Milford Sound, Fiordland

Milford Sound adalah ikon kepada South Island. Google saja tentang “Top Things To do in New Zealand“, anda akan mendapati Milford Sound tersenarai dalam kelompok teratas.

Dan untuk ke sini, terdapat beberapa pilihan sama ada mahu memandu sendiri, menaiki bas, kapal terbang atau helikopter dari Queenstown.

Cara yang paling ideal adalah memandu sendiri. Akan tetapi, memandu sendiri boleh memerlukan perancangan dan persediaan yang mencukupi.

Berikut kami kongsikan tips-tips dan pengalaman memandu ke Milford Sound bagi traveller yang mahukan kebebasan.


Kenapa mahu ke Milford Sound?

Kerana keunikannya tersendiri, tempat ini sering tersenarai dalam penerbitan buku seperti 1,000 Places To See Before You Die.

Milford Sound juga pernah dicalonkan sebagai “eighth wonder of the world” oleh Rudyard Kipling, seorang penulis terkemuka berbangsa Inggeris.

Disebabkan itu, rata-rata pelancong yang datang ke New Zealand pasti tidak melepaskan peluang ke sini.


Sedikit pengenalan tentang Milford Sound

Milford Sound terletak dalam linkungan Fiordland National Park.

Terdapat sebanyak 14 buah fiord merentangi 215km pesisir pantai barat Fiordland National Park dan Milford Sound adalah sebahagian daripadanya.

fiordland-area-map-v1

  • Did you know: Orang Maori menamakan Milford Sound “Piopiotahi” sempena habitat burung piopio yang kini telah pupus.

Milford Sound, begitu juga Doubtful Sound, yang sebenarnya bukan sound tetapi adalah fiord. Istilah fiord lebih sesuai kerana ianya adalah proses penghakisan oleh glasier lalu membentuk lembah yang curam dari beribu tahun dahulu.

Terdapat sebanyak 5 zaman ais telah berlalu di sini dimana setiap glasier telah membentuk lembah yang semakin dalam dan curam dari sebelumnya.


Tumpuan utama di Fiordland

Fiordland mempunyai status sebagai World Heritage.

Tumpuan utama ke sini adalah Doubtful Sound dan Milford Sound.

Dari dua sound ini, Milford Sound adalah yang paling terkenal kerana mudah diakses melalui jalan darat.

Road to Milford Sound

Milford Road bukan sekadar “perjalanan” ke Milford Sound. Ianya adalah suatu “pengembaraan” yang tidak dapat dilupakan ke Fiordland National Park.

Jarak pemanduan dari Queenstown adalah lebih kurang 295km (4 jam 15 minit) dan dari Te Anau adalah 118km (2 jam 15 minit).

Untuk memudahkan anda, berikut kami senaraikan ‘point of interest’ mengikut lokasi di sepanjang laluan ke Milford Sound.

1. Memandu dari Queenstown ke Te Anau

Pemanduan dari Queenstown ke Te Anau (tanpa henti) adalah kira-kira 2 jam.

  • Route: Highway 6
  • Travel Time: 2.25 jam
  • Distance: 173km
  • Road Condition: Keadaan jalan yang baik
  • Speed Limit: 100 km/h
  • Driving Speed: 60-80 km/h

Senarai lokasi mengikut km:

km Location Note
47.3 Kingston 42 minit
75.5 Athol
92.8 Five Rivers
113 Mossburn SH 97
198 Te Anau Scenic drive start

Teruskan memandu dan tidak perlu singgah di mana-mana ketika melalui lokasi di atas sehinggalah anda sampai di Te Anau.

Tips:

  1. Sebelum berlepas, singgah di pasaraya New World yang terletak di Frankton untuk stock up makanan dan minuman yang secukupnya.
  2. Isi petrol sebelum memulakan perjalanan.
  3. Jangan lupa insect repellant bagi mengelakkan gigitan sandfly.
  4. Bawak jaket atau sweater dan juga baju hujan. Keadaan cuaca boleh bertukar dengan mendadak.
  5. Periksa ramalan cuaca dan keadaan jalan sebelum bertolak.

Te Anau

Te Anau merupakan pekan yang paling hampir dengan Milford Sound dan dianggap ‘Gateway to Fiordland‘.

Te Anau

Bulatan di Lakefront, Te Anau

Selain itu, Te Anau juga digelar ‘The Walking Capital of the World‘ kerana 3 daripada 9 Great Walks New Zealand (trail) iaitu The Milford Track, Kepler Track dan Routeburn Track adalah di sekitar.

Setibanya di Te Anau, ambil kesempatan untuk singgah di Lake Te Anau untuk berehat atau mengisi petrol sebelum meneruskan perjalanan.

Te Anau Lakeview by kakitravel365

Te Anau Lakeview Holiday Park by kakitravel365

  • Did you know: Lake Te Anau adalah merupakan tasik terbesar di South Island dan ke-2 terbesar di NZ.

Jika anda tidak pasti hendak ke mana, cari lokasi iSite dan dapatkan peta percuma. Terdapat pelbagai pilihan untuk tempat penginapan, kemudahan ATM atau bank, bengkel dan sesuai menjadi tempat persinggahan sebelum ke Milford Sound.

Te Anau iSite

Te Anau iSite Visitor Centre

  • Plan to stay: 15-30 minit

Tips:

  1. Sekiranya anda bermalam di Te Anau pada musim panas (Feb), pastikan tempah penginapan terlebih dahulu kerana semasa peak season hotel selalunya fully booked.
  2. Takahe (sejenis burung) adalah simbolik Te Anau. Takahe dianggap pupus sejak 1898 sebelum ditemui kembali di Murchison Mountains. Jika berminat, Takahe kini boleh dilihat di Wildlife Centre.te-anau-takahe-bird
  3. Kemudahan tandas awam berdekatan dengan iSite. Bayaran $2 dikenakan sekali masuk.
  4. Kami ingin ingatkan anda tiada stesen petrol di antara Te Anau dan Milford Sound. Pastikan mengisi petrol sebelum meneruskan pemanduan.
  5. Selain itu, tiada coverage line telefon di antara Te Anau dan Milford Sound.

2. Memandu dari Te Anau ke Milford Sound

Usah bazirkan banyak masa di pekan ini melainkan anda menginap di Te Anau. Anda ada lagi 30km pemanduan sebelum tiba di Te Anau Downs.

Te Anau Downs adalah jeti perlepasan untuk ke Milford Track. Ianya juga menandakan titik permulaan scenic drive ke Fiordland.

Bagi yang bercadang membuat trail, bot berlepas dari sini ke Glade Wharf iaitu starting point ke Milford Track. Terdapat kemudahan penginapan tetapi agak terhad.

Peta pemanduan dari Te Anau ke Te Anau Downs

Peta pemanduan dari Te Anau ke Te Anau Downs

  • Route: Highway 94
  • Travel Time: 2.5 jam (non-stop)
  • Distance: 115km
  • Road Condition: Keadaan jalan yang baik, di Homer Tunnel kecerunan 10 darjah
  • Speed Limit: 100 km/h
  • Driving Speed: purata 60-70 km/h

Senarai lokasi mengikut km:

km Location Note
0 Te Anau Scenic drive start
6 Murchison Mountains On left side home of the Takahe. View of South Fiord & Dome Islands
14 10 Mile Bush Silver & Mountain Beech Trees
22 Henry Creek View of Middle Fiord of Lake Te Anau
Peta pemanduan dari Te Anau Downs ke Milford Sound

Peta pemanduan dari Te Anau Downs ke Milford Sound

km Location Note
26 Te Anau Downs Departure point for Milford Track Glade House
29 Eglinton Valley Start dropping into Lower Eglinton Valley
31 Te Anau Downs Station On right side
37 Eglinton Gorge Pull over area on left
42 Boyd Creek Waterfalls walk on right 25min-return
45 Fiordland National Park
49 Eglinton River Pull over area
50 Eglinton Valley Big open flat (See Photo 1)
55 Mirror Lakes Reflective views of Earl Mountains (See Photo 2)
58 Latitude 45° South Deer Flat on left-DOC Camping area. Great chance to get up close to the Eglinton River & spot a trout!
61 Knobs Flat Toilet facilities
Peta pemanduan dari Te Anau Downs ke Milford Sound

Peta pemanduan dari Te Anau Downs ke Milford Sound

km Location Note
73 Cascade Creek & Lake Gunn Nature Walk 45min-return (See Photo 3)
76 Lake Gunn 3.25km long & 480m above sea level
80 Hollyford Valley
82 The Divide Departure point for Routeburn Track
84 Kaka Creek lookout Great spot for a rest before the more challenging driving and for spotting a Kea
84.5 Pop's View stop Can be quite congested
85 Entering the Avalanche area No stopping (May-Sept)
87 Fall Creek One lane bridge
92 Monkey Creek Safe stopping area through avalanche season.Mt Talbot in the middle Mt Christina (right) Mt Crosscut far right w/jagged ridgeline
94 Bakehouse Old Bake oven on the right
96.5 The Chapel 1932 Work infrastructure hut and emergency satellite phone
97 Homer Tunnel Emergency satellite phone.970m above sea level.10-12km quite steep and windy descent (See Photo 4)
106 The Chasm (See Photo 5)
107 Mount Tutuko
110 Mitre Peak First view
111 Slip caused by large avalanche in 1993 on right
114 Milford Sound Lodge Only on land accommodation in Milford Sound. Deep Water Basin where the crayfishing boats operate from
115 Milford Sound Township

Semua tempat yang disenaraikan di atas adalah sebagai info pemanduan.

Mengikut pengalaman kami, anda tidak perlu berhenti pun di setiap tempat. Tetapi cukup sahaja mengetahui nama tempat dan apa untuk dijangka seterusnya. Contohnya di Knobs Flat dimana anda boleh dapat kemudahan tandas.

Walaubagaimanapun, berikut adalah lokasi (dari senarai di atas) yang kami cadangkan untuk singgah jika berkesempatan.

Eglinton Valley

Eglinton Valley by kakitravel365

Photo 1: Eglinton Valley by kakitravel365

  • Location: Kilometer 50 dari Te Anau Downs
  • Plan to stay: 10-15 minit

Eglinton Valley adalah lembah glasier purba yang mendatar luas dimana suatu ketika dahulu pernah diliputi ais.

Mirror Lakes

mirror-lakes-5min-milford-sound
mirror-lakes-milford-sound-rd-1
mirror-lakes-milford-sound-rd-2
mirror-lakes-milford-sound-rd-3
  • Location: Kilometer 55 dari Te Anau Downs
  • Plan to stay: 10-15 minit

Tasik ini memancarkan refleksi Earl Mountains yang begitu jelas di masa cuaca elok.

Mirror Lakes taken with iPhone 5s

Photo 2: Mirror Lakes (Shot on iPhone 5s)

Tips:

  1. Elakkan tiba bersama coach pelancong. Kawasan ini akan menjadi sesak dan sukar untuk mendapatkan foto yang cantik.

Cascade Creek & Lake Gunn Nature Walk

Cascade Creek & Lake Gunn Nature Walk

Cascade Creek & Lake Gunn Nature Walk 45min return

  • Location: Kilometer 73 dari Te Anau Downs
  • Plan to stay: 1.4km return (30-45 minit)

Trail pendek sebelum Lake Gunn kelihatan begitu hijau kerana kawasan ini lembap dan kurang mendapat cahaya matahari.

Photo 3: Lake Gunn Nature Walk Trail

Photo 3: Lake Gunn Nature Walk Trail

Di penghujung trail ini, anda akan sampai di muara tasik sebelum berpatah balik.

Homer Tunnel

Homer Tunnel setinggi 945m dari aras laut dan sepanjang 1270m dari hujung ke hujung.

Homer Tunnel

Photo 4: Homer Tunnel

  • Did you know: Tunnel ini merupakan terowong batu kerikil terpanjang di dunia. Ianya mula dibina pada tahun 1935 tetapi terpaksa dihentikan disebabkan WWI. Tunnel ini akhirnya siap pada tahun 1953 setelah hampir 20 tahun.
  • Location: Kilometer 97 dari Te Anau Downs
  • Plan to stay: 15-20 minit (masa menunggu lampu isyarat)

Jika bernasib baik, anda boleh menyaksikan Kea bird sementara menunggu lampu isyarat. ‘Kea bird’ merupakan sejenis burung kakak tua alpine yang asalnya liar. Mereka mensasari pelancong kerana terbiasa diberikan makanan.

Sebaik saja keluar dari terowong ini, anda akan membuat penurunan menjunam pada kecerunan 10 darjah. Perlahankan kenderaan anda dan mula kawal dengan berhati-hati.

Tips:

  1. Anda boleh keluar dan meninggalkan kenderaan sambil menunggu lampu isyarat.
  2. Pastikan tidak membiarkan pintu kenderaan terbuka kerana “Kea bird” boleh menyelongkar barang kepunyaan anda jika terbiar.
    homer-tunnel-kea-bird-1
    homer-tunnel-kea-bird-2
  3. Trafik keberangkalian ‘jam’ ketika peak season. Masa menunggu lebih lama terutamanya di musim panas.

The Chasm

The Chasm adalah suatu formasi batu yang menarik terletak tidak berapa jauh dari Milford Road. Aliran sungai yang deras menyebabkan pembentukan jurang berbatu yang sempit.

Jambatan melihat The Chasm dari atas Cleddau River

The Chasm boleh dilihat dari atas jambatan yang dibina tetapi agak sukar untuk mendapatkan foto yang cantik.

The Chasm

Photo 5: The Chasm

Pada lokasi ini juga terdapat air terjun yang terbentuk hasil dari hakisan Cleddau River.

The Chasm

Cleddau River (Shot on iPhone 5s)

  • Location: Kilometer 106 dari Te Anau Downs
  • Plan to stay: 400m return (20-30 minit)

Tips:

  1. Anda boleh melihat Mt Tutuko dari tempat letak kenderaan di The Chasm. Mt Tutuko berketinggian 2723m dan merupakan puncak yang tertinggi di Fiordland National Park.Mt Tutuko at 2723m highest peak in Fiordland National Park
  2. Majoriti coach mula berlepas dari Te Anau di antara jam 9-10 pagi dan sampai di:
  • Mirror Lakes: 10.30AM
  • Knob Flat: 11AM
  • The Chasm: 12.30PM
  • Milford Sound: 1PM untuk cruise

Untuk mengelakkan traffic jam, anda disyorkan untuk berlepas sebelum jam 8 atau selepas jam 11 pagi. Berpandukan jadual masa di atas, rancanglah pemanduan anda dengan teliti.

Selepas memandu sejauh 115km, anda akhirnya tiba di Milford. Objektif utama adalah untuk terus ke Milford Sound Cruise Terminal.

3. Milford Sound Cruise

southern-discoveries-jetty
southern-discoveries-ferry-v1

Terdapat beberapa buah syarikat feri yang beroperasi di sini. Antaranya adalah Real JourneysJucy CruizeCruise Milford NZGo Orange serta lain-lain dari jenis private dan luxury. Kami telah memilih Southern Discoveries kerana masa yang bersesuaian dengan jadual kami.

Pengunjung boleh menikmati perjalanan ke Milford Sound dengan menaiki feri selama 1½ – 2 jam dan pergi-balik sejauh 16km.

Pelayaran akan bermula dari Milford Wharf Visitor Centre atau Cruise Terminal yang terletak di Freshwater Basin.

Bowen Falls yang bersebelahan dengan Milford Sound Cruise Terminal

Bowen Falls bersebelahan dengan Cruise Terminal

Walaupun bersebelahan dengan Cruise Terminal, Bowen Falls adalah sedikit terselindung dan dapat dilihat jelas sewaktu feri kembali ke jeti. Air terjun yang jatuh 161 meter ini adalah salah satu yang tertinggi.

Mitre Peak by Christopher Berry

Mitre Peak by Christopher Berry

  • Did you know: Mitre Peak adalah ‘sea cliff’ yang tertinggi di dunia. Ia digelar “mitre” kerana bentuknya yang menyerupai topi Bishop/ Bishop’s mitre.

Mitre Peak yang berketinggian 1,692 meter (5,500 kaki) adalah ikon Milford Sound. Mitre Peak terdiri dari gabungan beberapa puncak gunung yang menonjol dari dasar laut.

Disebabkan kabus yang tebal di puncak selepas hujan, kami gagal mendapatkan shot terbaik untuk fotografi Mitre Peak.

Hujan atau panas pemandangan fjord di Milford Sound tetap memukau

Tak kira hujan atau panas pemandangan fjord di Milford Sound tetap memukau

Fairy Falls adalah satu lagi air terjun yang tercantik kerana ianya sering membentuk pelangi. Kami berjaya mengambil ‘shot’ di atas ketika hujan baru berhenti.

milford-cruise-southern-discoveries-fjord-5
milford-cruise-southern-discoveries-fjord-1
milford-cruise-southern-discoveries-fjord-4
milford-cruise-southern-discoveries-fjord-2

Selain pemandangan fjord, anda juga akan berpeluang melihat dolphin, anjing laut atau penguin ketika berlayar di atas cruise.

Fairy Falls

Foto Fairy Falls diambil lebih dekat

 

Foto Stirling Falls yang diambil semasa feri membuat aksi mendekati dasar air terjun

Foto Stirling Falls yang diambil semasa feri membuat aksi mendekati dasar air terjun

Feri akan membuat aksi menghampiri waferfall dimana anda dapat merasa tempias air terjun dan berkesempatan mengambil foto dengan lebih dekat.

Klik disini untuk cruise route dari operator Southern Discoveries

  • Entrance fee: NZD$92 (RM276) tambang untuk seorang dewasa
  • Plan to stay: 2 jam (15 minit boarding)

Tips:

  1. Anda dikehendaki meletakkan kenderaan di tempat letak kereta khas yang disediakan kira-kira 200m dari terminal feri.
  2. Sebelum meletakkan kenderaan, pergi ke lobi terminal untuk mendapatkan maklumat tentang waktu feri berlepas (jika belum membeli tiket)
  3. Parking adalah terhad ketika peak season.

Pengangkutan ke Milford Sound

Road Safety Tips

Sebelum mula memandu, berikut adalah garis panduan yang anda kena ambil tahu terutamanya di musim winter:

  1. Bawa “snow chains” jika travel di antara bulan May – Sept. Snow chains boleh disewa di mana-mana workshop sekitar Te Anau.
  2. Homer Tunnel menjadi kawasan Avalanche Zone (runtuhan salji) sepanjang 21km dan dilarang berhenti di tepi jalan.
  3. Bawa pakaian sejuk, bekalan makanan dan minuman yang secukupnya sebagai persediaan jika berlaku sebarang kesesakan lalulintas disebabkan runtuhan salji.

Jika anda mengalami kesukaran untuk memandu sendiri, terdapat satu lagi option untuk ke Milford Sound iaitu dengan menaiki bas persiaran atau coach.

Sightseeing Tours

Ada beberapa operator yang menawarkan pakej tour ke Milford Sound dari Queenstown dan Te Anau. Antaranya adalah GreatSights dan awesomeNZ yang terkenal dengan bumbung coach berkaca. Pakej sudah termasuk dengan cruise dan juga makan buffet.


Tempat penginapan di Milford Sound

Lokasi Milford Sound Lodge yang dikelilingi oleh pergunungan

Lokasi Milford Sound Lodge yang dikelilingi oleh pergunungan

Untuk penginapan, kami biasanya tidak membuat perincian atas alasan terlalu subjektif. Ini semua bergantung kepada bajet anda dan jenis travel anda sama ada secara solo, couple atau family.

Tetapi kali ini kami ingin berkongsi lebih banyak info disebabkan cuma terdapat satu pilihan sahaja iaitu Milford Sound Lodge.

Lokasi

Anda akan melihat papan tanda ‘Milford Sound Lodge’ di tepi jalan sebaik sebelum tiba di perkarangan pekan.

Milford Sound Lodge sangat popular di kalangan backpackers kerana ianya ada menyediakan penginapan berbajet rendah (kecuali chalet). Lodge ini sangat cantik kerana lokasinya yang dikelilingi oleh pergunungan dan di tepi sungai.

Traveller menjadikan lodge ini base mereka untuk aktiviti berkayak, menaiki cruise dan juga Milford Track.

Jenis Penginapan dan Bilik Air

Antara kemudahan penginapan yang ditawarkan adalah ‘riverside chalets’, ‘double/twin backpacking rooms’, ‘dormitory’, ‘campervan site’ dan juga ‘camping site’.

Semua bilik siap dilengkapi dengan alat pemanas dan disediakan cadar serta tuala percuma. Walaupun bilik sedikit sempit katil cukup selesa untuk melelapkan mata.

Bilik air adalah ‘shared bathroom’ (kecuali yang berjenis chalet) dimana kemudahan digunakan bersama penghuni lain. Tandas adalah bersih dan air panas untuk mandi turut disediakan.

Kami memilih bilik jenis Double Lodge Room kerana mahukan privasi.

milford-sound-lodge-room
milford-sound-lodge-backview

Ruang Tamu dan Dapur Memasak

Terdapat ruang istirehat indoor dan outdoor di lodge ini. Lounge dilengkapi sofa, internet dan juga bahan bacaan.

Meja makan dan dapur turut juga disediakan khas buat penghuni yang ingin menyediakan makanan sendiri. Anda tidak perlu risau kerana semua perkakasan memasak sudah lengkap.

Dapur sedikit kecil dan sesak menjelang waktu makan malam kerana ramai penghuni yang menyediakan makanan sendiri. Anda juga boleh memesan makanan dari reception sekiranya malas memasak.

Tips:

  1. Masa check-in adalah bermula dari jam 2PM dan check-out dari jam 10AM.
  2. Tempahan untuk aktiviti seperti berkayak, menaiki cruise dll boleh dibuat sewaktu ketibaan.
  3. Lodge menyediakan shuttle bas pergi balik ke terminal feri. Selain itu, terdapat juga perkhidmatan pick up dari Sandfly Point iaitu penghujung Milford Track.
  4. Tempahan dibuat dari laman web Milford Sound Lodge.

Tempat makan di Milford Sound

Untuk lunch, anda boleh pre-order makanan di atas cruise. Ataupun pergi ke Blue Duck Cafe & Bar yang terletak di perkarangan waterfront Milford Sound.

Tips:

  1. Makanan di atas cruise adalah pre-order atau add-on dari harga tiket feri.
  2. Mengikut info terbaru, ‘Blue Duck Cafe & Bar’ telah ditukar pengurusan kepada ‘Discover Milford Sound Information Centre & Cafe’.

Mencari free Wifi di Milford Sound

Milford Sound Lodge ada menyediakan wifi untuk penghuni mereka. Cas untuk mengakses internet di sini adalah NZD$10 dan terhad kepada 50MB sahaja.

Tiada kabel internet di Milford Sound tetapi internet dibekalkan melalui satelit. Jika anda menaiki coach pelancong, wifi diberikan percuma di dalam bas.


Masa yang sesuai melawat Milford Sound

Dengan purata hujan yang turun sebanyak 6,813mm selama 182 hari setahun, peluang untuk mendapat cuaca baik adalah sangat tipis. Milford Sound mengalami kelembapan yang sangat tinggi, bukan sahaja terlembap di New Zealand bahkan di dunia.

Hujan boleh turun mencecah 250mm dalam masa 24 jam dan akan membentuk air terjun dari atas cerun-cerun batu.

Kami ke sana dalam bulan April dan terkena hujan pada malam kami tiba. Keesokan harinya pula, salji diramalkan turun dan kami dinasihatkan untuk membatalkan sebarang rancangan dan aktiviti.

Ramalan cuaca yang ditampal pada notis board lodge

Ramalan cuaca yang ditampal pada notis board lodge

Berikut maklumat cuaca sewaktu kami ke sana di bulan April:

  • Temperature: 11°C / Low 7°C High 16°C
  • Sunshine: 5 jam, chance of sunny day 20%, chance of rain 40%, chance of windy 20%
  • Rainfall days: 15
  • Season: Autumn

Bajet ke Milford Sound

Exchange rate: NZD$1 = RM2.7943 (2015)

  1. Flight ticket: RM952 (Jetstar) from Melbourne to Queenstown one-way
  2. ETA Visa: –
  3. Accommodation: RM300
    • RM297/ $99 (1N at Milford Sound Lodge)
  4. Transportations: RM360
    • Car rental: RM130 ($46/day)
    • Fuel: RM230/ $77.5 ($2.40/litre)
  5. Food & drink: RM60 (budget $20/day)
  6. Entrance fees: –
  7. Activities: RM275
    • Milford Sound Cruise: $92/pp (Southern Discoveries)

TOTAL: RM1,947

Note:

  1. Matawang NZD (New Zealand Dollar). Untuk memudahkan pengiraaan, kami bundarkan NZD$1=RM3 di dalam post ini.
  2. Anggaran bajet berdasarkan tempoh masa 2 hari 1 malam.
  3. Bajet diatas tidak termasuk tiket penerbangan pergi dan balik dari Malaysia.
  4. To be safe; tambah 10% peratus dari jumlah bajet kerana anggaran di atas adalah secara kasar.

Kesimpulan dari trip ke Milford Sound

Masa memandu

Ramai yang tidak menyangka masa memandu dari Queenstown ke Milford Sound pergi-balik mencecah sehingga 5 jam. Itu adalah satu jangka masa yang lama bagi sesetengah traveller yang datang melawat untuk tempoh singkat.

Jika tiada kenderaan, anda boleh menyertai tour yang menawarkan pakej termasuk bas dan cruise sekali.

Berapa malam

Untuk betul-betul menikmati Milford Sound, anda disyorkan stay semalam-dua di sana. Jika anda risau tentang keletihan, menginap di Te Anau salah satu lagi option. 

Kelebihan menginap di Te Anau adalah, anda boleh mengambil cruise awal pagi atau lewat petang dengan harga yang lebih rendah.

Penginapan di Milford Sound adalah terhad sama ada anda menginap di lodge atau mengambil ‘overnight cruise’. Oleh itu, anda disarankan membuat tempahan awal paling lewat 3 bulan jika anda bercadang overnight di Milford Sound.

Kos menaiki cruise

Keagungan Milford Sound hanya boleh dinikmati dengan menaiki cruise. Anda terpaksa mengeluarkan few bucks kerana ini adalah main event dan anda datang ke mari untuk ini.

Adakah berbaloi?

Walaupun memandu memakan masa lama, ianya adalah berbaloi jika diambil kira dari segi pemandangan yang diperolehi. Milford Road sememangnya terkenal sebagai scenic drive yang terbaik di NZ terutamanya pada laluan State Road 94 (bermula dari Te Anau).

Pada kami, ianya adalah sangat berbaloi dan tidak mengecewakan. Tak kira anda memandu sendiri ataupun menyertai tour, Milford Sound pasti meninggalkan memori yang tidak dapat dilupakan.


Note: This article was accurate when it was published. Please confirm all details directly with the companies in question before planning your trip.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *