. Apps ini mencari lokasi kafe dan restoran yang menawarkan wifi percuma.
  2. Virtual Private Network (VPN) – Tidak kira dimana anda mengakses internet, pastikan guna VPN bagi mengelakkan hackers mencuri maklumat dan data peribadi seperti kredit kad dan password.

Jenayah di Athens

Berikut jenayah yang anda kena berhati-hati, hasil kajian kami di internet.

Senarai jenayah-jenayah di Athens:

  1. Pick-Pocket – metro, bas, airport dan kawasan tarikan pelancong sering menjadi sasaran. Bawa duit yang secukupnya (atau kredit kad jika perlu) selebihnya tinggal di peti simpanan tempat penginapan anda. Elakkan mengambil duit di ATM machine sekitar stesen metro terutamanya di Omonia, Metaxourgio, Monastiraki or Syntagma.
  2. Street Scams – biasanya scammer ini peramah dan akan mengajak anda datang ke cafe/ restoran mereka. Sasaran mereka adalah traveller yang berjalan berseorangan.
  3. Taxi Scams – biasanya terjadi ketika mereka yang mahu ke restoran atau hotel tertentu. Pemandu akan membawa anda ke tempat lain yang mereka rekomen. Pemandu juga menukar meter taxi kepada 2 menyebabkan meter 2 kali bergerak pantas. Jika boleh elakkan kawasan Omonia Square dan sekitar Metaxourgio.

Masa yang sesuai melawat Athens

Athens adalah destinasi yang anda boleh kunjungi pada bila-bila masa sahaja. Off season adalah waktu terbaik kerana tiket flight jauh lebih murah.

Berikut maklumat cuaca sewaktu kami ke sana di bulan Mei:

  • Temperature: 21°C / Low 16°C High 25°C
  • Sunshine: 9 jam
  • Rainfall days: 4, 23mm
  • Season: Spring

Peratusan cuaca cerah lebih tinggi di awal bulan Mei dan hujan yang sedikit. Suhu siang mencapai 25°C dan sangatlah nyaman untuk membuat aktiviti seperti mendaki ke Parthenon.

Suhu pada sebelah malam pula 20°C dan sedikit berangin. Pastikan anda bawa jaket dan sweater yang sederhana tebal dan kalis angin.


Bajet ke Athens

Exchange rate: €1 = RM4

  1. Flight ticket: RM270/ €67 (Olympic Air-OA31) One Way from Istanbul
  2. ETA Visa: (Note 4)
  3. Accommodation:RM1180/ €295 (4D3N)
  4. Transportation:
    • Metro & Suburban Train: RM32/ €8
    • X95 Express Bus: RM20/ €5
    • Hop on – Hop Off Bus:RM88/ €22
  5. Food & drink: RM360
  6. Entrance fees:
    • RM48 (€12 Acropolis)
    • RM20 (€5 Acropolis Museum)

Misc:

  1. Souvenir: RM230
  2. Shopping: RM150 (€26 Hard Rock Cafe-T, Sparta-T €12)

TOTAL: RM2398

Note:

  1. Matawang Euro.
  2. Anggaran bajet berdasarkan tempoh masa 4 hari 3 malam.
  3. To be safe; tambah 10% peratus dari jumlah bajet kerana anggaran di atas adalah secara kasar.
  4. Warga Malaysia boleh memasuki Greece tanpa visa selama 90 hari dengan syarat passport masih sah minimum 6 bulan dari tarikh luput.

Kesimpulan dari travel ke Athens

Tempoh masa yang ideal untuk ke Athens adalah 4 hari 3 malam (seperti yang kami lakukan). Jika anda merancang selama seminggu, selebihnya bolehlah dihabiskan di kepulauan Greece. Pada masa lawatan kami 2013, ekonomi Greece ketika itu sedang merosot dan belum pulih akibat kesan kegawatan ekonomi 2007-08.

Kami mengambil peluang ini sebagai advantage kerana jikalau tidak, Greece bukanlah negara yang murah untuk dilawati. Seperti yang dijangka, tiket bas Hop on – Hop off yang sepatutnya valid 2 hari telah dilanjutkan percuma ke 3 hari disertakan Piraeus Line oleh operator bas CitySightseeing. (Tiket yang kami beli asalnya Athens Line sahaja)

Penginapan kami pula boleh dikategorikan murah dengan lokasi strategik (5 minit ke Plaka) dan sudah termasuk sarapan pagi di atas bumbung sambil melihat Acropolis. Ketika sampai, kami menaiki Metro dan Suburban Train dan ke airport pula dengan menaiki bas express X95 dari depan stesen metro Syntagma.

Athens pada kami lebih baik dinikmati dengan menaiki bas hop on – hop off daripada menaiki metro. Walaupun terasa sedikit mahal, kami berpuas hati kerana kekerapan bas ini menyebabkan tempat di atas mudah dikunjungi.

athens-graffiti-wall
athens-graffiti-wall.-monastiraki
athens-plaka-waiter

Sehingga kini, Greece masih mengalami krisis ekonomi yang memaksa ramai rakyatnya hilang pekerjaan. Paling ketara adalah ketika kami makan di restoran. Jika di Malaysia, kita dapat lihat pelayan di restoran terdiri dari golongan muda. Berbeza pula di Greece, rata-rata pelayan adalah dari golongan pertengahan 40-an. Kami difahamkan golongan muda ramai menganggur dan budaya vandalisme kian merebak sehingga banyak grafiti kelihatan menganggu pandangan mata di sekitar pusat bandar.

Walaupun begitu, Greece merupakan negara yang bertamadun jauh jika dibandingkan dengan negara kita. Sisa-sisa tinggalan tempat bersejarah di Athens saja membuktikan Greece sebuah peradaban yang agung seketika dulu.

Walaupun dibendung krisis ekonomi dan kemasukan immigrant, ini tidak menjadi isu kepada traveller seperti kami untuk melawat. Athens adalah selamat untuk dikunjungi dan pasti tidak mengecewakan anda.


Himpunan photo travel di Athens

athens-greece-photo-1
athens-greece-photo-3
athens-greece-photo-7
athens-greece-photo-2
athens-greece-photo-4
athens-greece-photo-6

Note: This article was accurate when it was published. Please confirm all details directly with the companies in question before planning your trip.

One comment on “Travel ke Athens, Greece”

  1. Aireen says:

    Waaaaa, menariknyer artikel ni. Bile la AirAsia nak g Istanbul ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *